The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-10-21 00:45:43

K6 2

K6 2

BAB: 10 BENTUK MUKA BUMI DAN
SALIRAN DI ASIA TENGGARA

(THAILAND)

NAMA KUMPULAN:

1.Raja Ahmad Naqib (KETUA)
2.Ameer Aiman
3.Shahier Hazim
4.Muaz
5.Fiqrie Aimin

BENTUK MUKA BUMI DI THAILAND

Terdapat beberapa bentuk muka bumi yang ada di Thailand,
salah satu daripadanya ialah tanah tinggi. Tanah tinggi

merupakan kawasan yang melebihi 180 meter dari aras laut.
Tanah tinggi di Thailand terdiri daripada rangkaian banjaran

gunung dan dataran tinggi.

CONTOHNYA:

Banjaran Bilauktaung

Selain itu, tanah pamah juga merupakan salah satu
daripada bentuk muka bumi di Thailand. Tanah pamah di
Thailand terdiri daripada delta dan lembah sungai. Ianya

berpenduduk padat kerana petempatan dan jaringan
perhubungan mudah dibina.

CONTOHNYA:

Lembah Menam Chao Phraya

Akhir sekali, bentuk muka bumi yang terdapat di Thailand
ialah pinggir laut. Thailand mempunyai keluasan pinggir

laut yang panjang iaitu kira-kira 2,230 km. Terdapat
pelbagai bentuk muka bumi di pinggir laut Thailand

seperti pulau, teluk, tanjung dan lagun.

CONTOHNYA:

Pulau Andaman

SUNGAI DAN TASIK YANG
TERDAPAT DI NEGARA THAILAND

Sungai Chao Praya

Sungai Chao Phraya atau “Menam Chao Phraya” adalah sungai
terpanjang dan terpenting di negara Thailand. Panjangnya

ialah 372 kilometer, ianya mengalir dari utara Thailand menuju
ke Teluk Thailand (Teluk Siam) di selatan. Sungai ini

membentuk Lembah Chao Phraya atau ‘Basin Chao Phraya’.
Bangkok pesat membangun seperti sekarang kerana adanya
sungai ini. Penduduk Bangkok yang berpenduduk seramai 8.1

juta orang amat bergantung hidup kepada sungai ini.

Sungai Ping Sungai Nan

Sungai Ping dan Sungai Nan merupakan dua buah sungai yang mengalir masuk dan
membentuk Sungai Chao Phraya.Sungai ini berpunca daripada Chiang Dao di daerah

Amphoe Chiang Dao, wilayah Chiang Mai. Selepas melalui bandar Chiang Mai ia
mengalir ke wilayah Lamphun, wilayah Tak dan wilayah Kamphaeng Phet. Apabila ia
bertemu dengan Sungai Nan di Nakhon Sawan di wilayah Nakhon Sawan Province ia

membentuk Sungai Chao Phraya pula.

PERBANDINGAN SUNGAI DAN TASIK
ANTARA THAILAND DENGAN MALAYSIA

Sungai Dan Tasik Di Thailand Sungai Dan Tasik Di Malaysia

1. Membawa kayu jati 1. Membawa kayu balak
2. Mempunyai sempadan 2. Mempunyai sempadan

antarabangsa antarabangsa dan negeri
3. Mempunyai pasar apung 3. Tidak mempunyai pasar apung

SEKIAN, TERIMA KASIH.

BUKU SKRAP DIGITAL
DIBUAT OLEH:
AMEER AIMAN

IDEA/MAKLUMAT OLEH:
MUAZ

SHAHIER HAZIM
FIQRIE AIMIN
RAJA


Click to View FlipBook Version