The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Panduan Peraturan Sekolah SEDAR 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Teacher May, 2021-01-20 02:05:32

Buku Panduan Peraturan Sekolah SEDAR 2021

Buku Panduan Peraturan Sekolah SEDAR 2021

Lagu Sekolah

ILMU TONGGAK IMAN

Menulis dan membaca
Jadi amalan
Ilmu yang berguna
Untuk masa depan

Pada ibu dan bapa
Kami berjanji
Guruku didiklah
SK. Bandar Kuala Krai

Ilmulah Tonggak Iman
Jadi panduan
Belajar dengan riang
Untuk masa depan

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah,

Pertama-tama saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah (SWT) dan
berterima kasih kepada pihak Jawatankuasa HEM dan Disiplin kerana te-
lah berjaya menerbitkan buku peraturan ini.

Kita sedia maklum, disiplin merupakan satu elemen yang amat pent-
ing kepada seseorang pelajar. Hanya dengan mematuhi segala peraturan
yang ditetapkan, seseorang pelajar itu akan berjaya. Tanpa disiplin yang
kukuh, kemungkinan besar kejayaan tidah menyebelahi kita.

Setiap peraturan yang ditetapkan bertujuan untuk mendidik dan
membentuk para pelajar agar menjadi manusia yang berguna pada ma-
sa akan datang. Justeru demikian,buku ini diterbitkan agar dapat mem-
beri manfaat kepada seluruh warga SK. Bandar Kuala Krai (SEDAR).

Saya juga berharap agar semua guru akan bertindak sebagai guru
disiplin sekolah. Dengan adanya buku ini, diharap akan menjadi panduan
kepda guru untuk tujuan tersebut.

Melalui program-program yang dirancang, saya tetap menaruh hara-
pan dan kepercayaan bahawa kita mampu membina kekuatan tersendiri
untuk meningkatkan pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah
murid ini dalam membentuk kemenjadian murid.

Akhir sekali, saya berdoa moga segala usaha gigih yang disumbangkan
oleh semua pihak akan mendapat keberkatan dan rahmat daripaNya.

“Disiplin Adalah Asas KeSEDARan, KeSEDARan Kunci KE-
JAYAAN”

…………………....
(MOHAMAD B. JUSOH)
Guru Besar,
SK. Bandar Kuala Krai
Kuala Krai, Kelantan

Lampiran A

Edaran Terhad untuk
Kegunaan Rasmi Sahaja

ORDINAN PELAJARAN, 1957 PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN
SEKOLAH) 1959.

2 tahun 1957 Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh

seksyen 116 Ordinan Pelajaran, 1957, Menteri dengan ini
membuat peraturan-peraturan yang berikut :

Tajuk ringkas dan 1. Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin
pemakaian. Sekolah), 1959, dan hendaklah dipakai bagi semua sekolah daripada :-

A) sekolah yang dikecualikan daripada pendaftaran di bawah seksyen
114(2) Ordinan dan

B) Sekolah gaya pos

Tafsiran. 2. Dalam peraturan-peraturan ini, melainkan jika kandungan ayatnya
menghendaki makna yang lain -

P.U.(A)130. 80 “Pihak berkuasa pelantik” ertinya orang atau badan yang ber
tanggungjawab pada masa itu bagi melantik mana-mana orang
menjadi Guru Besar sesebuah sekolah.

“Pendaftar Besar” ertinya Pendaftar Besar Sekolah-sekolah
yang dilantik di bawah seksyen 57(1) Ordinan ;

Perlantikan Guru “Pendaftar” ertinya Pendaftar Sekolah-sekolah yang dilantik
Besar. di bawah seksyen 57(2) Ordinan.

3. (1) Apabila melantik seseorang menjadi Guru Besar sesebuah sekolah, pihak
berkuasa pelantik hendaklah dengan seberapa segera yang boleh, mem
beritahu Pendaftar tentang perlantikan itu.

Tanggungjawab (2) Pendaftar hendaklah mencatatkan nama Guru yang dilantik
Guru Besar atas menjadi Guru Besar di mana-mana sekolah dalam daftar sebagai
disiplin. nama guru besar sekolah itu.

Kuasa-kuasa (3) Apabila Guru Besar sesebuah sekolah bersara atau berhenti
Guru Besar bertindak sebagai Guru Besar, badan berkuasa pelantik hen-
daklah dengan seberapa segera yang boleh melaporkan hal itu
secara bertulis kepada Pendaftar, yang hendaklah dengan mem-
buat apa-apa catatan dalam daftar itu sebagaimana perlu.

(4) Dalam peraturan ini “daftar” ertinya daftar yang disimpan di
bawah seksyen 59 Ordinan.

4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab
atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah
mempunyai kuasa ke atas Guru-Guru dan murid-murid
sekolah itu.

5. (1) Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-
murid, Guru Besar hendaklah mempunyai kuasa men-
jalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa se-
bagaimana perlu atau bermanfaat :
Dengan syarat bahawa –

a) hukuman dera kepada murid-murid perempuan
adalah dilarang : dan

b) hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh
seseorang Guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah
dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan
ditapak tangan ataupun dipunggung yang berlapik
dengan pakaian dan hendaklah dijalankan hanya oleh
Guru Besar ataupun dengan kuasa nyata yang diberi
olehnya dalam hal yang tertentu.

(2) Satu rekod mengandungi semua hukuman
yang dijalankan dibawah perenggan hendaklah disimpan
secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh Pen
daftar.

Murid-murid tidak 6. Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke
boleh mengambil semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal
yand difikirkannya patut, mewakilkan kuasa disiplin
bahagian dalam sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada Guru
aktiviti-aktiviti -Guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid
pilihanraya atau yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu, tetapi
politik. kecuali yang disebut di atas tidak seorang pun Guru
atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan
dengan arahan tertentu .
Dengan syarat bahawa kuasa menjalankan huku-
man dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana
orang selain daripada guru berdaftar.

7. (1) Tiada seorang pun murid yang berumur kurang
daripada dua puluh satu tahun yang belajar di mana-
mana sekolah boleh
a ) merayu undi bagi pihak mana-mana parti atau
pertubuhan politik, atau mana-mana calon da-
lam sesuatu pilihanraya ;
b ) dengan tujuan menyokong atau menentang
mana-mana parti atau pertubuhan politik, atau
pencalonan
mana-mana individu dengan menentang
seorang atau beberapa orang lain dalan
sesuatu pilihanraya, berucap atau meng-
ganggu mana-mana perjumpaan awam yang
sah ;
c ) menyebar atau menyebab disebarkan apa-apa
penulisan politik, dokumen atau lain-lain prop-
aganda bagi pihak atau untuk menyokong
sesuatu parti atau pertubuhan politik atau yang
ada hubungan dengan mana-mana calon yang
sedang bertanding dalam sesuatu pilihanraya.
d) Mengganggu perjalanan sesuatu perjumpaan
awam yang sah dengan cara yang mungkin
menghalang perjalanan urusan perjumpaan
yang diadakan itu ;

Kuasa guru besar e) Mengambil bahagian dalam mana-mana
menggantung perarakan atau perhimpunan yang dikelol-
persekolahan atau akan atau diadakan dengan tujuan untuk
menyokong atau menentang mana-mana
Kuasa pendaftar parti atau pertubuhan politik atau apa-apa
mengarahkan pendapat politik atau mana-mana calon da-
pembuangan murid lam sesuatu pilihanraya.
dari sekolah.
(2) Dalam peraturan ini “pilihanraya” ertinya pemili-
han seseorang ahli untuk Dewan Rakyat, Dewan
Undangan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa
tempatan.

8. Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan memuas
kan hati Guru Besar sesebuah sekolah –

a) sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud
menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-
mana sekolah yang seseorang murid patut di
gantung persekolahannya ataupun dibuang
sekolah; atau

b) yang seseorang murid telah melanggar pe
runtukan-peruntukan peraturan 7, ia boleh dengan
perintah menggantung murid itu dari hadir sekolah
selama suatu tempoh yang difikirkannya patut atau
membuang murid itu dari sekolah.

9. (1) Pada bila-bila masa sahaja –
a) Didapati dengan memuaskan hati Pendaftar se
bagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga
disiplin atau ketenteraman dimana-mana sekolah :

atau

b) Pendaftar diarahkan sedemikian oleh Pendaftar
Besar; atau

c) Pendaftar berpuas hati bahawa telah berlak
pelanggaran terhadap peraturan 7.

Catatan dibuang 10. (1) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid
sekolah dalam sijil yang digantung persekolahannya atau dibuang
berhenti sekolah. sekolah di bawah peraturan 8(a) boleh merayu
kepada Pendaftar yang boleh membuat suatu
Syarat masuk balik perintah mengenainya sebagaimana difikir-
sekolah. kannya patut :

Kuasa menutup (2) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang
sekolah, dll, dalam dibuang sekolah mengikut mana-mana perintah
hal keadaan tertentu yang dibuat di bawah peraturan 8(b) atau peraturan
9 boleh, dalam tempoh satu bulan dari tarikh murid
itu dibuang sekolah atau dari tarikh perintah yang
disebut dalam peraturan 9(2) disampaikan kepadan-
ya, mengikut mana yang lebih lama, merayu kepada
Menteri mengikut peruntukan-peruntukan seksyen
90 dan 91 ordinan

11. Sijil berhenti sekolah tiap-tiap murid yang dibu-
ang sekolah di bawah peruntukan-peruntukan
peraturan 8 atau 9 hendaklah dicatat oleh Guru
Besar dengan catatan yang menyatakan murid
itu telah dibuang sekolah di bawah peruntukan-
peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

12. Seseorang murid yang telah dibuang sekolah
dengan perintah yang dibuat di bawah peraturan
9 tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah
itu telah terlebih dahulu dimansuhkan oleh pihak
berkuasa yang membuatnya ).

a) masuk atau dibenarkan masuk ke dalam
kawasan sekolah itu; atau

b) diterima masuk sebagai seorang murid
di mana-mana sekolah lain, tanpa kebenaran
Pendaftar Besar.

13. (1) Jika, pada pendapat Pendaftar, perlu atau
dikehendaki oleh kerana apa-apa hal tak ten-
teram atau ketiadaan disiplin di pihak murid atau
pelajar sesebuah sekolah yang sekolah itu patut
ditutup sementara waktu, maka Pendaftar boleh,
dengan perintah secara bertulis, menutup
sekolah itu selama suatu tempoh, tidak melebihi
satu bulan dari tarikh perintah tersebut itu, se-
bagaimana difikirkannya perlu.

Penalti (2). Tiada seorang pun boleh tanpa sebab yang
munasabah masuk atau cuba masuk atau tinggal
di premis itu yang digunakan sebagai atau berkai-
tan dengan sesebuah sekolah yang mana suatu
perintah yang dibuat di bawah perenggan (1) ada-
lah berkuatkuasa.
(3). Mana-mana pegawai polis boleh, tanpa waran
masuk dan menggeledah mana-mana sekolah
atau mana-mana bangunan / premis yang
digunakan sebagai atau berkaitan dengan
sekolah itu yang suatu perintah telah dibuat di
bawah perenggan (1) peraturan ini dan boleh
menghalau keluar sesiapa juga yang terjumpa
didalamnya; dan untuk memasuki mana-mana ba-
hagian premis itu, pegawai polis boleh
menggunakan kekerasan yang perlu untuk me-
mecah buka pintu atau tingkap yang di luar atau
di dalam jika, setelah menunjukkan kuasa dan
tujuannya dan izin masuk telah dibuat dengan
sempurnanya, ia tidak dapat dengan cara itu ma-
suk premis itu.
(4) Apa-apa perintah yang dibuat di bawah
perenggan (1) boleh pada bila-bila masa semasa
masih berkuatkuasa dibatalkan oleh Menteri,
tetapi tanpa menyentuh sahnya perintah yang
lalu atau apa-apa jua yang dilakukan di
bawahnya atau kuasa Pendaftar untuk membuat
perintah baru di bawah peraturan ini.
14. Mana-mana murid yang tidak mematuhi mana-mana
perintah yang dibuat di bawah peraturan 8 atau 9,
atau yang melanggar peruntukan-peruntukan pera-
turan 12 dan sesiapa jua yang tidak mematuhi pe-
runtukan-peruntukan peraturan 11 atau peraturan 13
(2) boleh dikenakan denda tidak lebih daripada satu
ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam
bulan atau kedua-dua denda atau penjara itu, dan
sesiapa jua yang tidak mematuhi peruntukan-
peruntukan mana-mana peraturan lain boleh
dikenakan denda tidak lebih daripada satu ratus ring-
git bagi kesalahan kali pertama dan dua ratus ringgit
bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya.

Pembatalkan 15. Menteri boleh dengan perintah mengecualikan mana-
mana sekolah atau golongan sekolah semua atau ma-
na-mana peruntukan peraturan-peraturan ini, sama
ada dengan mutlak atau tertakluk kepada apa-apa
syarat yang difikirkannya patut dikenakan, dan boleh
pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatal-
kan mana-mana pengecualian itu atau memansuhkan
atau meminda atau menambah kepada syarat-syarat
itu.

16. Peraturan-peraturan (Disiplin) Sekolah 1956 adalah
dengan ini dibatalkan.
Diperbuat pada 20hb. Februari, 1959.
( M.E. 040 : AG.FM.Y/26/64/8: AG/FM/Y/ 98/6-
Vol.II/4 )

MOHAMED KHIR JOHARI
Menteri Pelajaran

PERATURAN DAN TATATERTIB SEKOLAH

DEFINISI
Di dalam peraturan-peraturan ini perkataan berikut adalah dimaksudkan dbawa:
1.1 “Sekolah” dimaksudkan kepada sekolah Kebangsaan Bandar Kuala Krai,

Kelantan.
1.2 “Murid” bermaksud murid-murid yang didaftarkan di sekolah ini.
1.3 “Guru” bermaksud orang yang diberi tauliah untuk mengajar dan mendidik

di sekolah ini.
1.4 “Pengawas” bermaksud murid sekolah ini ynag dilantik oleh Guru Besar

sebagai ketua murid untuk mengawasi murid-murid di sekolah ini.
1.5 “Kawasan Sekolah” bermaksud satu lingkungan berpagar yang mengan-

dungi bangunan-bangunan yang berfungsi dalam memberi kemudahan-
kemudahan.

PERATURAN BERPAKAIAN MURID
2.1 PAKAIAN SERAGAM MURID BIASA

2.1.1 Pakaian Seragam Murid Lelaki
Baju
Baju kemeja berwarna putih (Kain Tetron Cotton) berlengan pendek.
Seluar
Semua murid lelaki diwajibkan memakai seluar panjang berwarna
gelap. Labuh seluar hendaklah separas buku lali, tidak longgar atau ter-
lalu ketat.
(Sila Rujuk Lampiran 1)

Kasut dan stoking
Kasut kain atau kanvas bertapak getah berwarna putih atau hitam.
Stoking berwarna putih atau hitam tanpa jalur atau bunga. Semua
murid diwajibkan memakai stoking. Murid dilarang sama sekali me
makai selipar (tanpa kebenaran guru).
Lencana dan Tanda Nama
Semua murid diwajibkan sentiasa memakai lencana sekolah dan tanda
nama semasa memakai pakaian seragam sekolah.
Tali Pinggang
Tali pinggang yang digunakan lebarnya mestilah tidak melebihi satu inci
dan hanya berwarna hitam/ biru gelap. Kepala tali pinggang hendaklah
berbentuk dan bersaiz biasa.
Songkok
Jika digunakan, murid hanya dibenarkan memakai songkok berwarna
HITAM sahaja.
2.1.2 PAKAIAN SERAGAM MURID PEREMPUAN
Baju
Baju kurung berpesak warna putih (kain tetron/ cotton) tidak terlal
nipis dan tidak berkilau. (Sila Rujuk Lampiran 1)
Bagi murid bukan beragama Islam, baju putih lengan pendek atau
panjang, berskirt separas lutut. Pemakaian baju kurung adalah diga

lakkan. (Sila Rujuk Lampiran 1)

Tudung
Tudung berwarna putih (mini telekung) tidak terlalu singkat, labuh
melebihi kepala bahu.
Kasut dan stoking
Sama seperti murid lelaki
Lencana dan tanda nama

Lencana dan tanda nama hendaklah diletakkan di sebelah kiri
tudung bagi murid yang bertudung. Bagi murid yang tidak bertudung,
lencana dan tanda nama hendaklah diletakkan di sebelah kiri hada-
pan baju separas dada. (Sila Rujuk Lampiran 2)
Perhiasan

Murid perempuan dilarang sama sekali memakai apa-apa barang
perhiasan seperti rantai, gelang, cincin dan subang sama ada jenis
emas tulen atau tiruan. Kerongsang yang terlalu besar juga tidak
dibenarkan. Murid dibenarkan memakai jam tangan sahaja tetapi tid-
ak terlalu mahal harganya.
2.2PAKAIAN SERAGAM MURID YANG MEMEGANG JAWATAN
2.2.1 Pengawas Sekolah,
Murid Lelaki

Baju kemeja berwarna ungu lengan panjang, berseluar panjang
warna ungu, bervest (warna ungu), bersongkok, bertali leher warna
biru gelap dan berkasut warna hitam.
Murid Perempuan

Baju Kurung berwarna ungu, kain berwarna ungu gelap, vest
berwarna ungu dan bertudung warna ungu.

2.2.2 Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS)
Murid Lelaki
Baju kemeja biru berlengan panjang, berseluar Panjang warna biru gelap,
bervest warna biru, bertali leher biru gelap dan bersongkok.

Murid Perempuan
Baju kurung berwarna biru, kain berwarna biru gelap, vest berwarna biru
dan bertudung berwarna biru.

2.2.3 Pengawas (Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
Murid Lelaki
Baju kemeja berwarna coklat berlengan Panjang, berseluar warna coklat
gelap, bervest warna coklat gelap dan bertali leher biru gelap.

Murid Perempuan
Baju kurung berwarna coklat, kain berwarna coklat gelap, vest berwarna
coklat gelap dan bertudung warna coklat.

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Murid Lelaki
Baju dan seluar sepertimana murid lelaki biasa, berrvest warna ungu dan
bertali leher warna ungu gelap.

Murid Perempuan
Baju dan kain sepertimana murid perempuan biasa, vest berwarna ungu
dan bertudung warna putih.

2.2.5 Ketua dan Penolong Ketua Kelas
Murid Lelaki
Baju dan seluar sepertimana murid lelaki biasa dan bertali leher
warna merah.
Murid Perempuan
Baju dan kain sepertimana murid perempuan biasa dan tudung ber-
lace merah.

2.3 PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KEGIATAN KOKURIKULUM

2.3.1 PAKAIAN PENDIDKAN JASMANI
Murid Lelaki
Seluar trek warna gelap (hitam/ biru gelap), baju ‘T’ SEDAR dan ber
kasut sekolah (hitam/putih)

Murid Perempuan
Sama seperti pakaian murid lelaki dan bertudung sekolah.

2.3.2 PAKAIAN KOKURIKULUM (Hari Rabu)
Semua murid tahap 2 diwajibkan memakai pakaian seragam unit mas
ing-masing. Manakala murid Tahap 1 diwajibkan memakai pakaian
Pendidikan Jasmani.

3 KEKEMASAN
3.1 RAMBUT
Murid lelaki
sama sekali tidak dibenarkan berambut panjang ataupun meniru fesyen ram
but luar biasa. Rambut tidak mencecah kolar baju semasa kepala dalam
keadaan tegak. (Sila Rujuk Lampiran 3)
Potongan rambut “skin head” dan “punk”dilarang sama sekali. Murid ju-
ga dilarang keras mewarna rambut. Rambut hendaklah disikat dengan rapi
dan berminyak tetapi tidak berlebihan.
Murid permpuan yang tidak memakai tudung, sekiranya rambut pan-
jang melepasi bahu, mestilah diikat dengan kemas. Rambut hendaklah
disikat dengan rapi.

3.2 KUKU
Kuku mestilah pendek, bersih dan tidak diwarnakan.

4. PERATURAN SEKOLAH
4.1 MASA
Masa Masuk Sekolah
Murid dikehendaki tiba di sekolah selewat-lewatnya pukul 7.30
pagi. Murid hanya dibenarkan masuk ke sekolah melalui pintu pagar A
(Pondok menunggu).

Murid yang mendapat RMT (Rancangan Makanan Tambahan)
perlu sampai di sekolah selewat-lewatnya jam 7.15pagi dan terus ke
kantin untuk makan RMT.

Bagi murid yang menunggang basikal, tidak dibenarkan menunggang
basikal di kawasan sekolah. Basikal hendaklah diletakkan di tempat le-
tak basikal. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab di atas sebarang
kerosakkan dan kehilangan basikal/ eksesori. Meletakkan basikal di ka-
wasan sekolah adalah tangungjawab sendiri.

Loceng pertama akan dibunyikan pada pukul 7.30 pagi. Semua murid
diwajibkan berada di tapak perhimpunan untuk mengikuti Perhimpunan
Rasmi (Ahad) dan Perhimpunan Pagi (Isnin, Selasa. Rabu dan
Khamis).

Loceng ke-2 akan dibunyikan pada pukul 7.40 pg dan sesi pembelaja-
ran bermula.

Masa Pulang
Masa pulang untuk murid Tahap 1 adalah pada pukul 1.10 tengah hari
(Ahad dan Isnin) dan 12.45 tengah hari (Selasa, Rabu dan Khamis).
Manakala bagi murid Tahap 2, masa pulang adalah pada pukul 1.10
tengah hari.
Masa Rehat

Masa rehat untuk murid Tahap 1 adalah pada pukul 9.40 pagi dan
Tahap 2 pada pukul 10.10 pagi.

Semua murid adalah tidak dibenarkan berada dalam kelas sema-
sa rehat. Murid juga dilarang bermain-main atau berlari-lari semasa re-
hat.

4.2 KEDATANGAN
Kedatangan adalah diwajibkan kepada semua murid.

Murid yang Tidak Hadir
Murid yang tidak dapat hadir ke sekolah dengan sebab yang munasa-
bah seperti sakit atau kemalangan, ibu bapa atau penjaga hendaklah
memaklumkan kepada pihak sekolah dengan menulis surat beserta
dengan dokumen-dokumen yang berkaitan seperti sijil sakit dan se-
bagainya.Murid yang tidak hadir tanpa alasan, tindakan disiplin boleh
dikenakan.

Tindakan Displin dan Surat Amaran
Murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau 7 hari berkala
tanpa sebarang sebab adalah dikira ponteng. Tindakan disiplin/ Surat
Amaran akan dikeluarkan kepada murid tersebut.
(Sila Rujuk Lampiran 4)

4.3 PERATURAN KANTIN

Murid hendaklah beratur semasa hendak membeli makanan di kantin.
Murid hanya dibenarkan makan di tempat yang disediakan di kantin.
Murid yang membawa bekalan juga hanya dibenarkan makan dan mi-
num di kantin. Sebarang sisa makanan dan minuman tidak dibenarkan
sama sekali dibawa keluar dari kantin semasa rehat.

4.4 PERATURAN KELUAR KELAS ATAU KELUAR KAWASAN SEKOLAH
a) Murid dikehendaki beratur dengan tertib ketika keluar dari kelas ke bilik-

bilik khas.
b) Murid dilarang keluar dari kelas tanpa kebenaran guru atau ketua kela

(sekiranya tiada guru).
c) Hanya 2 orang murid sahaja dibenarkan keluar kelas pada satu-satu ma-

sa.
d) Murid yang keluar kelas perlu memakai Pas Kebenaran keluar kelas.
e) Murid dilarang sama sekali berkeliaran di luar kelas semasa waktu bela-

jar.

f) Murid dilarang keluar dari kawasan sekolah sewaktu sesi pembelaja-
ran tanpa kebenaran.

g) Murid dilarang keluar semula dari kawasan sekolah setelah memasu-
ki kawasan sekolah pada waktu pagi.

h) Murid hanya dibenarkan keluar dari kawasan sekolah setelah
mendapat kebenaran bertulis daripada Guru Besar atau Penolong
Kanan atau guru bertugas.

4.5 PERATURAN BILIK-BILIK KHAS
4.5.1 PUSAT SUMBER SEKOLAH
a) Semua murid, guru dan kakitangan sekolah adalah ahli pusat sumber
sekolah.
b) Ahli hanya boleh meminjam buku dengan menggunakan kad pin-
jaman.
c) Ahli tidak dibenarkan menggunakan kad pinjaman orang lain.
d) Murid hanya dibenarkan meminjam sebuah buku sahaja pada satu-
satu masa. Manakala guru dan kakitangan boleh meminjam satu atau
dua buah buku pada satu-satu masa.
e) Peminjam yang lewat memulangkan buku akan dikenakan denda
sebanyak 10 sen sehari.
f) Setiap peminjam adalah bertanggungjawab ke atas keselamtan buku
yang dipinjam. Buku yang dihilangkan oleh peminjam hendaklah di-
ganti oleh peminjam. Sekiranya peminjam tidak dapat berbuat
demikian, maka ia mesti digantikan harga buku tersebut.
g) Waktu beroperasi Pusat Sumber adalah pada setiap hari
persekolahan dari jam 8.00 pagi sehingga 1.20 tengah hari.
h) Semua pengguna dilarang makan dan minum di pusat sumber.
i) Murid dilarang membuat bising dan berlari-lari di dalam Pusat Sumber
Sekolah.
j) Buku-buku yang diambil dari rak hendaklah disimpan balik selepas
digunakan.

k) Tindakan tegas akan diambil ke atas sesiapa yang merosakkan
buku, bahan bacaan atau alatan di pusat sumber serta menging-
kari arahan pengawas Pusat Sumber Sekolah.

l) Setiap buku yang hendak dibawa keluar dari perpustakaan hen-
daklah ditunjukkan kepada pengawas perpustakaan untuk me-
mastikan buku itu telah dipinjam.

m) Kawasan larangan di dalam perpustakaan ialah :
- Di kawasan dalam kaunter pinjaman.
- Bilik guru perpustakaan.

4.5.2 Makmal Komputer
a) Penggunaan hendaklah mengikut jadual yang telah ditetapkan
dan di bawah pengawasan guru mata pelajaran pada masa terse
but.
b) Dilarang membawa masuk beg sekolah, makanan atau mi
numam, dan cakra yang mengadungi perisian permainan ke da
lam makmal komputer.
c) Dilarang membawa keluar sebarang perkakas yang terdapat di
dalam makmal komputer.
d) Sebarang kerosakan hendaklah dilapor segera kepada Guru
Penasihat.
e) Dilarang membuat bising atau apa-apa aktiviti lain yang tidak
berkaitan di dalam makmal komputer.
f) Kawasan larangan di dalam makmal komputer:
- Di kawasan dalam bilik guru penyelaras.
- Bilik punca elektrik.
- Bilik sever peralatan.

4.5.3 Makmal Sains
a) Semua murid dilarang masuk ke dalam makmal Sains kecuali ada seorang

guru hadir bersama.
b) Bahan kimia dan alat Sains tidak boleh dialih dari makmal Sains kecuali

dengan kebenaran guru Sains.
c) Eksperimen tidak boleh dilakukan kecuali dengan pengetahuan dan

kebenaran guru.
d) Semua sampah sarap hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang

disediakan. Mancis hendaklah dipadamkan dengan air sebelum dibuang.
e) Jangan nyalakan penunu Bunsen dengan kepingan kertas tetapi gunakan

mancis atau pemetik api.
f) Baca lebel pada botol bahan uji sebelum menggunakannya bagi mene

tukan anda menggunakan bahan uji yang betul.
g) Bahan pepejal hendaklah dialih dengan menggunakan spatula dan bukan

dengan jari tangan anda.
h) Asid atau alkali yang terkena kulit dan pakaian mestilah dibasuh segera

dengan menggunakan air yang banyak.
i) Semua bahan kimia adalah beracun dan merbahaya. Jangan rasa seba-

rang bahan kimia walaupun larutan yang cair.
j) Jika asid atau alkali masuk ke dalam mata, basuh dengan air yang banyak.
k) Jika asid atau alkali termasuk ke dalam mulut, ludahkan dengan serta mer-

ta dan basuh mlut dengan air yang banyak.
l) Jangan membazirkan gas, air dan tenaga elektrik. Paip air, paip gas dan

suis elektrik hendaklah ditutup apabila tidak digunakan.
m) Jika berlaku kebakaran, peraturan kebakaran sekolah anda hendaklah

dipatuhi dengan betul.
n) Laporkan dengan segera semua kemalangan kecil atau besar kepada

guru.

o) Murid-murid dikehendaki membersihkan meja bilik Sains dan meninggal
kan bilik sains dalam keadaan bersih dan teratur.

4.5.4 Bengkel Kemahiran Hidup
a) Semua murid dilarang masuk ke dalam bengkel Kemahiran Hidup tanpa
kebenaran guru.
b)Murid- murid dilarang menggunakan alat-alat yang terdapat di dalam
bengkel melainkan dengan tunjuk ajar guru yang berkenaan.
c) Tidak dibenarkan mengalih sebarang peralatan yang terdapat di dalam
bengkel kecuali dengan kebenaran guru.
d) Murid-murid tidak dibenarkan membawa beg sekolah ke dalam bengkel.
e) Murid-murid diwajibkan menjaga kebersihan dan keselamatan di dalam
bengkel.
f) Murid-murid dilarang mencuba menggunakan peralatan yang terdapat di
dalam bengkel sebelum mendapat tunjuk cara daripada guru.
g) Sebarang kerosakan alat atau kemalangan hendaklah dilaporkan kepa-
da guru dengan segera.

4.5.5 Surau Sekolah
a) Surau sekolah merupakan tempat larangan.
b) Murid-murid hanya boleh masuk ke dalam surau untuk beribadat, pros-
es pengajaran dan ceramah agama serta kegiatan keagamaan yang
berkaitan dengan agama islam.
c) Murid-murid dilarang sama sekali bermain-main, tidur, makan minum
atau berehat di dalam surau sama ada semasa kelas sedang berjalan
atau di luar waktu pembelajaran atau di luar waktu persekolahan.

4.5.6 Bilik Guru

Murid-murid dilarang sama sekali memasuki bilik guru kecuali
mendapat kebenaran daripada mana-mana guru. Murid-murid juga hen-
daklah bertanya atau meminta izin daripada mana-mana guru untuk
mengambil sesuatu barang dari bilik guru. Memasuki bilik guru tanpa
kebenaran dianggap sebagai menceroboh.

4.5.7 Pejabat Sekolah

Kawasan pejabat sekolah merupakan kawasan larangan. Murid hanya
dibenarkan memasuki kawasan pejabat untuk tujuan tertentu sahaja.

4.5.8 Stor Sukan

Murid-murid hanya dibenarkan masuk atau mengambil sebarang alat
atau perkakas di dalam stor sukan setelah mendapat kebenaran guru. Hanya
dua orang murid sahaja dibenarkan memasuki stor pada satu-satu masa.
Semua alat atau perkakas yang telah digunakan untuk Pendidikan Jasmani
atau perkara yang berkaitan hendaklah dipulangkan ke tempat asal. Guru
berkenaan mesti memastikan segala urusan tersebut dijalankan dengan baik.

5. Perhimpunan

a) Perhimpunan Rasmi diadakan pada setiap hari Ahad.

b) Perhimpunan Pagi diadakan setiap hari Isnin sehingga hari Khamis

c) Setiap murid adalah diwajibkan berada di tapak perhimpunan semasa
perhimpunan diadakan.

6. Rawatan
Murid-murid yang sakit hendaklah memberitahu guru bertugas mingguan
atau guru kelas dengan segera atau jika tidak berupaya berbuat demikian
minta pertolongan dari rakan supaya memberitahu guru dengan segera.
Guru berkenaan akan memastikan sama ada murid tersebut perlu dihan-
tar ke klinik, di hantar pulang ke rumah atau berehat di bilik rawatan.
Guru dilarang sama sekali memberi ubat untuk rawatan dalaman kepada
murid-murid sama ada dalam bentuk tablet atau sirap. Guru hanya boleh
memberikan ubat untuk rawatan luaran sahaja.

7. Bayaran Tambahan
Bayaran tambahan hendaklah dijelaskan secepat mungkin. Murid yang
benar-benar bermasalah untuk menjelaskan bayaran tambahan, sila
berunding dengan Guru Besar.

8. Berjumpa Dengan Anak Atau Guru Atau Murid Lain
Penjaga atau orang perseorangan yang ingin berjumpa dengan anak mas-
ing-masing atau guru-guru atau murid lain di dalam kawasan sekolah hen-
daklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau pun
Guru Penolong Kanan sekiranya Guru Besar tiada di sekolah. Penjaga
dikehendaki menunggu di pejabat sekolah dan di larang pergi ke kelas-
kelas.

9. Kebersihan Dan Keceriaan Sekolah
9.1 Bilik Darjah/ Kelas
a) Kebersihan kelas adalah tanggungjawab semua murid kelas masing-
masing
b) Kelas hendaklah sentiasa bersih, teratur dan ceria sepanjang masa.
c) Murid-murid adalah bertanggungjawab menjaga keselamatan harta
benda yang ada di dalam kelas masing-masing.

d) Semua kelas dikehendaki menyediakan jadual bertugas bagi kelas
masing-masing. Murid yang bertugas hendaklah menentukan kelas
masing-masing bersih sepanjang masa.

e) Bilik darjah hendaklah bebas daripada sebarang contengan sama ada
di papan hitam, dinding, papan kenyataan atau di kerusi dan meja.

f) Murid setiap kelas hendaklah berusaha menghias kelas masing-masing.
g) Papan kenyataan hendaklah digunakan sepenuhnya untuk

mewujudkan suasana belajar yang berkesan.
h) Murid-murid tidak dibenarkan berlari-lari, bergurau atau melakukan hal

yang boleh mengganggu ketenteraman di dalam kelas.
i) Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas semasa waktu re-

hat atau semasa murid-murid berada di tempat lain yang diarahkan
oleh guru.
j) Tutup tingkap, suis lampu dan kipas sebelum pulang atau meninggalkan
kelas.
9.2 Bilik Air Dan Tandas
a) Kebersihan bilik air dan tandas adalah tanggungjawab bersama.
b) Menconteng dinding tandas dan membuang sampah ke dalam sinki
atau mana-mana bahagian di dalam tandas adalah satu kesalahan.
c) Murid-murid hendakalah sentiasa mengepam tandas selepas setiap kali
menggunakannya supaya kebersihan sentiasa terjaga.
d) Dilarang makan, berbual-bual atau bersembunyi di dalam tandas.
e) Murid-murid tidak dibenarkan berulang-alik ke tandas semasa pelajaran
sedang berjalan kecuali atau sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan.
9.3 Kawasan Sekolah Dan Padang
a) Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua warga
sekolah.
b) Murid-murid dilarang bermain-main di dalam kawasan di luar waktu
persekolahan.

10. Kerja Rumah
Semua murid wajib menyiapkan kerja rumah dan tugasan-tugasan lain
yang diberikan oleh guru pada masa yang ditetapkan. Murid yang gagal
menyiapkan kerja rumah atau tugasan lain tanpa sebarang sebab yang
munasabah boleh dikenakan tindakan disiplin. Kerja atau tugasan ada-
lah satu kewajipan yang mesti diselesaikan oleh murid.

11. Kelas Tambahan
Semua murid wajib menghadiri kelas tambahn yang ditetapkan oleh
pihak sekolah sama ada murid tahun 6 atau murid-murid lain.

12. Kegiatan Kokurikulum
Kegiatan kokurikulum bagi Unit Beruniform serta Kelab Dan Persatuan
diadakan pada hari rabu mulai 1.30 hingga 2.30 petang (tertakluk kepa-
da perubahan semasa). Setiap murid tahap 2 diwajibkan menyertai
kegiatan kokurikulum. Bagi kegiatan sukan dan permaianan diadakan
mengikut keperluan semasa. Murid-murid digalakkan menyertai seku-
rang-kurangnya satu jenis permaianan.

13. Buku Teks
a) Buku teks adalah kepunyaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang
dipinjamkan kepada murid-murid. Adalah menjadi tanggungjawab
murid-murid menjaga kebersihan dan keselamatan buku pinjaman
masing-masing.
b) Murid-murid diwajibkan membalut / menyampul buku pinjaman
masing-masing.

c) Murid-murid dilarang menconteng / mengotorkan / menggunting gambar
-gambar atau mana-mana bahagian yang terdapat di dalam buku teks.

d) Jika didapati murid-murid mengabaikan keselamatan buku pinjaman ter-
sebut, pihak sekolah berhak mengambil kembali buku tersebut atau
murid- murid dikehendaki mengganti buku tersebut.

e) Murid-murid dilarang sama sekali meninggalkan buku teks di dalam bilik
darjah setelah tamat tempoh belajar pada hari berkenaan. Pihak
sekolah berhak mengambil balik buku-buku yang ditinggalkan di mana-
mana.

f) Murid-murid hendaklah menyerahkan semua buku telah dipinjam apabila
diarahkan berbuat demikian. Pihak sekolah berhak mengambil tindakan
sebagai denda kepada murid- murid yang gagal menyerahkan buku
teks pada masa yang ditetapkan.

15 Barang Larangan
a) Murid-murid dilarang sama sekali membawa barang-barang seperti ro-
kokm dadah, mancis, senjata atau apa-apa objek yang boleh menda-
tangkan bahaya ke dalam kawasan sekolah.
b) Murid-murid juga dilarang membawa barang-barang berunsur lucah
seperti gambar, majalah, buku, video, CD atau yang seumpamanya ke da-
lam kawasan sekolah.
c) Murid juga dilarang sama sekali membawa sebarang permainan dari ru-
mah kecuali diarahkan oleh guru.

****************************************************************

Pakaian Murid Lelaki

Pakaian Seragam
Murid Perempuan





PERAKUAN PELAJAR

Bahawasanya saya …………………………………………………………………………………….
Tahun ………………………. Murid Sekolah Kebangsaan Bandar Kuala Krai,
sesungguhnya mengaku bahawa:

saya telah memiliki, membaca dan memahami kandungan buku Panduan Pera-
turan dan

Disiplin Sekolah.
Saya berjanji akan mematuhi semua peraturan yang terkandung di dalamnya.

Saya sedar, tindakan yang sewajarnya boleh dikenakan terhadap saya jika
saya melanggar praturan yang ditetapkan.

Saya yakin bahawa peraturan dan hukuman yang dikenakan adalah sebagai
pengajaran untuk kebaikan saya.

Tandatangan Murid: ……………………...............
Nama murid : ……………………………………………………. Tahun :………………………

Disaksikan oleh ibu bapa/ penjaga.

Tandatanga ibu bapa/penjaga : ……………………………
Nama : …………………………………………………………………
No. Kad Pengenalan: …………………………………………..
Tarikh : ……………………………………

Disahkan oleh : ………………………………………………... Cop Sekolah
(Pen. Kanan Hal Ehwal Murid)


Click to View FlipBook Version