The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ashvicyogen, 2021-05-05 21:32:37

ctb

ctb

D C A 6 1 6 3: M E A S U R E D DR A W I N G

MASJID JAMEK KAMPUNG MELAYU,
SUNGAI LEMBING

ALAMAT :
Masjid Jamek Kampung Melayu,
Sungai Lembing , Ulu Kuantan 26200 Kuantan , Pahang Darul Makmur

ISI KANDUNGAN

01
PENGHARGAAN DAN OBJECTIVE

02
PENGENALAN PAHANG DAN SUNGAI LEMBING

03
PENGENALAN BANGUNAN DAN SEJARAH MASJID

PENGHARGAAN

Assalamualaikum, titipan penghargaan terhadap Allah, Tuhan sekalian alam atas rahmat
yang dicurahkan kepada hambaNya ini. Berserah kepada takdir yang dikehendaki kepada
isi alam seluruhnya. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat
kami menyiapkan buku ini dengan jayanya.Setiap perancangan yang telah dibuat tidak
mudah seperti yang dirancangkan dan setiap yang dirancang tidak semestinya berjalan
dengan lancar . Segala usaha dan pengalaman pastinya akan menjadi kekuatan serta
pengajaran di dalam diri setiap ahli kumpulan walaupun telah beberapa kali terjatuh.

Setinggi-tinggi, penghargaan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah - pensyarah
Lukisan Terukur kerana telah memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada
kami dari awal lagi. Sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan
buku ini. Selain itu, kami mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kerana telah
memberi kepercayaan kepada kami untuk menyiapkan buku ini dengan jayanya. Tanpa
bantuan dan ihtizam daripada pensyarah, doa dan sokongan buat para pelajar pastinya
buku ini tidak dapat dihasilkan dengan sempurna.

OBJEKTIF

Objektive utama latihan ini adalah untuk mengembangkan pemahaman dan apresiasi
tipologi seni bina di Pahang, yang lebih khusus berkaitan dengan evolusi sejarah struktur
Masjid Jamek, dalam konteks era pembinaannya, serta lokasinya dan tujuan asal struktur.
Pemahaman ini, ditambah dengan kajian mendalam mengenai perincian teknikal dan seni
bina diharapkan dapat membantu usaha pemeliharaan bangunan warisan di Malaysia, yang
meliputi struktur Masjid Jamek.

SEJARAH PAHANG

Negeri Pahang Darul Makmur merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah
Melayu bersempadan dengan Negeri Kelantan di sebelah utara, Negeri Perak, Selangor
serta Negeri Sembilan di barat, Negeri Johor di selatan dan Negeri Terengganu serta Laut
China selatan di bahagian timur.
Negeri Pahang merangkumi kawasan seluas 35,965-kilometer persegi (km2) terbahagi
kepada 11 buah daerah pentadbiran iaitu Pekan, Kuantan, Rompin, Maran, Bera, Jerantut,
Temerloh, Raub, Bentong, Lipis dan Cameron Highlands. Jumlah keseluruhan penduduk di
negeri ini kira-kira 1,572,700 juta orang dengan kepadatan penduduk seramai 43 orang bagi
setiap km2.

Sungai Lembing adalah sebuah bandar kecil di Daerah
Kuantan, Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 42 km (26
batu) di barat laut Kuantan. Bandar ini ditubuhkan pada
tahun 1900-an sebagai komuniti perlombongan bijih timah
ketika syarikat British Pahang Consolidated Company
Limited (PCCL) menubuhkan industri perlombongan bijih
timah di sana setelah aktiviti perlombongan dimulakan pada
tahun 1886 Sungai Lembing mempunyai elektrik, sekolah,

Selepas tahun 2001, Sungai Lembing direvitalisasi
sebagai tarikan pelancongan warisan dengan
pembukaan Muzium Sungai Lembing. Pelaburan
kerajaan seterusnya menjadikan kawasan ini sebagai
salah satu tarikan pelancongan penting di Pahang. Pada
tahun 2014, bandar ini mempunyai penduduk sekitar
5,000 orang. Kebakaran besar pada tahun 2019
menimbulkan keprihatinan terhadap pemeliharaan
bangunan bersejarah.

PENGENALAN BANGUNAN

LATAR BELAKANG

Masjid ini dekenali Masjid Jamek Sungai Lembing terletak di perkampungan Melayu Sungai

Lembing. Masjid Jamek Sungai Lembing adalah salah satu bangunan yang terletak di

deretan rumah penduduk melayu

Sungai Lembing.Bangunan ini mula

dibina pada tahun 1965 dan siap

pada tahun 1969. Masjid Jamek

masih digunakan sehingga

sekarang.

PENGUBAHSUAIAN

Bangunan ini mula dibina pada tahun 1965 dan siap pada tahun 1969. Masjid Jamek masih
digunakan sehingga sekarang. Bangunan ini pada mulanya berstrukturkan kayu. Pada
tahun 1990, bangunan ini telah diubah suai kepada batu bagi menampung populasi orang
yang menunaikan ibadah yang ramai pada masa itu. Pada tahun 2012. Masjid Jamek telah
mungubah suai sekali lagi untuk penambahan ruang solat wanita yang baru dan bahagian
ruang untuk orang mengadakan jamuan.

SEJARAH MASJID

Pada tahun 1965 masjid telah mula dibina dan siap pada tahun 1969 berhampiran kawasan
perkampungan melayu Sungai Lembing.

Pembinaan masjid ini telah memakan belanja sebanyak RM 60 000. Dana telah diperolehi
daripada kerajaan pusat sebanyak RM 10 000. Pihak British juga telah menyumbang
sebanyak RM 50 000 kerana pihak British menjaga kebajikan pekerja melayu yang bekerja
sebagai pelombong bijih timah.

Antara aktiviti yang dilakukan di masjid seperti solat berjemaah, ceramah, sesi mengajar
mengaji dan pelbagai lagi aktiviti kemasyarakatan yang lain. Antara penceramah yang telah
memberikan ceramah ialah Ustaz Badrul Usaini, Ustaz Alwi, Ustaz Azman, Ustaz Syafie,
dan ramai lagi perceramah yang terkenal.

LEADER (AUTOCAD)
MUHAMMAD AMIR AFIQ

VIDEO VIDEO SKETCHUP
HAFIZ NUR AZLIANA MUSLIM JOHARI

POWER POINT AUTOCAD PHOTOGRAPHER
NAJMI HAKIMI HASIF NISA

COFFEE TABLE REPORT
YOGEN HAZIQ


Click to View FlipBook Version