The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI NUR MAWARDAH, 2022-12-26 03:30:27

Modul Tatabahasa Kata Sendi Nama

Kumpulan-Kumpulan 8

BML3053 : MORFOLOGI BAHASA MELAYU

TUGASAN KUMPULAN:
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI

TAJUK:
KATA SENDI NAMA (DI, KE, DARI, DARIPADA, DALAM)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK
NOR FAZLIANA BINTI MAZIAN D20192091286

SITI NUR MAWARDAH BINTI MOHD ROPI D20211098451

NUR HAINIE BINTI ANUAL D20211098792
NUR MASSHAHANIM BINTI RANJA D20211098465

KUMPULAN KULIAH D
NAMA PENSYARAH
PROF.MADYA.DR NORLIZA BINTI
JAMALUDDIN

ISI KANDUNGAN Muka surat

No. Perkara 1

1.0 Pengenalan 2-7
1.1 Konsep Kata Sendi Nama 8-11
12-18
2.0 Jenis Kata Sendi Nama 19-25
2.1 Kata Sendi Nama Di 26-29
2.2 Kata Sendi Nama Ke 30
2.3 Kata Sendi Nama Dari 31
2.4 Kata Sendi Nama Daripada
2.5 Kata Sendi Nama Dalam

3.0 Rumusan

Rujukan

1.0 Pengenalan

1.1 Konsep Kata Sendi Nama

Dalam bidang morfologi antara salah satu elemen tatabahasa ialah kata sendi
nama (KSN). Kata sendi nama merupakan aspek kemahiran yang penting untuk
dipelajari bagi membolehkan setiap individu dapat menguasai bahasa dengan
cekap dan berkesan. Dalam penulisan juga tatabahasa amat penting bagi
mendapatkan hasil penulisan yang mantap.

Nik Safiah Kafim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood
(2015) menjelaskan KSN tergolong dalam golongan kata tugas. Kata tugas pula
dapat dibahagikan kepada kata penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa
dan pascafrasa, serta kata pascakata. KSN terletak dalam kelompok kata prafrasa
dan pascafrasa. Menurut Nik Safiah Karim et. al (2004) dalam Tatabahasa Dewan
Edisi Baharu menyatakan bahawa kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya
di hadapan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama dan dipisahkan daripada
perkataan yang mengikutinya. Kata sendi nama tergolong dalam kelompok kata
tugas dalam bahasa Melayu. Fungsi kata sendi nama.

Selain itu, menurut Siti Hajar,kata sendi nama ialah perkataan -perkataan yang
biasanya terdapat pada bahagian hadapan frasa nama. Dalam Bahasa Melayu
ada banyak kata sendi nama yang setiap satunya mempunyai tugas serta fungsi
yang berbeza. Setiap penggunaan kata sendi nama ditentukan oleh peraturan-
peraturan yang khusus dan perlu dipatuhi supaya ayat-ayat yang digunakan tepat
dan gramatis. Zaaba pula mendefinisikan kata sendi nama sebagai kata-kata khas
dipakai dengan nama atau ganti nama sahaja bagi menunjukkan persangkutan
nama atau ganti nama itu dengan sesuatu perkataan lain di dalam ayat.

1

2.0 Jenis Kata Sendi Nama

2.1 Kata Sendi Nama Di

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa
nama yang menunjukkan tempat dan arah. Kata sendi nama ditulis
terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

Contoh ayat Kucing-kucing Syazwina ada
di luar rumah.
Mawar tinggal di Taman
Salak Perdana.

Abangnya bekerja di sekolah Hari Graduasi tingkatan 6
itu. diadakan di Ipoh.

Tahukah anda ?

Dalam bahasa melayu “di” juga digunakan sebagai imbuhan awalan.
Cara penulisan juga berbeza dengan kata sendi nama “di” kerana perlu
ditulis rapat dengan perkataan selepasnya. Namun begitu, masih ramai
yang keliru dan tidak dapat membezakan penggunaan perkataan “di”
sebagai kata sendi nama dan “di” sebagai imbuhan awalan. Hal ini
menyebabkan kata sendi nama “di” ditulis rapat dengan perkataan yang
mengikutinya, manakala imbuhan awalan “di” ditulis terpisah daripada
perkataan selepasnya.

2

Contoh penggunaan kata sendi nama “di” dan imbuhan awalan yang
salah

Frasa “Bayar disini” salah dan “Disini” salah dan perlu dijarakkan
hendaklah ditulis “Bayar di sini” dan hendaklah ditulis “ di sini”

kerana “di” berada di hadapan kata

nama tempat.

Perhatian !!!
Kata sendi nama di tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa

nama yang menerangkan

Waktu  Masa 

Zaman

3

Contoh penggunaan ayat:
• Suasana sangat tenang pada pagi yang damai itu.
(bukan: Suasana sangat tenang di pagi yang damai itu.)
• Dia masih belum berkahwin pada ketika itu.
(bukan: Dia masih belum berkahwin di ketika itu.)
• Burung-burung keluar pada waktu pagi untuk mencari makanan.
(bukan: Burung-burung keluar di waktu pagi untuk mencari makanan.)
• Jam yang baru dibeli oleh ibu itu dilekatkan pada dinding.
(bukan: Jam yang baru dibeli oleh ibu itu dilekatkan di dinding.)
• Raja Shah memerintah pada zaman itu.
(bukan:. Raja Shah memerintah di zaman itu.)

INFO TAMBAHAN

Nik Safiah Karim et. al dalam kajiannya terhadap buku teks Geografi Tingkatan
1 yang ditulis oleh Rapeah Ahamed, Khalijah Maimon dan Foo Ho Loke,
penggunaan kata sendi “di” pada ayat berikut tidak tepat seperti “beruang itu
memakan tumbuh-tumbuhan *di musim bunga*”. *di (sepatutnya: pada). Kata
sendi nama “di” tidak boleh digunakan pada ayat berikut kerana kata sendi
nama “di” tidak boleh digunakan di hadapan frasa atau kata nama yang
menerangkan waktu, masa atau zaman.

4

Aktiviti permainan

Link kuiz :
https://app.quizwhizzer.com/game/63a7c9b7d4483d00165f6888
Latihan Peneguhan

1. Bina ayat menggunakan kata sendi nama “di” berdasarkan gambar di bawah.

a) …………………………………………… b) …………………………………….
………………………………………………. …………………………………….
………………………………………………. …………………………………….

c) …………………………………………. d) …………………………………….
…………………………………………….. ……………………………………
…………………………………………….. ……………………………………..

5

e)………………………………………
……………………………………..
………………………………………

2. Tandakan ( /) bagi penggunaan kata sendi nama 'di'yang betul atau (x)

pada yang salah.

1. Anak lembu itu sedang meragut rumput di tepi belukar. ()
2. Saban petang mereka berdua bermain di padang belia itu. ()
3. Perompak itu dihukum gantung sampai mati. ()
4. Buku itu dibaca oleh Hanafi. ()
5. Izzah suka duduk di rumah. ()

3. Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang betul.
ke kepada

di

dari

5.1Iz. zCaihkgsuuknaadjuwdaukmdeinryuammahp.aikan hadiah itu ........ anak muridnya.
2. Kursus mengajar itu diadakan ........ Dewan Alamanda.
3. Kedai makan itu dibuka ......... jam 8 pagi sehingga 8 malam.
4. Farid dan ibunya baru tiba ........ Kota Mekah.
5. Bungkusan yang besar itu ...... Ibu kamu.
6

3. Pilih kata sendi yang bersesuaian dalam petikan di bawah.
Di, ke, daripada, kepada, oleh

Leilani pergi………Kuala Lumpur untuk bertemu abang kandungnya yang
sudah lama terpisah. Setelah hampir satu jam tiga puluh minit perjalanan ke
Kuala Lumpur Leilani berasa dahaga dan dia berhenti……..Kedai makan.
Leilani bercadang untuk menginap………Sebuah hotel terlebih dahulu
sebelum berjumpa abang kandungnya kerana dia berasa sangat letih.
Namun begitu, dia telah mendapat panggilan...........abangnya untuk
menjemput Leilani untuk dibawah kerumah abang kandungnya. Leilani dan
abangnya berasa sangat gembira kerana dapat bertemu semula setelah
sekian lama berpisah selepas penceraian ibu dan ayah mereka.

4. Tuliskan perbezaan kata sendi nama "di" dan imbuhan awalan "di"
Kemudian, nyatakan contoh yang betul berdasarkan jawapan yang diberikan.

1..………………………………………………………………………………
….………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………….......

2..………………………………………………………………………………
….………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………….......

7

2.2 Kata Sendi Nama Ke

Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang
menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan di hadapan kata
nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Kata sendi nama
ke perlu ditulis sebagai satu kata terpisah daripada kata nama atau frasa nama
yang mengikutinya. Kata sendi ini juga digunakan untuk benda konkrit tidak
bernyawa.

Contoh ayat : Menunjukkan
arah atau tempat
❖ En Hafiz akan bertolak ke Sabah pagi
esok.

❖ Pelajar itu menoleh ke kiri dan ke kanan
ketika melintas jalan raya.

❖ Danial pulang ke kampung bersama
adiknya.

❖ Sarah ke surau bagi menunaikan solat
Zohor.

Menunjukkan ❖ Mesyuarat itu diadakan dari pukul 10 pagi
waktu atau masa
ke 12.30 tengah hari.
❖ Tradisi itu kekal dari dahulu ke zaman

sekarang.
❖ Suaminya setia menunggu isterinya

sehingga ke saat akhir.
❖ Fazli menunggu rakannya dari pagi hingga

ke petang.

Tahukah anda ?

Kata sendi nama “ke” tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa
nama yang merujuk kepada manusia dan binatang. Mari kita lihat kesalahan yang
sering dilakukan dalam penggunaan ayat bahasa melayu.

• Tolong berikan barang ini kepada Aiman.
(bukan: Tolong berikan barang ini ke Aiman.)

• Tulang ikan itu diberikan kepada kucing.
(bukan: Tulang ikan itu diberikan ke kucing.)

8

• Jerebu yang melanda negara telah meningkat kepada tahap yang
membimbangkan.
(bukan: Jerebu yang melanda negara telah meningkat ke tahap yang
membimbangkan.)

• Maklumat tentang kejadian kecurian itu telah diserahkan kepada pihak
polis.
(bukan: Maklumat tentang kejadian kecurian itu telah diserahkan di
pihak polis.)

INFO TAMBAHAN

Kata sendi nama ke juga sering berpadanan kata sendi nama dari yang
bermaksud arah ke suatu tempat atau waktu. Contohnya:

Dari hati ke Dari semasa Dari sebulan
hati ke semasa ke sebulan

Dari bandar
ke desa

Aktiviti permainan

Link Kuiz:
https://app.quizwhizzer.com/game/63a824bcd4483d00165fc6af

9

Latihan Peneguhan
1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

di ke

a) Aminah tinggal …………….. Kuala Lumpur dengan kakak kandungnya.
b) Tasha dan ibunya pergi…………….. pasar malam untuk membeli buah.
c) Leilani menyanyi …………….. ruang tamu dengan kuatnya.
d) Afia ……………. dapur untuk mengambil air mineral.
e) Adat itu masih kekal dari dahulu …………zaman sekarang.

2. Tulis kata sendi nama yang bersesuaian dengan ayat di bawah.
1. Sekolah akan dibuka .........hari isnin.
2. Mak leha baru pulang.......... pasar tani untuk membeli lauk.
3. Cikgu Jayanti memberikan buku rujukan itu....... Ali.
4. Hazim pergi........kampus dengan menaiki kereta barunya.
5. Shanti menunggu rakannya pulang dari jam 3.00 petang.........5.00 petang.

3. Bina 3 ayat berdasarkan kata sendi berikut.

Ke
1.………………………………………………………………………………….…………
…………………………………………………………………………………………
2...………………………………………………………………………………….…………
…………………………………………………………………………………………
3………………………………………………………………………………………….

5. Izzah suka duduk di rumah.
…………………………………………………………………………………………….

10

4. Tandakan ( /) bagi penggunaan kata sendi nama 'ke'yang betul atau (x) pada yang
salah.

1. Adik sering ke kedai apabila ada wang. ()
2. Tolong berikan beg ini ke Haikal. ()
3. Kes Covid-19 meningkat ke tahap yang membimbangkan. ()
4. Aminah akan bertolak ke Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah. ()
5. Hafiz pergi ke Kelantan untuk bercuti. ()

5. Tuliskan 3 perkataan yang sering berpadanan dengan kata sendi nama "ke "

5. Izzah suka duduk di rumah.

11

2.3 Kata Sendi Nama Dari

• Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa
nama yang menyatakan arah,tempat,atau waktu.

• Ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama daripada yang hanya
digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan
punca bagi manusia,haiwan atau benda,asal kejadian dan sumber,atau
unsur perbandingan atau perbezaan.

• Contoh penggunaan kata sendi nama dari adalah seperti berikut:
a) Menunjukkan tempat atau arah
1) Ahmad bersama dengan beberapa orang pemuda yang datang dari
kampung yang berlainan.
2) Pemandangan dari bukit itu sangat melapangkan dada.
3) Penyerang dari Belanda itu cuma beraksi 30 minit sebelum di serang
oleh pemain lawan.
4) Asiah berjaya meraih pendapatan yang lumayan melalui hasil
usahanya bertemu pelanggan dari rumah ke rumah.
5) Dia cuba menadah darah yang keluar dari mulut Pak Seman dengan
Kain.

12

b) Menunjukkan waktu atau masa
1) Malik bin Marwan ,khalifah Bani Ummayyah yang kelima , yang
memerintah dari tahun 65 Hijrah - 86 Hijrah (685 - 705 Masihi).
2) Saiful menerima pendidikan yang agak sempurna dari zaman kanak-
kanak hinggalah dewasa.
3) Operasi menangkap mereka yang terbabit dengan jenayah terus
dijalankan dari semasa ke semasa.
4) Manusia memerlukan hampir setengah dari masa hidupnya untuk
berehat dan bermain.
5) Ahmad bercerita mengenai jadual kerjanya yang padat dari sehari ke
sehari.

13

Aktiviti 1

1.Tuliskan semula ayat-ayat berikut menggunakan kata sendi yang betul.
i) Penyerang daripada Angertina itu mengalami kecederaan lutut yang serius
selepas bertembung dengan pemain lawan.
………………………………………………………………………………………….
ii) Perjumpaan guru dengan ibu bapa bagi pelajar tingkatan lima bermula daripada
pukul lapan pagi hingga dua belas tengah hari.
………………………………………………………………………………………….
iii) Kain itu diperbuat dari kapas
…………………………………………………………………………………………
iv) Ikhwan menunggu Ahmad daripada pagi lagi
…………………………………………………………………………………………
v) Salina menerima sepucuk surat dari ibunya yang berada di kampung.
…………………………………………………………………………………………
Aktiviti 2

https://quizizz.com/join/quiz/639c9216bf6bd7001db0099a/start?studentShare=true
14

Latihan Peneguhan
1. Tandakan ( / ) atau ( X ) pada penggunaan kata sendi yang betul.

i.Soalan peperiksaan Matematik tahun ini lebih senang daripada tahun lepas. ( )

ii.Kucing Parsi yang dihadiahkan oleh Kak Normi itu sangat comel. ()

iii.Kita mestilah sayang pada ibu bapa yang telah bersusah payah membesarkan kita.
()

iv.Anis menerima sebuah tabung yang diperbuat dari buluh. ()

v.Puan Alisa menjaga anak angkatnya dengan menatang minyak yang penuh. ( )

vi.Nelisa yang bekerja sebagai kerana itu berasal daripada Johor. ()

2. Tuliskan kata sendi nama yang betul.

i.Tabung derma ini adalah ( ) anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan.

ii.Kami berlatih bermain bola ( ) sejam yang lalu.

iii.Encik Fitri bersetuju ( ) harga kereta yang ditawarkan oleh syarikat kereta
itu.

iv.Hairul mengulang kaji pelajaran ( ) pagi hingga petang.

v.Kami bertolak ke tempat kejadian ( ) pukul 2:00 petang

15

3. Isikan tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai.

pada kepada daripada dari

i.Perjumpaan unit beruniform diadakan ________
setiap hari rabu.

ii.Emak menyiram bunga di halaman _________ waktu
petang

iii.Salihah membeli kain sutera yang diperbuat
__________ ulat sutera.

iv.Jiran baharu saya berasal __________ Perak.

v.Pihak sekolah menyediakan bantuan khas
_________ pelajar-pelajar yang kurang
berkemampuan.

vi.Puan Salmah menerima sebentuk cincin _________
suaminya sempena hari ulang tahun perkahwinan
yang ke-20 tahun.

vii.Zubaidah menulis surat ________ sahabatnya
untuk bertanya khabar.

16

4. Bina lima ayat dengan menggunakan kata sendi nama yang diberi.
Dari
i._________________________________________________________________________
ii.________________________________________________________________________
iii._______________________________________________________________________
iv._______________________________________________________________________
v.________________________________________________________________________

_
Daripada
i._________________________________________________________________________
ii.________________________________________________________________________
iii._______________________________________________________________________
iv._______________________________________________________________________
v.________________________________________________________________________

_

17

5. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

i.Kempen Anti Dadah yang dilancarkan ________ minggu lepas mendapat
sambutan yang baik pelbagai pihak.

A.daripada C.pada

B.dari D.kepada

ii.Mak Cik Halimah mula menjahit kain _______ minggu lepas untuk menyiapkan
tempahan pelanggan.

A.sampai C.hingga

B.semenjak D.daripada

iii.Bubu yang digunakan untuk menangkap ikan itu diperbuat ________ rotan.

A.dari C.pada

B.oleh D.daripada

iv.Nasir ingin menjual keretanya __________ sesiapa yang berminat kerana
memerlukan wang.

A.dengan C.pada

B.daripada D.kepada

v.Rohana kini tinggal __________ Kampung Harmoni Bersama keluarga.

A.pada C.kepada

B.di D.dari

18

2.4 Kata Sendi Nama Daripada
Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang
menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarad (abstrak),
sumber atau asal kejadian sesuatu benda, da perbezaan atau perbandingan.
Kegunaan kata sendi nama daripada dapat dilihat dengan jelas seperti yang
dinyatakan di bawah:

• Menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarad
(abstrak)

Contoh:
1. Hadiah itu diterimanya daripada orang ramai. (manusia)
2. Borang permohonan biasiswa itu boleh didapati daripada pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia. (manusia)
3. Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya. (haiwan)
4. Kesan cakar yang ada pada sofa itu datang daripada kucing tersebut.
(haiwan)
5. Kain berasal daripada benang manakala benang pula berasal daripada
kapas. (benda)

• Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda
Contoh:

1. Besi itu diperbuat daripada logam.
2. Semua ubatnya daripada akar kayu.

19

3. Pelukis itu mendapat ilham daripada pemandangan tersebut.
4. Berus itu daripada getah.
• Menunjukkan perbezaan atau perbandingan
Contoh:
1. Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran bahasa Melayu SPM tahun

ini lebih baik daripada tahun lalu.
2. Pelajar itu lebih suka membaca daripada mengira.
3. Harga telur itu lebih murah daripada harga biasa.
4. Perangainya berbeza daripada biasa.

NOTA TAMBAHAN

FORMULA

Daripada Manusia, haiwan, benda, abstrak
Perbandingan
Sumber asal

20

Aktiviti

https://quizizz.com/admin/quiz/63a921040b55fb001d62d521?source=quiz_share

Latihan Peneguhan

Berdasarkan soalan yang diberi sila bulatkan jawapan yang betul.

1. Apakah fungsi kata sendi nama daripada?

I. Menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarad
(abstrak)

II. Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda

III. Menunjukkan tempat atau arah

IV. Menunjukkan waktu atau masa

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

2. Yang berikut merupakan ayat yang benar tentang penggunaan kata sendi
nama daripada, kecuali?

A. Asyraf amat berbesar hati apabila dianugerahi pingat pentauliahan
daripada Menteri Besar Perak itu.

21

B. Encik Ahmad telah memandu selama tiga jam daripada Kuala Lumpur ke
Ipoh akibat kesesakan jalan raya.

C. Gadis itu telah menerima lamaran daripada jejaka yang diidaminya sejak
dari dahulu lagi.

D. Sisa makanan yang bersepah itu mungkin daripada kucing-kucing liar
yang berkeliaran.

2. Bulatkan dan isikan jawapan yang betul di tempat kosong.

1. Meja ini diperbuat __________ kayu.
(dari,daripada)

2. Buku ini __________ ayah semasa hari jadi saya
yang lepas. (dari, daripada)

3. Rumah itu lebih besar __________ rumah kita.
(dari,daripada)

22

3. Padankan jawapan yang sesuai. Menunjukkan tempat
daripada atau arah

dari Menyatakan punca bagi
manusia, haiwan, dan
unsur mujarad (abstrak)

Menunjukkan waktu
atau masa

Menunjukkan
perbezaan atau
perbandingan

Menyatakan maksud
sumber atau asal

kejadian sesuatu benda

23

4. Bina ayat menggunakan kata sendi nama daripada berdasarkan fungsinya.
1. Menyatakan punca bagi manusia, haiwan dan unsur mujarad (abstrak)
_________________________________________________________________________
2. M_e_nyatakan maksud sumber atau asal sesuatu kejadian
3. Menunjukkan perbezaan atau perbandingan

24

5.Baca petikan di bawah dan kenal pasti kesalahan penggunaan kata sendi nama.

Bil. Kesalahan kata sendi nama Pembetulan kata sendi nama
1
2
3
4
5
6

25

2.5 Kata Sendi Nama Dalam
Kata sendi nama ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa nama dan

membawa maksud tertentu. Perkataan dalam berfungsi sebagai kata sendi nama
yang juga berfungsi sebagai kata arah. Kata sendi nama ini hadir dihadapan kata
nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak
mempunyai ruang atau jarak, misalnya;

a) Malaysia berjaya dalam bidang ekonomi.
b) Dia pintar dalam mata pelajaran Sains.
c) Dalam hal ini, kita harus bersatu.
Aktiviti 1
Imbas QR dibawah dan jawab semua solan yang telah diberikan

26

Aktiviti 2
Imbas QR dan jawab semua soalan yang telah diberikan.

Latihan peneguhan
1. Tandakan kata sendi nama yang (Betul / Salah) dalam ayat di bawah.

i. Dalam hal ini, kita semua setuju. ( )

Di dalam hal ini, kita semua setuju. ( )

ii. Kita harus fasih bertutur dalam di bahasa kebangsaan kita. ( )

Kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan kita. ( )

iii. Perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat yang lalu. ( )

Perkara itu telah dibincangkan di dalam mesyuarat yang lalu. ( )

iv. Saya tidak terlibat di dalam urusan mereka. ( )

Saya tidak terlibat dalam urusan mereka. ( )

27

2. Isikan tempat kosong dengan kata sendi nama yang betul dalam ayat di bawah.

Di dalam Dalam

1. Kejayaan ini juga membawa kepada peningkatanya__________ bidang
akademik.

2. Semasa muda beliau sangat aktif __________ kegiatan sukan.
3. Watak __________ filem ini juga cuma menggunakan watak utama.
4. Aiman tidur __________ biliknya.
5. Beberapa orang telah terperangkap dan tercedera __________ sebuah

kubu yang runtuh.
6. Angka itu tidak termasuk mereka yang __________senarai menunggu.
7. Duri ikan itu patah __________ isi kakinya.
8. Biar semua berada __________ kekaburan dan ambiguiti.

3. Bina 5 ayat yang menggunakan kata sendi nama dalam.

1.
2.
3.
4.
5.

28

4. Baca petikan dibawah dan kenalpasti kata sendi nama yang terdapat dalam
petikan tersebut.

Pembangunan yang pesat di Malaysia telah membuka peluang pekerjaan dalam
pelbagai sektor, termasuklah sektor perindustrian. Sektor perindustrian merupakan
sektor yang memerlukan jum;ah pekerja yang ramai. Memandangkan rakyat tempatan
tidak berminat dalam sektor perindustrian kerana gaji yang ditawarkan majikan
dikatakan rendah, maka pihak majikan terpaksa menggunakan khidmat pekerja asing
dalam sektor ini. Kesannya, negara kita kini menghadapi kebanjiran kemasukan
pekerja asing. Kemasukan pekerja asing menunjukkan bahawa pekerja asing boleh
digunakan untuk melengkapkan visi dan misi pembangunan negara ini. Namun
demikian, pada masa yang sama, kebanjiran pekerja asing di negara ini
mengakibatkan negara terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah.

(Disesuaikan daripada rencana Dewan Masyarakat, Mac 2012)

5. Baca petikan di bawah dan senaraikan kata sendi nama yang terdapat dalam
petikan tersebut.

Secara umumnya, prinsip Rukun Negara yang dibentuk oleh pimpinan Malaysia bagi
mengatasi segala perbezaan yang terdapat dalam kalangan masyarakat berbilang
kaum di negara ini. Oleh itu, unsur-unsur yang terkandung dalam Rukun Negara tidak
mengindentitikan hak milik sesuatu kaum. Ia bersifat umum dan mencuba untuk
membina lingakaran yang luas sehingga pada titik akhirnya dapat mengatur
tatasusila, mengendalikan, dan memberi panduan kepada rakyat dalam semua aspek
kehidupan seperti sosial, ekonomi, dan politik.

Sumber: Buku Pengajian Kenegaraan,
Oktober 2022

29

3.0 Rumusan
Secara keseluruhannya, kata sendi nama sangat penting untuk dipelajari bagi

memastikan pengguna Bahasa Melayu kini dapat menggunakan ayat yang betul
dalam kehidupan seharian. Umum mengetahui bahawa kata sendi nama ini wajib
diikuti oleh kata nama sebagai pelengkapnya. Namun begitu, masih ramai yang
masih keliru dalam penggunaan kata sendi nama dan ramai masih mengambil
mudah tanpa mematuhi hukum yang betul dalam penggunaanya. Oleh hal yang
demikian, pemahaman yang lebih mendalam tentang kata sendi nama ini perlu
diperluaskan lagi bagi pemahaman pembaca tentang penggunaan kata sendi
nama yang betul dan tepat dalam Bahasa Melayu.

30

Rujukan
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017). Carian Umum Fungsi Kata Sendi Nama.

Diperoleh daripada https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2021/03/19/144/ pada 19
Mac 2022.
Mohamed Zain, Hajiyah.2010. Penggunaan Kata Sendi Nama bahasa melayu dalam
Kalangan Pelajar Universiti. Universiti Putra Malaysia, Institutional
Repository.Diperoleh daripada http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26459/
Nor Ain Nor Azman, Nur Farahkhanna Mohd Rusly.2020. Analisis Penggunaan Kata

Sendi nama dalam Penulisan Berdasarkan Teori Kesalahan Bahasa. LSP
International Journal, Vol. 7, Issue 1 (2020) 80-89. Diperoleh daripada
https://journals.utm.my/lsp/article/view/15261/6798
Siti Baidura Kasiran, Nurul Jamilah Rosly.2011.Kesalahan Tatabahasa Bahasa
Melayu dalam Karangan Pelajar Asing di sebuah Institusi Pengajian Tinggi
Awam. Diperoleh daripada http://irep.iium.edu.my/6212/1
Nik Safiah Karim,Farid M. Onn, Hashim Haji Musa,Abdul Hamid Mahmood. (2015).
TATABAHASA DEWAN (3rd ed.). Dewan Bahasa dan Pustaka

31


Click to View FlipBook Version