The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-90337136, 2024-06-27 07:06:48

SKABA PIBG 22

SKABA PIBG 2024_rin

O F F PIBG S K A I R B A R U K Dewan Terbuka SKABA 8.00 Pagi Ka l i Ke- 5 1/ 2 0 24 29 Jun 2024 | Sabtu Dirasmikan Oleh: YBH DATUK HJ SHAHRUL AZUWAR BIN ABDUL AZIZ CA(M)


02 8.30 pagi PENDAFTARAN IBU BAPA DAN GURU 018.00 pagi 1. Ibu bapa dan guru mendaftar kehadiran di kaunter pendaftaran di dalam Dewan Terbuka SKABA. Tetamu yang hadir akan mengambil tempat duduk yang disediakan sebelum majlis dimulakan. PIBG 2024 ATUR CARA UCAPAN ALU-ALUAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU NYANYIAN LAGU MELAKA MAJU JAYA BACAAN DOA PERSEMBAHAN NASYID UCAPAN YDP PIBG : En. Mokhtar Bin Md. Jadi UCAPAN PENASIHAT PIBG : En. Nizam Bin Aziz UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SKABA KALI KE-51: Datuk Hj. Shahrul Azuwar Bin Abd Aziz CA (M) PELANCARAN KUTIPAN DANA SURAU SK AIR BARUK CABUTAN BERTUAH SESI 1 PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN AJK PIBG 2022/24 PERSEMBAHAN KOIR PERSEMBAHAN NYANYIAN SOLO 0310.30 pagi MESYUARAT AGUNG PIBG SK AIR BARUK KALI KE-51 BERMULA Ucapan Alu-aluan YDP PIBG : En. Mokhtar bin Md. Jadi Pembentangan & Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Ke-50 Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG 2023/24 Pembentangan & Pengesahan Laporan Kewangan Berakhir Pada Mac 2024 Membahaskan Usul & Cadangan Pembubaran AJK PIBG 2022/2024 Pelantikan AJK Ibu Bapa 2024/2026 Pelantikan Juruaudit Ibu Bapa Ucapan Dasar YDP Yang Baharu Cabutan Bertuah Sesi 2 Ucapan Penangguhan 0412.30 tengah hari BERSURAI 1


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-51. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang. SK Air Baruk sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan ini adalah hasil kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu, sumbangan PIBG dari segi material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang. Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2023/24 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-51 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna kepada sekolah. Sekian, terima kasih. G U R U B E S A R ENCIK NIZAM BIN AZIZ GURU BESAR SK AIR BARUK PIBG juga mempunyai peranan ‘saling lengkap melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah. KATA ALU-ALUAN GURU BESAR 2


PIBG SK Air Baruk sentiasa memikirkan dan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada seluruh warga sekolah dalam memantapkan pembangunan pendidikan, prasarana, sahsiah kendiri, imej dan identiti sekolah. ENCIK MOKHTAR BIN MD JADI Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan rahmatNya, dapat kita bersama-sama lagi bertemu dan menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-51 bagi Sesi 2022/2023. Terima kasih di atas kehadiran Tuan / Puan dan ibubapa sekalian. Sebagai platform perantara, PIBG SK Air Baruk sentiasa memikirkan dan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada seluruh warga sekolah dalam memantapkan pembangunan pendidikan, prasarana, sahsiah kendiri, imej dan identiti sekolah. Justeru kolaborasi dan sokongan dari semua pihak dalam segenap aspek amatlah perlu bagi memastikan perlaksanaan yang sistematik dan pragmatik untuk hasil yang akan memberikan impak positif yang maksima dan seterusnya menjadi ‘role model’ resepi kejayaan kegemilangan sekolah. Jutaan terima kasih dah tahniah saya ucapkan kepada semua Warga SK Air Baruk yang telah banyak memberi sumbangan tenaga dan kewangan secara langsung atau tidak dalam membantu pihak sekolah dan PIBG khususnya menjayakan setiap aktiviti dan program. Justeru, ayuh semua kita kekalkan momentum hubungan dan jaringan ‘ibarat isi dan kuku’ ini dalam permuafakatan komuniti kerana kita saling memerlukan untuk melaksanakan dan mencapai visi, misi dan matlamat dalam memacu aspirasi menuju keunggulan pembangunan dan kecemerlangan seluruh Warga SK Air Baruk Sekian, terima kasih 3 Y D P P I B G


Jawatankuasa Kerja Induk Mesyuarat Agung PIBG kali ke-51 Penasihat: En. Nizam bin Aziz (Guru Besar SK Air Baruk) Timbalan Penasihat: En. Aminuddin bin Buang(PK Pentadbiran) Pn. Maslina binti Omar (PK HEM) En. Noorthin bin Tamby(PK Kokurikulum) En. Yghaparollah bin Kosnan (PK PPKI) Pn. Marhaini binti A. Rahman (GC B&K) Pengerusi: En, Mokhtar bin Md. Jadi (Yang Dipertua PIBG SK Air Baruk) Naib Pengerusi: En. Muhammad Adib bin Hatim (Naib Yang Dipertua PIBG) Setiausaha: En. Muhammad Ehsan bin Raduan Naib Setiausaha: Pn. Ramlah binti Abdul Kadir Bendahari Kehormat: En. Muhammad Fairus Bin Abdul Rahman 4


AJK Juruacara Pn. Noorakmal binti Saidi En. Azrul bin Abu Aman JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-51 AJK Sambutan Dif Kehormat En. Nizam bin Aziz En. Aminuddin bin Buang Pn. Maslina binti Omar En. Noorthin bin Tamby En. Yghaparollah bin Kosnan Pn. Marhaini binti A. Rahman En. Mokhtar bin Jadi En. Muhammad Adib bin Hatim Semua AJK PIBG AJK Pencatat Minit Mesyuarat Pn. Fatin Amira binti Adnan Pn. Ramlah binti Abdul Kadir AJK Dokumentasi Pn. Ramlah binti Abdul Kadir AJK PA Sistem dan Peralatan En. Shahrul Azmi bin Saharuddin En. S.M Shamil bin S. Zainal En. Zukri bin Abd Manan AJK Persiapan Dewan (Sebelum & Selepas) En. Zafero Efendi bin Che Mustafa En. Muhammad Shafiq bin Suhaimi En. Nor Ahmadi bin Arshad En. Firdaus bin Ahmad En. Muhammad Amirul Hafiz bin Anuar En. Muhammad Fairus bin Abdul Rahman En. Mohamad Nor Dahlan bin Attan En. Ahmad Farish bin Ahmad Fuad AJK Hadiah Cabutan Bertuah & Cenderamata Perasmi Pn. Rosmawati binti Mustafha Pn. Yong Siew Tin En. Muhammad Haniff bin Hasan Pn. Rohani binti Mohammad Pn. Ainie binti Hassan AJK Buku Program Pn. Riniza binti Salleh Pn. Hazanatol Fazura binti Harun Pn. Nur Syasya Nabilah binti Nor Asni Pn. Ena Derwina binti Kamis AJK Persembahan Murid Pn. Shaidatul Nadira binti Shaharum En. Nurhafiz Aidil bin Ahmad Jafri Pn. Siti Khairunnisa binti Asmuni Pn. Azmah binti Abu Bakar 5 AJK Fotografi En. Muhammad Hasanuddin bin Dzulkafly En. Ismail bin Kamarzaman


AJK Pendaftaran Pn. Zulfa binti Din@Ismail Pn. Nor Hashimah binti Rahamad Pn. Ungku Norris Akma binti Ungku Abd. Kadir Pn. Nor Azean binti Ali Pn. Norriah binti Musa Pn. Jorizah binti Deraman Pn. Hafizah binti Mahud@Mahmud AJK Sijil & Kad Jemputan Pn. Noor Firdaus binti Mohd Shukor Pn. Nour Janna binti Fahruddin Pn. Sabariah binti Salleh Pn. Dahlia binti Abdullah AJK Persiapan Pentas / Banner Pn. Nur Adlina binti Alaudin Pn. Norainni binti Mohamad Shah Pn. Hafienaz binti Mohd Radzi Pn. Rusidah binti Samat AJK Jamuan VVIP Pn. Rahayu binti Abu Kasim Pn. Faridah binti Ismail Pn. Roslina binti Mohd Nor Pn. Hairani binti Hussein AJK Jamuan Ibu Bapa & Guru Pn. Noridah binti Sam Pn. Ezatul Safwah binti Rosli Pn. Harma Ezzura binti Hamzah Pn. Yuzaidah binti Yusof Pn. Rohana binti Khamis Pn. Rosliza binti Karim Cik Sarmala A/P C. Murugayah 6 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-51 AJK Bacaan Doa En. Nor Muhammad bin Seman


NOTIS MESYUARAT 7


Menerima dan mengesahkan Peringatan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-50 Menerima dan mengesahkan Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2023/2024 Menerima dan mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan Sesi 2023/24 AGENDA MESYUARAT 01 UCAPAN YDP PIBG 02 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN 04 PEMBUBARAN AJK PIBG 2022/2024 08 HAL-HAL LAIN 03 MEMBINCANGKAN DAN MEMBAHASKAN USUL 05 PELANTIKAN AJK PIBG 2024/2026 07 UCAPAN DASAR YDP BAHARU 06 PELANTIKAN JURUAUDIT IBUBAPA 09 UCAPAN PENANGGUHAN 8


1. Ucapan Naib Pengerusi YDP PIBG MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK AIR BARUK KALI KE-50 SESI 2022/23 1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Surah Al- Fatihah. 1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang dapat hadir dalam mesyuarat ini. 1.3 Beliau memaklumkan bahawa tiada pelantikan ahli jawatankuasa yang baharu untuk sesi 2023/2024 1.4 Beliau memaklumkan akan diadakan pembinaan surau di kawasan yang telah ditetapkan di SK Air Baruk sekiranya dana telah mencukupi dan kutipan derma akan dibuka kepada semua pihak . 1.5 Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat 10 orang pemungut saham akhirat akan dilantik untuk menjalankan amanah memungut derma. SESI 2022/2023 Tarikh : 24 Jun 2023 Hari : Sabtu Masa : 8.00 Pagi Tempat : Dewan Tertutup SK Air Baruk Pengerusi Majlis : NYDP En. Muhammad Adib bin Hatim Kehadiran : 131 Orang 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu 2.1 Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG SK Air Baruk kali ke 49( 2022) yang lalu serta mengesahkan minit mesyuarat tersebut. Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Maznita binti Nasir Disokong untuk pengesahan oleh En. Umainiza bin Johari Tindakan: Makluman Tindakan: Makluman 9


4. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Penyata Kewangan PIBG berakhir pada 28 Februari 2023 4.1 Bendahari PIBG, Encik Muhammad Fairus telah membentangkan Penyata Kewangan PIBG berakhir Februari 2023. 3.1 Setiausaha membentangkan laporan aktiviti sepanjang 2022/2023 3. Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG 2022/2023 5. Pembentangan Usul dan Cadangan 5.1 MUHAMMAD ADIB BIN HATIM Menyediakan loker (almari buku) untuk setiap murid bagi mengatasi isu beg berat di kalangan murid. 5.2 SITI FADILAH BINTI ZAIDAN Menyediakan tempat penyimpanan buku atau loker untuk murid bagi meletakkan bukubuku sekolah untuk meringankan sedikit beg sekolah murid. 5.3 ANAS FAIZULRIZAL BIN IBRAHIM Pihak sekolah boleh menyelaraskan untuk meletakkan storage box (buku teks) dalam kelas darjah satu untuk meringankan masalah beg berat pada pelajar tahun 1. Kos pembelian box boleh dipohon kepada ibubapa agar selaras dan seragam bagi kelas terbabit. 5.4 NUR SITI ROZAILANI BT MAHAMUD Mengumpul dana untuk almari di bilik darjah 5.5 MOHD REDZUAN BIN YUSOP Jadikan laluan tepi sekolah sebagai ""oneway"" untuk waktu- waktu tertentu sahaja (awal pagi & waktu pulang). Konsep ""Drop&Go"" masih gagal. Masih ada kereta yang 'termenung'." 5.6 AHMAD ADLEE BIN SAMSIR Gantikan semula papan tanda jalan sehala pada waktu pagi dan tengahari yang telah hilang di hujung jalan supaya tidak ada kesesakan. Tindakan: Makluman Tindakan: Makluman 10


11 5.7 MOHD SALMAN BIN SALLEH Meletakkan kon di laluan masuk ke sekolah berhampiran simpang SK Tamil. Bahu jalan sebelah pondok bas. Kerana menghalang laluan masuk ke sekolah. 5.8 LINA MAVANI I suggest that children need to be given homework which will help them to remember what they have studied. Nowadays children are more prone into gadgets and revision through homework will spare them from these. 5.9 NURUL AIDA BINTI IMANAH Mencadangkan penggunaan medium email bagi pemakluman prestasi pelajaran pelajar. 5.10 HENISHA KERISNIN Anak saya mengatakan yg ibu bapa tidak boleh melihat kertas soalan pentaksiran selepas selasai peperiksaan mereka. Kenapa cikgu? Bagaimana akan saya mengetahui prentasinya atau kelemahannya. Saya ada melihat sehelai kertas yg mengatakan Band 4 tapi apa yg saya ingin melaraskan ialah soalan yg mana dia tak faham. Saya harap dlm masa yg akan dtg boleh lah cikgu memberi kertas soalan pentaksiran untuk saya melihatnya. 5.11 ANIS AMILAH SHARI "Kelas intensif membaca bagi pelajar tahun 1 haruslah diberi penekanan kerana merupakan asas kepad 3M. Cara yang di gunakan oleh Cikgu x amat berkesan kepada anak saya pada tahun lepas. Namun, pada tahun ini, anak saya yg berada dlm kelas 1 Dinamik, tidak mendapat input seperti abangnya pada tahun lepas. Berikut merupakan mesej guru kepada ibu bapa yang menyebabkan saya kecewa dgn guru tersebut. Saya telah beri modul bacaan kpd murid yang tidak menguasai bacaan. Saya mohon ibu bapa turut bersama-sama membantu bacaan anak-anak di rumah memandangkan saya kesuntukan masa utk bimbing secara individu. Sebab pd waktu pagi 7.00-7.30 saya terlibat latihan bola jaring. Setakat ini yg sudah baca lancar Jannah dan Yunus Murid saya 32 org. Harap dapat kerjasama ibu bapa. Kami sbg ibu bapa semestinya akn membantu untuk kecemerlangan anak kami. Tapi apabila guru memberikan alasan dan mementingkan bola jaring, saya merasakan hal ini tidak wajar, kerana murid memerlukan asas membaca terlebih dahulu sebelum yg lain. Sedangkn tahun lepas anak saya daripada kelas Cikgu x akan hadir untuk membaca seawal jam 7 pagi. Untuk pengetahuan pihak tuan, guru yang mengajar anak saya ialah Cikgu y. Pendapat saya, sekiranya telah jelas cara dan kaedah yang berkesan bagi teknik membaca seperti yg diajar Cikgu x, mungkin cara ini boleh dijadikan panduan bagi guru lain.


5.12 ANIS AMILAH SHARI Bagi subjek yang memerlukan bahan utk eksperimen/seni, saya cadangkan cikgu belikan dahulu brg tersebut dan buat kutipan yuran utk pembelian barang-barang tersebut. Ini kerana, barang untuk eksperimen/seni terpaksa dibeli dalam kuantiti yg banyak dan hanya digunakan sekali sahaja. Cotohnya sebelum ini saya terpaksa membeli sepeket mata kartun, dlm kuantiti 50 biji yg akhirnya menyebabkan pembaziran. Sedangkan sekiranya disediakan oleh guru, mungkin hanya perlu beli sepeket sahaja barang tersebut. Terima kasih. 5.13 SITI FADILAH BINTI ZAIDAN Menggunakan atau menyelitkan membelajaran digital bagi menarik minat pelajar terutamanya pelajar baru (tahun 1). Cth:video dalam bentuk cartoon atau berwarna bagi menambahkan lagi minat dan pemahaman pelajar kepada subjek-subjek tertentu. Ini kerana setiap pelajar mempunyai tahap kemahiran yang berbeza dari segi pembelajaran. Mungkin ini dapat membantu sekolah bagi melahirkan pelajar yang lebih berkualiti dan berjaya di masa akan datang. #bermulanyadisini 5.14 NORAZIZAH BINTI MD NOH Hanya pendapat saya saja.... bagi guru yang mengajar waktu akhir agar melepaskan anak2 keluar ikut masa yg ditetapkan...sebagai parents kadang2 saya tunggu lama diluar dan mengakibatkan saya pun terlewat untuk masuk semula pejabat pada waktu petang....sekadar pandangan sahaja.... 5,15 MOHAMAD FIRDAUZ BIN HAMZAH Program khidmat komuniti kepada masyarakat setempat, lawatan ke rumah orangorang tua, menyantuni fakir miskin, aktiviti gotong royong membersihkan kawasan awam, membentuk akhlak & sahsiah terpuji untuk murid-murid sejak awal.. 5.16 MOHD REDZUAN YUSOP Wujudkan HARI KANTIN. Ibubapa nak tengok macam mana anak-anak membeli, kantin menjual, apa yang dijual, harga dan portion makanan berpatutan 5.17 SYAFIQAH HALIS BINTI SHAWANG Mencadangkan agar dibina susur gajah atau bumbung untuk pelajar jalan dari pagar utama ke ruang menunggu supaya terhindar dari terkena hujan. Tindakan: AJK PIBG dan Pentadbir 12


6. Hal-hal Lain En. Umainizab bapa kepada Auni Zafira tahun 5 Bijak, Al-Fatih tahun 3 Arif telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru kerana telah mengajar anak-anak beliau selama berada di sekolah ini. Beliau juga mencadangkan supaya pihak sekolah dapat menambah kapasiti kelas untuk menampung murid yang semakin ramai. Guru Besar : Menambah kelas memerlukan kos maka pihak sekolah tidak dapat melaksanakannya En. Norazmi Mohamed bapa kepada Amir Aswad mencadangkan agar pihak sekolah menaikkan yuran PIBG kerana RM 50.00 sudah tidak relevan lagi untuk pada masa kini. Guru Besar : Guru Besar sangat berbangga dengan jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh ibu bapa , beliau akan mempertimbangkan usul tersebut. Guru MRSM beliau mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah kerana telah mendidik anak-anak sehingga berjaya. beliau juga bersetuju dengan pembelian storage box. Beliau juga mengalu-ngalukan pihak sekolah berkolaborasi dengan sekolah MRSM Tun Ghaffar Baba Jasin kerana beliau Penyelaras Program Kemasyarakatan di sekolahnya. Ibu kepada Khalairani murid tahun 4 Bijak mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik anaknya selama ini. Beliau berasa bangga kerana anaknya telah bersekolah di SK Air Baruk. Ustaz Adib sebagai NYDP PIBG telah meminta pandangan kepada ibu bapa yang hadir mengenai persetujuan mereka mengenai usul untuk menaikkan yuran tahun PIBG bagi memudahkan pelaksanaan program sekolah. Usul ini juga akan dibincangkan dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kecil dalam tempoh terdekat. NYDP juga berharap agar ibu bapa bersetuju dengan program yang dijalankan oleh pihak sekolahdan menyokong penuh dengan program yang dijalankan. 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 6.6 7. Penangguhan Mesyuarat Penasihat mengucapkan terima kasih sekali lagi di atas kehadiran semua ibu bapa dan penjaga pada mesyuarat kali ini. Memohon maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang mesyuarat di jalankan. 7.1 Tindakan: Makluman 13


Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 1.00 petang. 14 Dicatat oleh: (Muhammad Ehsan Bin Raduan) Setiausaha PIBG Ehsan


15 AJK GURU Pn. Roslina binti Md.Nor Pn. Rosmawati binti Mustafha En. Sm Shamil bin Sheikh Zainal En Zafero Efendi bin Che Mustafa AJK IBU BAPA En. Abu Talib bin Hasan En. Mohd Azmizi bin Azhari Pn. Kalairathi a/p Subramaniam Pn. Mashitah binti Md Nasir En. Zulkiflee bin Hassan En. Zainudin bin Minhat En. Raffi bin Tuminohb En. Paramjothi a/l Palaney Pn. Norzuraidah binti Abdul Malek En. Amirul Azhar bin Adam Pn. Sakinah binti Abdul Rashid PEMERIKSA KIRA-KIRA Pn. Yong Siew Tin (Guru) Pn. Aiti Faizah Nur binti Pakri (Ibu Bapa) SETIAUSAHA BENDAHARi En. Aminuddin bin Buang Pn. Maslina binti Omar En. Noorthin bin Tamby En. Yghaparollah bin Kosnan Pn. Marhaini binti A. Rahman PENOLONG SETIAUSAHA En. Muhammad Fairus bin Abdul Rahman Pn. Ramlah binti Abdul Kadir penasihat En. Nizam Bin Aziz SK AIR BARUK SESI 2023/2024 timbalan penasihat YANG DIPERTUA PIBG En. Mokhtar bin Md. Jadi naib YANG DIPERTUA PIBG En. Muhammad Adib bin Hatim En. Muhammad Ehsan bin Raduan AJKPIBG 2022/2024


LAPORAN KEWANGAN PIBG 16


LAPORAN KEWANGAN PIBG 17


LAPORAN KEWANGAN PIBG 18


LAPORAN KEWANGAN PIBG 19


LAPORAN KEWANGAN PIBG 20


usul & cadangan tahun 2024 NORBAIZURAH BINTI ABU BAKAR Minta kerjasama pengawal untuk memastikan lalu lintas di sekolah semasa menunggu anak - anak balik sekolah, memastikan tempat-tempat yang dibolehkan untuk parking supaya tidak ada yang parking sesukanya yang boleh menghalang kenderaan lain. Minta untuk guru memendekkan masa pulang koku lebih awal daripada yang sekarang iaitu balik 4.30 petang di awalkan pada 4.00 petang disebabkan cuaca panas untuk elak anak-anak boleh dapat strok haba. MOHD REDZUAN BIN YUSOP Wujudkan zon "DROP&GO" dan juga "Laluan Sehala Sesi Pagi dan Petang". Hadkan kawasan parking waktu pagi. Ada juga ibu bapa yang terpaling Penyayang, park terlalu hadapan, menghalang lalulintas kereta dan laluan anak-anak murid , turun bersama anak, bawa hingga ke dalam sekolah, peluk cium ibarat "BERSAMAMU", membazir masa untuk keluar dari parking yang dia wujudkan sendiri. Beberapa keluarga dah berlalu pergi sedangkan dia masih lagi mencari "Gear Reverse". NUR FAZRIEN BINTI MOKHTAR Program pelajaran luar kelas RATNA DEWI Harap ada aktiviti yang dapat menambah pengetahuan murid lebih luas, ada kelas tambahan. SANTHI A/P KANAIYA Harap ada aktiviti yang dapat menambah pengetahuan murid lebih luas, kelas tambahan. SAADAH BUAT NTI YAAKOP Baiki tandas 21


usul & cadangan tahun 2024 NUR AMIRAH Mohon guru update kerja sekolah dalam whatsapp group kerana anak tahun 1 masih tak berapa faham jika parents tanya , murid cakap tiada MOHD FAUXI BIN ABDULLAH Kelonggaran untuk murid memakai kasut sukan dengan warna bebas. Warna kasut sukan murid bukan hanya hitam dan biru sahaja. Pada tahun ini pihak sekolah membuat peraturan baru supaya murid memakai kasut sukan berwarna hitam dan biru sahaja. KHAIRUDIN Mohon dapatkan harga makanan dan jenis makanan yg di sedia kan di kantin sekolah. Ini kerana anak-anak bagi tahu harga berbeza dengan pengusaha kantin yg lepas. Tujuan nya utk memastikan wang saku pelajar cukup. keduanya mengelakan manipulasi harga. serta mengetahui garis panduan nutrisi pemakanan yg di sediakan oleh kontraktor kantin sekolah. ANIS AMILAH SHARI Penjual ayam diluar sekolah meletakkan periuk untuk menggoreng ayam di bawah kerusi di tempat menunggu. Dikhuatiri pada waktu malam anjing atau binatang menjilat bekas tersebut . Saya tidak pasti semua peniaga yang berniaga diluar sekolah mempunyai sijil suntikan mengendalikan makanan atau tidak. Peniaga milo menggunakan tempat duduk di ruangan menunggu luar sekolah untuk meletakkan bahan jualannya. Selain daripada itu, kereta beliau juga diletakkan dihadapan ruangan menunggu yang sedikit sebanyak mengganggu lalulintas di situ. Saya telah menegur beliau tetapi hanya di jelingnya dan dibalas dgn suara yang agak sombong. Makanan di kantin agak mahal, walaupun terdapat hidangan bernilai RM1, tetapi dimaklumkan makanan RM1 cepat habis. Jadi anak terpaksa membeli makanan RM2 atau RM3. Guru waktu akhir kelas tahun 2 tidak maklumkan kpd murid waktu sudah tamat, hanya berlalu pergi begitu sahaja, jadi budak tidak keluar daripada kelas walaupun masa sudah tamat. Ibubapa menunggu lama di luar kerana anak belum keluar, katanya cikgu tidak maklumkan waktu sudah tamat. Keperluan utk seni atau apa-apa yg memerlukan barang eksperimen perlu diselaraskan kerana kadang-kadang barang yang diperlukan susah untuk didapati di kedai. Cadangannya ialah ibubapa berikan duit kepada cikgu untuk kegunaan satu kelas. RAHAYU BINTI MOHAMAD YUNUS Terapkan ilmu menghafal sifir 1 hari 1 sifir setiap pagi sebelum bunyi loceng. Banyak anak sekarang kurang penerapan kepada amalan hafal sifir setiap hari sampaikan ke alam sekolah menengah, lemah sangat. Ilmu ini sampai akhir hayat berguna dalam kehidupan. 22


PIBG S K A I R B A R U K Ka l i Ke- 5 1/ 2 0 24 Dirasmikan Oleh: YBH DATUK HJ SHAHRUL AZUWAR BIN ABDUL AZIZ CA(M) Seluruh Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-51 dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis kali ini.


Click to View FlipBook Version