Pak Pandir Dan Belalang Rusa
Pada suatu hari,Mak Andeh mengidam ikan untuk
makan tengahari.Dia yang baru 2 minggu mengandung
itu,sangat teringin untuk makan berlaukkan ikan.Dia sudah
bosan asyik berlaukkan paku pakis dan rebung buluh.
"Pandir, aku rasa teringin sangat nak makan ikan,
tolonglah pergi memancing pagi ini.Dapat seekor dua
ikan pun sudah memadai.",katanya kepada Pak Pandir
yang masih mamai sebab baru bangun dari tidur itu.
Pak Pandir menguap lalu meregang-regangkan
badannya.Cahaya matahari baru sahaja muncul samar-
samar.Rasa sejuk akibat embun pagi masih terasa.
"Baiklah Andeh.Tapi aku tidak tahu mahu memberi apa
sebagai umpan.",katanya sambil menenyehkan matanya
yang masih 'berkarat' dengan tahi mata.
Mak Andeh tersenyum.Gembira rasa hati apabila Pak
Pandir tidak membantah permintaanya.
"Umpan banyak.Tapi yang paling senang,dalam
perjalanan ke sungai nanti kau tangkap saja belalang
rusa.Ikan gemarkan belalang rusa dan cacing.",balas Mak
Andeh lalu segera mengambil joran di dapur dan
diserahkan kepada Pak Pandir.
Dia tidak mempelawa suaminya itu bersarapan seperti
biasa kerana dia sudah tidak sabar untuk meratah ikan
segar.Pak Pandir hanya mengangguk.Perlahan-lahan
langkah diaturkan keluar rumah.Perut yang lapar
dibiarkan sahaja kerana tidak mahu menghampakan
permintaan isterinya itu.
Dalam perjalanan ke sungai yang kira-kira 2 kilometer
dari rumah Pak Pandir asyik menghafal nama 'Belalang
rusa' berkali-kali sehinggalah yang melekat dalam
fikirannya hanya nama 'Rusa'. Joran di tangannya
dipegang kemas.Belalang rusa yang begitu banyak di
atas daun-daun keladi di tepi jalan tidak dihiraukannya
kerana umpan yang disuruh Mak Andeh ambil tadi adalah
'Rusa' fikirnya.
Dia sudah lupakan 'Belalang'.Sebaik sahaja tiba di
sungai kelihatan seekor rusa asyik meminum air tanpa
menyedari kehadirannya. Pak Pandir begitu gembira
kerana 'umpannya' untuk memancing sudah ada di
depan mata.
Tanpa membuang masa,Pak Pandir sepantas kilat
menangkap rusa tadi lalu mengikat kakinya
menggunakan akar yang berdekatan.
"Kau akan ku jadikan umpan wahai encik rusa.Harap-
haraplah aku dapat ikan yang besar.Tentu Andeh
gembira nanti.",kata Pak Pandir girang lalu
mencangkukkan mata kail pada belakang rusa itu
sebelum dilemparkan ke sungai.
Dia kemudiannya melabuhkan punggung ke atas tanah
sambil menunggu 'umpannya' itu dimakan ikan.
Rusa yang kesakitan dan hampir lemas itu asyik berbunyi
dan meronta-ronta untuk melepaskan diri.Pak Pandir
panik.Dia bimbang bunyi dan rontaan rusa itu akan
menghalau ikan-ikan di sungai itu.Pantas dia bangun.
"Jangan bising kau rusa!.Duduk saja diam-diam.Nanti
kalau dah dapat ikan aku lepaskanlah kau
semula.Tolonglah aku.",kata Pak Pandir separuh merayu.
Dia merasakan harapan untuk menangkap ikan sudah
tipis kerana ' umpannya' itu asyik mengeluarkan bunyi
bising.
"Apa yang kau buat ni Pandir?",soal Mak Andeh
bersama sebungkus ubi rebus di tangan.Dia rasa serba
salah kerana membiarkan suaminya itu keluar memancing
tanpa bersarapan terlebih dahulu awal pagi tadi lalu
memutuskan untuk membawa sarapan untuk suaminya
itu.
Namun sebaik sahaja sampai, dia terkejut apabila
melihat suaminya itu sedang duduk 'memancing'
berumpankan seekor rusa yang sudah kelihatan hampir
lemas. Pak Pandir segera menoleh.
"Aku memancing dari tadi tetapi rusa ni asyik menjerit
saja.",katanya serba salah.
Fikirnya Mak Andeh akan kecewa dengannya.Mak Andeh
menggeleng-gelengkan kepalanya.Kebodohan Pak
Pandir kadangkala sangat menebal.
Mak Andeh meletakkan bungkusan ubi tadi ke tanah.
"Kalau sudah ada rusa untuk apa lagi mencari
ikan?.Rusa ini sudah cukup untuk lauk sebulan ini kalau
disalai.",kata Mak Andeh perlahan.Pak Pandir mengaru-
garukan kepalanya yang tidak gatal.Dia bingung
memikirkan kata-kata Mak Andeh.
"Bukankah pagi tadi kau suruh aku memancing
berumpankan rusa??",Soalnya inginkan kepastian.Mak
Andeh mengeluh.
"Sudahlah Pandir.Keluarkanlah rusa itu dari air untuk
disembelih.Aku tidak perlu ikan lagi kalau sudah ada
rusa.Dagingnya juga sedap.",balas Mak Andeh lalu
merampas joran ditangan Pak Pandir.Dia menarik joran
tersebut berhati-hati supaya tidak patah.
Pak Pandir yang kebingungan turut serta menolong
isterinya menarik joran ke tebing.
"Nah!.Kau bawa balik ni rusa buat lauk kita sebulan
ini.Nanti sudah kau sembelih kita salai.Lagi satu,yang aku
cakapkan untuk buat umpan pagi tadi belalang
rusa.Bukannya rusa.",sempat Mak Andeh berkata setelah
rusa yang dibuat umpan tadi sudah berada ditebing
sungai.
Dia mengambil kembali bungkusan ubi yang dibawa
buat bekal Pak Pandir sebentar tadi sebelum melangkah
pulang tanpa meminta izin.Pak Pandir menepuk dahinya
kuat.Dia marah dengan kebodohan dirinya sendiri.Rusa
tadi dipandang sebelum dia mengeluh berat.
"Belalang rusa, bukannya rusa.Aduhai Pandir-
Pandir..",katanya lalu mengangkat rusa tadi sebelum
memikul membawanya pulang.Jorannya ditinggalkan
sahaja di situ setelah mengeluarkan mata kail dari
belakang si rusa.
Walaupun tidak mendapat ikan pada hari itu,namun
dia sangat bersyukur menangkap tangkapan yang lebih
besar.Seperti kata Mak Andeh tadi,kalau sudah disalai
daging rusa itu dapat dijadikan lauk untuk sebulan.Maka
tamatlah ceritera Pak Pandir dan Belalang rusa.
Cerita ini di ambil dari
Labels: Koleksi Cerita Sang Kancil, Pak Pandir