Bab 6
Reka Bentuk Hiasan
Dalaman
NUR AFIQAH BINTI RIZA PAHLAWAN
3 AL-GHAZALI
Persepsi Seni
Peranan Pereka Bentuk Hiasan Dalaman
Merancang menghias reka bentuk ruang hiasan dalaman dengan menitikberatkan aspek dan fungsi
berdasarkan elemen dan prinsip rekaan.
Memastikan ruang reka bentuk berfungsi seperti yang dikehendaki dan bersesuaian denagan kehendak
pelanggan.
Menetukan objektif reka bentuk melalui rundingan bersama.
Mencipta dan menghasilkan kemasan reka bentuk ruang hiasan dalaman untuk kegunaan seperti ruang
rumah kediaman, ruang bangunan awam, ruang komersial dan sebagainya.
Menganalisis keperluan fungsi dan mengkaji susun atur reka bentuk hiasan dalaman dengan lebih efektif
dan baik.
01 Fungsi Bilik 02 Saiz Bilik
Kegunaan bilik sama Keluasan dan ketinggian
ada berfungsi sebagai sesebuah bilik perlulah diketahui
bilik tidur, bilik tamu, bagi menentukan jenis hiasan,
bilik pejabat dan jenbis perabot dan aturan yang
sebagainya. akan digunakan untuk menghias
bilik.
03 Bentuk Bilik
04 Lokasi Bilik
Keadaan dan
Lokasi bilik penting bagi
kepelbagaian bentuk mengetahui arah pencahayaan
dan pengudaraan dalam
bilik sama ada sesebuah bilik.
berbentuk segi empat
sama, segi empat
tepat dan sebagainya.
Ciri-Ciri Seorang Pereka Hiasan
Dalaman
• Kreativiti, imaginasi dan bakat seni.
• Kemahiran komunikasi dan pendengar yang baik.
• Cita rasa warna yang baik dan teliti
• Kebolehana untuk menghasilkan ilustrasi dan lukisan teknikal.
• Fleksibiliti dalam mereka bentuk.
• Kemahiran menyelesaikan masalah.
Prinsip-Prinsip Reka Bentuk Hiasan Dalaman
Kesatuan Kesatuan dapat dicapai apabila semua elemen dalam ruang dapat
berfungsi bersama dan saling melengkapi. Hal ini bermakna, kita dapat
melihat ruang secara keseluruhan dan elemen memainkan peranan
dalam memenuhi fungsi ruang.
Imbangan Imbangan dalam hiasan dalaman berhubung kait dengan penyusunan
keseluruhan ruang yang menjadikannya kelihatan seimbang. Ia terdiri
daripada imbangan simetri dan imbangan tidak simetri.
Irama Bagi mewujudkan irama dalam ruang hiasan dalaman, penggunaan
elemen tertentu berlaku secara berulang-ulang.
Penegasan Prinsip penegasan dalam reka bentuk hiasan dalaman merujuk kepada
kaedah penggunaan warna atau perabot yang menjadi tumpuan dan
fokus utama.
Kontra Kontra wujud paada penggunaan pelbagai elemen yang
bertentangan seperti penggunaan warna, saiz perabot dan
tanaman hiasan.
Skala dan Kedua-dua prinsip ini mempunyai kaitan dengan saiz objek
Kadar Banding hiasan dan barangan. Dalam reka bentuk hiasan dalaman,
prinsip-prinsip ini menimbulkan rasa pertalian dengan elemen
lain.
Perincian Perincian merupakan prinsip yang perlu dititikberatkan bagi
reka bentuk hiasan dalaman. Perincian yang dimaksudkan
ialah objek hiasan sebagai penambah seri seperti
penggunaan pasu bunga, bantal, langsir, bingkai gambar,
hiasan dinding dan tombol perabot.
Ruang Elemen Reka Bentuk Hiasan Dalaman
Ruang yang diisi dengan perabot atau dekorasi ialah ruang positif manakala
ruang kosong ialah ruang negatif. Keseimbangan harus dikekalkan antara
ruang positif dengan ruang negatif. Ruang dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu
ruang dua dimensi yang meliputi lantai (termasuk panjang, lebar dan
ketinggian).
Cahaya Elemen cahaya terbahagi kepada 2, Iaitu semula jadi dan buatan manusia.
Tanpa elemen cahaya, elemen-elemen yang lain seperti warna, tekstur dan
corak tidak akan mempunyai kesan sama sekali.
Garisan Garisan melahirkan bentuk dan rupa serta bertanggungjawab untuk
mewujudkan rasa harmoni, kontras dan perpaduan dalam ruang hidup. Garisan
secara umumnya dikategorikan kepada tiga iaitu mendatar, menegak dan
dinamik.
Bentuk Bentuk ialah garis besar mana-mana objek tiga dimensi yang terdapat di
dalam ruang. Bentuk boleh diwujudkan dengan menggabungkan dua atau
lebih rupa dan boleh ditekankan dengan bantuan elemen-elemen lain seperti
tekstur, corak dan warna. Bentuk yang jelas mampu mewujudkan
keharmonian dan kesimbangan pada ruang. Terdapat 2 jenis bentuk, iaitu
geometri (buatan manusia) dan alam (organik).
Jalinan Jalinan berkaitan dengan permukaan dan menentukan bagaimana sesebuah
permukaan biasa akan kelihatan dan dirasai. Jalinan boleh diklasifikasikan
kepada 2 jenis, iaitu jalinan tampak dan jalinan rasa.
Warna Warna mewujudkan hubungan estetik antara objek dengan penetapan mood.
Warna mesti dipilh berdasarkan psikologi dan pandangan penghuni. Setipa
warna mempunyai tiga ciri yang berbeza iaitu hue, nilai dan intensiti.
Corak Corak mampu meningkatkan minat terhadap reka bentuk hiasan dalaman
dan ia berinteraksi bersama elemen warna. Corak boleh menjadi sebarang
bentuk dan kebanyakannya terdiri daripada reka bentuk yang berulang dan
menjadikannya menarik.