PELANCONGAN
GASTRONOMI
Nur Afiqah binti Riza Pahlawan
Nur Fatimah Azzahra’ binti Mohd Harmizi
4 IBNU SINA
Apa Itu Gastronomi?
Gastronomi merupakan kajian mengenai hubungan antara budaya dan makanan. Gastronomi terdiri dari
sekumpulan pengetahuan dan praktik yang berkaitan dengan seni kulinari, resipi, ramuan, teknik dan kaedah, serta
evolusi sejarah dan makna budaya. Kata gastronomi berasal dari bahasa Yunani kuno γαστήρ (gastros) yang ertinya
"perut" dan νόμος (nómos) yang maksudnya "pengetahuan" atau "ilmu".
Dalam pengertian ini, gastronomi juga merupakan disiplin yang mengkaji hubungan manusia dengan makanan,
persekitaran semula jadi dari mana dia memperoleh sumber makanan dan cara dia menggunakannya, serta aspek
sosial dan budaya yang campur tangan dalam hubungan yang dibentuk oleh setiap masyarakat dengan keahliannya.
Gastronomi juga digelar sebagai cinta makanan yang baik dan restoran yang baik; makan dengan menghargai
dan merasai rasa, bau dan tekstur, mengalami hidangan eksotik dan menikmati keseronokan selera pada amnya.
PELANCONGAN GASTRONOMI
DI KEDAH
Negeri jelapang padi ini sangat terkenal dengan sup utara dan masakan gulai.
Kedah yang berdekatan dengan Penang menyebabkan terdapatnya kedai-kedai yang
menyediakan laksa utara di negeri Kedah.
Langkawi merupakan tempat pelancongan yang sering dikunjungi terutama pada
musim cuti sekolah, maka banyak pilihan tempat menjamu selera yang sedap di
sekitar Pulau Langkawi.
Terdapat juga beberapa kedai makan yang sedap di Jitra, Gurun, Sungai Petani dan
Alor Setar.
Tempat ini sering sesak dengan pelanggan. Ini kerana tempat ini terkenal sebagai
lokasi yang menarik untuk menikmati makanan laut. Harga yang dikenakan pula
berpatutan dan dianggap murah oleh kebanyakan pelanggan.
Namun, pelanggan sebenarnya lebih menyukai kedai kerana makanan yang
dihidangkan lazat sehingga ada yang sanggup datang berulang-kali. Hiasan
kedainya amat ringkas tapi cukup selesa untuk menjamu selera. Sesuai jika datang
dalam kumpulan. Antara menu yang mendapat pujian ialah Udang Kam Heong,
Salted Egg Yolk Squid dan banyak lagi.
Sabai Dee Café menghidangkan masakan Thai di restoran mereka. Terdapat Tom
Yam, sotong kukus dengan jus limau, salad mangga dan banyak lagi masakan
Thai dalam menu mereka.
Menjamu selera di sini membuatkan pelanggan berasa seperti sedang makan di
taman. Pepohon hijau yang menjadi hiasan restoran bukan sahaja mendamaikan,
tapi juga sangat sesuai untuk mereka yang mahu berehat. Lebih-lebih lagi jika
anda makan di bahagian luar. Ditambah pula dengan sungai yang mengalir
tenang.
Terletak 1km dari Gunung Jerai. Restoran ini terkenal dengan hidangan
masakan Melayu utara. Lauk-pauknya ringkas, termasuk ulam-ulaman dan
daging salai brsama-sama air asam, namun amat disukai sesiapa sahaja
yang mengunjunginya. Malah, ikan bawal gorengnya juga menjadi
kesukaan para pelanggan.
Harga makanan di sini boleh dikatakan murah. Menurut ramai pelanggan,
ini adalah antara restoran terbaik mereka pernah kunjungi. Lebih-lebih
lagi apabila pelanggan boleh makan sambil duduk bersila di lantai.
BBQ Sticky Lamb Rib, Korean Spicy Lamb Rib, dan Bombay Chicken Chop
adalah sebahagian menu yang anda boleh dapati di Overstepped Café Sejati.
Makanannya sedap dan mengambil masa yang tidak lama untuk dapat
pesanan kita. Harganya boleh tahan tapi anda boleh dapat potongan harga
jika mendaftar sebagai ahli.
Namun begitu, pelanggan rata-rata menyatakan yang harganya berbaloi
dengan kelazatan makanan yang dipesan, suasana, dan layanan mesra yang
diberikan.
Nasi Lemak Haji Ali sudah beroperasi kira-kira 50 tahun lamanya.
Jadi, ia sudah memiliki reputasi yang bagus, sekurang-kurangnya di
kalangan penduduk Kedah.
Lauk yang paling terkenal untuk nasi lemaknya adalah ayam goreng.
Mereka juga ada menyediakan beberapa jenis kuah untuk
digandingkan dengan nasi lemak seperti kari dan kurma. Bersedia
untuk beratur pada waktu puncak. Terpaksa menunggu tapi tetap
berbaloi.
Pendapat kami tentang pelancongan
gastronomi di Malaysia
Pada pendapat kami, pelancongan gastronomi di Malaysia mampu mengubah
Malaysia menjadi sebuah bandar gastronomi untuk para pelancong datang
melancong. Selain itu, gastronomi mampu meningkatkan taraf ekonomi negara dari
segi pelancongan kerana warga pelancong dapat merasai keunikan masakan rakyat
Malaysia sekaligus mempromosikannya kepada dunia menerusi percakapan,
perkhabaran ataupun mungkin media massa.
SEKIAN
TERIMA KASIH