PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA OKTOBER 2023 EDISI KELIMA DEFISIT SOSIAL PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
KETUA EDITOR YASMIN ZULAIKHA BINTI YAZIZ 18DHF23F1013 DISEBALIK TADBIR E-MAJALAH PENSYARAH : EN. HAMDAN BIN ZAKARIA EDITOR DAN SEMAKAN BAHASA NUR IRDINA BATRISYIA BINTI HASMADI 18DHF23F1056 KETUA FOTOGRAFI NUR MASHITAH BINTI MAHIRAN 18DHF23F1035 KETUA ARTIKEL NURIN IRDINA UMAIRAH BINTI NASRIZAL 18DHF23F1048 KETUA GRAFIK NURFATIN AQILAH BINTI MOHD RAFI 18DHF23F1001
isi kandungan PENGHARGAAN ................................................................................................................................... 01 PENDAHULUAN .................................................................................................................................... 02 ISU DALAM DEFISIT SOSIAL 1. 2. 3. I. ETNISITI ............................................................................................................................................ 03 II. BAHASA DAN PENDIDIKAN ...................................................................................................... 04 III. MEDIA ............................................................................................................................................... 05 IV. JURANG GENERASI ..................................................................................................................... 06 V. RUANG ANTARA KAWASAN DESA DAN BANDAR ............................................................ 07 4. GALERI ALBUM ................................................................................................................................... 08 5. PENUTUP.................................................................................................................................................. 09 6. SUMBER RUJUKAN .............................................................................................................................. 10 7. DISEDIAKAN OLEH............................................................................................................................... 11
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat Ilahi atas rahmat dan limpah kurnia-Nya, e-Majalah Penghayatan Etika dan Peradaban ini dapat dihasilkan. Pertama sekali saya sebagai ketua editor ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan saya kepada Encik Hamdan bin Zakaria, pensyarah subjek Penghayatan Etika dan Peradaban atas segala penerangan dan bimbingan beliau dalam membantu saya dan ahli kumpulan untuk menghasilkan e-Majalah ini. Saya juga berbesar hati untuk menyampaikan penghargaan dan rasa syukur kepada semua pihak terutama sekali ahli kumpulan saya yang telah memainkan peranan dan banyak menyumbang idea serta tenaga dalam penghasilan e-Majalah ini. Hasil kerjasama yang baik dalam kumpulan kami membolehkan kami untuk merealisasikan penghasilan e-Majalah ini. e-Majalah ini berkaitan dengan topik empat Penghayatan Etika dan Peradaban iaitu Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia. e-Majalah ini membincangkan mengenai isu-isu yang terdapat dalam defisit sosial. Akhir kalam, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses melengkapkan e-Majalah ini. 01 PENGHARGAAN YASMIN ZULAIKHA BINTI YAZIZ 18DHF23F1013 KETUA EDITOR
Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa, dan latar belakang yang berbeza yang mampu hidup dalam suasana yang aman dan harmoni. Keadaan ini dikenali sebagai perpaduan. Perpaduan merupakan suatu elemen penting dalam mengekalkan keharmonian sesebuah negara tersebut. Namun begitu, dalam usaha mengukuhkan perpaduan antara kaum di negara kita di samping memajukan dan membangunkan negara, timbulnya suatu cabaran yang perlu ditangani dengan bijak bagi memelihara perpaduan di negara kita. 02 Defisit sosial merupakan salah satu isu yang dihadapi oleh negara kita. Defisit sosial dapat didefinisikan sebagai kekurangan dalam konteks sosial yang memerlukan usaha penyatupaduan berterusan untuk meningkatkan tahap kesepaduan. Hal ini tercetus kesan daripada perbezaan persepsi dan pendapat dalam kelompok yang berbeza bermula dari individu, keluarga dan masyarakat. Kesannya, defisit sosial dapat dilihat dari pelbagai aspek antaranya etnisiti, bahasa dan pendidikan, media, jurang generasi serta ruang antara kawasan desa dan bandar yang akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam majalah edisi ini. pendahuluan
keharmonian tersebut. Sebagai contoh timbul isu ketika seorang anggota masyarakat yang memandang redah dan tidak menghormati adat resam etnik lain. Adat resam yang merupakan suatu bentuk amalan yang diamalkan secara turun temurun dari generasi ke generasi hendaklah dihormati oleh masyarakat tanpa mengira sebarang perbezaan antara kita. Situasi ini boleh muncul apabila wujudnya sikap perkauman dalam diri sesetengah individu. Situasi ini berpotensi membangkitkan salah faham dan pergaduhan antara kaum etnik jika tidak dielakkan. Hal ini tidak sepatutnya timbul kerana berdasarkan Prinsip Rukun Negara, rakyat seharusnya mempunyai nilai-nilai murni dalam diri untuk bersikap sopan dan menunjukkan rasa hormat terhadap setiap kelompok masyarakat tanpa mengira perbezaan usia, jantina, agama dan kaum pada masa yang sama rakyat Malaysia juga bebas mengamalkan kepercayaan dan agama masing-masing dengan aman. Sekiranya isu ini tidak dikawal, situasi ini akan menjadi lebih teruk dan mampu menyebabkan berlakunya rusuhan antara kaum etnik. Di sebalik usaha untuk mengekalkan keharmonian yang berjaya dibina melalui kepelbagaian etnik di negara kita, ETNISITI Etnik bermaksud sekelompok manusia yang mengamalkan budaya termasuklah adat resam, bahasa dan kegiatan ekonomi yang hampir seragam namun dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. 03 Negara kita, Malaysia mempunyai lebih 80 kaum etnik terutama sekali di bahagian Malaysia Timur iaitu di Kepulauan Borneo Sabah dan Sarawak. Antara contoh etnik yang terdapat di Malaysia terdiri daripada Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban. terdapat isu yang mampu menggoyahkan Rusuhan kaum etnik merupakan satu keadaan di mana hubungan antara kaum etnik tersebut menjadi tegang dan tiada persefahaman yang dicapai. Keadaan ini akan menimbulkan perselisihan faham dan pandangan buruk terhadap kaum etnik lain yang dapat memecah belahkan kaum. Kesannya dapat dilihat dari jangka masa pendek di mana sebagai contoh orang Melayu sukar mendapatkan pekerjaan kerana kebanyakkan perniagaan dipelopori oleh kaum Cina. Selain itu, dari kesan jangka masa panjang pula situasi tersebut jika berterusan akan menimbulkan ketidakpuasan hati atau perasaan teruk yang mendalam yang berpotensi membawa kepada isu rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 yang terbukti meninggalkan impak yang besar terhadap negara.
BAHASA DAN PENDIDIKAN 4 Bahasa merupakan sebuah alat komunikasi yang digunakan dalam perhubungan dalam satu kelompok manusia. Sebagai contoh bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Seperti yang sedia maklum, negara kita merangkumi rakyat yang berbilang bangsa yang turut menggunakan bahasa ibunda mereka dalam kehidupan seharian seperti bahasa Cina yang digunakan oleh kaum Cina dan bahasa Tamil bagi kaum India. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berupaya untuk berkomunikasi antara satu sama lain terutama sekali dengan menggunakan bahasa Melayu, kerana bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara kita dan melaui penggunaan bahasa Melayu kita dapat membuktikan rasa bangga dan rasa cinta kita sebagai rakyat terhadap negara kita. Penguasaan bahasa penting untuk dididik bermula dari usia kanak-kanak lagi. Hal ini bagi memastikan generasi muda fasih dalam berbahasa. Sekolah antara pihak yang bertanggungjawab dalam membantu mendidik generasi muda dalam mendorong kemampuan pelajar untuk bertutur terutama sekali dalam bahasa Melayu kerana bahasa Melayu merupakan bahasa utama yang digunakan untuk berkomunikasi antara satu sama lain di negara kita. Namun begitu, sejak dari zaman penjajahan British lagi sudah wujudnya satu sistem pendidikan yang dikenali sebagai sistem pendidikan vernakular. Sistem pendidikan vernakular merupakan sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pengaplikasian sistem ini dapat dilihat hingga ke hari ini apabila masih wujudnya sekolah vernakular di negara kita seperti Sekolah Jenis Kebangsaan mahupun sekolah persendirian. Sebagai contoh, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing dalam pelajaran serta dalam perbualan harian kerana majoriti pelajar berbangsa Cina dan India yang menyebabkan kurangnya penggunaan bahasa kebangsaan dalam perbualan harian. Situasi ini akan menyebabkan para pelajar tidak dapat mempraktikkan dan memantapkan penguasaan bahasa Melayu seterusnya akan menyebabkan mereka menjadi kekok dan kurang fasih apabila perlu bertutur dalam bahasa kebangsaan. 04
MEDIA 05 Melalui kemajuan teknologi yang dikecapi pada zaman ini, pelbagai maklumat dapat disalurkan dan disebarkan tanpa batasan bukan sahaja di Malaysia malah hingga ke seluruh pelosok dunia. Hal ini memberikan banyak manfaat untuk semua kerana maklumat dapat diakses hanya di hujung jari namun pada masa yang sama, penggunaan sosial media dan rangkaian Internet yang berlebihan sehingga melampaui batas mampu memberikan kesan negatif terhadap kita sebagai pengguna atau lebih terperinci lagi mampu menggugat keharmonian rakyat di negara kita. Situasi ini dapat dilihat dari sikap sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang gemar menyebarkan berita palsu tanpa menyemak kesahihan berita tersebut di samping individuindividu yang menyalahgunakan sosial media sebagai platform untuk mereka mencetuskan perbalahan dan menjalankan sindiket penipuan. memuatnaik kata-kata cacian atau hinaan terhadap pemimpin seperti raja, sultan dan Yang di-Pertuan Agong. menyebarkan berita atau imej yang boleh menjatuhkan reputasi dan nama baik negara. memuatnaik berita atau maklumat yang bersikap perkauman dan menyentuh sensitiviti kaum. Contoh perkara yang dimuatnaik di sosial media yang boleh menggugat keharomian kaum di negara kita :
Kesan jurang antara generasi ini amat membimbangkan kerana dari segi semangat, nilai-nilai murni, adab dan sopan santun dilihat semakin pudar daripada diri generasi muda. Hal ini boleh dikaitkan dengan perbezaan latar belakang kehidupan generasi dahulu yang mendidik mereka untuk berdikari dan kuat walaupun tidak mempunyai pelbagai kemudahan seperti sekarang. JURANG GENERASI Jurang generasi dapat digambarkan melalui perbezaan sikap antara individu dari generasi yang berbeza dan wujudnya jurang fahaman antara mereka. Contohnya, terdapat situasi di mana generasi dahulu tidak dapat memahami slanga bahasa yang digunakan oleh generasi muda yang kini banyak dipengaruhi dengan dunia teknologi yang meluas. Kebergantungan generasi kini terhadap penggunaan teknologi dalam kehidupan membataskan mereka daripada bergaul dan berkomunikasi dengan orang sekeliling serta kurang menghabiskan masa untuk melihat dan mempelajari mengenai dunia luar dari alam maya. Hal ini boleh merenggangkan hubungan antara dua generasi, menimbulkan perselisihan faham, serta berisiko untuk menghakis unsur-unsur budaya dalam diri generasi sekarang dan generasi yang akan datang jika isu ini berterusan dan tidak diatasi. 06
RUANG ANTARA DESA DAN BANDAR Isu mengenai kawasan desa dan kawasan bandar merupakan isu yang sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat. Berkenaan ruang antara kawasan desa dan kawasana bandar, wujudnya perbezaan yang agak ketara dari segi infrastruktur dan kemudahan yang disediakan. Kawasan desa dan bandar sering dibezakan melalui kekangan intrastruktur yang memainkan peranan dalam mencorakkan ciri masyarakat dan aktiviti ekonomi. Hal ini dapat diperlihatkan melalui kekurangan kemudahan dan keadaan sebahagian infratruktur yang sudah teruk atau usang di kawasan desa manakala bangunan-bangunan pencakar langit dan pasar-pasar raya mewah memenuhi ruang bandar yang terus membangun besertakan kemudahan awam yang moden. Jurang perbezaan yang besar dari segi infrastruktur dan kemudahan antara kawasan desa dengan bandar dapat dilihat dengan jelas apabila dibandingkan keadaan jalan raya di beberapa kawasan terutama sekali di kawasan pedalaman di negeri Sabah dan Sarawak. Keadaan jalan yang berlubang dan tidak diturap dengan baik menyukarkan perjalanan penduduk desa ke bandar dan meninggalkan kesan terhadap aktiviti ekonomi bagi penduduk setempat yang perlu ke bandar supaya dapat menjalankan perniagaan. 07
08 galeri album Bagi menjayakan e-Majalah ini, kumpulan kami telah bekerjasama dengan mengadakan sesi perbincangan secara bersemuka dan secara dalam talian sepanjang tempoh masa yang diberikan.
Dalam membangunkan sebuah negara yang maju dan harmoni, isu seperti defisit sosial perlulah diatasi kerana isu ini dilihat dapat meninggalkan kesan dalam hubungan kita sebagai negara yang mempunyai masyarakat majmuk serta isu ini juga mempengaruhi tahap perpaduan dan keharmonian yang dicapai. Negara kita telah berjaya mewujudkan perpaduan dan suasana yang aman harmoni dalam masyarakat namun perhatian yang lebih perlu diberikan dalam usaha untuk mengekalkan perpaduan dan keamanan tersebut. Hal ini bagi memelihara susana yang harmoni dan rakyat yang bersatu padu di negara kita pada masa yang sama untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang situasi yang boleh mencetuskan salah faham dan pergaduhan antara kelompok masyarakat di Malaysia. Sebagai penutup, kesepaduan nasional merupakan tunjang kepada keamanan dan keharmonian negara kita. Kesepaduan nasional dapat dibina melalui perpaduan, yang merupakan satu proses penyatupaduan seluruh anggota masyarakat yang akhirnya dapat membentuk satu identiti negara dan menanam semangat kekitaan dalam diri rakyat Malaysia. 09 penutup Kerajaan perlulah memainkan peranan dan mengambil inisiatif untuk membantu memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat serta hubungan baik antara rakyat dan pemimpin. Kerajaan perlu lebih proaktif dalam menyelesaikan sebarang isu yang timbul dalam kalangan rakyat selain memberikan kesedaran kepada rakyat tentang kepentingan perpaduan demi kesejahteraan bersama untuk kemajuan negara. Seterusnya, rakyat turut mempunyai peranan dalam memelihara perpaduan negara kita dengan mengamalkan sikap toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain. Kita sewajarnya mempelajari tentang kaum lain agar sebarang tindakan yang kita lakukan tidak menyentuh sensitiviti kaum lain. Melalui perpaduan yang dipupuk, kita dapat menaikkan imej negara Malaysia di mata dunia dan menyumbang kepada peningkatan sektor ekonomi negara dalam ke arah memajukan Malaysia setanding negara maju yang lain.
sumber rujukan 10 1. Michelle. Etnik di Malaysia (October 2020) https://michellebakak.blogspot.com/2020/10/pemantapan-kesepaduan-nasional-malaysia.html?m=1 2. Berita Harian. Akaun Palsu di Media Sosial Cetus Isu Perkauman (April 2019) https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/556873/akaun-palsu-di-media-sosial-cetus-isuperkauman 3. Berita Harian. Pengaruh Media Sosial Ancaman Baharu Perpaduan (Disember 2016) https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/12/227021/pengaruh-media-sosial-ancaman-baharuperpaduan-musa 4. Fazehah Nor Mohamed. Disebalik Makna Prinsip Rukun Negara (Januari 2013) https://agri.upm.edu.my/article/disebalik_makna_prinsip_rukun_negara-43449 5. Astro Awani. Perpaduan: Bukan Hanya Soal Perbezaan untuk DIsepadukan https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perpaduan-bukan-hanya-soal-perbezaan-untukdisepadukan-421086
BIL. NAMA NO. PENDAFTARAN KELAS PROGRAM 1 YASMIN ZULAIKHA BINTI YAZIZ 18DHF23F1013 DHF1B DIPLOMA PERKHIDMATAN MAKANAN AMALAN HALAL 2 NURIN IRDINA UMAIRAH BINTI NASRIZAL 18DHF23F1048 3 NUR MASHITAH BINTI MAHIRAN 18DHF23F1035 4 NUR IRDINA BATRISYIA BINTI HASMADI 18DHF23F1056 5 NURFATIN AQILAH BINTI MOHD RAFI 18DHF23F1001 disediakan oleh 11