The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TAN YING HEM A4
PENSYARAH: ENCIK MANIYAMIN BIN HAJI IBRAHIM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 901-9-tan, 2023-07-03 01:21:17

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1

TAN YING HEM A4
PENSYARAH: ENCIK MANIYAMIN BIN HAJI IBRAHIM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2022 PORTFOLIO PBS NAMA PELAJAR TAN YING HEM NOMBOR KAD PENGENALAN 030510030427 ANGKA GILIRAN 2022192340094 PROGRAM / AMBILAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUSAN AMBILAN JUN 2022 BIDANG TERAS BAHASA MELAYU TARIKH PBS 11 JUN 2022- 22 JUN 2022 NAMA & ALAMAT SEKOLAH SJKC PEI HWA BANDAR MACHANG, 18500 MACHANG, KELANTAN EMEL SEKOLAH [email protected] PENSYARAH* (pensyarah semak tugasan) ENCIK MANIYAMIN BIN HAJI IBRAHIM


KANDUNGAN PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Diisi oleh Penilai) Bil Tajuk Item Tandakan 1 Maklumat Penempatan 1.1 Surat Pengenalan Diri 2 Biodata 2.1 Nama IPGK 2.2 Gambar 2.3 Nama Pelajar 2.4 No. Kad Pengenalan 2.5 Alamat tetap 2.6 No. Telefon dan E-mel 2.7 Ambilan dan Pengkhususan 2.8 Tahun dan Semester : Tahun___ Semester____ 2.9 Tarikh PBS: 3 Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti (Lampiran 1-1) 3.1 Pernyataan sebelum PBS 3.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus 4 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan (pilih yang sesuai) 4.1 Pemerhatian 4.2 Senarai semak 4.3 Temu bual 4.4 Soal selidik 5 Kolaboratif (Lampiran 1-3) 5.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah 5.2 Perbincangan dengan guru-guru lain 5.3 Perbincangan dengan kakitangan sekolah 5.4 Interaksi dengan murid 5.4 Perbincangan dengan komuniti sekolah 6 Ilmu / Pengetahuan Baru Melalui 6.1 Pemerhatian 6.2 Senarai semak 6.3 Temu bual 7 Refleksi (Lampiran 1-5) 7.1 Aktiviti 7.2 Perbincangan/Interaksi 8 Laporan Akhir Ulasan Penilai: ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ Tandatangan : ________________________ Tarikh: _________________ Nama : ________________________


1.0 SURAT PENGENALAN DIRI


2.0 BIODATA DIRI NAMA IPGK INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU NAMA PELAJAR TAN YING HEM NO. KAD PENGENALAN 030510030427 ALAMAT TETAP LOT 3531, TAMAN MUTIARA, BUKIT BELAH 18500 MACHANG, KELANTAN NOMBOR TELEFON DAN E-MEL 0129981008 [email protected] AMBILAN DAN PENGKHUSUSAN PISMP AMBILAN JUN 2022 MAJOR: BAHASA MELAYU MINOR: MUZIK TAHUN DAN SEMESTER TAHUN 1 SEMESTER 3 TARIKH PBS 11 JUN 2022- 22 JUN 2022


3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL 3.1 SEBELUM PBS Sebelum kami menjalankan PBS pertama iaitu Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), kami telah diberikan taklimat berkaitan dengan PBS secara bersemuka daripada Unit Praktikum. Ini merupakan kali pertama untuk pelajar ambilan Jun 2022 untuk menjalankan PBS fasa pertama di sekolah halaman masing-masing manakala ada pelajar juga memilih untuk melaksanakan PBS di sekolah yang berhampiran kolej kediaman. Program ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada semua guru pelatih untuk mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam alam persekolahan dan juga memahami semua budaya dan perspektif murid dan guru. Melalui PBS ini, kami pelajar IPG dapat mempelajari pengetahuan baharu yang mana melalui pemerhatian, dokumen sekolah, refleksi tingkah laku murid dan guru. Cara pengurusan sekolah juga merupakan perkara yang penting untuk diketahui oleh guru. Dengan ini , guru pelatih dapat mengetahui secara lebih mendalam cara mengajar murid dalam pelbagai situasi. Di samping itu, saya dikehendaki untuk menyiapkan tugasan kerja kursus Pengalaman Berasaskan Sekolah PRKA3151. Saya diminta untuk menyediakan satu laporan lengkap daripada pemerhatian dan temu bual yang berkaitan dengan dasar pendidikan. Dalam dasar pendidikan boleh dikaitkan dengan kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan komuniti. Cara yang diplih untuk melaksanakan tugasan ini adalah meluangkan masa dengan murid dan guru. Bukan itu sahaja, saya juga memerhatikan keadaan murid dalam bilik darjah, kantin dan dewan sukan. Saya akan menjalankan PBS di SJKC Pei Hwa bermula dari 11 Jun 2022 hingga ke 22 Jun 2022. Sebelum menjalankan PBS di sekolah tersebut, saya telah mengetahui tentang hari persekolahan sekolah dan menyediakan dokumen yang diperlukan semasa PBS. Saya juga harap saya dapat menjalankan program PBS ini dengan sempurna.


3.2 SEMASA PBS Pada hari pertama, saya dikehendaki untuk hadir ke sekolah sebelum pukul 7.20 pagi. Hal ini kerana perhimpunan mingguan akan bermula pada pukul 7.25 pagi. Saya juga terkejut melihat semua murid beratur dengan teratur di luar kelas apabila loceng pertama berbunyi. Saya juga bersuai kenal dengan guru-guru sekolah SJKC Pei Hwa dan memperkenalkan diri sendiri kepada semua guru di bilik pejabat. Seterusnya, Puan Leng Bee Luan ( Penolong Kanan Pentadbiran) memperkenalkan Puan Lee Ley Hoon (Guru) kepada saya sebagai guru pembimbing saya sepanjang dua minggu Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Pada keesokan harinya, Puan Lee menjemput saya untuk memasuki kelas tahun 5 bersama beliau. Ini memberi peluang kepada saya untuk melihat cara dan teknik guru mengajar murid di sekolah tersebut. Melalui pemerhatian saya, saya mendapati cara penyampaian Puan Lee menarik malah beliau telah menunjukkan tahap kesabaran yang tinggi terhadap muridmuridnya. Walaupun saya masih tidak dapat belajar pendekatan yang digunakan oleh Puan Lee tetapi saya sebagai guru pelatih berasa seronok apabila belajar di kelas Puan Lee. Selain itu, saya juga berjumpa dan melapor diri kepada guru besar Chong Chee Boon. Saya sangat terkejut guru besar di SJKC Pei Hwa amat mesra dan rela membantu saya dalam portfolio saya. Guru besar juga menolong saya dengan memberikan salinan dan maklumat tentang sekolah ini. Guru-guru dan murid di sana juga mesra dan sopan. Saya dapati mereka akan memberi salam kepada saya iaitu “Selamat pagi, cikgu”. Semasa di kantin dan pulang ke rumah, murid juga beratur dengan berdisiplin dan senyuman mereka tidak pernah berhenti. Akhir sekali, walaupun 2 minggu PBS di sekolah ini merupakan satu cabaran kepada saya untuk memahami semua budaya dan sikap murid di sini tetapi lamakelamaan saya berasa sangat seronok apabila bergaul dengan mereka.


3.3 SELEPAS PBS Setelah tamat melaksanakan PBS, saya berasa gembira dan lega kerana berjaya melaksanakan PBS dengan lancar. Sebelum saya meninggalkan SJCK Pei Hwa, sempat lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar, guru-guru, murid-murid dan pengawal keselamatan sekolah kerana menolong dan memberi kerjasama untuk saya menjayakan PBS dengan baik. Sepanjang dua minggu PBS, saya juga dapat memperolehi banyak ilmu pengetahuan tentang pendidikan. Saya juga berharap program PBS ini boleh diteruskan pada masa depan kerana ia memang memberi banyak manfaat kepada semua guru pelatih yang bakal menjadi guru suatu hari nanti. Akhir sekali, saya berasa syukur kerana pihak sekolah memberi kerjasama kepada saya untuk mendapat maklumat yang berkaitan dengan soalan tugasan saya.


3.4 LAPORAN PERLAKSANAAN AKTIVITI YANG FOKUS Semasa menjalankan PBS selama dua minggu, saya telah melaksanakan beberapa aktiviti yang dirancang dengan berpandukan senarai semak tugasan yang telah disediakan. Saya telah berinteraksi dengan komuniti sekolah sepanjang PBS ini. Ini merupakan tindakan yang telah saya lakukan sepanjang tempoh PBS selama dua minggu di SJKC Pei Hwa. BIL TARIKH TINDAKAN 1. 11/6/2023 - Menepati masa datang ke sekolah sebelum pukul 7.20 pagi. - Melapor diri kepada Penolong Kanan Pentadbiran (PK 1) iaitu Puan Leng Bee Luan kerana guru besar mempunyai urusan di PPD. - Bersalam dengan semua guru yang ada di sekolah - Puan Leng membawa kami untuk menghadiri perhimpunan pagi. - Mengambil gambar di persekitaran sekolah. 2. 12/6/2023 - Mendapat maklumat dan buku pengurusan dari pihak sekolah. - Mengambil jadual waktu murid Tahun 1 dan Tahun 6. - Melihat cara tingkah laku murid semasa di kantin. - Menemu bual dengan seorang murid Tahun 4. - Memasuki kelas Tahun 4 bersama guru. 3. 13/6/2023 - Menemu bual guru pembimbing. - Memasuki kelas Tahun 1 bersama guru. - Mengemaskini laporan dan maklumat. 4. 14/6/2023 - Menemu bual kakitangan sekolah. - Menolong guru menyusun meja di perpustakaan. - Mengemaskini laporan dan maklumat. 5. 15/6/2023 - Menemu bual pembantu pentadbiran sekolah. - Menolong guru menyusun buku latihan murid. - Mengemaskini laporan dan maklumat.


6. 18/6/2023 - Menolong Penolong Kanan Kokurikulum untuk mengangkat barang. - Mengambil maklumat daripada ibu bapa murid. - Mengemaskini laporan dan maklumat. 7. 19/6/2023 - Membantu Puan Lee dalam bahagian segak ? - Membantu guru menyusun stor sukan. - Mengemaskini laporan dan maklumat. 8. 20/6/2023 - Membantu Puan Lee dalam bahagian segak - Membantu guru mengangkat barang. - Mengemaskini laporan dan maklumat. 9. 21/6/2023 - Memasuki kelas Tahun 6 bersama dengan Cikgu Suria. - Menolong guru menyemak buku latihan murid. - Mengemaskini laporan dan maklumat. - Mengajar murid bermain bola keranjang. - Mengemaskini laporan dan maklumat. 10. 22/6/2023 - Berjumpa dengan guru besar. - Mengambil cop dan maklumat dengan guru besar. - Mengambil gambar kenangan bersama guru, murid dan kakitangan sekolah. - Membantu guru menyusun kerusi. - Mengemaskini laporan dan maklumat. 4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG 4.1 PEMERHATIAN Sepanjang program PBS ini, saya telah mengumpul banyak data berkaitan sekolah SJKC Pei Hwa dengan menggunakan beberapa kaedah. Pertama ialah pemerhatian yang mana saya mendapati sekolah ini mempunyai prasarana dan infrastruktur yang lengkap dan sesuai untuk belajar. Keadaan ini dapat memberi keselesaan kepada para murid untuk belajar. Sebagai contoh, terdapat projektor dalam setiap kelas dan guru boleh menggunakan teknologi tersebut untuk mengajar. Terdapat banyak lagi seperti di gambar rajah di bawah.


Pelan sekolah SJKC Pei Hwa GAMBAR PRASARANA Sekolah


Perhimpunan murid Tempat letak kereta Tempat kitar semula


Taman permainan Tempat rehat murid Pameran seni murid


Sudut bacaan Stor sukan


Tempat untuk sukan Pingpong Padang sekolah Dewan Serbaguna


Perpustakaan Kantin Bilik darjah


Carta organisasi sekolah Pintu gerbang sekolah Selepas saya memerhatikan sekolah SJKC Pei Hwa, saya dapati sekolah dikelilingi dengan bandar dan merupakan kawasan yang strategik kerana semua ibu bapa senang untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah. Sekolah ini juga berhampiran dengan asrama dan sekolah SMK Hamzah. Selain daripada itu, pihak sekolah juga membina dan menghiaskan persekitaran dengan cantik. Pokok-pokok dan bunga ditanam dengan subur dan mempunyai lukisan yang cantik pada dinding sekolah. Akhir sekali, saya juga memerhatikan cara guru menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di sekolah. Mereka mempunyai teknologi


yang tinggi dan setiap meja guru mempunyai komputer yang canggih di setiap bilik darjah. Saya dapati semua guru di sekolah ini mengajar dengan penuh semangat dan menggunakan pelbagai pendekatan atau bahan bantu belajar dengan baik. Sebagai contohnya slide Canva, Youtube dan permainan kuiz untuk dijawab oleh murid. ( rujuk gambar rajah 1.0) Gambar rajah 1.0: Guru sedang mengajar murid Tahun 1 4.2 TEMU BUAL Kaedah kedua yang telah saya gunakan untuk mengumpul maklumat lebih lanjut supaya dapat menyempurnakan tugasan ini ialah kaedah temu bual. Saya telah menemu bual beberapa orang yang terdiri daripada pelbagai jawatan seperti guru besar, kakitangan sekolah, guru, dan murid. Mereka telah memberi kerjasama dalam menjawab soalan yang ditanyakan.


5.0 KOLABORATIF Kolaboratif merupakan perkara yang sangat penting untuk guru pelatih seperti saya. Saya telah mencatatkan kolaborasi bersama pengurusan sekolah, kakitangan sekolah dan murid. Borang kolaboratif tersebut disediakan berserta dengan tandatangan pengesahan dan nama mereka. Saya dapati bahawa aspek kolaboratif ini penting kerana ia dapat memberi kita lebih banyak ilmu pengetahuan dan mendapatkan maklumat yang kita perlukan dengan cepat dan tepat. Bukan itu sahaja, ia juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi kita supaya dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan. (Sila rujuk Lampiran 1 hingga 5) 6.0 ILMU DAN PENGETAHUAN MELALUI PEMERHATIAN, SENARAI SEMAK DAN TEMU BUAL Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu aktiviti atau kursus bagi pelajar program Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG. Dengan adanya program PBS ini, pelajar dapat memahami budaya dan persekitaran semasa di sekolah. Ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk memahami budaya sekolah malah juga memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi dan komunikasi dengan guruguru atau murid di sekolah (Yaakob Daud, 2012). Untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang sekolah masing-masing, pelajar haruslah usaha sendiri untuk melakukan pemerhatian, temu bual, penelitian dokumen dan refleksi. Selain itu, PBS juga mempunyai objektif yang tertentu dan pelajar perlu mencapainya dengan sempurna. Melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pelajar dapat • Memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah. • Menghayati kerjaya seorang guru. • Memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah. • Mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid. • Memahami pengurusan dan strategi PdP. • Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah. • Mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah dan budaya sekolah. • Membina kemahiran berfikir aras tinggi. • Membina sikap positif terhadap profesion keguruan. • Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru. • Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan.


6.1 PEMERHATIAN Melalui pemerhatian saya sepanjang dua minggu ini, saya mendapati bahawa menjadi seorang guru memerlukan kesabaran yang tinggi. Walaupun murid tersebut asyik mengulangi kesalahan ejaan, guru haruslah bijak menggunakan kaedah yang unik supaya murid tersebut dapat ingat kesalahannya. Melalui pemerhatian saya, sebahagian daripada guru akan menutup pintu dan tingkap kelas supaya murid dapat memberi fokus sepenuhnya kepada guru. Hal ini kerana terdapat murid yang asyik melihat guru lain atau kakitangan sekolah yang berlalu di hadapan kelas mereka. Ini menyebabkan murid akan hilang fokus sepenuh dan mengalami masalah dalam menyelesaikan kerja rumah. Di samping itu, saya diberi peluang untuk mengajar dan menjaga kelas Tahun 4 pada 12 Jun 2023 di perpustakaan. Walaupun ia merupakan satu cabaran kepada saya tetapi saya tetap dapat mengawal dan berinteraksi dengan mereka. Senyuman mereka tidak pernah berhenti dan saya amat gembira. (Rujuk gambar rajah 2.0) Gambar rajah 2.0: Situasi saya sedang mengajar murid Tahun 4


6.2 SENARAI SEMAK Melalui kaedah senarai semak, saya juga mendapat ilmu pengetahuan yang banyak. Contohnya, dalam buku pengurusan sekolah mempunyai banyak maklumat berkaitan dengan sekolah SJKC Pei Hwa. Dalam pengurusan tersebut disusun dengan atur dan pembaca mudah memahaminya. Carta organisasi di sekolah ini juga ditampal setiap sudut sekolah. Oleh itu, murid akan tahu carta organisasi sekolah tersebut. Bukan itu sahaja pada papan penyataan juga mempunyai banyak dokumen tentang kelab, persatuan dan sukan di sekolah. Saya juga meminta kebenaran pihak sekolah untuk mendapatkan buku rekod kokurikulum dan buku pengurusan supaya dapat mengenal sekolah ini secara mendalam. Buku-buku tersebut boleh dilihat pada gambar rajah 3.0 di bawah. Kebanyakan murid di sekolah mempunyai disiplin yang tinggi. Hal ini kerana mereka sentiasa mengikut peraturan sekolah. Contohnya, mereka sentiasa beratur ketika pulang ke rumah, kantin dan perhimpunan. Guru-guru di sini juga menunjukkan sahsiah yang tinggi dengan sentiasa memberi implikasi positif semasa pergaulan dengan murid. Pada hari Rabu, saya dapati semua murid berpakaian kemas mengikuti unit beruniform masing-masing. Akhir sekali, saya juga telah semak dan mengumpul data tentang bilik darjah sekolah ini. Secara kesimpulannya, semua bilik darjah mempunyai kemudahan yang canggih, lengkap dan berfungsi dengan baik. Gambar rajah 3.0: Buku maklumat sekolah


6.3 TEMU BUAL Dari segi temu bual, saya juga memperolehi banyak ilmu pengetahuan kerana dapat berinteraksi dengan guru besar, guru pembimbing, murid, kakitangan sekolah dan ibu bapa murid. Secara jujurnya, kita sebagai guru pelatih haruslah banyak berkomunikasi dengan guru-guru dan murid di sekolah. Hal ini kerana mereka lebih memahami budaya di sekolah tersebut. Contohnya guru pembimbing saya telah memberi cadangan kepada saya untuk mengatasi murid yang berkeperluan khas dan cara untuk menarik minat murid. Saya juga menemu bual dengan seorang murid Tahun 4 yang mana dia sangat suka belajar ini di sekolah ini. Hal ini kerana sekolah ini memberi pembelajaran yang menarik dan keselesaan kepadanya. Dia juga minat bola keranjang dan guru penasihat membenarkannya untuk berlatih semasa masa lapang. Gambar bersama pengawal keselamatan Gambar bersama pengurusan sekolah


Gambar bersama dengan murid Gambar bersama dengan guru besar Gambar bersama guru pembimbing


7.0 REFLEKSI


8.0 LAPORAN AKHIR Sebelum saya memulakan laporan akhir saya secara terperinci, saya ingin menceritakan sedikit tentang latar belakang dan sejarah SJKC Pei Hwa. SJKC Pei Hwa ditubuhkan pada tahun 1939 dan bangunan baharu siap dibina pada tahun 1982 secara rasmi. Sekolah tersebut bukan sekolah yang besar tetapi semua murid mempunyai disiplin yang tinggi. Luas kawasan sekolah ialah 0.8 hektar dengan prasarana yang lengkap untuk digunakan oleh murid di sekolah ini. Melalui pemerhatian saya sepanjang dua minggu. Saya dapati bahawa terdapat banyak program dan aktiviti yang telah dilaksanakan di sekolah ini. Aktiviti tersebut juga dikaitkan dengan dasar-dasar pendidikan kebangsaan pada masa kini. Sekolah ini juga mengaplikasikan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Hal ini dikatakan demikian, sekolah ini telah memberi persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Sekolah ini juga menggunakan teknologi untuk memberi pengajaran kepada murid. Guru-guru di sini juga kompeten dan beraspirasi tinggi yang mana mereka mementingkan kemahiran murid. Guru juga akan mengadakan kelas penulihan bagi murid yang tidak dapat mencapai objektif pembelajaran (Syazwan Wajiah, 2022) Terdapat video dan pautan yang telah disediakan https://youtu.be/pGD2ucfKDEg. Bagi aktiviti hal ehwal murid, sekolah tersebut telah mengadakan “Kempen Anti Buli” anjuran dengan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang. Program ini dilaksanakan supaya memberi kesedaran kepada murid untuk mengetahui keburukan membuli murid lain. Sarjan Masitah juga memberi penjelasan yang cukup terang kepada murid supaya murid dapat faham maklumat yang disampaikan. Dalam ceramah tersebut, polis tersebut juga menemu bual beberapa murid dan bertanya soalan berkaitan buli. Aktiviti ceramah Anti Buli juga dikaitkan dengan dasar pembentukan integriti murid (University of Nottingham, 2019). Dasar ini memainkan peranan yang penting dalam membentuk sekolah yang aman dan damai. Gambar 4.0 dan 5.0 menunjukkan situasi semasa ceramah berlangsung.


GAMBAR 4.0 GAMBAR 5.0 Di samping itu, sekolah ini juga mengadakan banyak aktiviti kokurikulum. Saya telah memilih sebahagian sukan yang sesuai dengan dasar 1 Murid 1 Sukan yang telah dilaksanakan oleh sekolah sebelum ini. Kementerian Pendidikan Malaysia (2017) mengatakan dasar 1 Murid 1 Sukan ini diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia yang bergasrat untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Murid boleh mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Dengan mempunyai program dasar ini, murid akan mengisi masa lapang dengan berkesan dan mengelakkan diri daripada aktiviti yang kurang sihat. Sebagai contohnya aktiviti yang boleh disertai oleh murid ialah bola sepak, bola keranjang, badminton, permainan tradisional dan sebagainya. Gambar 6.0, 7.0 dan 8.0 merupakan aktiviti yang dilaksanakan oleh murid di sekolah SJKC Pei Hwa. GAMBAR 6.0 GAMBAR 7.0


GAMBAR 8.0 Akhir sekali, sekolah juga bekerjasama dengan pihak kerajaan dan ibu bapa supaya dapat membenarkan murid untuk memeriksa gigi mereka secara percuma. Ini merupakan Dasar Yuran Percuma kerana murid hanya memerlukan surat kebenaran daripada ibu bapa mereka untuk memeriksa gigi. Setiap tahun, pasukan pergerakan gigi ini akan datang ke setiap sekolah. Mereka mengawasi semua sekolah di daerah contohnya sekolah SJKC Pei Hwa diletakkan di daerah Machang maka pasukan yang berada di Machang akan mengawasi dan memastikan bahawa tiada sekolah yang tercicir. Program ini dilaksanakan setiap tahun sekali dan merupakan aktiviti yang baik kepada murid supaya mereka mempunyai gigi yang sihat dan kuat. Gambar 9.0 dan 10.0 merupakan situasi semasa murid menerima pemeriksaan gigi mereka.


GAMBAR 9.0 GAMBAR 10.0


9.0 RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dasar Pendidikan Kebangsaan (Edisi Keempat). Firdaus Press Sdn. Bhd. Syazwan Wajiah. (2022). Program Transformasi Sekolah 2025. Academia. University of Nottingham. (2019). Dasar Pendidikan di Malaysia. Ebook. Yaakob Daud dan Yahya Don. (2012). Budaya sekolah, kepemimpinan Transformasional dan pencapaian akademik pelajar. Malaysian journal of learning and instruction.


LAMPIRAN BORANG KOLABORATIF


MAKLUMAT SEKOLAH


MAKLUMAT KURIKULUM


MAKLUMAT HAL EHWAL MURID


MAKLUMAT KOKURIKULUM


MAKLUMAT KOMUNITI


MAKLUMAT BERKAITAN DASAR PENDIDIKAN TERKINI (ABAD KE-21)


BORANG KEHADIRAN DAN BORANG PERKEMBANGAN PELAJAR


Click to View FlipBook Version