APLIKASI TIKTOK: MEMBAWA MASLAHAH ATAU PADAH Tugasan E-Folio MPU23012 Pengajian Islam
ISI KANDUNGAN Contents 03 Write your topic or idea 1) PENGHARGAAN 03 3) PENGENALAN 03 2) SIDANG EDITOR 5) PADAH BERMAIN TIKTOK 4) MASLAHAH TIKTOK 6) KESIMPULAN
PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim.. Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami kerana dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta kami, Puan Asma Binti Ibrahim kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan saksesnya. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga kami berjaya menghabiskan tugasan ini. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan Terima Kasih kepada Politeknik Sultan Idris Shah atas kemudahan yang telah disediakan kepada pelajar seperti kemudahan Wifi bagi memudahkan kami untuk mendapatkan maklumat berkaitan e-folio ini. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pe kerja kursus ini.Terima kasih. Intro
SIDANG EDITOR YASMIN QASRINA BINTI RIDHUAN 17DIB22F2021 NUR NAJIHAH BINTI MOHD YAZID 17DIB22F2023 NURUL SYAKIRAH BINTI NOOARSI 17DIB22F2027 ANIS QAMARINA BINTI ZULKAFLI 17DIB22F2030 PUAN ASMA’ BINTI IBRAHIM
Tajuk yang kami dapat bagi tugasan e-folio kali ini ialah Aplikasi Tiktok: Membawa Masalah atau Padah. Aplikasi Tiktok merupakan salah satu platform media sosial yang menjadi aplikasi paling banyak digunakan. Tiktok merupakan aplikasi yang berasal daripada negara China. Sehingga 2018, ia didapati lebih 150 pasaran dan dalam 75 bahasa. Akan tetapi terdapat beberapa negara yang telah menyekat Tiktok untuk digunakan di beberapa negara akibat penyalahgunaan dan pengaruh buruk yang dibawa oleh pengguna Tiktok.Setiap kelebihan pasti ada kekurangan sama juga seperti aplikasi Tiktok. Aplikasi ini mula naik pada pertengahan tahun 2020 apabila gejala covid-19 melanda seluruh dunia. Semua negara menjalankan pemerintahan darurat dimana semua. penduduk harus duduk dirumah untuk mengelakkan penularan covid-19. Tiktok juga banyak menolong ramai orang untuk mendapatkan sumber kewangan. Tiktok merupakan tempat dimana pengguna berhibur dan berinteraksi antara satu sama lain. PENGENALAN Pengenalan
MASLAHAH TIKTOK
Tiktok bukan sahaja platform hiburan dan penyebaran maklumat, TikTok juga terkenal dengan platform di mana penggunanya boleh menjana pendapatan dengan sangat lumayan. Selain TikTok Shop sebagai TikTok seller. pengguna TikTok juga boleh menjana pendapatan melalui TikTok Gift prices. Tiktok gift merupakan salah satu ciri yang diperkenalkan oleh aplikasi TikTok dimana pengguna akaun akan memberi gift kepada akaun TikTok yang lain menerusi siaran langsung atau dikenali sebagai live streaming sebagai tanda penghargaan atau tips kepada pembuat siaran langsung. TikTok Gift prices yang diterima ini kemudiannya boleh ditukar kepada bentuk wang ringgit. Tiktok dapat menjana pendapatan
Cohtoh gambar Tiktok dapat menjana pendapatan
Tiktok dapat menambah ilmu Penggunaan aplikasi TikTok sebagai satu ruang perkongsian pelbagai ilmu bukan sahaja memanfaatkan golongan pelajar tetapi juga masyarakat umum yang berbilang kaum tanpa mengira usia dan latar belakang. Tambahan pula, setiap kandungan video menampilkan kaedah pembelajaran ringkas yang kreatif, padat dengan fakta penting untuk dipelajari dan dihayati sehingga menarik perhatian pengguna TikTok sekali gus berjaya memasuki FYP (For Your Page) iaitu halaman yang mengandungi video dan kandungan viral di platform berkenaan. Guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Long Ghafar 2, Kota Bharu, Kelantan, Ahmad Shahrul Azhan Ibrahim, 45, berpendapat kandungan video singkat dengan durasi maksimum tiga minit sangat membantu dalam menyampaikan maklumat agar lebih mudah difahami. "Tujuan saya untuk berkongsi ilmu secara santai. Atas sebab itu, saya biasanya hanya buat video dalam tempoh 30 hingga 60 saat agar audiens tidak mudah rasa jemu dan bosan sekali gus mudah diterima, " katanya
Cohtoh gambar Tiktok dapat menambah ilmu
Penyampaian bahan dakwah perlulah selari dengan jiwa dan perkembangan anak muda. Ini kerana ikutan anak muda sekarang ini mudah suka kepada perkaraperkara yang tular seperti lagu atau muzik. Hal ini bertujuan supaya dakwah itu menjadi lebih mudah untuk sampai dan difahami oleh mereka sekaligus menyebabkan mereka dapat menerima dengan baik. Oleh itu, para pendakwah boleh menggunakan lagu-lagu tersebut selagi mana tidak bercanggah dengan syariat dalam penyampaian video dakwah tersebut supaya mereka mudah lagi tertarik dengan perkara yang disampaikan. Selain itu, metod penyampaian dakwah mestilah disampaikan dalam bentuk video secara ringkas dan jelas. Hal ini kerana majoriti masyarakat lebih gemar menonton video-video yang pendek berbanding dengan video yang mempunyai tempoh masa yang panjang. Penyampaian Dakwah di Aplikasi Tiktok
Maka, aplikasi tiktok merupakan salah satu medium yang menyediakan pelbagai jenis gaya dan bentuk yang boleh digunakan oleh para pendakwah dalam menciptakan video yang pendek. Tambahan pula, sebagai pendakwah kita boleh mempelbagaikan bahasa di dalam video yang dihasilkan. Sebagai contoh, suara yang bercakap di dalam video menggunakan bahasa standard iaitu bahasa Melayu manakala di bahagian sarikata itu boleh diletakkan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Inggeris, bahasa arab dan lain-lain. Perkara ini akan menyebabkan ramai orang lagi tertarik untuk melihat video kerana mempunyai pelbagai bahasa yang boleh difahami. Seterusnya, sebagai seorang pendakwah, kita mestilah sentiasa menguasai dan mempelajari ilmu yang disampaikan kepada masyarakat supaya tidak timbul perselisihan faham antara satu sama lain.
Malah, dengan menguasai ilmu tersebut, para pendakwah sudah tentu mampu menjawab segala persoalan masyarakat dengan baik mengikut tahap keilmuaan seseorang pendakwah itu. Perkara yang disampaikan itu mestilah dirujuk dan diteliti kebenaran dan kesahihan bersandarkan dari Al-Quran dan Hadis supaya tidak menimbulkan keraguan oleh orang ramai. Ini kerana terdapat segelintir golongan yang ingin menjatuhkan para pendakwah dengan mempertikaikan kesahihan sumber dakwah ini. Oleh itu, para pendakwah terutamanya golongan dai’muda perlulah menjadi seseorang yang lebih arif dalam penguasaan ilmu yang akan disampaikan supaya tidak timbul perkara-perkara yang tidak diingini.
Cohtoh gambar penyampaian dakwah di Tiktok
PADAH BERMAIN TIKTOK
Membawa fitnah Penggunaan media sosial seperti Tiktok menjadi keperluan kepada masyarakat hari ini. Tidak kira latar belakang dan peringkat umur, penggunaan media sosial menjadi kewajipan kepada semua bagi memperolehi maklumat dan berita semasa dengan pantas. Lebih-lebih lagi apabila semua urusan pada hari ini berlangsung dalam talian secara maya tanpa bertemu secara bersemuka. Fenomena maklumat di hujung jari semakin luas berkembang sehingga terlalu banyak maklumat yang dikongsi tanpa meneliti kesahihannya sama ada ia benar atau palsu. Setiap sesuatu digunakan masyarakat, tidak dapat lari daripada unsur negatif terutama apabila berhadapan media sosial yang mudah dan senang diakses oleh semua lapisan masyarakat. Fitnah dalam bentuk penulisan dan hantaran yang disebarkan semakin lama semakin parah dengan banyak maklumat dikongsi adalah pandangan peribadi serta kebencian dan kemarahan menerusi media sosial. Contoh isu semasa ialah terdapat sebuah fitnah yang berleluasa di media sosial yang mengaitkan pelawak serta penyampai radio ternama iaitu Shuib Sepahtu dengan agenda Freemason. Selain itu, Perlantikan Nurul Izzah sebagai penasihat ekonomi dan kewangan menjadi subjek fitnah mereka. Tak setuju atas perlantikan, nyatakan bantahan tapi tak perlu tabur fitnah. .
Cohtoh gambar Fitnah Tiktok
Menjadi ketagih Aplikasi Tiktok mempunyai bahan 'aliran tanpa henti'. pelajar (kanak-kanak dan remaja) cenderung menghabiskan masa yang lama bahkan mungkin berupaya menjadi ketagih menonton video selama berjam-jam pada satu-satu masa. Menurut Dr. Ruziana kanak-kanak atau remaja boleh menjadi obsesif dengan penampilan mereka. Ada dalam kalangan kanak-kanak atau remaja yang menggunakan aplikasi ini untuk sentiasa meningkatkan penampilan mereka bagi menarik perhatian pengikut mereka dan orang lain. Keadaan ini berupaya menjadikan kehidupan sosial mereka tidak seimbang serta membunuh kehidupan sosial kanak-kanak berikutan penggunaan tanpa sempadan yang membawa kepada hubungan dengan keluarga menjadi renggang kesan daripada menghabiskan sebahagian besar masa untuk membuat video.
Cohtoh gambar ketagih Tiktok
Komik tiktok
Bersusah-payah hari ini dan kelak, Janganlah pernah mengeluh penat, Gunakan Tiktok dengan bijak, Supaya ilmu menjadi bermanfaat. Belajar di kelas haruslah peka, Mencapai kejayaan itu yang pasti, Menggunakan Tiktok sehingga leka, Beringatlah semua untuk berhati-hati. PANTUN ikto
KESIMPULAN Penggunaan TikTok pada masa kini sangat membantu dalam berkomunikasi dan mendapatkan maklumat bahkan ia juga dijadikan hiburan untuk menghilangkan rasa stress dalam kehidupan masyarakat tanpa mengira batas umur. Walaupun begitu, seseorang itu perlu bijak dalam menggunakannya sama ada diambil dari perkara baik ataupun buruk. Selain itu, aplikasi TikTok memberi kesan yang positif kerana ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan, meningkatkan kepercayaan diri dan dapat menambahkan kenalan baru. Namun begitu, jika sebaliknya ia akan menimbulkan kesan negatif dalam kehidupan seharian seperti mampu melemahkan perkembangan mental dan fizikal, mengganggu perkembangan moral remaja dan boleh mendekatkan diri dengan unsur seks atau pornografi. Aplikasi TikTok dapat mengubah perilaku seseorang bergantung dengan cara mereka menggunakan aplikasi tersebut.
Justeru itu, penggunaan aplikasi TikTok perlu digunakan dengan kandungan yang terbatas sahaja tanpa memuatkan video yang tidak sepatutnya menjadi tontonan umum. Aplikasi ini perlu digunakan sebaiknya iaitu mendapat penjagaan dan pengawasan daripada masyarakat persekitaran khususnya ibu bapa supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini dalam kehidupan sosial anak-anak. Sebagai seorang muslim, sudah semestinya perlu berpegang dengan syariat Islam dan tidak terpengaruh dengan trend-trend luar yang merosakkan pemikiran diri dan orang sekeliling.
TERIMA KASIH
RUJUKAN https://oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/20738/1/KEPENTINGAN%20DAN %20PERANAN%20APLIKASI%20TIKTOK%20DALAM%20MENYEBARKAN%20DAKWAH %20DIKALANGAN%20REMAJA.pdf https://www.hmetro.com.my/itmetro/2019/08/488651/zahirkan-bakat-menerusi-tiktok https://www.tinsyaz.com/2023/05/kesan-dan-keburukan-tiktok.html#google_vignette https://hellodoktor.com/keibubapaan/remaja/kesihatan-mental-remaja/sindrom-tiktokketagihan/