Anda NAK BERNIAGA Tapi TAK TAHU CARA? NORSAMSINAR SAMSUDIIN MOHAMAD ROHIESZAN RAM DAN JULIANA HAJI OSMAN@ ZAINAL ABIDIN THURAIYA ZAKARIA FARIDAH SHARIYAH SHARUDDIN AZLINI AWANG 2023
Pengarang Norsamsinar Samsudin Mohamad Rohieszan Ramdan Juliana Haji Osman @ Zainal Abidin Thuraiya Zakaria Faridah Shariyah Sharuddin Azlini Awang Universiti Pendidikan Sultan Idris © Norsamsinar Samsudin, Mohamad Rohieszan Ramdan, Juliana Haji Osman @ Zainal Abidin, Thuraiya Zakaria, Faridah Shariyah Sharuddin dan Azlini Awang Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Anda Nak Berniaga Tapi Tak Tahu Cara? ISBN 978-xxx-xxxx-xx-x Edisi Pertama @ 2023 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa jua bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit dan penulis. Perundingan tertakluk pada perkiraan bayaran yang munasabah berdasarkan harta intelek buku. Dicetak oleh: SYFE MANAGEMENT SDN. BHD. 52, Jalan TU2, Taman Tasik Utama, 75450, Ayer Keroh, Melaka. Tel: 06 240 0040 E-mel: syfemanagement@gmail.com Diterbitkan oleh: BULAN TERBIT SERVICES 18-1, Jalan TU42, Taman Tasik Utama, 75450, Ayer Keroh, Melaka. Tel: 011 5864 3640 E-mel: penerbitanbulanterbit@gmail.com
PRAKATA Keusahawanan merupakan bidang penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi isi rumah dan ekonomi negara. Kerajaan Malaysia turut menyokong bidang keusahawanan dengan menawarkan pelbagai insentif dan inisiatif dalam usaha untuk membangunkan usahawan dan perniagaan. Perniagaan merupakan sumber untuk menjana pendapatan. Terdapat ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang ingin memiliki perniagaan, namun kurang yakin tentang bagaimana untuk bermula. Sehubungan dengan itu, buku ini dihasilkan bagi membantu para usahawan, terutama mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Buku ini merangkumi semua aspek yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang usahawan dalam usaha membangunkan sesebuah perniagaan yang baharu. Kandungan buku ini termasuklah pengukuran dan pembinaan kompetensi diri usahawan; jenis pemilikan dan pendaftaran perniagaan; penjanaan idea perniagaan yang kreatif dan inovatif; perancangan perniagaan melalui Kanvas Model Perniagaan; pengurusan firma perniagaan secara efektif dan efisien; pengurusan sumber manusia; pengurusan operasi; pengurusan pemasaran; pengurusan kewangan; dan pemasaran digital. Selain itu, bonus yang ditawarkan oleh buku ini kepada pembaca adalah kandungan tentang pemasaran menggunakan FB Perniagaan, Instagram Perniagaan, WhatsApp Perniagaan, Tik Tok, Shopee dan contoh BMC serta Rancangan Perniagaan yang lengkap. Semoga buku yang dihasilkan ini berupaya menjadi panduan kepada semua golongan yang ingin memulakan perniagaan secara kecil dan sederhana. Selain itu, buku ini sangat sesuai untuk pelajarpelajar di institusi pengajian tinggi, tingkatan 6 dan sekolah menengah. Akhir kata, adalah besar harapan kami agar buku ini dapat memberikan manfaat berganda kepada semua pembaca yang berminat dalam bidang keusahawanan. Norsamsinar Samsudin Mohamad Rohieszan Ramdan Juliana Haji Osman @ Zainal Abidin Thuraiya Zakaria Faridah Shariyah Sharuddin Azlini Awang
LATAR BELAKANG NORSAMSINAR SAMSUDIN Ed.D Beliau merupakan pensyarah kanan yang berkhidmat di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sejak dari tahun 2003. Beliau memegang Ijazah Doktor Pendidikan (Ed.D) (Kepimpinan Organisasi) di NOVA Southeastern University, Florida; Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) di Universiti Kebangsaan Malaysia; Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pengurusan Kewangan) di Universiti Putra Malaysia; Diploma Keusahawanan Digital dari LRN UK; Executive Certificate in Advance Business & Entrepreneurship Management dari UUM & MOHE; Professional Certificate for Entrepreneurial Educators dari UCD Innovation Academy, Dublin & MOHE; Certified Entrepreneurial Leader dari Swansea University, UK & MOHE dan Certificate of Training of Trainer Digital Commerce dari Malaysia Digital Economy Corporation-MDEC. Sepanjang pengalaman hampir 20 tahun dalam bidang pendidikan pengajian tinggi, beliau bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti keusahawanan yang melibatkan fakulti, universiti, komuniti dan agensi-agensi luar. Beliau juga aktif dalam mengendalikan kursus, penyelidikan, penerbitan dan perundingan berkaitan keusahawanan. (norsamsinar@fpe.upsi.edu.my) MOHAMAD ROHIESZAN RAMDAN, Ph.D Beliau merupakan pensyarah kanan yang berkhidmat di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sejak dari tahun 2019. Beliau memegang Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) (Keusahawanan) di Universiti Kebangsaan Malaysia; Ijazah Sarjana Pengurusan (Pemasaran) di Universiti Pendidikan Sultan Idris; Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Keusahawanan dan Perdagangan) di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Telah menerima pelbagai anugerah kecemerlangan akademik semasa pengajian seperti Anugerah Pelajar Kelas Pertama (Ijazah Sarjana Muda), Anugerah Pelajar Cemerlang dan Graduate on Time (Sarjana) dan Anugerah Tesis Cemerlang, Graduate on Time dan Anugerah Emas (Doktor Falsafah). Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan keusahawanan, pemasaran, pengurusan strategik dan keusahawanan. Beliau juga bergiat aktif dalam menerbitkan artikel berimpak tinggi, bab dalam buku, penyelidikan, projek perundingan dan aktif dalam aktiviti keusahawanan yang melibatkan khidmat masyarakat. (rohieszan@fpe.upsi.edu.my) JULIANA HAJI OSMAN @ ZAINAL ABIDIN, Ph.D Beliau merupakan pensyarah kanan yang berkhidmat di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sejak dari tahun 2006. Beliau memang Ijazah Doktor Falsafah (Keusahawanan) dari RMIT University, Australia; Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Teknologi MARA; Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Utara Malaysia. Beliau juga memiliki Professional Certificate for Entrepreneurial Educators dari UCD Innovation Academy, Dublin &
MOHE dan Certificate of Training of Trainer Digital Commerce dari Malaysia Digital Economy Corporation-MDEC. Sepanjang perkhidmatan di UPSI, beliau berpengalaman berkhidmat di Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan. Di samping itu, beliau bergiat aktif sebagai penyelidik, penilai program dan penceramah dalam bidang keusahawanan serta mengendalikan pelbagai program latihan keusahawanan bagi peringkat universiti, fakulti serta komuniti. (juliana@fpe.upsi.edu.my) THURAIYA ZAKARIA Beliau merupakan pensyarah kanan yang berkhidmat di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sejak dari tahun 2008. Beliau memang Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Maklumat dari Universiti Teknologi MARA (UiTM); Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Pengurusan Operasi) dari UiTM, Diploma Analisis Pelaburan dari UiTM dan Diploma Pendidikan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Memiliki Certificate of Training of Trainer Digital Commerce dari Malaysia Digital Economy Corporation-MDEC dan sijil Professional Certificate for Entrepreneurship Educator (ProCEED) anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dan UiTM. Beliau turut berpengalaman dalam bidang keusahawanan dalam mengendalikan kursus, bengkel dan fasilitator program keusahawanan bagi persediaan pelajar pertandingan peringkat universiti dan kebangsaan. (thuraiya@fpe.upsi.edu.my) FARIDAH SHARIYAH SHARUDDIN Beliau merupakan pensyarah kanan di Kolej Komuniti Ledang Tangkak. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pemasaran) di Universiti Utara Malaysia. Penerima Anugerah Emas dan Naib Juara Kategori Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam Pertandingan Inovasi Pensyarah Kolej Komuniti peringkat kebangsaan. Memiliki sijil Certified Trainer (eusahawan) dari Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Beliau berpengalaman dalam mengendalikan bengkel dan kursus dalam bidang pemasaran digital kepada pelajar dan komuniti. (faridah@lecturer.kklej.edu.my) AZLINI AWANG Beliau merupakan Pensyarah Kanan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, ditempatkan di Jabatan Perdagangan yang telah mula berkhidmat sejak 2006. Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa dan Ijazah Sarjana Sains Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia. Memiliki sijil Certified Master Trainer untuk Program eUsahawan MDEC yang memberi latihan intensif kepada usahawan sebenar dalam menjalankan perniagaan. Mempunyai pengalaman luas dalam memberi latihan intensif kepada pelajar dan usahawan melalui pelbagai program dari MDEC sendiri mahupun dari agensi lain termasuk empowerNcer Koridor Utara, Pusat Khidmat Kontraktor (CIDB) dan banyak program Penjana KPT yang dijalankan di UiTM, UUM serta beberapa buah Politeknik Malaysia yang terlibat. (azlini@ptss.edu.my)
KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN BAHAGIAN 1: JOM! MULAKAN PERNIAGAAN BAB 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN 1.0 Pengenalan 1 1.1 Sifat Peribadi Usahawan 1 1.2 Kompetensi Usahawan yang Berjaya 2 Lembaran Kerja 2 BAB 2 PEMILIKAN PERNIAGAAN 2.0 Pengenalan 7 2.1 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 7 2.2 Jenis Pemilikan Perniagaan 8 2.3 Pendaftaran Perniagaan 10 Lembaran Kerja 11 BAB 3 IDEA PERNIAGAAN 3.0 Pengenalan 13 3.1 Peluang Perniagaan VS Idea Perniagaan 13 3.2 Sumber Idea Perniagaan 14 3.3 Proses Kreatif 14 3.4 Jenis-jenis Inovasi 15 3.5 ProsesMencipta Peluang Perniagaan Menerusi Kanvas Penawaran Nilai (VPC) 15 3.6 Penggunaan Facebook Marketplace dan Google Trend dalam Idea Perniagaan 16 Lembaran Kerja 20 BAB 4 PERANCANGAN PERNIAGAAN 4.0 Pengenalan 21 4.2 KanvasModel Perniagaan (Business Model Canvas - BMC) 21 4.3 Rancangan Perniagaan 22 4.4 Elemen dalam Rancangan Perniagaan 22 4.5 Kegunaan Rancangan Perniagaan 24 Lembaran Kerja 24 BAHAGIAN 2: JOM! URUSKAN PERNIAGAAN BAB 5 PENGURUSAN FIRMA PERNIAGAAN 5.0 Pengenalan 25 5.1 Misi, Visi dan Objektif 25 5.2 Fungsi Pengurusan 26 5.3 Analisis SWOT 28 5.4 Jenis Struktur Organisasi 29 Lembaran Kerja 32 BAB 6 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 6.0 Pengenalan 34 6.1 Dimensi Pengurusan Sumber Manusia 34 6.2 Contoh Surat Lantikan Pekerja 36 Lembaran Kerja 37
BAB 7 PENGURUSAN OPERASI 7.0 Pengenalan 38 7.1 Perancangan Operasi 38 7.2 Kemudahan Lokasi 40 7.3 Susun Atur Fasiliti 40 7.4 Proses Operasi 41 7.5 Jadual Pengeluaran / Perancangan Kapasiti 41 7.6 Pengurusan Iventori 41 7.7 Pengurusan Kualiti 43 Lembaran Kerja 44 BAB 8 PENGURUSAN PEMASARAN 8.0 Pengenalan 46 8.1 Perancangan Pemasaran 46 8.2 Pemilihan Sasaran Pasaran 48 8.3 Campuran Pemasaran: Produk 50 8.4 Campuran Pemasaran: Harga 52 8.5 Campuran Pemasaran: Promosi 55 8.6 Campuran Pemasaran: Saluran Agihan 57 8.7 Tambahan Elemen Campuran Pemasaran 58 Lembaran Kerja 58 BAB 9 PERANCANGAN KEWANGAN 9.0 Pengenalan 60 9.1 Asas Pengekosan dalam Perniagaan 60 9.2 Penyata Pendapatan 64 9.3 Penyata Lembaran Imbangan 65 9.4 Penyata Aliran Tunai 67 Lembaran Kerja 68 BAHAGIAN 3: JOM! ROKETKAN JUALAN PERNIAGAAN BAB 10 PEMASARAN DIGITAL 10.0 Pengenalan 72 10.1 Apakah Pemasaran Digital 73 10.2 Asas Teknik Fotografi Produk 73 10.3 Penulisan Ayat Iklan (Copywriting) 78 Lembaran Kerja 82 BAB 11 PEMASARAN FACEBOOK PAGE 11.0 Pengenalan 83 11.1 Kepentingan Facebook Page (FB Page) kepada Usahawan 83 11.2 Perbezaan Di Antara Facebook Profile, Group dan Page 84 11.3 7 Faktor Mengapa Usahawan Perlu Menggunakan Facebook Page 84 11.4 11 Cara Berkesan Memaksimumkan Pemasaran Anda Di FB Personal & FB Page 85 11.5 9 Langkah Mudah Membina FB Page Perniagaan 85 11.6 Mulakan Posting Pertama 89 11.7 Apa yang Boleh Perniagaan Post Di FB Page (Valuable Content) 89 11.8 Cara Menukar Font Atau Tulisan Unik Di FB Page 90 11.9 Cara Hendak Hubungkan FB Page & Instagram 90 11.10 Tip Untuk Buatkan FB Page Anda Lebih Menarik 92 11.11 Cara Hendak Jadualkan Post (Schedule Post) 92 11.12 Cara Hendak Menjadikan Orang Lain Sebagai Admin / Editor 93
11.13 Cara Invite Rakan Untuk Like FB Page Anda 94 11.14 CaraMenggunakan ‘Insight’ Untuk Usahawan 94 BAB 12 PEMASARAN INSTAGRAM 12.0 Pengenalan 96 12.1 Cara Daftar Akaun Instagram 96 12.2 Tip Memilih Nama Perniagaan Di Instagram 97 12.3 Lengkapkan Profil Instagram Perniagaan Anda 97 12.4 Kepentingan Gambar & Video yang Menarik 98 12.5 Penggunaan Hashtag (#) 98 12.6 Kandungan (Content) yang Ada Nilai 99 12.7 Cara Membuat Kandungan (Content) yang Ada Nilai 99 12.8 Story Highlight Instagram 99 12.9 Teknik Tingkatkan Followers 100 12.10 Cara Membuat Instagram Reel 101 12.11 Tip Menaikkan View Instagram Reel 102 12.12 Cara Hendak Hubungkan Instagram Ke Facebook Page 102 BAB 13 PEMASARAN SHOPEE 13.0 Pengenalan 104 13.1 Kelebihan Menjual Barang Di Shopee 104 13.2 Persediaan Sebelum Memulakan Perniagaan Di Shopee 105 13.3 LangkahMudah Membuka Kedai Di Shopee 105 BAB 14 PEMASARAN WHATSAPP 14.0 Pengenalan 113 14.1 Cara Pemasaran Di Whatsapp Business 113 BAB 15 PEMASARAN TIK TOK 15.0 Pengenalan 117 15.1 Cara Membuka Akaun Tik Tok Shop 117 RUJUKAN 133