The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 7211zaidi, 2023-08-14 04:36:44

Program Latihan Kebakaran SKC 2023

Program Latihan Kebakaran SKC 2023

PROGRAM DEMONSTRASI LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA JABATAN BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA SIK 2023 Tarikh : 15 Ogos 2023 Hari : Selasa Masa : 9.30 pagi 04-469 5216 [email protected]


MUKADIMAH PENGENALAN Program latihan kebakaran merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah, seiring dengan matlamat sekolah agar murid-murid lebih peka terhadap keselamatan diri dan juga orang lain terutamanya apabila berlaku kebakaran MATLAMAT Latihan kebakaran lebih memberi fokus kepada penyampaian ilmu untuk menjadikan seseorang insan lebih peka terhadap sekeliling mereka, berakhlak mulia dan memupuk nilai-nilai murni seperti bantumembantu. Ia juga bertujuan agar murid-murid dapat menyesuaikan diri ketika menghadapi situasi kebakarann yang sebenar. SASARAN Semua murid Guru dan Kakitangan Sekolah. OBJEKTIF 1. Meningkatkan kepekaan murid-murid dalam situasi sebenar. 2. Menanamkan semangat berani dalam diri 3. Membentuk sahsiah dan membina keyakinan murid. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERLAKU KECEMASAN 1. Keluar dari bangunan dengan segera. 2. Keluar dengan tenang dan jangan panik. 3. Sila patuhi arahan penyelamat bertugas. 4. Sila turun mengikut laluan kecemasan yang ditetapkan 5. Berkumpul di kawasan lapang.


AKTIVITI / ATUR CARA AKTIVITI 9.25 pagi ❑ Loceng amaran kebakaran akan dibunyikan. ❑ Semua warga sekolah wajib meninggalkan bangunan dan menuju ke tempat berkumpul seperti yang terdapat dalam Pelan Kebakaran ❑ Guru Kelas memeriksa kehadiran murid REHAT 10.30 pagi Semua murid dan guru berkumpul di dewan. 10.45 pagi ➢ Taklimat Keselamatan Kebakaran Oleh Pegawai Bomba ➢ Demonstrasi memadamkan kebakaran oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ➢ Pameran Kelengkapan Peralatan Memadam Kebakaran (Jentera Bomba) ➢ Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderamata ➢ Tetamu dijemput ke jamuan ringan.


JAWATANKUASA INDUK DAN JAWATANKUASA KERJA PENGERUSI : HAJI MAT DESA BIN IBRAHIM, BKM (GURU BESAR) TIMB. PENGERUSI : HAJAH MASITAH BT MOHD. NOOR ( PK HEM ) NAIB PENGERUSI : MOHAMAD FARIZAN BIN AB HAMID ( PK PENTADBIRAN ) : HAJI MOHAMAD ARIF BIN MD. REJAB ( PK KOKURIKULUM ) SETIAUSAHA : SHAFINI ILYANI BINTI AHMAD PENYELARAS : HAJI ABDUL HALIM BIN IBRAHIM LOCENG : NOR BAKYAH BINTI JOHAN PERALATAN : MOHD SALLEH BIN ABDULLAH SARAJI BIN ROMLE KAWALAN MURID : GURU KELAS MOHD AINZUDIN BIN ROMLI USTAZAH ASMA FOTO/VIDEO : AQILAH BT NORIZAN SAIDATUNA AISAH BINTI ABDUL RAHMAN KEBERSIHAN : PEKERJA KEBERSIHAN SEKOLAH PENGACARA MAJLIS : NOR ASNIZA BINTI MAT DALI SIJIL /CENDERAMATA : SITI ZAHARIAH BINTI MOHAMAD AZIZAH BINTI MOHAMAD PA SISTEM : MOHD RADZI BIN AHMAD (DEWAN & USTAZ LUKMAN TAPAK DEMONSTRASI) JAMUAN : HAJAH CHE ROSNI BT TAJUDIN SHAFINI ILYANI BINTI AHMAD ANIZAN BINTI MD NOH


SUMBER KEWANGAN DAN PERBELANJAAN SUMBER RM PERBELANJAAN RM Kaunseling 250.00 Kuiz 100.00 Peserta terbaik Tahap 1 dan 2 50.00 Kelas Terbaik 50.00 Hadiah cenderahati 50.00 Jumlah 250.00 Jumlah 250.00 PENUTUP Program ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan baik, memberi impak positif kepada semua warga SK Chepir berkenaan keselamatan semasa kecemasan dan membentuk hubungan yang baik dengan agensi keselamatan seperti pihak bomba. https://web.facebook.com/p/Balai -Bomba-Dan-Penyelamat-Sik100064706405322/?_rdc=1&_ rdr


LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN PANDUAN LATIHAN MENGOSONGKAN BANGUNAN 1. Apabila murid mendengar loceng berbunyi panjang TANPA BERHENTI latihan mengosongkan bangunan telah bermula. 2. Semua murid hendaklah: - Berhenti daripada membuat semua kerja. - Berdiri dengan tenang. - Membuat barisan dengan serta-merta dan berjalan menuju ke tempat berkumpul dengan cepat, senyap,tanpa kekecohan, tidak berlari-lari atau bertolak-tolak antara satu sama lain. - Mengikut jalan yang telah ditetapkan dalam pelan. - Guru atau Ketua Kelas adalah orang terakhir meninggalkan kelas dan bertanggungjawab untuk menutup suis dan lampu serta semua pintu. - Semua penghuni diberi 3 MINIT untuk mengosongkan bangunan. 3. Bagi murid dan guru serta kakitangan yang berada di Bilik Sains, mereka dinasihatkan untuk menutup /mematikan ibu sawat elektrik/injap gas sebelum meninggalkan Bilik Sains. 4. Murid-murid dinasihatkan supaya jangan membawa beg sekolah apabila meninggalkan kelas. Hanya dokumen yang penting seperti kad pengenalan/dompet perlu diambil. 5. Guru yang mengajar pada masa itu perlu mengarahkan murid ke tempat selamat yang telah ditetapkan dengan kadar segera. 6. Guru dan ketua kelas perlu mengawal murid, menjaga disiplin dan ketenteraman murid dalam pergerakan menyelamatkan diri. 7. Bagi murid -murid yang tidak berada di dalam bilik darjah ketika loceng kecemasan dibunyikan (seperti berada di dalam bilik air atau kantin) hendaklah serta-merta pergi ke tapak selamat seperti yang ditetapkan untuk bersama-sama dengan murid yang lain. 8. Apabila sampai di tapak selamat, murid-murid hendaklah beratur mengikut kedudukan seperti yang telah ditetapkan. 9. Guru kelas akan memastikan semua murid berada di tapak selamat mengikut kumpulan kelas masing-masing. Ketua Kelas perlu menolong guru kelas untuk mengira murid-murid yang telah tiba di tempat yang ditentukan. 10. Jika terdapat murid yang tidak terdapat di tempat perhimpunan, maka guru kelas hendaklah sertamerta melaporkan nama murid tersebut kepada AJK Keselamatan. 11. Pihak pentadbir, kakitangan pejabat, staf sokongan dan semua warga SK Chepir juga harus berada di tapak selamat. 12. Tidak seorang pun dibenarkan masuk ke dalam bangunan untuk mengambil barang-barang yang tertinggal. 13. Guru-guru dan kakitangan sekolah mesti mengikut laluan yang ditetapkan. 14. Sekiranya semua berjalan dengan lancar dan tiada masalah murid-murid boleh balik ke kelas.


PELAN KECEMASAN TUGAS GURU KELAS 1. Mengawal pergerakan murid meninggalkan bangunan. 2. Mengenalpasti kehadiran murid pada waktu pertama pada hari latihan. 3. Mengambil kehadiran murid semasa latihan berlangsung berdasarkan rekod kedatangan murid. 4. Menolong mengawal disiplin murid semasa di berada di tapak selamat. TUGAS GURU YANG SEDANG MENGAJAR 1. Berhenti mengajar dan mengarahkan murid meninggalkan kelas dan menuju ke tapak selamat 2. Mengawal disiplin murid semasa perjalanan ke tapak selamat TUGAS GURU YANG BERADA DI BILIK DARJAH / KANTIN DAN BILIK-BILIK KHAS 1. Arahkan semua murid keluar dari tempat-tempat tersebut dengan tenang. 2. Tutup semua suis elektrik dan pintu. 3. Iringi murid ke tapak selamat.


PROGRAM DEMONSTRASI LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA JABATAN BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA SIK 2023 TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT. SEMOGA ILMU YANG DIPEROLEHI DAPAT DIGUNAKAN SEBAIKNYA. 04-469 5216 [email protected]


Click to View FlipBook Version