The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faridahmghs, 2020-04-30 21:51:41

2.2 SOKONGAN DAN PERGERAKAN pdf

2.2 SOKONGAN DAN PERGERAKAN pdf

UNIT 2.2

SOKONGAN DAN PERGERAKAN

SISTEM RANGKA

• Sistem rangka manusia adalah satu sistem
yang terdiri daripada tulang-tulang bagi
membentuk satu kerangka tubuh yang kuat
dan fleksibel dengan peranan yang
dimainkan oleh sendi

Tulang

• Tulang ialah sejenis tisu penyambung yang terdiri daripada
binaan sel-sel hidup dan bahan-bahan intrasel yang tidak
hidup yang sangat keras

• Tulang terdiri daripada tisu lembut di dalamnya dan tisu
keras (compact tissue) dibahagian luarnya

• Bahan terpenting dalam tulang ialah garam, kalsium dan
gentian protien yang dipanggil kolagen

Jumlah Tulang

BAYI DEWASA

Jumlah tulang yang ada ialah 270 Jumlah tulang yang ada ialah 206

Mengapa???

Ini berlaku disebabkan pencantuman beberapa tulang seperti
tulang sakrum dan tulang koksik sebagaimana yang ditunjukkan

dalam rajah



Senarai nama tulang utama dalam sistem rangka manusia

Klasifikasi Dan Peranan Tulang Mengikut
Bentuk

• Tulang dapat diklasifikasi berdasarkan
kepada empat bentuk:

– Tulang Panjang
– Tulang Pendek
– Tulang Leper Atau Pipih
– Tulang Tidak Sama Bentuk

Struktur TULANG PANJANG Contoh

Peranan

Panjang dan lebar Sebagai tuas dalam -Tulang pada tangan: humerus,
pergerakan radius dan ulna
-Tulang pada kaki: femur, tibia dan
fibula

Contoh tulang panjang pada tangan dan kaki

Struktur TULANG PENDEK Contoh

Peranan

Pendek, berbentuk kiub dan Memindahkan daya dan • Tulang pada
didapati di ruang-ruang yang memudahkan pergerakan pergelangan tangan:
tertutup dan berongga karpal

• Tulang pada pergelangan
kaki: tarsal

Karpal

Karpal ialah contoh tulang pendek pada tapak tangan.

Struktur TULANG LEPER ATAU PIPIH Contoh

Peranan

Berbentuk nipis dan Sebagai tempat pelekatan otot-otot • Tulang kranium, rusuk,
rata dan melindungi organ-organ di sternum dan skapula
bawahnya

Skapula

Skapula ialah contoh tulang leper.

TULANG TIDAK SAMA BENTUK

Struktur Peranan Contoh

Mempunyai banyak cuaran Sebagai tempat pelekatan • Tulang-tulang vertebra:
otot dan artikulasi servikel, torasik, lumbar,
sakrum dan koksik

Servikal ialah tulang tidak sama bentuk di turus vertebrta.

Sokongan Pelekatan Otot Stor Penyimpanan Bahan
Membentuk struktur Sendi, tulang dan otot Mineral
kerangka tubuh dan membentuk satu sistem
menyokong berat tubuh tuas yang membolehkan Berfungsi sebagai tempat
badan. Contohnya tulang individu bergerak apabila penyimpanan bahan mineral
kaki menyokong berat berlaku penguncupan otot terutamanya kalsium dan
tubuh badan manusia yang melekat di tulang fosforus. Kalsium dikeluarkan
sewaktu berlari, berjalan bagi menghasilkan untuk kegunaan tulang bagi
dan berdiri. pergerakan berpaksi pada melaksanakan pelbagai fungsi
sendi. seperti penguncupan otot.

Perlindungan FUNGSI Tempat Penghasilan Sel
Melingkari dan melindungi TULANG Darah
organ-organ penting dalam
tubuh badan manusia: Hematopoeisis adalah satu
-Struktur tulang tengkorak proses pembentukan sel
melindungi otak. darah dan platelet yang
-Struktur tulang rusuk yang berlaku di dalam sum-
berbentuk seperti sangkar sum tulang.
melindungi jantung dan paru-
paru.
-Struktur tulang vertebra
melindungi saraf tunjang.

Ligamen

Ligamen ialah sejenis tisu berfiber kenyal yang berfungsi untuk
menghubungkan tulang dengan tulang. Ligamen juga berfungsi
mengekalkan dan menetapkan tulang pada kedudukannya serta
membolehkan pergerakan pada sendi.

Ligamen Rawan

Rawan

Rawan atau kartilaj ialah tisu yang bersifat lembut tetapi kuat, elastik dan tiada
salur darah. Rawan yang menyaluti hujung tulang yang membentuk sendi,
berperanan untuk melancarkan pergerakan di antara dua permukaan tulang
yang berartikulasi. Rawan akan mengurangkan geseran antara sendi dan
melindungi tulang daripada cepat haus. Selain itu, rawan juga berperanan
sebagai penyerap daya hentakan, sebagai contoh semasa seseorang itu berlari
atau berjalan yang dapat mengelakkan kecederaan pada bahagian lutut

Ligamen Rawan

Tendon

Tendon ialah sejenis tisu berfiber yang sangat kuat tetapi tidak kenyal. Tendon
yang berada di kedua-dua hujung fiber otot akan melekatkan otot pada tulang
dan juga pada otot yang lain. Apabila berlaku kontraksi otot, tendon yang
terdapat pada hujung otot akan menarik tulang dan berlaku pergerakan.

Tendon

Struktur tendon.

Sendi

Sendi ialah struktur penting sebagai tempat pertemuan antara dua atau lebih
tulang rangka yang berartikulasi. Sendi bertindak sebagai fulkrum dalam tuas
pergerakan. Struktur sendi ini menyebabkan manusia dapat melakukan
pergerakan dengan pelbagai cara.

Sendi Sinovial

Sendi sinovial ialah sendi yang bergerak bebas atau diartroses. Hujung
tulang-tulang yang termasuk di dalam permukaan sendi ditutupi oleh
rawan hialin untuk mengurangkan geseran antara dua hujung tulang
semasa berlaku pergerakan dan menyerap daya hentakan yang berlaku.
Membran sinovial menyelaputi rongga sendi dan mengeluarkan cecair

sinovial untuk melicinkanpergerakan sendi.

Gelungsur Lesung Engsel Kondil Paksi Pelana
(Sendi Soket)

Jenis Sendi Lokasi dan Rajah
Sendi di pergelangan tangan antara karpal dan metakarpal
Gelungsur
Dua permukaan tulang karpal
saling meluncur antara satu metakarpal
sama lain.

Lesung (Sendi Soket) Sendi di bahagian bahu antara skapula dan humerus
Bahagian hujung yang bulat
tepat masuk ke dalam sebuah skapula
rongga cawan tulang lain,
yang membenarkannya humerus
bergerak ke semua arah
(multiaksial). Sendi di bahagian siku antara humerus dan ulna

Engsel humerus
Mempunyai satu permukaan
bulat untuk diterima oleh ulna
tulang lain melalui satu
paksi yang hanya
membenarkan pergerakan
satu arah sahaja.

Jenis Sendi Lokasi dan Rajah
Kondil Sendi pangkal jari (falanks) dengan metakarpal
Pergerakan hampir sama dengan sendi
engsel tetapi sendi ini boleh bergerak dalam metakarpal
dua arah yang lateral iaitu ke belakang dan falanks
ke depan dalam dua paksi.
Sendi pada ulna dan radius
Paksi
Pergerakan berputar ulna radius
di bahagian leher untuk menggerakkan
kepala. Vertebra serviks yang kedua disebut Sendi pada tulang metakarpal pertama ibu jari
sebagai tulang paksi. Tulang paksi bersendi
dengan atlas bagi membenarkan kepala .metakarpal
bergerak dari sisi
ke sisi.
Pelana
Membolehkan pergerakan ibu jari ke
belakang dan
ke hadapan dan pergerakan rotasi yang
terhad

Latihan

- Pastikan pelajar dapat menghafal nama tulang yang terdapat dalam sistem rangka
manusia

- Jawap semua soalan yang diberi





Enjoyyy!!!

Enjoyyy!!!

Terima Kasih


Click to View FlipBook Version