BOLA TAMPAR
TINGKATAN SATU
DISEDIAKAN OLEH:
PUAN FARIDAH BINTI ZAKARIA
PANITIA PEND JASMANI & KESIHATAN
SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA
Sejarah Bola Tampar
Permainan bola tampar diperkenalkan oleh William
G. Morgan pada 9 Februari 1895 di Holyoke,
Massachusetts (USA).
Permainan ini mula dipertandingkan di
SukanOlimpik pada tahun 1964.
Bola tampar adalah sejenis permainan kategori jaring yang dimainkan oleh dua
pasukan dengan enam orang pemain bagi setiap pasukan.
Setiap pasukan akan berusaha mendapatkan mata dengan mematikan bola ke
dalam gelanggang lawan. Mata juga diperoleh jika pihak lawan melakukan
kesalahan mengikut peraturan permainan ataupun memukul bola keluar dari
gelanggang.
Permainan dimulakan dengan seorang pemain melakukan servis dari luar garisan
belakang. Pasukan yang menerima servis boleh memainkan bola dengan
menggunakan mana-mana bahagian badan dan akan membuat percubaan
untuk mengembalikan bola ke gelanggang lawan. Setiap pasukan dibenarkan
melakukan tidak lebih daripada tiga sentuhan bola untuk membuat hantaran.
Seorang pemain tidak boleh menyentuh bola dua kali berturut-turut.
Pasukan yang memperoleh mata akan melakukan servis seterusnya. Permainan
diteruskan sehingga salah satu pasukan memperoleh 25 mata dengan perbezaan
dua mata.
Salah satu keistimewaan tentang permainan bola tampar adalah rotasi pemain
apabila servis bertukar pasukan
Padang Bola Tampar
Kemahiran Bola Tampar
Menyangga Mengumpan
Merejam Mengadang
Servis
*Bawah
*Atas
Menyangga
Kemahiran menyangga ialah kemahiran paling penting dalam permainan bola tampar.
Semasa menyangga, mata hendaklah berfokus kepada bola dengan kedua-dua tangan
dirapatkan dan lutut difleksikan untuk menerima bola daripada pihak lawan.
Seorang pemain perlu bergerak pantas ke posisi yang sesuai untuk melakukan
kemahiran menyangga. apabila bola kena pada bahagian lengan, lutut dan siku
diekstensikan untuk menghantar bola kepada rakan sepasukan.
Ketinggian bola yang baik akan membolehkan rakan sepasukan melakukan
kemahiran umpanan atau rejaman.
Mengumpan
Mengumpan dalam permainan bola tampar adalah sentuhan kedua sesuatu pasukan.
Kemahiran ini adalah lakuan menghantar bola kepada rakan supaya dia dapat membuat
rejaman. Umpanan boleh dilakukan di arah hadapan, belakang, kiri atau kanan.
Semasa mengumpan, kepala didongakkan dengan kedua-dua tapak tangan melebihi
paras dahi. Tapak tangan dirapatkan seperti hendak menangkap bola di atas dahi. Lutut
dan siku difleksi. Apabila bola menyentuh pada jari, lutut dan siku diekstensi untuk
menggerakkan bola ke arah dan ketinggian yang diingini. Bola hanya bersentuhan
dengan jari dan bukan tapak tangan.
Servis Bawah
Kemahiran servis dalam bola tampar digunakan untuk memulakan permainan. Servis ialah
senjata serangan pertama sesuatu pasukan untuk mendapatkan mata. Terdapat pelbagai cara
untuk melakukan kemahiran servis dalam permainan bola tampar, antaranya servis bawah
dan servis atas.
Servis bawah boleh dilakukan dengan melambung bola pada paras pinggang dengan
menggunakan tangan bukan dominan dan memukul bola dengan tangan dominan.
Servis Atas
Servis atas pula dilakukan dengan melambung bola ke atas kepala dengan
menggunakan tangan bukan dominan, dan memukulnya dengan tangan dominan.
Merejam
Kemahiran merejam dilakukan bertujuan untuk mematikan bola ke gelanggang pihak
lawan.
Mengadang
Seorang pengadang yang baik perlu berada dalam keadaan yang seimbang dan
mempunyai pengamatan yang tinggi tentang strategi menyerang pihak lawan.
Pemain pengadang boleh memaksa perejam menukar cara dan arah rejamannya.
Mereka juga boleh menyalurkan bola ke arah pemain pertahanan mereka yang lebih
handal
Tugasan
Rakam video anda semasa melakukan
kemahiran bola tampar:
- menyangga
- mengumpan
- merejam
- servis atas/bawah
- mengadang
Hantar video tersebut kepada guru PJK kelas
masing-masing
Link untuk menonton kemahiran dalam bola tampar
Menyangga
https://www.youtube.com/watch?v=dormU35WHLc
Mengumpan
https://www.youtube.com/watch?v=qaGfW9fes7Y
Merejam
https://www.youtube.com/watch?v=VrMI1dpV8c0
Servis atas
https://www.youtube.com/watch?v=8_YMO_ZSfsU
Servis bawah
https://www.youtube.com/watch?v=xBNNxQiR2VI
Mengadang
https://www.youtube.com/watch?v=wiBXhCDLj-o
Terima Kasih