06
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP3073
Disediakan oleh:
Nama: AYUNI FARHAH BINTI ROSMADI
001210110350
No. Kad Pengenalan: 2020192340067
Angka Giliran:
Kumpulan/ Unit PISMP SEMESTER 5 F4
MISS TAN YAN IM
Nama Pensyarah:
PENULISAN AKADEMIK
Tajuk Tugasan : 12 MEI 2022
Tarikh Penyerahan:
Tarikh Menerima Maklum
Balas Daripada
Pensyarah
ISI KANDUNGAN
SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGHARGAAN………………………………………………………………………………………….i
1.0 PENGENALAN............................................................................................................................... 1
2.0 LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA DARI ASPEK
FIZIKAL, EMOSI, SOSIAL DAN SOSIOLINGUISTIK ......................................................................... 1
2.1 Aspek Fizikal ............................................................................................................................... 1
2.2 Aspek Emosi ............................................................................................................................... 2
2.3 Aspek Sosial ............................................................................................................................... 2
2.4 Aspek Linguistik.......................................................................................................................... 3
3.0 RUMUSAN ........................................................................................................................................... 3
RUJUKAN ................................................................................................................................................... 4
PENGHARGAAN
Assalammualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera, saya Ayuni Farhah binti Rosmadi
bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah selesai menyiapkan penulisan esei kerja kursus Budaya
dan Pembelajaran dalam masa yang ditetapkan.
Pertamanya, saya berterima kasih kepada MIss Tan Yan Im kerana telah banyak
berkongsi dan menunjuk ajar cara menyiapkan kerja kursus ini. Sememangnya, segala tunjuk
ajar yang diberi oleh Miss Tan telah saya aplikasikan dalam tugasan ini dengan harapan untuk
mendapat keputusan yang cemerlang.
Seterusnya, tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya iaitu Rosmadi bin Dollah dan
Rosmaruni binti Mohamed yang memberi semangat dan dorongan serta membantu saya dari
segi kewangan untuk menyiapkan tugasan ini.
Di samping itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa
berada di samping saya dan menegur untuk tunjuk ajar bagi melancarkan tugasan ini.
Sesungguhnya, mereka banyak membantu saya dari segi menyumbangkan idea-idea bagi
menyempurnakan kerja kursus ini.
Akhir sekali, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha menyempurnakan kerja ini.
Sekian, terima kasih.
i
1
1.0 PENGENALAN
Mok Soon dalam Hasfarina Abas (2012), pengurusan bilik darjah merupakan proses
pembentukan suatu situasi pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dari segi iklim yang
kondusif untuk pelaksanaan proses PdP agar objektif yang ditetapkan tercapai. Sistem
pendidikan di Malaysia mengalami perubahan dari masa ke masa seiring dengan perubahan era
yang semakin berkembang pesat. Perubahan ini dibuat bagi menambah baik sistem pendidikan
yang sedia ada kepada lebih baik. Hal-hal berkaitan isu pendidikan yang telah dibincangkan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2025. Dalam penulisan Noriati Ab. Rashid
et.al (2016) menyatakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bertujuan melakar visi sistem
pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan ].
Walaubagaimanapun guru memainkan peranan yang penting dalam mengurus kelas yang terdiri
daripada pelbagai budaya Jadi, guru perlu kreatif dan bijak dalam merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang mesra budaya.
2.0 LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA DARI ASPEK
FIZIKAL, EMOSI, SOSIAL DAN SOSIOLINGUISTIK
Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya sememangnya penting bagi melancarkan segala
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas di samping menerapkan nilai-nilai
yang positif dalam kalangan murid.
2.1 Aspek Fizikal
Bagi aspek fizikal, guru boleh menyusun kedudukan kelas supaya mewujudkan
persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif dan mesra budaya. Menurut Anniliza et. al
(2021), persekitaran bilik darjah adalah termasuk rutin harian, jadual serta susun atur
fizikal di samping hubungan guru dengan murid yang memainkan peranan kritikal bagi
membentuk dinamika dalam pembelajaran. Secara ringkasnya, pengurusan bilik darjah
adalah hubungan murid dengan guru dan juga segala yang berlaku dalam persekitaran
kelas. Oleh itu, guru boleh menyusun kerusi dan meja secara berkumpulan dengan
memastikan pada setiap kumpulan mempunyai bangsa lain supaya murid dapat
membiasakan diri untuk bekerja bersama dan tidak menganggap mereka seperti orang
luar. Guru boleh menggunakan susunan meja abad ke 21 iaitu penyusunan meja secara
berempat yang memudahkan untuk melakukan aktiviti berkumpulan. Pada setiap
kumpulan haruslah mempunyai bangsa yang berbeza seperti Melayu, Cina dan India.
Dengan itu, semangat perpaduan dapat dipupuk.
2
Selain itu, guru boleh menyediakan sudut bacaan yang memaparkan adat yang
diamalkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Misalnya, berbaju Melayu bagi orang Melayu,
cheongsam bagi orang Cina dan sari bagi orang India. Guru juga boleh mengarah murid
untuk mencari info berkaitan makanan tradisional kaum Melayu, Cina dan India dan
tampalkan pada sudut bacaan. Perkara ini penting supaya murid menjadi rakyat yang
peka dan mengetahui adat serta memupuk cinta akan negara.
2.2 Aspek Emosi
Nuur et. al (2020) berpendapat bahawa emosi itu merupakan suatu proses dari segi
mental seperti penilaian, kecenderungan tindakan, pengalaman subjektif dan tingkah laku
seperti tindak balas fisiologi, ekspresi wajah dan juga suara. Guru seharusnya
memberikan layanan yang adil kepada semua tidak kira bangsa. Oleh demikian, emosi
murid amat penting untuk dijaga oleh para guru supaya murid-murid tidak terasa dengan
perkara-perkara yang tertentu misalnya menyentuh isu perkauman. Menurut Ahmad
(2016), guru yang berkesan ialah guru yang mampu membina hubungan yang baik
dengan pelajarnya dari segi emosi dan boleh dipercayai. Guru berkesan perlu bijak
mendidik emosi pelajar ketika di dalam kelas. Guru juga boleh mengamalkan pujian ketika
murid berjaya menjawab soalan tidak kira bangsa atau budaya. Dengan itu, mereka akan
lebih bersemangat untuk menjawab soalan di dalam kelas kerana mereka berasa
dihargai.
2.3 Aspek Sosial
Dalam Noriati et. al (2017) pengurusan sosial adalah merujuk kepada cara kehidupan
manusia yang membentuk masyarakat yang memerlukan hubungan dan interaksi antara
manusia yang sentiasa membina tingkah laku dan sikap agar saling menerima dan
menghargai. boleh melantik seorang murid untuk menjadi bendahari untuk mengutip duit
RM1 sebulan bagi meraikan ulang tahun kelahiran murid-murid pada setiap hujung bulan.
Hasil kutipan duit tersebut, guru boleh mempelbagaikan makanan untuk menjamu para
murid dan boleh menyediakan makanan tradisional bagi memupuk semangat cinta
sesama kaum. Dalam masa yang sama, langkah ini dapat memupuk kasih sayang antara
murid dan untuk menghargai mereka tidak kira jantina atau kaum.
Selain itu, guru boleh menjalankan aktiviti secara berkumpulan di mana mereka
akan berbincang dan berkomunikasi dengan ahli kumpulan. Misalnya, guru bahasa
Melayu meminta muridnya untuk menyenaraikan lima simpulan bahasa dalam kumpulan
3
masing. Jadi, para murid akan biasa berkomunikasi antara satu sama lain untuk
berbincang menjawab soalan yang diberikan oleh guru mereka sendiri.
2.4 Aspek Linguistik
Berdasarkan penulisan Shahidi et al (2017), linguistik adalah disiplin ilmu yang mengkaji
dan meneliti bahasa secara saintifik. Dalam konteks ini, linguistik membawa maksud
bahasa yang digunakan dalam usaha menguruskan bilik darjah yang mesra budaya di
sekolah. Guru boleh menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu ketika
mengajar di dalam kelas. Hal ini untuk keseragaman dan untuk memartabatkan bahasa
tercinta serta mampu memupuk perpaduan antara murid. Dalam penulisan Abd Aziz et.
al (2017), perpaduan ini diibaratkan sebagai tiang kemakmuran negara di samping
menyumbang kepada keamanan dan kestabilan sesebuah negara. Jadi, perpaduan
amatlah penting untuk dipupuk antara murid.
Guru juga boleh menggunakan cara permainan di mana murid perlu bercakap
dalam bahasa baku. Dengan kaedah ini, murid kaum lain juga dapat mengasah bahasa
Melayu dan mempelajari perkataan baharu serta tidak akan berdialek ketika berbual.
Penggunaan bahasa Melayu juga dapat bagus kerana dapat membentuk jati diri
seseorang murid. Dalam penulisan Zamri et. al (2020), jati diri merupakan sifat yang perlu
ada pada setiap individu tidak kira ras dan etnik yang berbeza bagi memupuk semangat
cinta akan negara. Sememangnya, sebagai rakyat yang sayang akan negara haruslah
berbakti dengan mengekalkan keamanan yang telah dikecapi ini.
3.0 RUMUSAN
Tuntasnya, guru haruslah melakukan pelbagai langkah untuk menguruskan bilik darjah yang
mesra budaya kepelbagaian sosiobudaya dari aspek fizikal, emosi, sosial dan linguistik.
Sememangnya, guru perlu bijak dalam merancang dan mengurus bilik darjah dan peka dengan
mengkaji kaedah pengajaran sesuai untuk memastikan murid berkelakuan baik dan tidak
melakukan sesuatu yang negatif di dalam kelas. Aktiviti pengajaran yang teratur dapat
memastikan pengajaran yang berkesan di samping pemilihan kaedah dan teknik yang betul.
Dalam masa yang sama, pelajar akan lebih mudah faham tentang sesuatu topik. Jadi, guru perlu
bijak merancang PdP dengan meneliti budaya murid-murid yang sesuai bagi memastikan
penglibatan murid secara aktif di dalam kelas seiring dengan pengajaran abad ke-21. Jadi, guru
perlu bijak merancang PdP dengan meneliti strategi yang sesuai bagi memastikan penglibatan
murid secara aktif dan mengetahui ilmu tentang kepelbagaian sosiobudaya di negara ini.
4
RUJUKAN
Abd Aziz A’zmi., Farrah Wahida Mustafar., Aimi Khairunnisa Abdul Karim., & Nurliana Suhaini.
(2017). Realiti Kepelbagaian Kaum Ke Arah Perpaduan Nasional Pasca Merdeka. Jurnal
Sains Sosial,2, 1-24.
https://www.researchgate.net/publication/329554569_REALITI_KEPELBAGAIAN_KAU
M_KE_ARAH_PERPADUAN_NASIONAL_PASCA_MERDEKA
Ahmad Firdaus Mohd Noor., Kamarul Azmi Jasmi., & Khairunnisa A Shukor. (2016). Pembinaan
Hubungan di Antara Guru Dengan Pelajar. Jurnal Teknikal dan Sains Sosial.
https://www.researchgate.net/publication/305737366_Pembinaan_Hubungan_Di_Antara
_Guru_Dengan_Pelajar
Anniliza binti Mohd Isa. (2021). LiNuSR: Impak Pengurusan Bilik Darjah di Sekolah Kebangsaan.
Jurnal Kepimpinan Pendidikan.
http://eprints.usm.my/49144/1/LiNuSR-%20JuPiDi%20-
%20ANNILIZA%20%28APRIL%202021%29.pdf
Hasfarina binti Abas. (2012). Tahap, Amalan dan Masalah Pengurusan Bilik Darjah Guru-Guru
Sekolah Menengah daerah Segamat. Universiti Teknologi Malaysia.
http://eprints.utm.my/id/eprint/31564/1/HasfarinaAbasMFP2012.pdf
Noriati A. Rashid., Boon Pong Ying., Sharifah Fakriah Syed Ahmad., & Zuraidah A. Majid. (2017).
Budaya dan Pembelajaran Edisi Kedua. Oxford Fajar.
Nuur Syafiqah Abirerah., & Najah Nadiah Amra. (2020). Kestabilan Emosi dan Cabaran
Kehidupan Golongan Armalah. Jurnal al-Turath.
http://journalarticle.ukm.my/15204/1/106-217-1-SM.pdf
Zamri Mahamod., Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff., Shamsudin Othman., Alizah Lambri., & Hadi
Hassan. (2020). Tahap Pemahaman, Penghayatan dan Pengamalan Jati Diri Bahasa
Melayu Dalam Kalangan Rakyat Malaysia. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10, 27-36.
https://www.researchgate.net/publication/352172567_TAHAP_PEMAHAMAN_PENGHA
YATAN_DAN_PENGAMALAN_JATI_DIRI_BAHASA
5