The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KERJA PEMBINAAN SURAU AS-SAADAH SK CHEPIR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 7211zaidi, 2021-01-19 08:14:34

KERTAS KERJA PEMBINAAN SURAU SKCHEPIR 1 - UTK EDIT

KERTAS KERJA PEMBINAAN SURAU AS-SAADAH SK CHEPIR

KERTAS KERJA PEMBINAAN SURAU SATU TINGKAT DI SK CHEPIR 0

0

KERTAS KERJA PEMBINAAN SURAU SATU TINGKAT DI SK CHEPIR 1

ISU DAN HARAPAN
CADANGAN PEMBINAAN SURAU SATU TINGKAT

DI SEKOLAH KEBANGSAAN CHEPIR

Surau Al-Ittifaqiah Sekolah Kebangsaan Chepir, Sik, Kedah yang dirasmikan
pada 8 November 1997 tidak lagi dapat menampung jumlah jemaah (murid-
murid serta guru) yang ramai. Selain daripada itu surau ini tidak dapat
dibesarkan lagi kerana terhimpit dengan blok Tahun 1 dan Prasekolah.
Sehubungan itu, melalui Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38, pihak sekolah
bersama PIBG SK Chepir telah bersetuju dalam menangani isu-isu yang timbul
itu dengan menjadikan Surau Al-Ittifaqiah sebagai Pusat Islam SK Chepir yang
lebih realistik dan membina surau baru yang lebih sesuai.

ISU PEMBINAAN SURAU SATU TINGKAT SK CHEPIR

1. Semua murid dan guru SK Chepir tidak mempunyai tempat untuk solat
berjemaah.

2. Kelas praktikal Agama Islam dapat dilakukan dengan lebih baik.
3. Aktiviti keagamaan dapat dilakukan dengan lebih berkesan tanpa

menganggu kelas yang berada di bangunan sekolah.

HARAPAN PEMBINAAN SURAU SATU TINGKAT DI SK CHEPIR.

Diharapkan pembinaan surau yang lengkap dengan prasarana ini akan dapat
berfungsi sebagai pelengkap kepada pendidikan menyeluruh di SK Chepir
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan selain menjadi pusat ibadat
secara khusus.

Adalah menjadi harapan pihak kami semoga permohonan untuk membina
surau satu tingkat di SK Chepir mendapat perhatian dan pertimbangan
seadilnya.

1

KERTAS KERJA PEMBINAAN SURAU SATU TINGKAT DI SK CHEPIR 2

MUKADIMAH

Sekolah Kebangsaan Chepir merupakan sebuah sekolah yang tertua di kawasan kampung
ini. Tarikh penubuhan sekolah ini bermula sekitar tahun 1938. Asas penubuhannya bermula
dengan penubuhan Syarikat Kematian. Ketika itu, syarikat ini dipengerusikan oleh
Allahyarham Che Man bin Haji Putih yang tinggal di Alor Setar Kedah.

Bangunan asal sekolah ini merupakan sebuah bangsal yang beratapkan bertam dan
bertiangkan kayu bulat (kayu bukit). Sebanyak enam bilik darjah dibina pada mulanya dan
termaktublah sepenuhnya sekolah ini pada tahun 1939.

Bangunan baru yang dibina selepas perang tamat berdinding papan dan bercat minyak ketika
pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Badlishah. Perasmian sekolah ini telah dilakukan
oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim, Raja Muda Kedah ketika itu.
Bangunan sekolah pada masa itu terdiri daripada bangunan bilik darjah (6 bilik), rumah guru,
tandas dan kantin.

Kini dengan jumlah murid seramai 459 orang dan 43 orang guru, Surau Al-Ittifaqiah Sekolah
Kebangsaan Chepir, Sik, Kedah yang dirasmikan pada 8 November 1997 oleh YB Dato’ Dr.
Abdul Hamid bin Hj.Othman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, tidak lagi dapat
menampung jumlah jemaah (murid-murid serta guru) yang ramai dan menyukarkan murid
menjalani aktiviti keagamaan dan kerohanian.

Apabila satu-satu program Agama Islam hendak diadakan, pihak sekolah terpaksa
menggunakan alternatif lain seperti dewan sekolah yang perlu dibersihkan terlebih dahulu
sebelum dibentangkan tikar getah dan sejadah. Proses ini amat merugikan masa dan wang
ringgit.

Oleh yang demikian, timbul keperluan membina surau satu tingkat untuk kegunaan warga
sekolah untuk tujuan solat berjemaah dan aktiviti keagamaan yang lain dalam keadaan yang
lebih kondusif.

Sehubungan itu, dengan rasa penuh hormat dan rendah diri pihak Jawatankuasa Pembinaan
Surau SK Chepir (PIBG dan Alumni SK Chepir) sangat mengharapkan bantuan pihak-pihak
yang ingin memberikan sumbangan berupa kewangan dan sebagainya demi tercapainya cita-
cita seluruh warga SK Chepir ini.

OBJEKTIF

Mewujudkan tempat ibadah dan ruang solat yang selesa, kondusif dan menepati fasiliti
kemudahan surau sekolah terkini bagi murid-murid melakukan solat berjemaah, bacaan yasin
dan surah al mathurat setiap pagi dan aktiviti berbentuk keagamaan dan ilmiah selaras
tuntutan Falsafah Pendidikan Negara (FPN ) dan tuntutan Islam.

2

KERTAS KERJA PEMBINAAN SURAU SATU TINGKAT DI SK CHEPIR 3

RASIONAL

1. Memiliki tapak yang amat sesuai dibangunkan sebuah surau.
2. Keperluan murid yang mendesak dan memerlukan tempat beribadat yang sesuai, baik

dan selesa.
3. Kelas dan program aktiviti keagamaan yang dirancang akan dapat dijalankan dengan

lebih teratur

AHLI JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU SK CHEPIR

PENASIHAT Guru Besar SK Chepir
Tn Hj Mat Desa bin Ibrahim, BKM -
YDP PIBG SK Chepir
PENGERUSI -
Tn Hj Yusri bin Hamid NAIB SETIAUSAHA
Hjh Fadzilah bt Abdul Hamid
TIMBALAN PENGERUSI NAIB BENDAHARI
Mohd Noor bin Aziz Norwati bt Zainul

SETIAUSAHA
Mohd Sobri bin Saari

BENDAHARI
Hjh Masitah binti Mohd Noor

AJK TAJAAN
Nasri bin Saad
Muhamad Al Fitri Medah

AJK PEMBANGUNAN
Mohd Fuad bin Wahab
Mohd Khalid bin Saman

AJK MEDIA/PUBLISITI
Mohd Zaidi bin Osman

AJK ARAH KIBLAT/PENGURUSAN
1. Tn Hj Sahrof bin Sailon
2. Zamzuri bin Musa
3. Hjh Mariyaton binti Hambali
4. Mohd Lukman bin Yop@Ayob
5. Hjh Norhasliza bt Othman
6. Yasmin binti Zakaria

3

KERTAS KERJA PEMBINAAN SURAU SATU TINGKAT DI SK CHEPIR 4

FASA PEMBINAAN

Terdapat empat (4) fasa pembinaan iaitu :

FASA 1
1. Penentuan arah kiblat
2. Permohonan kebenaran membina surau
3. Penyediaan Dokumentasi Kertas Kerja Pembinaan Surau
4. Pengurusan pemilihan dan pelantikan kontraktor pembinaan

FASA 2
1. Pengurusan memohon derma
2. Pengurusan resit dan senarai penderma
3. Pengurusan rekod dan pengauditan

FASA 3
1. Pembinaan Surau Satu Tingkat SK Chepir
2. Pemantauan dari Jawatankuasa Pembinaan

FASA 4
1. Pengurusan kelengkapan prasarana dan peralatan Surau Satu Tingkat SK Chepir
2. Pengurusan perasmian Surau Satu Tingkat SK Chepir

SPESIFIKASI SURAU SATU TINGKAT SK CHEPIR

BIL PERIHAL KEPERLUAN
1. Kapasiti Jemaah
2. Jenis Bangunan 510 orang jemaah
3. Keluasan Bangunan
4. Keluasan Dewan Solat Bangunan Satu Tingkat
5. Struktur
6. Binaan Bangunan 384.80 meter persegi
7. Kemasan Dinding
8. Bumbung 237.14 meter persegi

9. Siling Konkrit Tetulang
10. Kemasan Cat
11. Pintu Batu Bata Berplaster (reinforced)
12. Tingkap
13. Kemasan lantai Lepasan Simen (Plaster luar dan dalam)

14. Bilik air/wuduk Concrete Tile and Metal deck (kerangka
bumbung jenis kau/besi)

2x4 asbestos
Emulsion – kelas sederhana putih

Pintu gelungsor aluminium

Tingkap aluminium berkaca jernih
a. Dewan solat – karpet
b. Teres koridor – Jubin seramik
c. Bilik utiliti – Jubin seramik

a. Simpanan air
b. Tandas lelaki – 2 unit
c. Tandas perempuan – 2 unit
d. Tempat wuduk lelaki – 1 unit
e. Tempat wuduk perempuan – 1unit

4

KERTAS KERJA PEMBINAAN SURAU SATU TINGKAT DI SK CHEPIR 5

15. Pendawaian letrik f. Bilik mandi lelaki – 1 unit
g. Bilik mandi perempuan – 1 unit
Single phase – 60 Amphere (Punca utama)
a. Punca lampu – double fluorescent

dengan feflector
b. Punca kipas – kipas siling dan dinding
c. Punca kuasa 13A – domestic
d. Punca kuasa 15A – penyaman udara

ANGGARAN KOS PEMBINAAN

Bagi melengkapkan sebuah bangunan Surau Satu Tingkat SK Chepir yang lengkap
melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM200,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Ribu
sahaja).

Bil Perkara Anggaran (RM)
1 Pendawaian Elektrik 200,000.00
2 Perkakasan Elektrik
3 Sistem Perpaipan
4 Bahan-bahan binaan
5 Kelengkapan Lain

KEWANGAN

Sumber kewangan telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pembinaan Surau SK Chepir
dengan kerjasama pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah daripada sumbangan
ADUN serta Ahli Parlimen kawasan di samping sumbangan tokoh korporat, individu secara
sistem wakaf tapak-tapak.

HARAPAN

Pembinaan Surau Satu Tingkat SK Chepir ini sememangnya ditunggu-tunggu dan diharapkan
oleh semua warga sekolah ini. Kewujudan surau ini melambangkan pemuafakatan
yang terjalin antara sesama penduduk, agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dan
juga para penyumbang yang mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata.
Sumbangan daripada pihak penderma amatlah dialu-alukan demi mencapai impian warga
sekolah dan penduduk setempat. Pihak jawatankuasa yang dilantik akan sedaya upaya dan
sepenuh hati berusaha agar pembinaan Surau Satu Tingkat SK Chepir ini dapat disegerakan
demi kesejahteraan warga sekolah dan surau ini dapat dijadikan satu lagi wadah oleh guru-
guru untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan berakhlak mulia. Sumbangan yang
disalurkan semoga mendapat kerahmatan dan keredhaan dari Allah SWT di dunia dan di
akhirat. Insya Allah

5

KERTAS KERJA PEMBINAAN SURAU SATU TINGKAT DI SK CHEPIR 6

CARA SUMBANGAN

Pihak kami menerima segala sumbangan dan jualan wakaf dalam bentuk cek @ wang tunai.
atas nama

atau diserahkan kepada bendahari. (Hjh Masitah binti Mohd Noor).

HUBUNGI 019-5916668
013-4063787
Tn Hj Mat Desa bin Ibrahim, BKM., Guru Besar SK Chepir 013-4665338
Tn Hj Yusri bin Hamid , YDP PIBG SK Chepir 019-4705465
Mohd Sobri bin Saari , Setiausaha 019-2529024
Hjh Masitah binti Mohd Noor, Bendahari
Nasri bin Saad, AJK Tajaan

Disediakan oleh: Disahkan oleh :

6

KERTAS KERJA PEMBINAAN SURAU SATU TINGKAT DI SK CHEPIR 7
LAMPIRAN

7

KERTAS KERJA PEMBINAAN SURAU SATU TINGKAT DI SK CHEPIR 8

8

KERTAS KERJA PEMBINAAN SURAU SATU TINGKAT DI SK CHEPIR 9

9

KERTAS KERJA PEMBINAAN SURAU SATU TINGKAT DI SK CHEPIR 10

10

KERTAS KERJA PEMBINAAN SURAU SATU TINGKAT DI SK CHEPIR 11

11

KERTAS KERJA PEMBINAAN SURAU SATU TINGKAT DI SK CHEPIR 12

12


Click to View FlipBook Version