A 8.30 – 10.30 PAGI Dewan Putri Tun Maimunah Smk Sultanah Engku Tun Aminah 13 MEI 2023 (SABTU)
1 SURAT PANGGILAN MESYUARAT
2 ENCIK HAIROL NAZLI BIN HAMDAN YANG DIPERTUA PIBG SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera Terima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata. Saya mengambil peluang ini untuk merakamkan rasa gembira kerana Mesyuarat Agung Kali ke-50, PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah ini dapat diadakan. Mudah-mudahan majlis ini dapat mengeratkan dan menjalinkan hubungan silaturahim yang lebih erat serta permuafakatan dalam kalangan ibu bapa dan guru di sekolah ini. Seiring dengan pelbagai cabaran yang sedang dihadapi pada hari ini, marilah kita bersamasama memberikan komitmen dalam mesyuarat ini sebagai tanda sokongan kepada aspirasi sekolah dan semua aktiviti yang dijalankan oleh pihak PIBG. Saya berharap semua pihak yang hadir pada hari ini dapat terus menyumbangkan idea yang membina demi meningkatkan prestasi akademik mahupun kokurikulum para pelajar sekolah yang menjadi kebanggaan kita bersama. Saya juga mengambil kesempatan, mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Puan Pengetua, AJK PIBG sesi 2022/2023, guru-guru dan kakitangan SETA, juga ibu bapa yang sudi hadir dan prihatin terhadap perkembangan dan pendidikan anak-anak, seterusnya bersamasama menjayakan pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan PIBG. Sesungguhnya, sokongan tuan-tuan dan puan-puan serta para pendidik amat diperlukan bagi menjayakan misi dan visi sekolah. Saya juga ingin mengingatkan tentang tanggungjawab kita sebagai ibu bapa agar dapat memantau kehadiran anak-anak ke sekolah dan juga memastikan anak-anak terus menunaikan tanggungjawab mereka sebagai murid di sekolah ini. Akhir kata, saya berharap mesyuarat agung kali ini akan berjalan dengan lancar dan kita semua mencapai kesepakatan yang dapat membina kecemerlangan sekolah untuk masa-masa yang akan datang. Sekian, terima kasih. KATA ALUAN
3 MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA - GURU (PIBG) KALI KE-50 SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH, JOHOR BAHRU MASA ATURCARA 9.00 pagi • Aluan pengacara majlis • Bacaan Doa • Ucapan Alu-aluan oleh Encik Hairol Nazli Bin Hamdan (Yang Dipertua PIBG SMK SETA) • Mesyuarat Agung PIBG SMK SETA kali ke – 50 Agenda: 1. Ucapan alu-aluan Yang Dipertua PIBG 2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 3. Membincangkan perkara-perkara berbangkit 4. Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG sesi 2022/2023 5. Membentang dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG bagi sesi 2022/2023 6. Membentangkan usul-usul PIBG 7. Pembubaran AJK PIBG sesi 2022/2023 8. Penyampaian sijil penghargaan kepada AJK PIBG sesi 2022/2023 9. Pelantikan AJK PIBG sesi 2023/2024 10. Hal-hal lain 11. Ucapan penangguhan Yang Dipertua PIBG 10.30 pagi • Bersurai • Jamuan Ringan
4 JAWATANKUASA MENSYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-50 SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH 2023 Tarikh : 13 Mei 2023 (Sabtu) Masa : 9.00 pagi – 10.30 pagi Tempat : Dewan Putri Tun Maimunah SMK SETA JAWATANKUASA INDUK : EX-OFFICIO : PN. HAIRUNIZA BINTI MOHSIN EX-OFFICIO 1 : PN. SITI MARIAM BINTI SU’UT EX-OFFICIO 2 : PN. SITI ANIDZA BIN MUHAMAD EX-OFFICIO 3 : PN. SHAKIRA IRFAH BINTI ABDULLAH YANG DIPERTUA : EN. HAIROL NAZLI BIN HAMDAN NAIB YANG DIPERTUA : PN. HASNIYAH BINTI BAKAR SETIAUSAHA : EN. ROHAIDZAD BIN HAMDN BENDAHARI : PN. FAIZAH BINTI TAJUDIN PENYELARAS : EN. ROHAIDZAD BIN HAMDN : PN. AINNOR ATIQA BINTI MASRAN @ NYUNU AHLI JAWATANKUASA KECIL : BIL AJK BIDANG TUGAS 1 SAMBUTAN Pn Hairuniza binti Mohsin Pn Siti Mariam Binti Su’ut Pn Siti Anidza binti Muhamad Pn Shakira Irfah binti Abdullah En Hairol Nazli Bin Hamdan (YDP PIBG) Pn Hasniyah binti Bakar (NYDP PIBG) • Menyambut kedatangan ibu bapa 2 JURU ACARA MAJLIS En. Azmi bin Ahmad • Memastikan majlis berjalan dengan lancar • Menyediakan teks juru acara • Mengacarakan majlis 3 PERSIAPAN DEWAN DAN PENTAS (Sebelum dan Semasa) Cik Darvina Lim Choo Kheng (K) Pn. Menaga A/P Varatharaj Cik Wahyu 'Asheqin Bt Ahmad Tajuddin Pn Firdaus Binti Amin Pn Norlelawati binti Majid Pn Norain binti Idris Cik Nurul Hazwani binti Rushdi Pn. Nurul Aqidah binti Abdullah (PIBG) Cik Nur Amira Soleha binti Nor Aminni Cik Amnani binti Salim Cik Amirah binti Mohd Zakuan • Mengemas & menghias pentas dewan • Menyusun kerusi guru dan ibu bapa (160) • Menyediakan meja untuk AJK PIBG semasa mesyuarat agung (14) • Menyediakan meja untuk pencatat minit (2) • Menyediakan meja untuk pendaftaran (4) • Menyediakan meja untuk kaunter kelas tingkatan 5 (10), meja Unit HEM (4), dan meja guru subjek (10) • Membuat tagging dan memasang skirting pada setiap meja
5 4 MENGEMAS DEWAN DAN PENTAS (Selepas) Pn. Azura Binti Mazlan (K) Pn Siti Sakora Bt Wahab Cik Nur 'Aazah Binti Abdullah Pn Hew Mun Yoke Pn Nafisah binti Yusof Cik Nabila binti Noor Anuar Pn Nageswarey a/p Panneir Selvam Pn. Faizah binti A Wahab (PIBG) • Memastikan kebersihan dewan sebelum majlis tamat • Mengemas dan menyimpan semula meja dan kerusi 5 KAIN RENTANG En Rohaidzad bin Hamdn • Menempah dan memasang kain rentang pada tiang banner (Mesyuarat Agung) . 6 LALU LINTAS En. Mohd Sharim Bin Sahak En Tuan Muhamed Aliff Bin Tn Mohd Sanussy • Memastikan keadaan lalu lintas terkawal 7 PENDAFTARAN MESYUARAT AGUNG Pn Thong Siew Lee Pn Marlina Binti Abd. Jalil PENETAPAN SASARAN SPM Pn Rasidah Binti Abd Rahman Pn Hjh Nur Hashimah Bt Abdul Wahab Pn Fatin Haya binti Ismail Pn Norhidayah Binti Yahya MESYUARAT AGUNG : • Menyediakan borang pendaftaran AJK PIBG, ibu bapa dan guru PENETAPAN SASARAN SPM : • Menyediakan borang pendaftaran pelajar tingkatan 5 dan ibu bapa yang hadir • Menyerahkan borang pendaftaran kepada AJK Dokumentasi 8 P.A SISTEM En. Muhammad Ili Hayat bin Hassan • Memastikan P.A sistem dalam keadaan baik sepanjang majlis berlangsung 9 FOTOGRAFI Pn Rohaya Binti Abu Hassan (K) Cik Jas Arnina Binti Johari • Merakamkan gambar yang menarik sepanjang majlis berlangsung 10 BACAAN DOA En. Muhammad Ili Hayat bin Hassan • Membacakan doa 11 JURU AUDIT Pn Raja Norzaimah Binti Raja Sulaiman • Menyemak penyata kewangan PIBG 12 BUKU PROGRAM Cik Subashini a/p Jaiseelan (K) Cik Nurul Insana Binti Sabudin Pn Marrina Binti Mohamad • Menyediakan buku program untuk ibu bapa dalam bentuk hard copy (50 set) dan anyflip • Menyediakan poster hebahan tentang program kepada ibu bapa dan murid tingkatan lima
6 13 MULTIMEDIA Pn Siti Abidah binti Kamaludin (K) Pn Nurulhuda Binti Rahmani • Menyediakan laptop untuk memaparkan backdrop • Memaparkan tayangan semasa mesyuarat agung dan majlis penetapan target 14 PENCATAT MINIT Cik Aini Norain Binti Rosli Pn. Nik Marjan Hanum bin Khidzir • Mencatat minit mesyuarat agung 15 PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN Pn. Suhailah Binti Mohd Nor (K) Pn Juliana Binti Omar • Mencetak sijil penghargaaan kepada AJK PIBG • Menguruskan penyampaian sijil penghargaan kepada AJK PIBG 16 JAMUAN IBU BAPA DAN GURU Pn Hjh Rahmah Binti Kasim (K) Pn Yusshaliza Binti Yusof Pn Thamil Selvi a/p Muniandy Pn Hjh Fazidah Binti Ahmad • Mengurus makanan untuk ibu bapa dan guru secara bufet di khemah bersebelahan dewan • Menyediakan minuman kepada AJK PIBG di meja semasa mesyuarat agung dijalankan 17 KEBERSIHAN Pn Noor Marni Binti Mohamad (K) Pn Nasriah Binti Md Nasir • Memastikan kebersihan dewan dan persekitaran sepanjang majlis • Menyediakan tempat untuk membuang sisa makanan (plastik hitam) dan tong sampah • 18 KAUNTER KELAS TING.5 Pn Norhanim Binti Mustaffa (5 Adil) (K) Pn Zuraidah Binti Mohd Ali (5 Adil) Pn Nurulhuda Binti Rahmani (5 Akrab) (K) Pn Faizah Binti Tajudin (5 Akrab) Cik Jas Arnina Binti Johari (5 Amanah) (K) Pn Azura Binti Mazlan (5 Amanah) Cik Noor Mazlina Binti Arbain (5 Amal) (K) Pn Rahmah Binti Kasim (5 Amal) Pn Siti Sa’kora Binti Wahab (5 Arif) (K) Pn Mok Lee Mei (5 Arif) • Mengedarkan slip keputusan • Perbincangan dengan ibu bapa/ penjaga tentang pencapaian akademik/ masalah disiplin pelajar kelas masingmasing. • Mengumpul borang aku janji pelajar yang telah ditandangan oleh ibu bapa dan pelajar. • Menyerahkan nama pelajar yang bermasalah dari aspek kehadiran dan disiplin kepada Unit HEM & Disiplin. 19 KAUNTER UNIT HEM / DISIPLIN Pn Thamil Selvi A/P Muniandy Pn Nor Lelawati Binti Majid Pn Firdaus Binti Amin • Mendapatkan senarai nama pelajar tingkatan 5 yang ada masalah kehadiran daripada guru kelas tingkatan 5. • Membincangkan masalah disiplin pelajar bersama ibu bapa/ penjaga.
7 AHLI JAWATANKUASA PIBG SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH SESI 2022/2023 YANG DIPERTUA : EN HAIROL NAZLI BIN HAMDAN NAIB YANG DIPERTUA : PN HASNIYAH BINTI BAKAR SETIAUSAHA : EN ROHAIDZAD BIN HAMDN BENDAHARI : PN FAIZAH BINTI TAJUDIN AJK IBU BAPA : PN FAIZAH BINTI A WAHAB : PN NURUL AQIDAH BINTI ABDULLAH : EN MOHD ASROF BIN TUKIMAM : PN GANDHIMATHI A/P ARUMUGAM : EN ZAKIR BIN ABD. RAHIM : EN KUMARAN : EN ABD GHAFFAR AJK GURU : EN AZMI BIN AHMAD : PN MARRINA BINTI MOHAMAD : CIK SUBAHSHINI A/P JAISEELAN : CIK NURUL INSANA BINTI SABUDIN JURU AUDIT : PN RAJA NORZAIMAH BINTI RAJA SULAIMAN
8 KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG SESI 2022/2023 SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH BIL NAMA JAWATAN KEHADIRAN 1/11/22 13/2/23 1 Pn. Hairuniza binti Mohsin Ex-Officio / / 2 En. Hairol Nazli Bin Hamdan YDP / / 3 Pn. Hasniyah Binti Bakar NYDP O O 4 En. Rohaidzad Bin Hamdn Setiausaha O / 5 Pn. Faizah Binti Tajudin Bendahari / / 6 Pn. Faizah binti A Wahab AJK Ibu Bapa / / 7 Pn. Nurul Aqidah binti Abdullah AJK Ibu Bapa / / 8 En. Mohd Asrof bin Tukimam AJK Ibu Bapa / / 9 Pn. Gandhimathi A/P Arumugam AJK Ibu Bapa / O 10 En. Zakir bin Abd. Rahim AJK Ibu Bapa O / 11 En. Kumaran AJK Ibu Bapa O O 12 En. Abd. Ghaffar AJK Ibu Bapa O O 13 En Azmi Bin Ahmad AJK Guru / / 14 Pn Marrina Binti Mohamad AJK Guru / O 15 Cik Subahshini A/P Jaiseelan AJK Guru / / 16 Cik Nurul Insana Binti Sabudin AJK Guru / / 17 Pn Raja Norzaimah Binti Raja Sulaiman Juruaudit / / KEHADIRAN 12 / 17 12 / 17
9 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH SESI 2022/2023 Tarikh : 25 Jun 2022 Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari Tempat : Dewan Putri Tun Maimunah SMK Sultanah Engku Tun Aminah Pengerusi : Encik Hairol Nazli Bin Hamdan Kehadiran : 107 orang 1 PERUTUSAN PENGERUSI Encik Hairol Nazli Bin Hamdan selaku Yang Dipertua mengalu-alukan kehadiran ibu bapa, guru-guru dan para pelajar pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 bagi sesi 2022/2023. Tuan Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan AJK PIBG yang banyak membantu dalam kegiatan PIBG sepanjang sesi 2021/2022. Tuan Pengerusi juga memberi penjelasan kepada para tetamu yang hadir mengenai kegunaan yuran PIBG. 2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2.1 Encik Hairol Nazli telah membentangkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke48. 2.2 Minit ini telah dicadang untuk disahkan oleh Puan Faizah binti A Wahab dan disokong untuk pengesahan oleh Puan Nurul Aqidah. 2.3 Minit mesyuarat telah diluluskan sebulat suara oleh ahli mesyuarat yang hadir. 3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Tiada
10 4 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN PIBG SESI 2021 5.1 Laporan kewangan telah dibentangkan oleh Bendahari PIBG, Puan Faizah Binti Tajudin. 5.2 Puan Faizah menyatakan bahawa baki berakhir pada 31 Disember 2021 ialah sebanyak RM 31,722.09. 5.3 Penyata kewangan ini telah dicadang untuk diluluskan oleh Encik Mohd Asrof dan disokong oleh Encik Ali bin Othman. Pembentangan penyata kewangan PIBG sesi 2021 diterima sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat yang hadir. 5 PEMBENTANGAN USUL-USUL PIBG 6.1 Usul Ibu Bapa 6.1.1 Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) Puan Faizah mencadangkan agar KSIB ditubuhkan agar dapat membantu memberi sokongan kepada PIBG dan program sekolah. Encik Hairol memaklumkan bahawa KSIB ini adalah cadangan yang baik untuk memastikan semua ibu bapa dapat memberikan bantuan dalam pelbagai bidang yang diperlukan. Encik Hairol meminta Puan Faizah untuk menubuhkan kumpulan WhatsApp untuk menjemput ibu bapa dan penjaga yang berminat untuk menyertai KSIB. 6.1.2 Tandas Sekolah Puan Vijayah membangkitkan isu berkaitan tandas sekolah yang kotor dan ada pintu yang rosak. GPK Pentadbiran telah memberi respon bahawa pembersihan tandas telah dilakukan seperti biasa secara berkala walaupun jumlah staf pembersihan agak kurang. GPK Pentadbiran menerima usul ini dan akan membuat pemantauan dari masa ke masa berkenaan kondisi tandas sekolah. 6.1.3 Bantuan dan Biasiswa Encik Ali bin Othman mencadangkan agar syarat-syarat untuk kelayakan menerima bantuan atau biasiswa perlu dikaji semula dan berharap agar syarat-
11 syarat tersebut boleh dilonggarkan sedikit. Beliau juga mencadangkan agar pihak sekolah, PPD, dan JPN Johor boleh membuat aduan ini kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. GPK Pentadbiran memaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengedarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tentang syarat-syarat kelayakan tersebut. 6.1.4 Harga Makanan di Kantin Encik Thanesvaran memaklumkan harga makanan di kantin yang agak mahal. Beliau meminta pihak sekolah untuk berjumpa dengan pihak kantin untuk berbincang dengan pihak kantin mengenai isu ini. GPK Hal Ehwal Murid mengambil maklum isu ini dan akan berbincang dengan pengusaha kantin. Yang Dipertua PIBG juga memohon untuk diberikan masa kepada PIBG dan pihak sekolah bagi membincangkan harga makanan bersama pihak kantin. 6.1.5 Program Mentor-Mentee Puan Nurul Umira mencadangkan supaya pihak sekolah mengadakan program Mentor-Mentee antara pelajar. Tujuannya ialah pelajar di dalam kelas dapat membantu rakan pelajar lain yang agak lemah di dalam kelas mereka. GPK Pentadbiran memaklumkan bahawa program ini telah dijalankan oleh guru kelas tingkatan 5 sesi 2021. Pihak sekolah mengambil maklum isu ini dengan memberi fokus program ini kepada semua kelas bermula tahun 2022. 6.1.6 Membawa Telefon Bimbit ke Sekolah Encik Zulkifli memcadangkan agar pihak sekolah memberi kelonggaran untuk pelajar membawa telefon ke sekolah dan diletakkan di pejabat. Tujuannya agar pelajar dapat menghubungi ibu bapa ketika tamat sesi persekolahan. GPK Hal Ehwal Murid memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Pekeliling mengenai larangan membawa telefon. GPK Hal Ehwal Murid juga telah memberitahu bahawa masalah disiplin dan perkara di luar jangka mungkin akan berlaku sekiranya murid membawa telefon ke sekolah.
12 6.1.7 Penggunaan “E-Book Text” Encik Norazrin memberikan cadangan supaya pihak sekolah dapat menggunakan “E-Book Text” dalam sesi pengajaran bagi mengurangkan bebanan beg yang perlu dibawa oleh pelajar. GPK Pendtadbiran memberikan makluman tentang skim buku teks yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. GPK Pentadbiran juga menjelaskan bahawa E-Book ini memerlukan gajet seperti telefon dan akan memberi kesan kepada masalah disiplin murid. Justeru, bagi mengelakkan masalah tersebut berlaku, cadangan yang lebih baik ialah murid kekal dengan penggunaan buku teks. 6.1.8 Program Perbahasan Antara Murid Encik Chan mencadangkan agar program perbahasa diadakan antara murid. GPK Pentadbiran memaklumkan program perbahasan sudah diadakan pada peringkat kelas. GPK Pentadbiran memaklumkan bahawa SMK SETA telah menghantar penyertaan dan menjadi tuan rumah untuk Pertandingan Debat Bahasa Inggeris peringkat daerah. 6.1.9 Karnival SETA Encik Chan memberi cadangan supaya Karnival SET dapat diadakan. GPK Pentadbiran memaklumkan bahawa karnival tidak dapat dijalankan akibat Pandemik Covid-19. Walau bagaimanapun, pada tahun ini, pihak sekolah sudah merancang untuk mengadakan Karnival SETA seperti dalam takwim sekolah, iaitu pada 21 September 2022. 6.2 Usul Sekolah 6.2.1 Sumbangan PIBG RM120.00 Merujuk perkara di atas, Yang Dipertua PIBG menjelaskan bahawa sumbangan PIBG amatlah diperlukan bagi meningkatkan prasarana sekolah di samping sebagai membantu dalam membiayai program-program melibatkan pelajar. Di samping itu, sumbangan ini dapat membantu pelajar dan guru untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih selesa dan berkesan. Puan Shakira Irfah, GPK Kokurikulum mencadangkan agar jumlah sumbangan PIBG pada tahun 2022 ialah sama seperti
13 sumbangan pada tahun 2021, iaitu sebanyak RM120.00 bagi setiap keluarga. Semua ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju mengenai jumlah sumbangan tersebut. 6.2.2 Program Kecemerlangan SPM Merujuk perkara di atas, GPK Pentadbiran mencadangkan agar bayaran Program Kecemerlangan sebanyak RM50.00 bagi pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM. Bayaran ini amatlah diperlukan bagi membiayai program-program kecemerlangan pelajar dan juga latih tubi yang diperlukan menjelang peperiksaan. Semua ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju mengenai jumlah peruntukan sumbangan tersebut. 6.2.3 Bayaran Sanitact Bin GPK Pentadbiran memohon agar bayaran bagi perkhidmatan sanitact bin untuk pelajar iaitu RM10.00 dan diwajibkan bagi setiap pelajar. Hal ini bagi membolehkan pihak sekolah menampung perbelanjaan perkhidmatan sanitact bin yang dikenakan. Perkhidmatan sanitact bin ini penting kerana PIBG telah membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk membaiki tangki antiseptik yang tersumbat sebelum ini akibat pembuangan sisa pad ke dalam mangkuk tandas. Puan Pengetua juga memaklumkan bahawa selama ini pihak sekolah telah membantu membayar perkhidmatan sanitact bin yang dikenakan, dan disebabkan kekurangan peruntukan menyebabkan pihak sekolah tidak mampu lagi menampung perbelanjaan tersebut. Usul ini diterima sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat yang hadir. 6.3 Pembubaran AJK PIBG sesi 2020/2021 6.3.1 Yang Dipertua PIBG, Encik Hairol Nazli Bin Hamdan dengan rasminya membubarkan barisan AJK PIBG bagi sesi 2021/2022. Pembubaran AJK PIBG sesi 2021/2022 diterima sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat yang hadir. 6.3.2 Encik Hairol Nazli mencadangkan agar Puan Siti Mariam dilantik sebagai Pengerusi Sementara dan disokong oleh Puan Siti Anidza. 6.4 Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023
14 6.4.1 Pelantikan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PIBG Encik Ali bin Othman mencadangkan Jawatankuasa dikekalkan kecuali AJK yang tidak aktif. Beliau mencadangkan Encik Hairol Nazli kekal sebagai Yang Dipertua dan Puan Hasniyah kekal sebagai Naib Yang Dipertua PIBG. Cadangan ini telah disokong oleh Encik Mohd Asrof dan sebulat suara oleh ahli mesyuarat yang hadir. 6.4.2 Pelantikan AJK PIBG (Ibu Bapa) 6.4.3.1 Encik Hairol Nazli mencadangkan agar Encik Abdul Ghaffar dilantik sebagai AJK Ibu bapa. Cadangan ini telah disokong dan diluluskan sebulat suara oleh ahli mesyuarat yang hadir. 6.4.3.2 Puan Faizah binti A Wahab mencadangkan agar Puan Nurul Aqidah dilantik sebagai AJK Ibu bapa. Cadangan ini telah disokong dan diluluskan sebulat suara oleh ahli mesyuarat yang hadir. 6.4.3.3 Encik Kumaran melantik diri sendiri sebagai AJK Ibu bapa. Cadangan ini telah disokong dan diluluskan sebulat suara oleh ahli mesyuarat yang hadir. 6.4.3.4 Puan Hasniyah mencadangkan agar Encik Mohd Asrof dilantik Sebagai AJK Ibu Bapa. Cadangan Ini telah disokong dan diluluskan sebulat suara oleh ahli mesyuarat yang hadir. 6.4.3.5 Encik Hairol Nazli mencadangkan agar Encik Zakir dilantik sebagai AJK Ibu bapa. Cadangan ini telah disokong dan diluluskan sebulat suara oleh ahli mesyuarat yang hadir. 6.4.3.6 Encik Hairol Nazli mencadangkan agar Puan Ghandi dilantik sebagai AJK Ibu Bapa. Cadangan ini telah disokong dan diluluskan sebulat suara oleh ahli mesyuarat yang hadir. 6.4.3 Pelantikan Setiausaha, Bendahari dan AJK Guru 6.4.3.1 Setiausaha : Encik Rohaidzad bin Hamdn 6.4.3.2 Bendahari : Pn Faizah Binti Tajuddin 6.4.3.3 AJK Guru : En Azmi Bin Ahmad
15 Pn Marrina Binti Mohamad Cik Subahshini a/p Jaiseelan Cik Nurul Insana Binti Sabudin Pn Raja Norzaimah Binti Raja Sulaiman Tindakan : Setiausaha 7 HAL-HAL LAIN Tiada 8 PENUTUP Encik Hairol Nazli Bin Hamdan selaku Yang Dipertua PIBG SMK SETA bagi sesi 2022/2023 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang hadir kerana telah memberikan pendapat dan cadangan yang bernas bagi meningkatkan lagi prestasi pelajar sekolah ini. Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari. Disediakan oleh, Disemak oleh, …………..........…………........ ……………………….................. (ROHAIDZAD BIN HAMDN) (HAIROL NAZLI BIN HAMDAN) Setiausaha Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Sultanah Engku Tun Aminah SMK Sultanah Engku Tun Aminah Johor Bahru Johor Bahru 28 Jun 2022
16 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH SESI 2022/2023 Antara aktiviti yang telah dilaksanakan oleh AJK PIBG sepanjang sesi 2022/2023 ialah: AKTIVITI/PROGRAM PIBG DAN SEKOLAH 1. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 2. Mesyuarat AJK PIBG Bil 1 3. Mesyuarat AJK PIBG Bil 2 4. Program Muafakat Muhibah Keluarga SETA 5. Taklimat Penataran Pelaksanaan Adab ABC dan Pemerkasaan PIBG 2022 6. Program Motivasi Bersama Pengarah PPD Johor Bahru PRASARANA & KEMUDAHAN 1. Membuat tanda parkir kenderaan di pondok menunggu 2. Membaik pulih bumbung dewan yang bocor 3. Menyembur pes anai-anai pada dinding dewan 4. Membaik pulih dan menukar lampu dewan 5. Menaik taraf keceriaan dewan 6. Menyimen semula lantai mozek yang pecah 7. Mengecat blok bilik darjah dan mural 8. Menceriakan semula kawasan air terjun 9. Mengecat Wakaf 10. Membina saluran paip 11. Menaik taraf keceriaan tandas 12. Membaik pulih kerosakan bilik darjah 13. Menyediakan pasu bunga untuk setiap bilik darjah 14. Laman Minda Sihat SUMBANGAN 1. Sumbangan Kerusi Batu 2. Sumbangan Program Infaq Ramadan 3. Sumbangan Program Ziarah Cakna 4. Sumbangan Set Siaraya Dewan (P.A System, Speaker, Mikrofon, Mic Stand) 5. Sumbangan LCD Projektor 6. Sumbangan Kipas untuk Kegunaan Dewan 7. Sumbangan Papan Putih Bilik Darjah 8. Sumbangan Ibu Bapa Membina Lorong Susur Gajah 9. Sumbangan Hadiah Keceriaan Kelas 10. Sumbangan Kertas A4 Disediakan oleh : ROHAIDZAD BIN HAMDN Setiausaha, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK. Sultanah Engku Tun Aminah, Johor Bahru.
17 LAPORAN KEWANGAN PIBG SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH SESI 2022/2023 SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH, JB. Penyata Pendapatan PIBG dan Wang Tumpangan sehingga 31 DISEMBER 2022 Butir RM RM Tunai 1775.60 Bank 62563.99 64339.59 Tolak: Wang Tumpangan Majalah 3770.00 Yuran Kecemerlangan 7946.80 Sanitact Bin 7908.00 Lain - lain (Nota 1) 16182.00 35806.80 Baki Akhir sehingga 31 Disember 2022 28532.79 Nota 1 : Lain-lain RM Alumni 3950.00 HEM 832.00 Tetuan Yayasan 2000.00 Sumbangan ibu bapa & pihak luar 8680.00 Graduasi T5 (batch 2022) 720.00 Jumlah Lain-lain 16182.00
18 PIBG SMK SULTANAHENGKU TUN AMINAH PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 Butir RM RM PENDAPATAN Baki pada 1 Januari 2022 ( Nota 1.1) 60420.89 Sumbangan Yuran PIBG ( Nota 1.2) 74995.00 Sumbangan Individu ( Nota 1.3) 8180.00 Sanitact Bin ( Nota 1.4) 6714.00 Yuran Kecemerlangan (Nota 1.5) 5270.00 Kontra (Nota 1.6) 34460.50 Jumlah Pendapatan 190040.39 PERBELANJAAN Perbelanjaan PIBG ( Nota 2) 3581.50 Perbelanjaan Pembangunan Sekolah ( Nota 3) 46566.00 Perbelanjaan Kecemerlangan SPM (Nota 4) 5547.00 Perbelanjaan Lain - lain ( Nota 5) 15545.80 Sanitact Bin (Nota 6) 6240.00 Kontra (Nota 7) 48220.50 Jumlah Perbelanjaan 125700.80 LEBIHAN 64339.59 Tunai di tangan berakhir 31 Disember 2022 1775.60 Tunai di bank berakhir 31 Disember 2022 62563.99 JUMLAH 64339.59
19 NOTA PENDAPATAN: Nota 1 JUMLAH PENDAPATAN SEHINGGADISEMBER 2022 RM RM RM Nota 1.1 Baki di Tangan 4201.90 Baki di Bank 56218.99 60420.89 Nota 1.2 Sumbangan Yuran PIBG Sumbangan PIBG 2021: Januari 7505.00 Februari 7590.00 Mac 720.00 April 360.00 Sumbangan PIBG 2022: Ogos 6840 September 21000 Oktober 18160 November 7920 Disember 4900 74995.00 Nota 1.3 Sumbangan Individu Sumbangan individu Jan 900.00 Sumbangan ibu bapa Ogos 890.00 Sumbangan ibu bapa Sept 170.00 Sumbangan ibu bapa Nov 20.00 Sumbangan ibu bapa Nov 5000.00 Sumbangan ibu bapa Nov 200.00 Sumbangan ibu bapa Dis 1000.00 8180.00 Nota 1.4 Sanitact Bin 2021: Januari 639.00 Februari 710.00 Mac 60.00 April 30.00 Sanitact Bin 2022: Ogos 600.00 September 1900.00
20 Oktober 1645.00 November 680.00 Disember 450.00 6714.00 Nota 1.5 Yuran Kecemerlangan SPM 2021: Januari 750.00 Februari 1000.00 Mac 50.00 April 100.00 Yuran Kecemerlangan SPM 2022: Ogos 100.00 September 1000.00 Oktober 1520.00 November 700.00 Disember 50.00 5270.00 Nota 1.6 Kontra Koperasi 22.00 Yuran terlebih bayar 70.00 Tetuan Tabung Kebajikan YPJ 25800.00 Pulangan wang sumbangan keceriaan dewan 70.00 Tuisyen YPJ 7425.00 Program SPM 200.00 Bayaran bukan warganegara 33.50 Maulidur Rasul (salah transfer) 120.00 Graduasi T5 (tumpang) 720.00 34460.50 JUMLAH 190040.39
21 NOTA PERBELANJAAN: Nota 2 PERBELANJAAN PIBG RM RM RM 2.1 Mesyuarat Agung PIBG ke-49 1765.00 2.2 Jamuan Mesyuarat AJK PIBG 1/2022 144.00 2.3 Jamuan Mesyuarat AJK PIBG 2/2022 172.50 2.4 Peralatan keselamatan dan lalu lintas pelajar 1500.00 3581.50 Nota 3 PERBELANJAAN PEMBANGUNAN SEKOLAH 3.1 Baik pulih bumbung Dewan Tun Maimunah 1100.00 3.2 Belian meja pelajar (50 unit) 4990.00 3.3 Pembersihan Sungai SETA 200.00 3.4 Penyemburan ubat anai-anai di Dewan Tun Maimunah 1400.00 3.5 Naik taraf fasiliti Dewan Tun Maimunah 10600.00 3.6 Keceriaan dewan 2100.00 3.7 Pembelian dan pemasangan Sistem PA Dewan Tun Maimunah 6000.00 3.8 Belian kertas A4 1456.00 3.9 Pembelian dan pemasangan 'whiteboard' (24 unit) 5520.00 3.10 Lukisan Mural Blok F 1500.00 3.11 Pembelian LCD Dewan Tun Maimunah 2700.00 3.12 Penyelenggaraan Dewan Tun Maimunah 9000.00 46566.00 Nota 4 PERBELANJAAN KECEMERLANGAN SPM 4.1 Program Penetapan Sasaran SPM 300.00 4.2 Jamuan Program Kecemerlangan SPM 350.00 4.3 Program Perkampungan Ilmu Tingkatan 5 688.00 4.4 Teknik Menjawab Matematik Tambahan 209.00 4.5 Pembelian dan pemasangan Sistem PA Dewan Tun Maimunah 4000.00
22 5547.00 Nota 5 PERBELANJAAN LAIN - LAIN 5.1 Sumbangan Program Pendidikan 2121.00 5.2 Servis dan rental Coway (Dis 2021 - Dis 2022) 1716.00 5.3 Banner 980.00 5.4 Sumbangan Majlis Sanjungan Budi 608.80 5.5 Sumbangan Hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas 1070.00 5.6 Majlis Khatam Al-Quran 600.00 5.7 Program Ziarah pelajar (Covid) 1000.00 5.8 Program Rimup 1000.00 5.9 Sumbangan pelajar cemerlang SPM 2021 1900.00 5.1 Tajaan Kejohanan Olahraga 2000.00 5.11 Program Gotong-royong 300.00 5.12 Sewa locker Kebirus 20.00 5.14 Sumbangan meja batu (6 unit) 1200.00 5.15 Majlis Graduasi Tingkatan 5 (batch 2022) 1000.00 5.16 Caj Bank 30.00 15545.80 Nota 6 Sanitact Bin 6.1 Mac 624 6.2 April 624 6.3 May 624 6.4 Jun 624 6.5 Julai 624 6.6 Ogos 624 6.7 September 624 6.8 Oktober 624 6.9 November 624
23 6.10 Disember 624 6240 Nota 7 Kontra 7.1 Tuisyen YPJ (Fasa 1) 7750.00 7.2 Geran Penyelenggaraan (Baik Pulih Bilik APD) 5000.00 7.3 Wang BAPJ(Bantuan Awal Persekolahan) 25800.00 7.4 Tuisyen YPJ (Fasa 2) 7425.00 7.5 Maulidur Rasul (Salah Transfer) 100.00 7.6 Bayaran bukan warganegara (salah transfer) 53.50 7.7 Tetuan Yayasan YPJ 2000.00 7.8 Bayaran koperasi (salah transfer) 92.00 48220.50 JUMLAH 125700.80 Disediakan oleh, …………………………………… Faizah binti Tajudin Bendahari PIBG SMK Sultanah Engku Tun Aminah Diaudit oleh, ……………………………………. Raja Nor Zaima binti Raja Sulaiman Juruaudit Dalaman
24 USUL-USUL PIBG SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH SESI 2022/2023 USUL IBU BAPA Bahagian Hal Ehwal Murid 1. Pihak sekolah perlu menambahkan bilangan kipas berdiri di dalam bilik darjah Pencadang : Thanesvaran (Rishika Laurynn, 2 Amanah) – 014-7140911 2. Sekolah boleh juga menjemput bekas- bekas pelajar SETA yang telah berjaya dalam karier mahupun yang telah ke menara gading utk memberi motvasi / semangat / kongsi pengalaman pada pelajar2 yang baru/ mahupun pelajar senior di sekolah menengah di SETA Pencadang : Shariffah Azura binti Syed Omar (Shariffah Naqiyah Binti Syed Norazlan, 1 Amanah) – 018-7725746 3. Mohon pemantauan semula harga makanan di kantin. Pencadang : Haslindawati binti Harun (Damia Qalessya binti Zulkarnain, 2 Akrab) – 018-7680407 4. Mohon pertukaran tender kantin Pencadang : Suriana binti Aris (Nursara Shafiyyah binti Nazereen, 2 Amanah) – 012-3201976 Bahagian Kurikulum 1. Mohon pihak sekolah mengeluarkan jadual aktiviti tahunan sekolah sekali gus ibu bapa boleh mengatur aktiviti keluarga mengikut jadual aktiviti sekolah Pencadang : Thanesvaran (Rishika Laurynn, 2 Amanah) – 014-7140911 2. Diharap guru-guru dapat mengajar murid mengikut buku dan kurangkan belajar dengan memberi bahan fotostat. Pencadang : Mahani binti Abdullah (Sazwani, 5 Arif) – 017-7962097
25 USUL PIHAK SEKOLAH 1. Sumbangan PIBG Pihak PIBG memohon agar sumbangan PIBG dikekalkan iaitu sebanyak RM120.00 bagi setiap keluarga. Diharapkan ibu bapa dapat memberikan kerjasama dalam memberi sumbangan ini. Sumbangan PIBG berbeza dengan bayaran yuran sekolah dan sumbangan ini amatlah diperlukan bagi membantu pihak sekolah dalam meningkatkan lagi kecemerlangan murid dalam semua aspek. 2. Bayaran Program Kecemerlangan Pihak sekolah memohon agar bayaran bagi Program Kecemerlangan sekolah bagi pelajar tingkatan 5 sebanyak RM50.00 seorang dan Program Kecemerlangan sekolah bagi pelajar tingkatan Tingkatan 1, 2, 3, dan 4 sebanyak RM20.00 seorang diwajibkan bagi setiap pelajar. Hal ini bagi memastikan program kecemerlangan bagi SPM dapat dijalankan bagi kecemerlangan pelajar SMK SETA. 3. Bayaran Sanitact Bin Pihak sekolah memohon agar bayaran bagi perkhidmatan sanitact bin untuk pelajar iaitu RM15.00 seorang dan diwajibkan bagi setiap pelajar. Hal ini bagi membolehkan pihak sekolah dapat menampung perbelanjaan perkhidmatan sanitact bin yang dikenakan. 4. Majalah Pihak sekolah memohon agar bayaran bagi majalah sekolah sebanyak RM20.00 seorang dan diwajibkan setiap pelajar. Majalah sekolah merupakan terbitan setiap tahun yang mengandungi segala aktiviti dan program sebagai kenangan seluruh warga sekolah terutamanya pelajar tingkatan 5 dan terdapat pelbagai aspek ilmu pengetahuan dalam pelbagai bahasa.
26 ENCIK HAIROL NAZLI BIN HAMDAN YANG DIPERTUA PIBG SMK SETA, BARISAN PENTADBIRAN SMK SETA, AJK PIBG SMK SETA, IBU BAPA, GURU-GURU DAN KAKITANGAN SERTA PELAJAR SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH & SEMUA PIHAK YANG MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 AKAR KELADI MELILIT SELASIH, SELASIH TUMBUH DI HUJUNG TAMAN, KALUNGAN BUDI JUNJUNGAN KASIH, MESRA KENANGAN SEPANJANG ZAMAN PENGHARGAAN