The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wimez5112, 2023-07-16 08:23:39

PERINCIAN AMALI SS 2024

PERINCIAN AMALI SS 2024

SEMESTER 1 AMALI KERJA KURSUS AMALI 1 PENGANJURAN SUKAN 2 PERKHEMAHAN 3 HARI 2 MALAM SEMESTER 2 3 UJIAN FIZIKAL ‘BLEP TEST’ 4 UJIAN FIZIKAL : BANGKIT TUBI PELBAGAI 5 UJIAN LIPATAN KULIT 6 UJIAN SISTEM RANGKA ( KLASIFIKASI,NAMA TULANG, SENDI & SIMULASI SENDI) 7 UJIAN NAIK TURUN BANGKU (NISBAH 3:1:3) SEMESTER 3 8 UJIAN FIZIKAL : UJIAN LITAR 9 UJIAN FIZIKAL: UJIAN FARTLEK 10 UJIAN FIZIKAL: ‘JUGGLING’ 11 UJIAN FIZIKAL & PEMAHAMAN KLASIFIKASI LAKUAN MOTOR 12 UJIAN RAWATAN KECEDERAAN: TOTAPS 13 UJIAN RAWATAN KECEDERAAN: RICE


AMALI 1 Tajuk: 2 Pengurusan Sukan Subtajuk: 2.6 Pengurusan Pertandingan Sukan Tujuan: Merancang dan melaksanakan satu pertandingan sukan/permainan Hasil Pembelajaran: Di akhir latihan amali ini, pelajar dapat (a) merancang satu pertandingan sukan/permainan; (b) melaksanakan satu pertandingan sukan/permainan; (c) menyediakan laporan pertandingan sukan/permainan. Peralatan: Tiada Prosedur: 1. Tugasan ini boleh dijalankan secara berskala kecil (kejohanan mini)/berskala besar (kejohanan terbuka) 2. Pelajar dikehendaki menentukan pertandingan yang ingin dirancangkan. Keputusan ini hendaklah dibuat secara kolektif. 3. Satu cadangan kertas kerja pertandingan sukan/permainan disediakan untuk memohon kelulusan daripada pihak pengurusan sekolah. 4. Pertandingan sukan/permainan dilaksanakan. 5. Laporan pertandingan sukan/permainan disediakan


AMALI 2 Tajuk: 3 Kesenggangan dan Rekreasi Subtajuk: 3.6 Perkhemahan Tujuan: Merancang dan melaksanakan satu perkhemahan Hasil Pembelajaran: Di akhir latihan amali ini, pelajar dapat (a) merancang satu perkhemahan; (b) mengelolakan perkhemahan yang dirancang; (c) melaporkan pengelolaan perkhemahan. Peralatan: Peralatan ditetapkan oleh guru mengikut bilangan pelajar. Prosedur 1. Membentuk jawatankuasa induk dan jawatankuasa pelaksana perkhemahan. 2. Mendapat penerangan daripada guru untuk merancang satu perkhemahan berdasarkan perkara yang berikut:. (a) Tempoh perkhemahan selama tiga hari dua malam (b) Penentuan lokasi perkhemahan (c) Aktiviti yang boleh dilaksanakan semasa perkhemahan (d) Perancangan makanan dan minuman sepanjang perkhemahan 2. Meninjau kawasan atau lokasi perkhemahan (aspek keselamatan, kesesuaian melaksanakan aktiviti, keluasan kawasan untuk perkhemahan, dan kemudahan yang terdapat di lokasi perkhemahan) 3. Mengenal pasti pegawai/fasilitator/guru pengiring yang boleh membantu dalam melaksanakan perkhemahan dan aktiviti perkhemahan 5. Menyediakan kertas kerja untuk pengelolaan program perkhemahan. 6. Memohon kebenaran ibu bapa/penjaga/Pejabat Pelajaran Daerah/Jabatan Pelajaran Negeri untuk melaksanakan perkhemahan 7. Menghubungi pihak berkuasa tempatan yang berkaitan seperti polis/hospital/pihak yang menguruskan kawasan/tapak perkhemahan, perhilitan dan lain-lain lagi untuk mendapat kebenaran/bantuan/makluman 8. Memastikan tahap kesihatan dalam keadaan baik 9. Menyediakan insuran kepada peserta, pegawai, fasilitator, dan gurupengiring 10. Menyediakan dan menyemak peralatan yang diperlukan 11. Memohon atau menyewa kenderaan yang sesuai sekiranya diperlukan 12. Mengenal pasti peraturan perkhemahan/keselamatan/kebersihan 13. Menyediakan senarai semak untuk setiap peserta dan kumpulan 14. Menganjurkan dan melaksanakan aktiviti perkhemahan yang telah dirancang 15. Menilai aktiviti yang dilaksanakan oleh peserta 16. Mengadakan post mortem dan laporan setelah tamat perkhemahan


AMALI 3 Tajuk: 5 Kecergasan Fizikal dan Kesejahteraan Subtajuk: 5.3 Daya Tahan Kardiovaskular Tujuan: Mengaplikasikan konsep senaman daya tahan kardiovaskular Hasil Pembelajaran: Di akhir latihan amali ini, pelajar dapat (a) mengenal pasti kedudukan denyutan nadi karotid dan arteri radial; (b) menentukan denyutan kadar nadi rehat pada kedua-dua lokasi; (c) menjalankan ujian bagi menentukan tahap kecergasan kardiovaskular individu. Peralatan: 1. Jam randik 2. Pemain cakera padat 3. Kon 4. Cakera padat bleep 5. Borang skor Garis Panduan Latihan Amali: 1. Pelajar melakukan aktiviti secara berpasangan. 2. Aktiviti dilakukan mengikut garis panduan latihan amali yang ditetapkan. (a) Mengira :Penentuan kadar nadi rehat dan kadar nadi sasaran (b) Penentuan Tahap Kecergasan Kardiovaskular – Ujian Bleep Garis Panduan Latihan Amali: 1. Mengikut garis panduan latihan amali yang ditetapkan. 2. Pastikan kawasan ujian bleep rata dan tidak licin. 3. Pre test dan post test dilakukan sekurang-kurangnya berselang 3 minggu


AMALI 4 Tajuk: 5.0 Kecergasan Fizikal dan Kesejahteraan Subtajuk: 5.5 Kekuatan otot Tujuan: Menentukan kekuatan otot menerusi ujian bangkit tubi pelbagai tahap Hasil pembelajaran: Di akhir latihan amali ini pelajar dapat (a) mengenal pasti ujian bangkit tubi pelbagai tahap; (b) mengendalikan ujian bangkit tubi pelbagai tahap; (c) mengklasifikasikan tahap kekuatan otot mengikut ujian bangkit tubi pelbagai tahap. Peralatan: 1. Beban 2.5 kg (5 lb) dan 5 kg (10 lb) 2. Alas/tikar senaman Prosedur: 1. Pelajar dikehendaki melaksanakan latihan amali ini secara berpasangan (pelaku dan pembantu). 2. Pelaku melakukan ujian bangkit tubi pelbagai tahap. 3. Pembantu mencatatkan skor kekuatan otot pelaku berdasar keupayaannya. 4. Prosedur 2 dan 3 diulangi terhadap rakan yang lain. 5. Pre test dan post test dilakukan sekurang-kurangnya berselang 3 minggu


AMALI 5 Tajuk: 5.0 Kecergasan Fizikal dan Kesejahteraan Subtajuk: 5.6 Komposisi badan Tujuan: Menganggarkan peratusan lemak menerusi ukuran lipatan kulit Hasil pembelajaran: Di akhir latihan amali ini pelajar dapat (a) mengenal pasti lokasi lipatan kulit untuk ukuran bagi lelaki dan perempuan; (b) melaksanakan pengukuran lipatan kulit dengan teknik yang betul; (c) (b) menganggarkan peratusan lemak badan. Peralatan: 1. Kaliper lipatan kulit (digital atau manual) 2. Pita ukur plastik 3. Pensil celak/marker 4. Kalkulator Prosedur: Pelajar dihendaki 1. melaksanakan latihan amali ini secara berpasangan (sama jantina). 2. mengenal pasti tiga lokasi pada badan pasangan anda untuk ukuran lipatan kulit. 3. mengunakan pita ukur untuk mengukur/menentukan lokasi lipatan kulit.(tandakan tempat untuk melakukan ukuran) 3. mencatatkan dapatan ukuran lipatan kulit di borang skor. 5. Menghitung peratusan lemak dengan menggunakan formula berkaitan.


AMALI 6 Tajuk: 6 Anatomi dan Fisiologi Subtajuk: 6.4 Sistem Rangka Tujuan: Menentukan lokasi tulang, sendi, dan pergerakan yang dapat dilakukan oleh manusia Hasil Pembelajaran: Di akhir latihan amali ini, pelajar akan dapat (a) mengklasifikasikan jenis tulang dan sendi dalam sistem rangka manusia; (b) mengenal pasti lokasi pelbagai jenis sendi dalam sistem rangka manusia; (c) melakukan simulasi pergerakan pada sendi yang dikenalpasti; Peralatan: Gambar/Model rangka manusia Prosedur: 1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Setiap kumpulan akan melalui tiga stesen.


AMALI 7 Tajuk: 6 Anatomi & Fisiologi Subtajuk: 6.6 Sistem Kardiovaskular Tujuan: Menentukan tahap kecergasan kardiovaskular menggunakan ujian naik turun bangku 3 minit. Hasil Pembelajaran: Di akhir latihan amali ini, pelajar dapat (a) mengukur denyutan nadi sebelum dan selepas melakukan ujian naik turun bangku 3 minit (b) mengukur tekanan darah sebelum dan selepas melakukan ujian naik turun bangku 3 minit. Peralatan: 1. Bangku berketinggian 40 cm untuk lelaki dan 33 cm untuk perempuan 2. Sphygmomanometer digital atau merkuri (alat mengukur tekanan darah) 3. Metronome 4. Jam randik 5. Carta Rate of Perceived Exertion (RPE) Prosedur: 1. Sebelum memulakan sesi latihan amali, setiap kumpulan perlu dianggotai oleh: (a) Pencatat data (denyutan nadi, tekanan darah dan RPE) (b) Penjaga metronome dan masa (c) Pengukur tekanan darah 2. Guru hendaklah memastikan ketinggian bangku ialah 33 cm bagi pelajar perempuan dan 40 cm bagi pelajar lelaki. (a) Pelajar duduk di kerusi yang disediakan bersebelahan bangku dalam keadaan rehat selama 3 minit. (b) Pada minit terakhir sesi rehat, tekanan darah dan denyutan nadi rehat direkodkan. (c) Pelajar seterusnya melaksanakan sesi penyesuaian teknik ujian naik turun bangku dengan bantuan dan bimbingan daripada guru. Pastikan teknik ujian adalah betul. Sesi penyesuaian mengambil masa selama 1 minit. (d) Selepas sesi penyesuaian, pelajar kembali duduk dan rehat selama 3 minit sebelum memulakan sesi ujian sebenar dengan bantuan ritma metronome dan bimbingan guru (e) Metronome dilaraskan pada tahap 90 bagi memberikan frekuensi naik turun pada 22.5 langkah seminit (setiap bunyi beep menandakan frekuensi naik-naik, turun-turun, naik-naik dan seterusnya). Ujian adalah selama 3 minit. (f) Satu minit sebelum tamat ujian, pelajar memberi maklum balas RPE berkenaan tahap kepayahan ujian dan kadar pernafasan (g) Jika pelajar tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor pelajar ini dibatalkan. (h) Selepas tamat ujian pelajar dikehendaki kembali duduk serta merta. (i) Kira kadar nadi dalam masa 10 saat seperti yang dinyatakan dalam latihan amali 4 (tajuk 5.3: Daya tahan kardiovaskular) atau menggunakan Polar Heart Rate Monitor. (j) Dengan serta merta, mulakan ukuran tekanan darah. Garis Panduan Latihan Amali: Ukuran tekanan darah diambil sebaik sahaja selesai ujian dijalankan mengikuti prosedur yang betul seperti tidak dipam terlalu tinggi sehingga menyebabkan tekanan darah naik terlalu tinggi.


AMAL 8 Tajuk: 7 Kejurulatihan Sukan Subtajuk: 7.7 Kaedah Latihan Tujuan: Merancang dan mengelolakan aktiviti latihan litar Hasil pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat (a) merancang latihan litar; (b) melaksana aktiviti latihan litar; (c) merekod dan melaporkan hasil latihan litar; Peralatan: 1. Jam randik 2. Wisel 3. Kerusi/bangku setinggi 40 cm ( lelaki)/33 cm (perempuan) 4. Kon 5. Pita pelekat (Masking tape) 6. Penanda stesen Prosedur: 1. Sediakan enam hingga tujuh stesen latihan litar seperti yang berikut: (a) Bangkit tubi (b) Burpee (c) Lari ulang alik 10 meter (d) Lentik badan (e) Lompat bintang (f) Naik turun bangku (g) Tekan tubi 2. Kenal pasti turutan aktiviti latihan litar yang sesuai. 3. Pastikan jarak antara setiap stesen berada lebih kurang 5 meter.


AMALI 9 Tajuk: 7 Kejurulatihan Sukan Subtajuk: 7.8 Program Latihan Tujuan: Merancang dan menjalankan satu sesi latihan Hasil pembelajaran: Pada akhir latihan amali ini, pelajar akan dapat (a) melaksanakan aktiviti latihan fizikal, (b) merekod dan melaporkan hasil yang dilakukan. Peralatan: 1. Pita ukur 2. Kon 3. Wisel 4. Jam randik 5. Masking tape 6. Marker pen Prosedur: 1. Pelajar dikehendaki melaksanakan dua pusingan aktiviti latihan Fartlek terkawal seperti yang berikut:. (a) Memanaskan badan (b) Jalan pantas 50 m (c) Joging 200 m (d) Lari naik tangga dua tingkat bangunan/bukit/pantai/sawah (e) Lari turun tangga dua tingkat bangunan/bukit/pantai/sawah (f) Larian langkah panjang 60 m (g) Lari pecut 40 m (h) Berjalan perlahan (i) Aktiviti gerak kendur (j) 2. Pelajar diberi penerangan oleh guru tentang langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menjalankan aktiviti. 3. Pelajar merekodkan masa menyiapkan aktiviti dari (b) hingga (g). 4. Pelajar menyiapkan laporan.


AMALI 10 Tajuk: 9 Lakuan motor Subtajuk: 9.3 Pembelajaran motor Tujuan: Menjelaskan proses pembelajaran motor menggunakan model Fitts dan Posner Hasil pembelajaran: Di akhir latihan amali ini, pelajar dapat (a) Memahami peningkatan pembelajaran motor bermula daripada peringkat kognitif, hubung kait dan autonomous serta membezakan antara dua kaedah pembelajaran motor (whole dan partpart-whole). Peralatan: 1. Sekurang-kurang 6 biji bola tenis/bola getah bersaiz kecil /pundi kacang yang berlainan warna 2. Dua keping kertas graf Prosedur: 1. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan dinamakan whole practice dan part practice. 2. Kumpulan whole practice melakukan aktiviti latihan amali menggunakan kaedah whole, manakala kumpulan part practice menggunakan kaedah part-part-whole. 3. Setiap kumpulan akan melakukan latihan amali sebanyak empat set mengikut program yang ditetapkan. Aktiviti dijalankan secara berpasangan iaitu, kumpulan whole sebagai pelaku, dan kumpulan part-part whole sebagai pencatat. Kira bilangan yang dapat menjugel dengan lengkap. 4. Rehat antara set adalah 10 minit. 5. Rekodkan pencapaian pelajar dalam borang skor


AMALI 11 Tajuk: 9 Lakuan motor Subtajuk: 9.5 Klasifikasi Kemahiran Motor Tujuan: Memerihalkan klasifikasi kemahiran motor Hasil pembelajaran: Di akhir pembelajaran, pelajar dapat (a) Mengenal pasti kemahiran sukan berdasarkan klasifikasi kemahiran motor (tertutup/terbuka, kasar/halus, bersiri/berterus/diskret), (b) Membandingkan antara kemahiran tertutup dengan kemahiran terbuka. Peralatan: 1. Bola sepak 2. Tiang gol/kon Prosedur: 1. Pelajar diberikan tugasan latihan amali untuk dilaksanakan. 2. Pelajar melakukan tugasan latihan amali secara berpasangan.


AMALI 12 Tajuk: 10 Pengurusan Kecederaan Sukan Subtajuk: 10.3 Penilaian Kecederaan Tujuan: Menaksir kecederaan sukan pada seorang atlet Hasil Pembelajaran: Diakhir latihan amali pelajar dapat membuat penilaian tahap kecederaan sekunder (Secondary Survey). Prosedur: 1. Pelajar berpasangan melakukan aktiviti. 2. Dengan menganggap seorang atlet bola sepak mengalami kecederaan akibat terseliuh pada bahagian buku lali (ankle sprain), lakukan penaksiran kecederaan terhadap atlet itu. Garis Panduan Latihan Amali: 1. Berjumpa dengan atlet yang cedera. 2. Tenangkan atlet dan kenalkan diri anda sebagai perawat. 3. Dapatkan maklumat bagaimana kecederaan terjadi, masa dan tempat, mekanisma kecederaan sambil menunjukkan bahagian/tempat/lokasi yang paling sakit (TALK). 4. Perhatikan dengan teliti lokasi kecederaan sama ada terdapat luka, kemerahan, benjolan atau lebam (OBSERVE). 5. Pegang lokasi kecederaan dengan cermat dan berhati-hati. Lihat reaksi atlet, tentukan kawasan mana yang paling sakit/sensitif. Sentuh bahagian yang cedera untuk mengetahui sama ada terdapat peningkatan haba. Adakah terdapat benjolan, rasa berpeluh, dan dingin? (TOUCH). 6. Seterusnya, minta atlet menggerakan kaki (foot) sendiri pada semua julat pergerakan sendi terlibat (plantar, dorsi flexion, inversion, eversion). Lihat julat pergerakan (ROM). Minta atlet membuat penilaian pergerakan yang terhad. (ACTIVE MOVEMENT) 7. Akhir sekali, perawat menggerakan secara perlahan-lahan semua julat pergerakan sendi atlet yang cedera (plantar, dorsi flexion, inversion, eversion). Perawat membuat penilaian dengan menentukan pergerakan yang manakah yang paling sakit. (PASSIVE MOVEMENT) 8. Membuat penilaian kecederaan dalam borang penilaian yang disediakan


AMALI 13 Tajuk: 10 Pengurusan Kecederaan Sukan Subtajuk: 10.5 Kecederaan Tisu Lembut Tujuan: Memberikan rawatan bantu mula pada kecederaan tisu lembut Hasil Pembelajaran: Di akhir latihan amali ini, pelajar dapat: (a) melakukan teknik rawatan asas bantu mula, (b) mengetahui turutan penggunaan ais untuk merawat kecederaan tisu lembut, (c) mengetahui langkah keselamatan dalam penggunaan ais. Peralatan: 1. Bekas ais 2. Ais 3. Tuala/kain atau plastik tebal 4. Pembalut (bandage) Prosedur: 1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil atau berpasangan. 2. Anggarkan salah seorang pelajar dalam kumpulan yang cedera tersebut mengalami kecederaan dibahagian siku/lutut/pergelangan kaki/tangan. 3. Pelajar yang lain dikehendaki melakukan rawatan RICE terhadap bahagian yang cedera.


Click to View FlipBook Version