KURSUS DAN KOD KURSUS
PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR
(KPP 3014)
TUGASAN
TUGASAN INDIVIDU (PENULISAN KRITIS)
NAMA PELAJAR NO. MATRIK
SYAQIRAH BINTI ABDULLAH D20201094018
KUMPULAN KULIAH A
SEMESTER 3
NAMA PENGAJAR DR. NORLIZA BINTI ABDUL MAJID
1.0 PENGENALAN
Jurnal ini bertajuk “Tingkah Laku Delinkuen Pelajar dan Faktor-Faktor yang Mempengaruhinya”.
Jurnal ini ditulis oleh Nik Nursyahirah Nik Nordin dan Mohd Nasir Selamat. Ianya merupakan
“Jurnal Wacana Sarjana” yang diterbitkan pada tahun 2018 oleh Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seterusnya, jilid bagi artikel ini adalah 2
dan nombor artikel ini pula adalah 1. Artikel ini mengandungi 9 muka surat iaitu bermula dengan
muka surat 1 dan berakhir dengan muka surat 9. Berdasarkan artikel ini, pengkaji mengkaji
mengenai tingkah laku delinkuen dalam kalangan remaja dan faktor yang mempengaruhi
permasalahan ini. Seterunya, terdapat juga permasalahan yang dilakukan oleh pelajar sehingga
terdapat kes yang perlu diselesaikan di bawah kawalan pihak berkuasa iaitu polis.
2.0 ULASAN PENULISAN
2.1 PERNYATAAN MASALAH
Sejajar dengan arus perubahan masa, pada masa kini kita dapat lihat semakin banyak
permasalahan tingkah laku yang berlaku dalam kalangan remaja. Permasalahan yang
berlaku turut melibatkan peningkatan masalah sosial dalam kalangan mereka dan ianya turut
sudah pasti terdapat faktor tertentu yang menyebabkan perkara ini berlaku. Persoalannya,
apakah faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku?
Antara faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah disebabkan oleh faktor ibu
bapa, rakan sebaya dan guru. Faktor-faktor ini sangat berkait rapat dengan masalah yang
berlaku seperti masalah sosial dalam kalangan remaja. Faktor pertama, iaitu faktor ibu bapa.
Faktor ini berkait rapat dengan cara didikan serta cara asuhan yang digunakan oleh ibu bapa
untuk menjaga dan mendidik anak jagaan mereka.
Di samping itu, faktor rakan sebaya pula melibatkan pengaruh yang diterima oleh seseorang
remaja semasa mereka menjalinkan hubungan persahabatan tersebut. Hal ini kerana, rakan
sebaya juga mampu memberi pengaruh yang besar terhadap diri seseorang remaja seperti
mempengaruhi dari segi disiplin. Oleh itu, pentingnya seseorang remaja memilih rakan yang
baik supaya kesan yang diterima juga baik dan positif.
Faktor yang ketiga pula merupakan faktor guru. Guru merupakan agen terpenting dalam
mewujudkan suasana yang harmoni semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP)
berlangsung. Antara punca permasalahan seperti masalah disiplin ini berlaku adalah
disebabkan oleh kelemahan komunikasi para guru. Kelemahan komunikasi ini menyebabkan
pelajar mengalami perasaan tidak puas hati, tekanan psikologi, hilang perasaan kasih sayang
dan sebagainya.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Mendokumentasikan profil pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku
3.2 Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi tingkah laku delinkuen pelajar Sekolah
Menegah Kebangsaan Padang Tengku
3.3 Mengenalpasti faktor yang paling dominan sama ada faktor ibu bapa, guru dan rakan
sebaya yang mempengaruhi tingkah laku delinkuen pelajar Sekolah Menegah Kebangsaan
Padang Tengku
4.0 DAPATAN KAJIAN
Pengkaji menggunakan analisis deskriptif untuk mendokumentasikan profil pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Padang Tengku. Seramai 211 orang pelajar atau sampel kajian yang terlibat
dalam menjayakan soal selidik ini. Sampel kajian ini terdiri daripada 83 orang pelajar lelaki dan 128
orang adalah dalam kalangan pelajar perempuan. Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang berumur
13 hingga 17 tahun.
Pengkaji turut menggunakan analisis inferensi iaitu analisis bivariate. Tujuannya adalah untuk
menghuraikan hubungan antara pembolehubah. Analisis ini mengandungi dua pembolehubah iaitu
faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku delinkuen. Analisis yang dibuat bergantung kepada
hipotesis yang telah dibuat. Terdapat empat hipotesis yang telah dibuat oleh pengkaji:-
i) Hipotesis 1: Terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor ibu bapa dengan tingkah
laku delinkuen.
Hasil korelasi antara pembolehubah faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku delinkuen
pelajar iaitu faktor ibu bapa dengan tingkah laku delinkuen mempunyai nilai korelasi -.272.
Hasil korelasi tersebut menunjukkan hubungan yang kuat. Ini bermakna kesemua faktor ibu
bapa mempengaruhi tingkah laku delinkuen pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang
Tengku. Oleh itu, hipotesis diterima.
ii) Hipotesis 2: Terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor guru dengan tingkah laku
delinkuen.
Hasil korelasi antara pembolehubah faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku delinkuen
pelajar iaitu faktor guru dengan tingkah laku delinkuen mempunyai nilai korelasi -.441. Hasil
korelasi tersebut menunjukkan hubungan yang kuat. Ini bermakna kesemua faktor guru
mempengaruhi tingkah laku delinkuen pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang
Tengku. Oleh itu, hipotesis diterima.
iii) Hipotesis 3: Terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor rakan sebaya dengan
tingkah laku delinkuen.
Hasil korelasi antara pembolehubah faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku delinkuen
pelajar iaitu faktor rakan sebaya dengan tingkah laku delinkuen mempunyai nilai
korelasi .785. Hasil korelasi tersebut menunjukkan hubungan yang lemah. Ini bermakna
kesemua faktor rakan sebaya tidak mempengaruhi tingkah laku delinkuen pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Padang Tengku. Oleh itu, hipotesis ditolak.
iv) Hipotesis 4: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor ibu bapa yang merupakan
faktor paling dominan dengan tingkah laku delinkuen.
Hasil korelasi antara pembolehubah faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku delinkuen
pelajar iaitu faktor ibu bapa ialah -.272 dan faktor guru ialah -.441 dengan tingkah laku
delinkuen. Hasil korelasi menunjukkan faktor guru mempunyai hubungan yang kuat dan
mempengaruhi tingkah laku delinkuen berbanding faktor ibu bapa. Ini bermakna faktor guru
merupakan faktor yang paling dominan mempengaruhi tingkah laku delinkuen pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku. Oleh itu, hipotesis ditolak.
Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh pengkaji, faktor guru merupakan faktor signifikan dan
berkait rapat dengan berlakunya tingkah laku delinkuen pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Padang Tengku. Pengkaji telah menyatakan, salah satu soalan yang terdapat pada borang soal selidik
adalah berkaitan dengan kebimbangan pelajar apabila tidak menyiapkan kerja sekolah. Antara soalan
lain yang terdapat pada borang soalan selidik adalah adakah pelajar berasa tertekan apabila
berhadapan dengan guru. Kedua-dua soalan ini memperoleh peratusan yang tinggi dan menjadi
pilihan ramai pelajar.
Seterusnya, berkaitan dengan kajian yang telah dibuat oleh pengkaji, pengkaji mendapati bahawa
kebanyakan pelajar di sekolah tersebut mempunyai latar belakang keluarga yang sama iaitu keluarga
berpendapatan rendah. Berdasarkan hasil demografi yang diperoleh, pendapatan isi keluarga adalah
bawah RM1000. Hal ini menyebabkan, kebanyakan keluarga tidak mampu untuk menjelaskan yuran
anak mereka lalu menyebabkan pelajar tidak mahu ke sekolah dan mula terjebak dengan masalah
sosial.
5.0 KEPENTINGAN
Menurut kamus dewan edisi keempat, delinkuen bermaksud bersikap melanggar undang-undang
(yang tidak serius) atau melakukan perkara yang tidak diterima masyarakat. Tingkah laku delinkuen
perlu di ambil serius supaya ianya tidak meninggalkan kesan jangka panjang kepada seseorang
pelajar. Oleh itu, semua pihak harus memainkan peranan yang aktif dalam menangani tingkah laku
ini daripada terus berleluasa. Antara pihak yang harus memainkan peranan adalah ibu bapa, rakan
sebaya, guru serta sekolah. Hal ini penting supaya ianya dapat menjamin masa depan seseorang
pelajar ke arah yang lebih baik. Perkara ini bukan sahaja penting kepada pelajar, ianya turut penting
kepada semua pihak yang terlibat dalam menangani tingkah laku ini daripada terus berlaku dan
mengelakkan tingkah laku seperti ini menjadi budaya dalam kalangan pelajar sekolah.
Seorang ibu bapa perlu memainkan peranan utama kerana kebanyakan pelajar banyak meluangkan
masa di rumah berbanding di sekolah. Sebagai seorang ibu bapa yang bertanggungjawab, mereka
hendaklah mendidik anak jagaan mereka dengan baik. Oleh itu, pentingnya ilmu didikan untuk
menjaga anak-anak supaya anak-anak sentiasa berada dalam keadaan yang terkawal dan tidak
melampaui batas. Justeru itu, jangan sesekali menganggap sesuatu masalah yang berlaku dalam
keluarga menjadi punca ibu bapa gagal mendidik anak jagaan dengan betul. Oleh itu, ibu bapa
hendaklah bersikap rasional dalam menangani sesuatu masalah yang berlaku seperti masalah bayaran
yuran. Di samping itu, ibu bapa haruslah menggunakan gaya pengasuhan yang bersesuaian. Hal ini
bertujuan untuk mendidik anak jagaan dengan sebaik mungkin dan menjadikan mereka seseorang
yang lebih memahami dengan setiap keadaan atau masalah yang dihadapi oleh keluarga mereka.
Antara gaya pengasuhan yang boleh digunakan adalah gaya pengasuhan autoritatif.
Kepentingan yang kedua adalah kepada rakan sebaya. Sebagai seorang pelajar, mereka hendaklah
sentiasa membantu dan membimbing rakan-rakan mereka jika ada yang terpesong arah. Maksud
terpesong arah di sini adalah berubah dari segi perangai. Seperti contoh, dulu perangainya biasa-
biasa sahaja, lama kelamaan semakin nakal. Sebagai seorang rakan yang baik, mereka hendaklah
menasihati rakan-rakan mereka supaya kelakuan rakan mereka sentiasa terjaga dan tidak melebih-
lebih sehingga boleh membawa padah kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain. Jika perkara
ini berjaya dilaksanakan, maka masalah salah laku di sesebuah sekolah dapat dibendung sedikit demi
sedikit. Hal ini juga akan mengharmonikan hubungan persahabatan mereka. Seperti contoh, dulu
hanya berkawan biasa tetapi sekarang berkawan sebagai seorang sahabat yang rapat. Dapat dilihat di
sini, ianya memberi kesan yang positif untuk kedua-dua belah pihak.
Di bahagian pernyataan masalah, pengkaji juga telah menyatakan permasalahan berkaitan dengan
kelemahan komunikasi yang ada pada diri seseorang guru. Kelemahan guru dalam berkomunikasi
akan menyebabkan objektif pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dirancang gagal. Kesan
kepada pelajar jika objektif PdP yang dirancang gagal, pelajar boleh mengalami perasaan tidak puas
hati, tekanan dan sebagainya. Oleh itu, seseorang guru haruslah menitik beratkan keadaan seperti ini
dan belajar untuk memperbaiki kelemahan komunikasi yang ada dalam diri mereka. Hal ini bertujuan
supaya pelajar lebih senang serta lebih bersemangat untuk belajar. Dapat disimpulkan di sini, guru
berperanan dalam mendidik anak murid mereka supaya mereka sentiasa menjaga akhlak dan sentiasa
menonjolkan keperibadian yang baik. Komitmen mengajar dalam proses PdP dalam kalangan guru
sangat penting untuk membentuk sahsiah pelajar (Yakcop Jantan & Chua Yan Piaw, 2017).
Kepentingan yang seterusnya adalah kepada pihak sekolah. Dalam menangani isu atau masalah
disiplin dalam kalangan pelajar yang bermasalah, pihak sekolah hendaklah mencari jalan
penyelesaian yang lebih efektif dan berkesan. Sebagai contoh, jika sesebuah sekolah mempunyai
ramai pelajar yang sentiasa melakukan kesalahan seperti ponteng sekolah, pihak sekolah boleh
mencari jalan penyelesaian dengan mengaktifkan aplikasi mudah alih e-Ponteng. Aplikasi ini turut
membantu ibu bapa untuk mengesan sama ada anak mereka benar-benar ke sekolah ataupun ke
tempat lain. Aplikasi ini menggunakan model ADDIE yang mengandungi lima fasa iaitu fasa
analisis, fasa rekabentuk, fasa pembangunan, fasa implementasi dan fasa penilaian. Model ADDIE
merupakan reka bentuk instrusional yang asas dan boleh diimplementasikan daalm teknik
pembelajaran (Ahmad Irfan Ismail & Azniah Ismail, 2021). Aplikasi ini akan membantu dalam
mencegah isu ini daripada berterusan berlaku. Hal ini juga akan memberi impak yang positif kepada
sesebuah sekolah.
6.0 IMPLIKASI
Apakah implikasi kepada dunia pendidikan jika tingkah laku delinkuen tidak diatasi dengan baik?
A9/6ntara perkara yang boleh berlaku adalah, ianya akan memberi kesan kepada sekolah iaitu
sekolah menjadi tidak aman sekiranya terdapat banyak kes yang dilakukan oleh pelajar. Drajat Edy
Kurniawan dan Taufik Agung Pranowo (2018) menyatakan bahawa, sebagai salah satu institusi
pendidikan, sekolah seharusnya mampu memberikan rasa aman dan nyaman bagi para peserta didik.
Namun dalam kenyataan perkembangan dunia pendidikan pada hari ianya tidak berjalan sesuai
dengan apa yang diharapkan. Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama dalam membentuk pelajar ke
arah yang baik. Seterusnya, implikasi lain yang bakal diterima oleh dunia pendidikan jika tingkah
laku ini tidak diatasi, ianya akan memberi kesan buruk kepada nama pendidikan bagi negara
Malaysia. Contohnya, jika terlampau banyak akhbar atau berita yang diterbitkan berkaitan dengan
masalah salah laku pelajar sehingga menggemparkan pihak dunia, ianya akan mencemarkan nama
pendidikan dalam Malaysia. Banyak negara akan memandang remeh sistem pendidikan negara kita.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama, bersatu hati dalam menangani permasalahan ini daripada terus
berlanjutan. Hal ini kerana, jika perkara ini dapat ditangani dengan sempurna, ianya akan memberi
banyak manfaat kepada pelbagai pihak.
7.0 RUMUSAN
Secara kesimpulannya, tingkah laku delinkuen tidak boleh dipandang remeh oleh mana-mana pihak.
Hal ini kerana, jika tingkah laku ini terus dibiarkan, ianya akan mendatangkan kesan negatif dalam
bentuk jangka masa panjang. Mengapa? Hal ini kerana, pelajar yang mempunyai masalah tingkah
laku seperti ini, jika tidak dibendung, maka ianya boleh dibawa sehingga ke hari tua. Hal ini lebih
merisaukan kerana mereka mungkin mampu melakukan hal di luar jangkaan kita. Oleh itu, kesemua
pihak yang terlibat haruslah memikirkan langkah yang munasabah dalam menangani permasalahan
ini dengan baik. Bak kata pepatah, bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu, marilah bersama-sama
kita memainkan peranan penting dalam mengendalikan permasalahan ini supaya ia tidak terus
menjadi budaya dalam kalangan pelajar sekolah.
8.0 BIBLIOGRAFI
Ahmad Irfan Ismail, & Azniah Ismail. (2021). Aplikasi mudah alih e-Ponteng: Menyokong usaha
untuk menangani isu ponteng sekolah di sekolah menengah bermasalah. Jurnal of ICT in
education (JICTIE), 8(3), 126-139.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Delinkuen. Dalam Kamus Dewan (Edisi ke-4, ms.330).
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Drajat Edy Kurniawan, & Taufik Agung Pranowo. (2018). Bimbingan kelompok dengan teknik
sosiodrama sebagai upaya mengatasi perilaku bullying di sekolah. Jurnal bimbingan dan
konseling terapan, 2(1), 50-60.
Nik Nursyairah Nik Nordin, & Mohd Nasir Selamat. (2018). Tingkah laku delinkuen pelajar dan
faktor-faktor yang mempengaruhinya. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1), 1-9.
Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda
Mustapha, & Hazalizah Hamzah. (2012). Pembelajaran dan perkembangan pelajar edisi
kedua. Oxford Fajar Sdn. Bhd..
Yakcop Jantan, & Chua Yan Piaw. (2017). Kompetensi guru dalam membentuk sahsiah pelajar
sekolah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 4(3), 1-12.
9.0 LAMPIRAN