The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bab 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by YT, 2021-03-29 03:34:15

Ekonomi Tingkatan 4

Bab 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

Takrif Ekonomi
Satu bidang sains sosial yang

mengkaji cara manusia
menguruskan sumber ekonomi
yang terhad untuk memenuhi

kehendak yang tidak terhad.

1 Isi rumah

Definisi : Individu/sekumpulan individu / sebuah keluarga yang
membuat keputusan ekonomi secara bersama.
Peranan dalam ekonomi : Sebagai pengguna barang dan perkhidmatan
/ pembekal sumber ekonomi
Objektif : Memaksimumkan Kepuasan

2 Firma

Definisi : Individu / organisasi yang merancang dan menggunakan
faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang/perkhidmatan.
Peranan dalam ekonomi : Sebagai pengeluar barang dan perkhidmatan
/ pengguna sumber ekonomi
Objektif : Memaksimumkan Keuntungan dan meminimumkan kos
pengeluaran

3 Kerajaan

Definisi : Unit ekonomi yang mengawal aktiviti ekonomi isi rumah dan
firma melalui undang-undang.
Peranan dalam ekonomi : Merupakan sebuah badan organisasi yang
mempunyai kuasa untuk membuat dan menguatkuasakan undang-
undang untuk menjaga kestabilan ekonomi dan sosial.
Objektif : Memaksimumkan kebajikan masyarakat.

Tanah Modal
Buruh Usahawan





Keluk kemungkinan Pengeluaram (KKP) ialah keluk yang
menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran yang dapat dicapai
oleh sebuah ekonomi dengan menggunakan faktor pengeluaran yang
ada dan tingkat teknologi tertentu.

Andaian untuk analisis Keluk kemungkinan Pengeluaran:

• Ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh.

• Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang
• Sumber ekonomi yang dimiliki adalah terhad

dan tetap.

• Tingkat teknologi adalah tetap.



Ciri-ciri Sistem Ekonomi





Kebaikan & Kelemahan Sistem Ekonomi

Cara-cara Sistem Ekonomi Menyelesaikan
Masalah Asas Ekonomi



Ekonomi Islam

• Ekonomi Islam merupakan salah satu sistem ekonomi campuran
yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Segala aktiviti dan
keputusan ekonomi haruslah berdasarkan syariat Islam.

• Pihak kerajaan, mekanisme pasaran dan pihak swasta memainkan
peranan dalam memastikan ekonomi berjalan dengan lancar,
produktif, adil dan saksama. Contoh negara: Arab Saudi, Iran,
Kuwait, Brunei

Ciri-ciri utama Islam

1) Sebagai sebahagian daripada keseluruhan sistem hidup Islam
• Matlamat ekonomi Islam adalah untuk mencapai al-falah iaitu

keseimbangan antara kebahagian individu dan masyarakat di dunia dan
akhirat.
2) Wujud persaingan yang adil dan saksama antara individu
• Individu dan pihak swasta bebas memiliki kekayaan di dunia demi
kebajikan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat asalkan tidak
bertentangan dengan hukum Islam.

3) Keseimbangan antara kepentingan individu dan masyarakat.
• Kepentingan awam adalah lebih diutamakan berbanding dengan

kepentingan invidu.
• Setiap individu dijaminkan memperoleh barang keperluan asas.
• Prinsip kesederhanaaan ditekankan dalam aspek penggunaan dan

pengeluran sesuatu barang dan perkhidmatan.
• Zakat dikenakan bagi mengagihkan kekayaan antara golongan kaya

dengan golongan kurang berkemampuan.


Click to View FlipBook Version