The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by WAN MOHD ZAHIRUDDIN BIN WAN ABDULLAH sk merang, 2020-11-29 01:34:17

SOLAT JAMAK QASAR

BAHAGIAN IBADAH
SOLAT MUSAFIR

OLEH:
USTAZ WAMOZA

RUKHSAH SOLAT

• Rukhsah Solat ialah kemudahan,
kelonggaran atau keringanan yang
diberikan oleh Allah kepada umat Islam
dalam melakukan solat di atas sebab-
sebab :
1. Musafir.
2. Uzur atau sakit.
3. Dalam peperangan.

DALIL

‫ ِإ َّن الل َه يُ ِح ُّب أَن تُؤتَى‬: )‫سبدا رسول الله (ص‬
.ُ‫ُر َخ ُصهُ َك َما يَك َرهُ أَن تُؤتَى َمْع ِصيَتُه‬

)‫(رواه أحمد‬

Maksudnya : Sesungguhnya Allah suka
dilaksanakan rukhsah (keringanan)
yang diberikan olehNya seperti Allah
membenci dilakukan maksiat
kepadaNya

MAKSUD SOLAT MUSAFIR

SOLAT FARDHU YANG DITUNAIKAN
DENGAN CARA YANG KHUSUS
MENGIKUT SYARAT-SYARAT
TERTENTU YANG TELAH
DITETAPKAN SYARAK

HUKUM SOLAT QASAR DAN
JAMAK

• HUKUM
SOLAT
QASAR DAN
JAMAK IALAH

HARUS

RUKHSAH SOLAT MUSAFIR

• Rukhsah Solat
Musafir ialah
kemudahan yang
diberikan oleh Allah
kepada orang
musafir untuk
melakukan solat
fardu dengan cara
qasar atau jamak
atau kedua-duanya
sekali.

SOLAT QASAR

• Solat Qasar ialah memendek solat
fardu empat rakaat menjadi dua
rakaat.

• Solat yang boleh diqasarkan ialah :
1. Solat Zohor.
2. Solat Asar.
3. Solat Isya’.

(Formula : So 4r pdk 2r)

DALIL PENSYARIATAN
SOLAT QASAR

NIAT SOLAT QASAR

SYARAT SOLAT QASAR

1. Hendaklah musafir perjalanan melebihi 2 marhalah
atau lebih 90 km.

2. Hendaklah melepasi sempadan kawasan tempat
tinggal.

3. Tidak niat bermuqim melebihi 4 hari, tidak
termasuk perjalanan pergi dan balik.

4. Tidak berimamkan imam yang sempurna
rakaatnya.

5. Masih dalam musafir ketika mengerjakan solat
qasar.

6. Perjalanan tidak bertujuan melakukan maksiat.
7. Mengetahui destinasi yang dituju.

SOLAT JAMAK

SOLAT JAMAK IALAH MENGHIMPUN
DUA SOLAT FARDU KE DALAM SATU
WAKTU DENGAN SYARAT-SYARAT
TERTENTU. (Formula : 2sf dlm 1W)

SOLAT YANG BOLEH DIJAMAKKAN :
1. ZOHOR DENGAN ASAR. (Z + A)
2. MAGHRIB DENGAN ISYA’ (M + I)

SYARAT SOLAT JAMAK

1. Perjalanan melebihi 2 marhalah
(90km).

2. Perjalanan dengan tujuan yang baik.
3. Hendaklah melepasi sempadan

kawasan tempat tinggal.
4. Masih dalam musafir.
5. Tidak berniat bermuqim melebihi 4

hari tidak termasuk perjalanan pergi
dan balik.

JENIS SOLAT JAMAK

Solat Jamak Terbahagi
kepada 2 jenis :

1.Solat Jamak Taqdim.
2.Solat Jamak Takhir.

SOLAT JAMAK TAQDIM

• SOLAT JAMAK TAQDIM IALAH
Menghimpunkan solat waktu pertama dan
waktu kedua dalam waktu pertama.
(Formula : W1 + W2 dlm W1)

• CONTOH :
1. Solat Zohor & Asar dlm waktu Zohor.

(Formula : Z + A dlm Z)
2. Solat Maghrib & Isya’ dlm waktu Maghrib.

(Formula : M + I dlm M)

SYARAT SOLAT JAMAK TAQDIM

1. Dimulakan dengan solat waktu
pertama iaitu Zohor atau Maghrib.

2. Berniat jamak dalam solat yang
pertama.

3. Muwalat, iaitu berturut-turut kedua-
dua solat tersebut.

4. Perjalanan masih berterusan
sehingga masuk ke solat kedua.

SOLAT JAMAK TAKHIR

• SOLAT JAMAK TAKHIR IALAH :

Menghimpunkan solat waktu pertama
dengan waktu kedua dalam waktu
kedua. (Formula : W1 + W2 dlm W2)

• CONTOH :

1. Solat Zohor & Asar dlm waktu Asar.
(Formula : Z + A dlm A)

2. Solat Maghrib & Isya’ dlm waktu Isya’.
(Formula : M + I dlm I)

NIAT SOLAT JAMAK TAKDIM

NIAT SOLAT JAMAK TA’KHIR

SYARAT SOLAT JAMAK TAKHIR

1. Berniat akan melakukan jamak takhir
semasa dalam waktu solat pertama
(Zohor / Maghrib).

2. Masih dalam perjalanan sehingga
kedua-dua solat selesai dilaksanakan.

HIKMAT DISYARIATKAN SOLAT

QASAR DAN JAMAK

1. Memberi keringanan kepada umat Islam
untuk menunaikan solat fardu ketika dalam
musafir.

2. Tanda kasih sayang Allah kepada umat
Nabi Muhammad SAW.

3. Supaya seseorang dapat melaksanakan
ibadah solat yang begitu penting dan tidak
boleh ditinggalkan.

4. Menggalakkan umat Islam bermusafir dan
berjalan dimuka bumi untuk menjalankan
kehidupan dengan lebih sempurna.

PENGHAYATAN

1. Berdisiplin melakukan ibadah serta
menyakini kebaikan syariat Islam.

2. Berazam menunaikan solat qasar dan
jamak semasa bermusafir.

3. Menyedari bahawa solat adalah
ibadah yang paling mulia dan paling
penting.


Click to View FlipBook Version