KAJIAN IMPAK
PROGRAM
TABUNG WANG SAKU
SMK SIMPANG BELURU
ISI KANDUNGAN
Abstrak .......................................................................................................................................................... 3
Pengenalan.................................................................................................................................................... 4
Sejarah ………………………………………………………………………………………………………………………………………………….. 6
Dana Tabung Wang Saku ………………………………………………………………………………………………………………………. 7
Nilai Wang Saku ……………………………………………………………………………………………………………………………………..7
Kriterian Murid Yang Dipilih ………………………………………………………………………………………………………………….. 7
Kaedah Pelaksanaan ……………………………………………………………………………………………………………………………… 8
Pernyataan Masalah …………………………………………………………………………………………………………………………….. 8
Objektif Kajian ………………………………………………………………………………………………………………………………………. 8
Skop Kajian ……………………………………………………………………………………………………………………………………………. 9
Kaedah Kajian ……………………………………………………………………………………………………………………………………….. 9
Instrumen Kajian ………………………………………………………………………………………………………………………………….. 9
Dapatan Utama ……………………………………………………………………………………………………………………………………. 11
Profil Sosial dan Ciri-ciri Responden …………………………………………………………………………………………………….. 13
Profil Penerimaan ………………………………………………………………………………………………………………………………… 14
Sejauh Mana Kupon Wang Saku Dapat Memenuhi Keperluan Makanan Semasa di Sekolah ……………….. 15
Penutup ………………………………………………………………………………………………………………………………………………. 17
Rujukan ……………………………………………………………………………………………………………………………………………….. 19
Lampiran …………………………………………………………………………………………………………………………………………….. 20
2
ABSTRAK
Remaja hari ini terdedah dengan persekitaran yang rencam dan pelbagai. Persekitaran
inilah yang menyumbang kepada pembentukan sahsiah, minda dan rohani mereka. Maka
dengan itu murid tidak terlepas daripada mengalami kecelaruan emosi (stres), kemurungan
dan anxiety atau kebimbangan. Statistik menunjukkan bahawa masalah kesihatan mental
dalam kalangan kanak-kanak dan remaja Malaysia meningkat daripada 19.3% pada tahun
2006 kepada 20.0% pada tahun 2011 (Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan 2006 &
2011).
Sekolah sebagai institusi yang paling hampir dengan murid menawarkan
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bagi membantu membentuk sahsiah diri, namun
kecelaruan emosi (stres) dalam kalangan sebahagian murid yang berterusan dan jika tidak
ditangani dengan baik boleh menyumbang kepada anxiety dan kemurungan. Akibat
perubahan gaya hidup yang drastik masa kini dan faktor persekitaran, isu kesihatan mental
dalam kalangan murid didapati perlu diberi perhatian khusus. Justeru, Program Minda Sihat
telah dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Oleh itu, program ini diharapkan
dapat memberi kemahiran gaya daya tindak (coping skills) dan teknik relaksasi yang boleh
membantu menangani gangguan perasaan, kecelaruan minda, kemurungan termasuk
histeria dalam kalangan murid.
Salah satu faktor yang menyumbang kepada kecelaruan emosi (stres), kemurungan
dan anxiety atau kebimbangan adalah ketidakstabilan institusi kekeluargaan terutamanya
dalam aspek ekonomi. Status pendapatan isi rumah yang tidak stabil akan merencatkan
pelbagai aspek dalam pembangunan keluarga contohnya seperti perbelanjaan yang tidak
mencukupi terhadap makanan, pendidikan anak – anak kesihatan keluarga dan sebagainya.
3
PENGENALAN
Dalam menjalani kehidupan dan pembelajaran seharian di sekolah, murid-murid tidak akan
terlepas daripada mengalami kecelaruan emosi (stres). Persekitaran sosial sekolah amat
penting bagi melahirkan individu yang sihat serta suasana yang ceria bagi merangsang
kecemerlangan pembelajaran murid. Sekolah merupakan institusi yang berpotensi untuk
menggalakkan perkembangan psikososial yang sihat bagi menyediakan kesejahteraan
mental. Justeru, kesihatan mental amat penting untuk dipromosikan. Kesihatan mental yang
baik akan dapat membentuk persekitaran sekolah yang menyokong kesejahteraan warga
sekolah amnya dan murid-murid khasnya di samping mempunyai implikasi sosial dan
akademik.
Kesihatan mental yang baik turut dipengaruhi oleh keperluan mendapatkan nutrien
yang mencukupi daripada makanan. Sebagai remaja yang sedang meningkat dari aspek
fizikal dan mental, murid mestilah mendapat keperluan makanan yang secukupnya bagi
memastikan mereka dapat menjalankan aktiviti sekolah dengan aktif dan ceria. Tanpa
makanan yang bergizi seimbang, murid tidak akan dapat memberikan fokus yang baik
terhadap pelajaran di dalam kelas apatah lagi melakukan aktiviti fizikal seperti senaman
didalam kelas Pendidikan Jasmani.
Disebabkan kepentingan minda yang sihat, emosi yang stabil dan keperluan
mendapat nutrien yang seimbang sangat penting bagi setiap murid sekolah dalam mencapai
fokus yang terbaik di sekolah, maka tercetuslah idea penubuhan Program Tabung Wang
Saku. Program ini juga berperanan besar ke atas kesejahteraan fizikal, mental dan emosi
yang merupakan elemen asas untuk minda yang sihat.
Justeru, Kementerian Pendidikan menganjurkan Program Minda Sihat di sekolah
yang merupakan salah satu program bagi mempromosi kepentingan menjaga kesejahteraan
diri dan kesihatan mental. Bersesuaian dengan situasi semasa, perlaksanaan program ini
mesti dijalankan secara terancang dan sistematik seperti ketetapan yang telah ditetapkan
dalam surat-surat arahan yang telah diberikan kepada semua sekolah di negara ini. Diharap,
aktiviti yang akan dijalankan dapat membendung masalah seperti ketidakupayaan murid
meregulasi emosi serta tidak memiliki kemahiran gaya daya tindak yang mampu
mengendalikan masalah emosi, psikologi dan tingkahlaku dengan baik.
Amalan baik yang telah dilaksanakan di SMK Simpang Beluru antaranya ialah
Program Tabung Wang Saku. Program ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2018 dan
berterusan sehingga kini. Pada permulaannya, hanya 13 orang murid sahaja yang terlibat
dan jumlah ini semakin bertambah pada tahun – tahun berikutnya.
4
Satu kajian impak dilakukan untuk melihat perubahan terhadap aspek akademik,
kokurikulum, sahsiah, emosi dan kehadiran murid ke sekolah. Kajian Impak ini merupakan
dapatan daripada Program Wang Saku yang dijalankan ke atas murid SMK Simpang Beluru
dengan menggunakan soal selidik ke atas semua responden yang terlibat secara langsung
dengan program tersebut.
5
SEJARAH
Pencetus idea Tabung Wang Saku ialah Pn. Hjh Najwa Bt. Hj. Mohd Azmir dan En. Halim Bin
Kamaroddin yang merupakan guru Koperasi SMK Simpang Beluru pada awal tahun 2017.
Sebagai guru yang bertugas menguruskan operasi jualan barangan keperluan di koperasi
sekolah, mereka dapat melihat dan menilai tetang keadaan murid secara langsung dalam
aspek perbelanjaan yang menggambarkan status keluarga mereka secara umum. Pada
peringkat awal, kupon yang diberikan kepada murid yang memerlukan itu dibiayai oleh
pihak koperasi tanpa ada sumber dari pihak luar.
Sebagai murid sekolah yang sedang membesar dan memerlukan tenaga sudah
pastilah makanan merupakan perkara utama yang akan difikirkan murid apabila waktu
rehat tiba. Secara umumnya, murid – murid di SMK Simpang Beluru tidak bersarapan pagi.
Tinjauan ini dibuat secara rawak oleh guru – guru kelas.
Maka akan terdapatnya murid yang bertindak mengambil wang dari koperasi sekolah
secara curi – curi kerana memerlukan wang untuk membeli makanan disebabkan perut yang
lapar. Keadaan semakin mendesak apabila mereka terpaksa balik lewat oleh kerana aktiviti
ko kurikulum pada hari Selasa dan Rabu. Bagi murid kelas peperiksaan kelas tambahan akan
dijalankan pada waktu petang selepas sesi persekolahan tamat.
Bermula dari saat itu, pihak koperasi mengambil inisiatif membantu murid-murid
yang tidak mempunyai wang untuk membeli makanan di kantin mahupun di koperasi.
Bantuan yang diberikan dalam bentuk kupon dijalankan secara kecil – kecilan sahaja dengan
menggunakan dana koperasi semata-mata dan tidak diwartakan kepada semua warga
sekolah. Namun, bantuan koperasi telah menjadi bualan dalam kalangan murid dan guru –
guru dan merasakan kupon makanan tersebut merupakan satu bonus untuk mereka yang
sangat – sangat memerlukan.
Akhirnya, bilangan murid yang memohon untuk mendapatkan kupon makanan
semakin bertambah menyebabkan pihak koperasi mengalami masalah menyediakan wang
saku kepada murid yang terlibat. Pihak koperasi memanjangkan perkara ini kepada pihak
pengurusan sekolah. Hasil perbincangan di antara pihak koperasi bersama-sama En
Abdullah Sani b Majin yang merupakan pengetua pada tahun 2018 sehingga 2020 serta
Penolong Kanan, terhasilah suatu projek bantuan yang dinamakan Program Tabung Wang
Saku yang dilancarkan pada 08 Mac 2018 dalam majlis berkembar iaitu Mesyuarat Agong
PIBG dan Pelancaran Program Tabung Wang Saku.
6
DANA TABUNG WANG SAKU
Dana Tabung Wang Saku diperoleh daripada pelbagai sumber. Dana permulaan pada tahun
2017 adalah diperolehi daripada keuntungan koperasi semata – mata. Kemudian, dana
ditambah lagi dengan hasil keuntungan dari penganjuran Majlis Sambutan 20 Tahun SMK
Simpang Beluru. Selepas pelancaran Program Tabung Wang Saku secara rasmi pada tahun
2018, tambahan dana diperoleh daripada pihak Koperasi SMK Simbang Beluru sebanyak
RM1000 dan sumbangan daripada ibu bapa yang hadir semasa pelancaran program.
Pengumpulan dana telah berkembang hingga ke hari ini melalui pelbagai sumber lagi
iaitu seperti individu yang menjadi penyumbang tetap, agihan wang zakat Koperasi SMK
Simpang Beluru, sumbangan secara terbuka daripada guru – guru dan kakitangan sekolah
serta individu persendirian.
NILAI WANG SAKU
Pada peringkat awal, nilai Wang Saku yang disediakan kepada murid yang terlibat ialah RM2
sehari dan RM3 sehari sewaktu aktiviti Kokurikulum. Tetapi kini, nilai tersebut dinaikkan
kepada RM3 sehari dan RM5 sehari sewaktu aktiviti Kokurikulum. Anggaran dana seminggu
bagi seorang murid ialah:
RM3 x 4 hari RM 12
RM5 x 1 hari RM 5
Jumlah 5 hari seorang murid RM 17
KRITERIA MURID YANG DIPILIH
Murid yang kurang berkemampuan tanpa mengira tahap akademik. Secara purata, bilangan
murid yang menerima dana ialah dalam lingkungan 20 hingga 30 orang setahun. Pemilihan
murid yang layak dilakukan oleh pihak koperasi dengan mendapatkan maklumat peribadi
murid dalam sistem APDM. Selain itu, terdapat juga murid yang datang sendiri bertemu
dengan guru koperasi sekolah iaitu Pn. Najwa Binti Hj. Mohd Azmir dan memohon secara
terus bantuan wang saku ini.
7
KAEDAH PELAKSANAAN
Kupon yang diberikan kepada murid boleh dibelanjakan sama ada di kedai koperasi sekolah
atau di kantin sekolah. Pihak kantin dan AJK Koperasi yang terlibat akan memaklumkan
jumlah yang telah dibelanjakan oleh murid dan menuntut bayaran tersebut pada setiap
hujung bulan.
PERNYATAAN MASALAH
Dalam konteks kajian ini, Program Wang Saku sebagai salah satu elemen dalam Minda Sihat
boleh dianggap sebagai satu inisiatif membantu murid yang berasal daripada keluarga
kurang berkemampuan .
Kajian ringkas ini dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana
pelaksanaan program pemberian kupon makanan memberi kesan positif kepada murid dari
segi ko-kurikulum, akademik, sahsiah, emosi dan kehadiran murid ke sekolah. Di samping
itu, cadangan penambahbaikan amat diperlukan dalam melaksanakan program pemberian
kupon makanan ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini dijalankan ialah:
i. Membuat penilaian asas tentang keberkesanan Program Tabung Wang Saku kepada
murid dari keluarga yang kurang berkemampuan dalam aspek :
a) Akademik
b) Ko kurikulum
c) Sahsiah
d) Emosi
e) Kehadiran ke sekolah
ii. Mencadangkan penambahbaikkan pemberian kupon makanan dalam aspek nilai,
kepuasan dan penambahan kutipan dana.
8
SKOP KAJIAN
Skop kajian adalah seperti berikut :
i. Membuat kajian asas soal selidik kepada golongan sasar iaitu murid yang menerima
kupon wang saku.
ii. Tumpuan soal selidik adalah ke atas aspek kesan terhadap akademik, ko kurikulum,
sahsiah, emosi, kehadiran ke sekolah selepas menerima kupon wang saku dan
cadangan penambaikan terhadap program tersebut.
iii. Soal selidik dijalankan dengan kerjasama pihak koperasi sekolah dan AJK Amalan
baik Laman Minda Sihat.
KAEDAH KAJIAN
Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik. Soal selidik dijalankan bagi
memenuhi objektif kajian.
Dapatan data dilakukan dengan cara mengumpulkan responden selepas waktu
perhimpunan dan seterusnya mengedarkan borang soal selidik terus kepada responden
untuk diisi pada waktu yang sama.
INSTRUMEN KAJIAN
Aspek penilaian keberkesanan diukur melalui LIMA elemen iaitu Akademik, Ko Kurikulum,
Sahsiah, Emosi dan Kehadiran Ke Sekolah. Instrumen diukur kewajaran dengan
menggunakan perisian Microsoft Excel dengan mendapatkan bilangan dan peratus respon.
9
Pernyataan bagi setiap ukuran kajian Program Wang Saku :
BAHAGIAN A : AKADEMIK 1 - sangat tidak setuju
2 - tidak setuju
Prestasi pelajaran bertambah baik. 3 - kurang setuju
Saya boleh mengikuti kelas tambahan di luar waktu persekolahan 4 - setuju
Saya mendapati tumpuan terhadap pelajaran meningkat 5 - sangat setuju
Saya pernah mendapat anugerah pencapaian akademik
Pencapaiaan akademik saya lebih baik pada masa akan datang. 1 - sangat tidak setuju
2 - tidak setuju
BAHAGIAN B : KOKURIKULUM 3 - kurang setuju
4 - setuju
Saya boleh mengikuti aktiviti ko-kurikulum selepas waktu persekolahan dengan baik 5 - sangat setuju
Saya telah mendapat kejayaan atau pencapaian yang baik dalam bidang ko-kurikulum.
Saya merasa aktif ketika mengikuti aktiviti ko-kurikulum 1 - sangat tidak setuju
Pencapaiaan ko-kurikulum saya lebih baik pada masa akan datang
Saya mendapati tumpuan terhadap aktiviti ko-kurikulum meningkat 2 - tidak setuju
BAHAGIAN C : SAHSIAH 3 - kurang setuju
Saya merasa bersyukur dengan bantuan kupon makanan yang diberi. 4 - setuju
5 - sangat setuju
Saya tidak merasa rendah diri lagi jika tidak dapat membeli makanan di kantin atau
koperasi 1 - sangat tidak setuju
Saya bangga kerana dibantu oleh pihak sekolah yang prihatin terhadap saya. 2 - tidak setuju
Program ini mendidik saya menjadi seorang yang prihatin dengan masalah atau 3 - kurang setuju
kesusahan orang lain.
4 - setuju
BAHAGIAN D : EMOSI
Saya sangat gembira dengan bantuan kupon makanan yang diterima setiap hari. 5 - sangat setuju
Saya tidak lagi kecewa apabila tidak dapat membeli makanan di kantin atau koperasi
Saya tidak malu untuk ke sekolah disebabkan tidak membawa wang saku setiap hari 1 - sangat tidak setuju
kerana telah mendapat bantuan kupon makanan ini. 2 - tidak setuju
3 - kurang setuju
Saya perlu berterima kasih kepada guru yang prihatin dan juga para penyumbang untuk 4 - setuju
menjayakan program kupon makanan ini. 5 - sangat setuju
Saya merasa lebih tenang kerana tidak perlu bimbang lagi tentang cara mendapatkan 1 - sangat tidak setuju
makanan semasa disekolah 2 - tidak setuju
3 - kurang setuju
BAHAGIAN E : KEHADIRAN KE SEKOLAH 4 - setuju
Saya sangat rajin hadir ke sekolah setelah menerima kupon makanan
Saya tidak mahu ponteng sekolah kerana tiada wang saku untuk membeli makanan 5 - sangat setuju
Kehadiran saya ke sekolah meningkat
Saya tidak termasuk dalam kategori murid ponteng sekolah.
Saya akan memastikan kehadiran saya ke sekolah kekal baik
BAHAGIAN F : CADANGAN
Jumlah kupon makanan yang diterima mencukupi untuk saya.
Jumlah kupon makanan yang diterima perlu ditambah nilainya.
Saya berpuas hati dengan layanan yang diberikan ketika menerima kupon makanan.
Program ini boleh diperluaskan kepada pihak luar seperti PIBG atau pihak syarikat
swasta.
Program ini sesuai diteruskan pada masa akan datang.
10
DAPATAN UTAMA
1. 64.8% responden adalah murid lelaki manakala 31.6 adalah murid perempuan yang
berbangsa Melayu dan India dengan bilangan daripada setiap tingkatan seperti berikut :
Tingkatan Lelaki Perempuan
Tingkatan 1 17.9 3.6
Tingkatan 2 7.1 3.6
Tingkatan 3 14.3 14.3
Tingkatan 4 21.4 7.1
Tingkatan 5 0.0 10.7
2. Pekerjaan dan anggaran pendapatan
Daripada Jadual di bawah menunjukkan bahawa sebahagian besar ibu bapa atau penjaga
bekerja sendiri dan memperoleh pendapatan yang tidak tetap. Lain – lain pekerjaan juga
menerima upah pada kadar yang sangat rendah.
Pekerjaan Bapa / ibu / Penjaga %
Bekerja Sendiri 43.5
Tidak bekerja 8.7
Tukang gunting 4.3
Penoreh getah 26.1
Nelayan 4.3
Pemandu 13.0
Pendapatan Isi Rumah Bilangan
bawah RM500 38.5
RM500 - RM1000 34.6
RM1000 - RM1500 23.1
3. 57.9% responden sangat bersetuju bahawa prestasi pelajaran mereka meningkat
dengan adanya program ini. Responden juga bersetuju bahawa tumpuan terhadap
pelajaran di dalam kelas juga bertambah baik kerana tidak lagi lapar. Keadaan ini
seterusnya membantu murid untuk hadir ke kelas tambahan tanpa gagal dan akhirnya
dapat memperbaiki pencapaian dan menerima anugerah kecemerlangan akademik.
11
Namun begitu 15.28% responden masih gagal untuk menghadiri kelas tambahan pada
waktu petang dan tidak mencapai akademik yang baik disebabkan oleh faktor yang lain
pula.
4. Responden sangat setuju bahawa program Wang Saku benar – benar telah membantu
mereka untuk mengahdirkan diri dan terlibat secara aktif dalam bidang ko kurikulum.
Pemberian kupon pada hari ko kurikulum dijalankan akan ditambah nilainya kerana
murid akan pulang lewat ke rumah. Kesan baik dapat dilihat apabila terdapat responden
yang berjaya mewakili sekolah dan daerah dalam aktiviti kokurikulum dan mencapai
kejayaan yang cemerlang.
5. Responden keseluruhannya sangat setuju dan setuju bahawa mereka dapat
menunjukkan rasa empati terhadap kesusahan orang lain. Sebahagian besar, sangat
setuju bahawa mereka sangat bersyukur dan berterima kasih dengan adanya program
ini, tidak lagi merasa rendah diri dengan keadaan mereka, perasaan yang tenang kerana
dapat membeli makanan untuk mengelakkan lapar ketika berada di sekolah.
6. Responden sangat setuju dan berazam untuk tidak lagi ponteng ke sekolah. Namun
begitu, 42.1% penerima wang saku merupakan murid yang memang hadir ke sekolah
setiap hari tanpa gagal walaupun mereka tidak mempunyai wang untuk membeli
makanan. Responden yang gagal hadir ke sekolah secara tetap adalah disebabkan oleh
faktor lain seperti ketiadaan kenderaan ke sekolah selain tidak mempunyai wang untuk
membeli makanan.
7. 63.2% dan 31.6% responden masing – masing sangat setuju dan setuju bahawa nilai
kupon makan yang diterima pada waktu ini adalah mencukupi. Walaubagaimanapun,
responden sedia menerima dengan senang hati jika nilai kupon ditambah. Sumbangan
dari pihak luar dan PIBG akan dapat meningkatkan lagi tabungan dan menambah
bilangan penerima pada masa hadapan.
12
PROFIL SOSIAL DAN CIRI-CIRI RESPONDEN
Tingkatan Lelaki Perempuan
Peralihan 0 0
Tingkatan 1 5 1
Tingkatan 2 2 2
Tingkatan 3 1 4
Tingkatan 4 5 3
Tingkatan 5 2 3
Bangsa Lelaki Perempuan
Melayu 13 10
India 3 2
Pekerjaan Bapa / ibu / Penjaga Bilangan
Bekerja Sendiri 10
Tidak bekerja 2
Tukang gunting 1
Penoreh getah 10
Nelayan 1
Buruh 1
Pemandu 3
Pendapatan Isi Rumah Bilangan
bawah RM500 10
RM500 - RM1000 11
RM1000 - RM1500 7
Merujuk kepada jadual di atas, boleh dirumuskan bahawa responden terbesar merupakan
murid yang berbangsa Melayu dan bakinya adalah murid bangsa India. Kesemua responden
merupakan kategori B40 berdasarkan pengelasan baharu isi rumah oleh Jabatan
Perangkaan Malaysia (2020). Kumpulan responden di atas termasuk dalam kumpulan B40
(B1) dengan had pendapatan purata kurang daripada RM2500.
Merujuk kepada jenis pekerjaan pula, bilangan ibu bapa yang bekerja sebagai
penoreh getah dan bekerja sendiri adalah paling ramai di mana jumlah pendapatan mereka
adalah tidak tetap pada setiap bulan. Keadaan ini memang agak menyukarkan mereka untuk
13
menampung keperluan seharian dengan baik. Ia diikuti dengan pemandu, tukang gunting,
nelayan dan buruh. Terdapat 2 orang penjaga yang tidak bekerja.
Kesimpulannya, melalui jadual yang dipaparkan, dapat dilihat dengan jelas bahawa
pendapatan isi rumah murid sangat – sangat di bawah aras kemiskinan.
PROFIL PENERIMAAN
Kajian ini juga mendapatkan maklumat tentang emosi responden yang menerima kupon
Tabung Wang Saku.
BAHAGIAN E : 1 23 4 5
KEHADIRAN KE SEKOLAH 1 5.3 0 0.0 6 31.6 14 47.4 8 15.8
Saya sangat rajin hadir ke 0 0.0 2 10.5 6 10.5 12 36.8 8 42.1
sekolah setelah menerima 1 5.3 0 0.0 11 10.5 10 52.6 6 32
kupon makanan 1 5.3 7 10.5 12 42.1 8 42.1
1 5.3 5 0.0 12 42.1 10 52.6
Saya tidak mahu ponteng
sekolah kerana tiada wang
saku untuk membeli
makanan
Kehadiran saya ke sekolah
meningkat
Saya tidak termasuk dalam 0 0.0
kategori murid ponteng 0 0
sekolah.
Saya akan memastikan
kehadiran saya ke sekolah
kekal baik.
Sebahagian besar respon memang mengakui bahawa mereka rajin untuk hadir ke
sekolah selepas menerima kupon makanan dan tidak mahu ponteng sekolah lagi dan akan
memastikan kehadiran ke sekolah akan sentiasa baik.
Namun begitu, hakikatnya penerima kupon wang saku ini merupakan murid yang
rajin hadir ke sekolah dan bukanlah dari kalangan murid yang sering ponteng sekolah.
14
SEJAUH MANA KUPON WANG SAKU DAPAT
MEMENUHI KEPERLUAN MAKANAN MURID SEMASA
DI SEKOLAH
Daripada analisis kajian, didapati bahawa responden menyatakan bahawa nilai kupon
tersebut adalah memadai dan mencukupi bagi memenuhi keperluan mereka sehinggalah
tamat sesi persekolahan pada setiap hari.
Namun begitu, responden tetap mahukan nilai tersebut ditambah dan mahukan
program ini terus dilaksanakan pada masa akan datang. Ini menunjukkan bahawa, program
ini sememangnya memberikan makna yang cukup besar terhadap murid yang sangat
memerlukan kerana ia dapat memenuhi keperluan bagi mendapatkan makanan sebagai alas
perut di samping dapat meningkatkan kualiti hidup mereka sebagai murid sekolah . Hal ini
juga dapat membantu mereka mempunyai minda yang sihat agar dapat meneruskan
kehidupan dengan lebih baik lagi. Murid juga menjadi aktif dan bertenaga untuk
melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan sama ada di dalam atau di luar
bilik darjah.
BAHAGIAN F : CADANGAN 1 2345
0 0.0 6 31.6 0 0.0 10 52.6 12 63.2
Jumlah kupon makanan yang
diterima mencukupi untuk
saya.
Jumlah kupon makanan yang
diterima perlu ditambah
0 0.0 8 42.1 9 47.4 6 31.6 5 26.3
nilainya.
Saya berpuas hati dengan
layanan yang diberikan ketika
menerima kupon makanan. 0 0.0 1 5.3 8 42.1 11 57.9 8 42.1
15
Program ini boleh
diperluaskan kepada pihak
luar seperti PIBG atau pihak
syarikat swasta. 0 0.0 0 0.0 4 21.1 12 63.2 12 63.2
Program ini sesuai diteruskan
pada masa akan datang. 0 0 0 0.0 2 10.5 12 63.2 14 73.7
16
PENUTUP
Inisiatif pihak sekolah khususnya Koperasi SMK Simpang Beluru dalam memenuhi
keperluan asas murid sekolah adalah satu perkara yang sungguh bermakna kepada murid –
murid yang amat memerlukan. Dalam menangani pemasalahan ini, pihak pentadbir sekolah
seharusnya lebih cakna dan sentiasa terkehadapan dalam mengenalpasti masalah atau
cabaran yang dihadapi oleh warga sekolah.
Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) yang cekap dan berkesan amat penting bagi
menjamin keselamatan, kebajikan dan pembangunan sahsiah ke arah pelaksanaan dan
kejayaan pendidikan abad ke-21 (PA21). Pengurusan HEM menyediakan khidmat sokongan
dan kemudahan untuk memastikan semua murid mempunyai akses kepada pendidikan
berkualiti. Menurut Maslow (1968), keperluan fisiologi dan keselamatan merupakan
keperluan paling asas dan mesti dipenuhi sebelum seseorang dapat menumpukan perhatian
kepada keperluan lain termasuk pembelajaran. PA21 akan lebih berjaya sekiranya aspek
pengurusan hal ehwal murid turut diberi perhatian oleh pihak pentadbir sekolah.
Terdapat bukti secara konsisten yang menunjukkan bahawa murid daripada keluarga
miskin kurang berkemungkinan mencapai prestasi yang setanding dengan murid daripada
keluarga berpendapatan sederhana dan tinggi (PPPM 2013-2025: 3-20). Keadaan
ketaksamaan pendidikan yang disebabkan oleh perbezaan pendapatan ibu bapa murid dan
lokasi sekolah memberi kesan kepada pencapaian murid. Sehubungan ini juga, didapati
keluarga berpendapatan rendah biasanya menghadapi cabaran untuk mengekalkan
kehadiran anak mereka di sekolah kerana terpaksa menanggung kos berkaitan bekalan
pendidikan, pakaian seragam, dan pengangkutan (PPPM 2013-2025: 3-16). Cabaran seperti
17
ini mengakibatkan kadar ketidakhadiran ke sekolah yang lebih tinggi. Di samping memfokus
kepada faktor sahsiah murid, pemimpin sekolah abad ke-21 perlu turut melaksanakan
program-program kebajikan, kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan murid. Sebagai
contoh, bantuan persekolahan yang disalurkan kepada murid perlu diuruskan dengan baik
dan saksama demi kemenjadian murid.
Kesimpulannya amalan baik daripada Program Wang Saku yang dilaksanakan oleh
SMK Simpang Beluru wajar dijadikan satu contoh kepada semua agar kita dapat memberi
bantuan dalam meringankan beban kewangan keluarga B40 seterusnya jumlah
ketidakhadiran murid daripada golongan begini dapat dikurangkan atau diturunkan. Usaha
ini adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan keciciran murid. Apabila
anak – anak ini mendapat makanan berzat dan mencukupi di sekolah, mereka akan dapat
menumpukan perhatian kepada pelajaran dan berpotensi untuk mencapai kecemerlangan
dalam akademik dan kokurikulum yang boleh membantu kehidupan mereka nanti.
Diharapkan Program Wang Saku ini akan diteruskan pada masa – masa akan datang
supaya anak – anak yang memerlukan terus disantuni dengan makanan berzat dan
mencukupi demi kelangsungan Pendidikan mereka. Seterusnya ia dapat memberikan nilai
yang baik kepada murid, mengurangkan stress dalam kalangan murid sekolah dan
seterusnya memperbaiki fikiran, perasaan dan emosi yang mungkin tertekan kerana
desakan hidup. Matlamat merealisasikan SEKOLAHKU SEJAHTERA akan dapat dicapai
dengan adanya murid yang sihat dari aspek emosi, fizikal mental dan rohaninya.
18
RUJUKAN
Berita Harian Online. 8 Jun 2021. Memahami Tekanan Perasaan Dalam Kalangan Murid
Sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2021. Garis Panduan Penarafan Minda Sihat Peringkat
Kebangsaan.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1992. Pendidikan Kesihatan Sekolah.
Mok Song Sang. 2008. Murid dan Alam Belajar. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd, Perak.
Prof Madya Dr Bahhibi Rahmatullah & Dr Nurfarhana Diana. 24 Januari 2020. Program
Sarapan Pagi, wajar atau popular? Astro Awani Online
Rahil Mahyuddin & Habibah Alias. 2002. Psikologi Pendidikan untuk Perguruan: Karisma
Publication, Kuala Lumpur.
19
LAMPIRAN
MAJLIS PELANCARAN TABUNG WANG SAKU PADA 08 MAC 2018
TABUNG WANG SAKU TABUNG WANG SAKU DILETAKKAN
DIPEJABAT SEKOLAH
20
KUPON MAKANAN YANG DISERAHKAN
KEPADA MURID PADA WAKTU REHAT
PEMBERIAN KUPON MAKANAN KEPADA MURID. KELIHATAN MURID
BEGITU GEMBIRA DAN TERUJA DENGAN PEMBERIAN KUPON MAKANAN
21