BULETIN SENGGARA BULETIN SENGGARA FASILITI JALAN FASILITI JALAN Edisi 2023 Tahunan Bil. 32 Edisi 2023 Tahunan Bil. 32 JKR21601-0054-24 JKR21601-0054-24
02 | BULETIN CSFJ Perutusan Pengarah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat-Nya, buletin Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) telah berjaya diterbitkan hasil kerjasama warga CSFJ. Sebagaimana yang kita ketahui, ini merupakan lantikan pertama saya sebagai Pengarah CSFJ. Tanggungjawab dan amanah yang diberi untuk mengurus dan melaksanakan penyenggaraaan di sekitar Malaysia ini bukan sesuatu yang mudah. Saya dan warga CSFJ merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan kepimpinan Pengurusan Tertinggi KKR dan JKR di atas kepercayaan dan keyakinan kepada CSFJ dalam mengurus dan melaksanakan pengurusan penyenggaraan Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia. Kejayaan CSFJ dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab bukan hanya dilaksanakan secara individu malahan berkat usaha dan komitmen daripada seluruh warga CSFJ. Syabas dan tahniah saya ucapkan. Besar harapan saya dengan penerbitan buletin ini dapat memberi pengetahuan baru dan perkongsian ilmu kepada pembaca dan dimanfaatkan bersama bukan sahaja di peringkat warga CSFJ malah kepada seluruh warga JKR. Akhir kata, tahniah dan syabas sekali lagi di atas penghasilan Buletin Cawangan Senggara Fasiliti Jalan Tahun 2023 ini. Semoga dengan terhasilnya buletin ini menjadi titik tolak kepada ahli Sidang Redaksi untuk menghasilkan buletin secara konsisten pada tahun-tahun mendatang dengan kandungan yang lebih menarik dan berinformasi. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan buletin ini Penasihat Ir. Ts. Hj. Mohd Nasir Bin Bontat Pengarang Ir Hj. Muhammad Shukeri Bin Mohamad Pen. Pengarang Azrini, Izzati, Hakimy & Siti Khodijah Pereka Grafik Suzana Sakinah Pen. Pereka Grafik Ariff, Fariz & Wahida Isi Kandungan 14 Ubahsuai Bilik Gerakan Bencana JKR Malaysia 15 Mesyuarat Pemantauan Penyenggaraan Jalan 16 Lawatan Teknikal Ke Kilang K2 Bitumen SDN BHD 17 Pelancaran Kempen MyJalan 18 Audit Kerja Penyenggaraan Rutin Jalan 25 Sumbangan CSFJ Kepada Sempadan Asean 27 Program Awareness Penggunaan Platform GIS 32 Kerja-Kerja Pemasangan Jambatan Panel Keluli 34 Lawatan Ke Kilang Lampu LED 35 Audit Kriteria Penerimaan Jalan 36 Perjanjian Penswastaan Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung 37 Mesyuarat Bahagian Pengurusan Aset dan Fasiliti (BPAF) 39 Bengkel Latihan MyInfra Bersama Wakil JKR Negeri 40 Penghargaan Kepada Pegawai CSFJ 51 Pergerakan Pegawai Keluar CSFJ 52 Pergerakan Pegawai Masuk CSFJ 53 Pegawai Kenaikan Pangkat CSFJ 54 Pegawai Lantikan Baru CSFJ 55 Anugerah Tokoh CSFJ 57 Aktiviti dan Program CSFJ 2 Perutusan pengarah 3 Kuala Lumpur International Pavement Seminar (KLIPS) 6 Konveksyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 8 Kursus dan Latihan 11 Mesyuarat Penyelarasan CSFJ 12 Prestasi Kewangan dan Fizikal Kerja Penyenggaraan 13 Mesyuarat Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik Sidang Redaksi
Kuala Lumpur International Pavement Seminar atau dikenali sebagai KLIPS 2023, yang bertemakan Leveraging Innovation Towards Green Technology and Resilient Pavement telah diadakan dari 7 hingga 9 Mac 2023 di Connexion Conference & Event Centre, Bangsar, Kuala Lumpur. KLIPS 2023 adalah program seminar hasil kolaborasi agensi di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) iaitu Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan kerjasama World Road Association (PIARC), Road Engineering Association Malaysia (REAM) dan Road Engineering Association of Asia & Australasia (REAAA). Mantan Pengarah CSFJ, YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja KLIPS 2023 dengan penglibatan pegawai CSFJ sebagai ahli jawatankuasa. Bahagian Kejuruteraan Pemulihan Jalan telah dilantik untuk mengetuai sekretariat KLIPS 2023. KLIPS 2023 yang diadakan buat julung kalinya ini adalah merupakan platform perkongsian secara profesional untuk membentangkan penyelidikan terkini dan pengenalan kepada teknologi baharu khususnya penggunaan bahan turapan yang lebih hijau dan berdaya tahan. Sebanyak 17 kertas pembentangan dari dalam dan luar negara turut dibentangkan. Di samping itu juga, sebanyak 22 pempamer yang terdiri daripada usahawan industri jalan raya termasuk syarikat antarabangsa. Seminar ini dihadiri oleh 421 orang peserta daripada pelbagai sektor industri berkaitan jalan raya termasuk kerajaan, syarikat konsesi, syarikat lebuh raya, pihak berkuasa tempatan, perunding, kontraktor, pembekal asfalt, jurutera, ahli akademik serta pelajar. KLIPS 2023 telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, dengan kehadiran YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia. Sempena KLIPS 2023, Guidelines on Cold Mix Standard for Permanent Pothole Patching turut dilancarkan. KUALA LUMPUR INTERNATIONAL PAVEMENT SEMINAR, KLIPS 2023 03 | BULETIN CSFJ Seminar ini turut menampilkan 18 orang penceramah dari pelbagai negara termasuk pakar tempatan, dimana pembentangan teknikal ini dibahagikan kepada lima sesi seperti berikut: Sesi Teknikal 1: Recycling Technology Recycling Opportunities for Granular Pavements in New and Rehabilitated Pavements oleh Dr. Didier Bodin (Australia) 1. Performance of Pavements with Cold in Place Recycled Layer oleh Zsolt Boros (Slovakia) 2. Summary of Case Studies in the US for Using Higher RAP Percentages oleh Gina Ahlstrom (United States of America) 3. Recycling RAP in Concrete Roads oleh Thierry Sedran (France) 4. Sesi Teknikal 2: Recycling Practices Hot in Place Recycling Patching Technology in Taipei City oleh Jia-Ruey Chang (Taiwan) 1. Study on the Effects of Repeatedly Recycling for Asphalt Pavement in Japan oleh Dr. Atsushi Kawakami (Japan) 2. Use of Steel Slag Aggregates and Crumb Rubber Modified Bitumen in Asphalt Mixes oleh Than Than Nyunt (Singapore) & Leong Ying Fong (Singapore) 3. Field Performance Evaluation of Glass Fiber Grid Reinforced Asphalt Pavements oleh Dr. Abhijith B.S. (India) 4.
Sesi Teknikal 3: Pavement Resilience: Issues & Challenge Managing the Impact of Overladen Heavy Vehicles to pavement Service Life Using High Speed Weigh-In-Motion (WIM) Monitoring System on PLUS Expressways oleh by Khairul Anuar Ahmad Affandi (Malaysia) 1. Flooded Pavements in Iowa oleh Gina Ahlstrom (United States of America) 2. A Hybrid Design Concept for Pavement Resilience of National Highway No. 117: Nakornsawan – Nongtao, Thailand oleh Auckpath Sawangsuriya (Thailand) 3. Sesi Teknikal 4: Sustainability and Resilience Pavement Technology Homogenisation Layer – A Green, Innovative, Sustainable and Resilient Answer for Reconstruction of Old Cement – Concrete Roads oleh Zsolt Boros (Slovakia) 1. Simulation and Comparison of Long-Term Ageing In-Situ and Laboratory of Paving Grade and Polymer Modified Bitumen oleh Dr. Sivapatham Pahirangan (Germany) 2. Effectiveness of Asphalt Mixture Designs Using a Newly Developed Automatic Slab Compactor oleh Dr. Hanani Mohamed Radzi (Malaysia) 3. Sesi Teknikal 5: Innovation Pavement Resilience Practices Innovative Procedure for Production of Polymer Modified Asphalt and Related Case Studies oleh Zsolt Boros (Slovakia) 1. Formulating Cold Mix Standard for Pothole Patching Works in Malaysia oleh Ir. Hamzah Hashim (Malaysia) 2. Performance of All-Weather Cold Mix Asphalt Reinforced with Aramid and Polyolefin oleh Muhd Azim Abdul Rahman (Malaysia) 3. Development of Longitudinally Grooved Rough Surface Pavement oleh Dr. Shigeki Takahashi (Japan) 4. 04 | BULETIN CSFJ
Pada hari kedua seminar, majlis penutupan KLIPS 2023 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir bin Wan Sulaiman selaku Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia ketika itu. Sesi cabutan bertuah turut dijalankan dengan beberapa hadiah lumayan seperti televisyen pintar, jam tangan pintar dan baucar barangan kepada semua peserta yang bertuah. Pada hari terakhir KLIPS 2023, sesi lawatan teknikal telah diadakan di tiga (3) lokasi iaitu Lebuhraya SetiawangsaPantai (SPE), Lembaga Lebuhraya Malaysia (MHA) dan IKRAM Paves Sdn. Bhd. (IPSB) dimana ia telah disertai oleh 80 orang peserta. Secara ringkasnya, KLIPS 2023 ini telah direncanakan khusus buat semua penggiat industri pembinaan jalan raya untuk bersama-sama berinteraksi menjana idea seterusnya menyediakan infrastruktur jalan raya yang lestari dan berdaya tahan. 05 | BULETIN CSFJ
KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) Bahagian Kejuruteraan Pemulihan Jalan (BKP Jalan) telah mewakili CSFJ untuk menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2023. Konvesyen ini telah dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) bertempat di Dewan CREaTE, Alor Gajah, Melaka. Bertemakan “Together We Ignite Innovation”, Konvesyen KIK JKR telah disertai oleh 366 orang peserta iaitu merangkumi 45 kumpulan daripada JKR. Objektif penganjuran Konvensyen KIK JKR adalah bertujuan untuk memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga JKR. Konvesyen ini juga diadakan sebagai medium bagi memberikan penghargaan kepada peserta yang berjaya menghasilkan inovasi yang memberi impak kepada rakyat dan negara amya serta jabatan khususnya. CSFJ melalui BKP Jalan telah menghasilkan satu inovasi yang diberi nama Pavement Priority Assessor Database atau lebih dikenali sebagai PPAD. PPAD telah dicipta sebagai alternatif kepada sistem Highway Development and Management Model Four (HDM-4) bagi menganalisis Susunan Keutamaan Kerja Berkala Pavemen. Pelbagai persediaan telah dirangka dan dilaksanakan bagi menjayakan penganjuran konvensyen ini. Satu mesyuarat telah diadakan pada 16 Mei 2023 bagi membincangkan kaedah pelaporan dan menyusun strategi bagi persiapan untuk pembentangan inovasi PPAD. Susulan daripada mesyuarat tersebut juga, satu Bengkel Design Thinking telah diadakan pada 6 Jun 2023 bertempat di Ibu Pejabat JKR Malaysia. Menerusi bengkel tersebut, beberapa penyataan masalah berkaitan Kerja Berkala Pavemen telah dikemukakan dan kemudian dinilai secara terperinci. Hasilnya, Pavement Priority Assessor Database (PPAD) telah dicipta sebagai pemudah cara bagi proses penyusunan keutamaan dan penyimpanan data Anggaran Penyenggaraan Jalan (APJ). Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan idea dalam proses pembangunan PPAD dimana ianya melibatkan proses Empati, Definisi, Ideasi, Prototaip, Uji dan Iterasi. Proses ini telah menjana beberapa cadangan yang dapat menambahbaik pengurusan data Anggaran Penyenggaraan Jalan (APJ) Skop Berkala Pavemen dengan sistematik dan efektif. 06 | BULETIN CSFJ Bagi tujuan menganalisis keberkesanan PPAD, dua prototaip telah dihasilkan iaitu prototaip kasar dan prototaip gabungan fungsi dan visual. Prototaip kasar telah dibangunkan bagi pengujian idea serta mendapatkan maklumbalas daripada pegawai-pegawai yang terlibat dengan penggunaan sistem PPAD. Antara kelebihan penggunaan prototaip ini adalah penilaian keberkesanan sistem ini dapat diuji dengan menggunakan prototaip yang hanya mengambil masa yang singkat untuk disiapkan dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Manakala, prototaip fungsi dan visual pula dibangunkan melalui maklumbalas daripada prototaip kasar. Sistem pemarkahan dan pengiraan skor merupakan elemen utama dalam pembangunan prototaip fungsi dan visual ini.
Antara kebaikan sistem PPAD ini adalah senarai keutamaan lokasi penyenggaraan dapat disusun berdasarkan kriteria-kriteria penting yang terlibat dalam penilaian kerosakan jalan. Antara kriteria yang terlibat adalah tahap kerosakan pavemen, isipadu trafik, hierarki jalan dan keselamatan. Sistem ini juga berfungsi sebagai decision making tools yang dapat membantu pihak JKR Daerah, JKR Negeri, CSFJ dan KKR dalam memuktamadkan senarai lokasi pembaikan berkala pavemen. Pada 25 Julai 2023, sesi pembentangan penilaian inovasi telah diadakan di CREaTE dan pembentangan tersebut telah dinilai oleh panel juri daripada JKR dan agensi luar. Dalam sesi pembentangan tersebut, CSFJ yang diwakili oleh Kumpulan Pavelliance telah menekankan tentang kemampuan sistem ini dalam membantu menyediakan Senarai Keutamaan bagi Kerja – Kerja Berkala Pavemen. Penyediaan senarai keutamaan ini adalah amat penting dalam memastikan kesemua senarai kerosakan disusun berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Disamping itu, Pavelliance juga telah menekankan tentang isu data discrepancy iaitu perbezaan data bagi kerosakan yang sama dapat dielakkan dengan wujudnya sistem ini. Keberhasilan data dari PPAD dapat memberikan impak yang besar dalam penyusunan keutamaan lokasi kerosakan dengan lebih sistematik, disamping penentuan kaedah rawatan yang lebih tepat dan pengesahan anggaran kos pembaikan yang bakal dilaksanakan. Majlis perasmian dan penyampaian hadiah pemenang Konvensyen KIK JKR Malaysia Tahun 2023 telah diadakan pada 30 Ogos 2023 bertempat di Dewan CREaTE, Alor Gajah, Melaka. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya dan dihadiri oleh semua peserta yang terlibat dengan Konvensyen KIK bagi Tahun 2023. Pada majlis tersebut, kumpulan Pavelliance telah dinobatkan sebagai pemenang untuk Pertandingan Video Boomerang Terbaik bagi Kategori Pengurusan. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBhg. Dato’ Ir. Haji. Badioezaman bin Ab. Khalik. 07 | BULETIN CSFJ
KURSUS DAN LATIHAN Cawangan Senggara Fasiliti Jalan telah melaksanakan beberapa kursus dan latihan sepanjang Januari 2023 sehingga Disember 2023 bagi meningkatkan kompetensi dan prestasi pegawai di Cawangan ini. Pelaksanaan latihan yang dijalankan adalah berdasarkan Pelan Operasi Latihan Tahun 2023. Secara ringkasnya kursus dan latihan yang telah diadakan kepada semua warga CSFJ adalah seperti berikut: KNOWLEDGE SHARING 2 Februari 2023, Program Knowledge Sharing atau perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Encik Razman bin Hashim, Pengurus Feri JKR Pengkalan Kubor, Kelantan dengan tajuk Pengurusan Feri. Program ini merupakan rutin bulanan yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Korporat & Startegik. Program ini bermatlamat meningkatkan kualiti perkongsian ilmu antara warga CSFJ melalui penyebarluasan pengetahuan kemahiran dan pengalaman sedia ada dalam sebuah organisasi. Program ini telah dilaksanakan secara atas talian dengan kehadiran seramai 57 orang peserta dari Cawangan dan JKR Feri. Sesi perkongsian ilmu yang menjadi rutin bulanan ini diharapkan dapat memantapkan pengetahuan dikalangan warga disamping memupuk hubungan yang mesra diantara staf. KURSUS PENGURUSAN KESELAMATAN DOKUMEN RAHSIA RASMI KERAJAAN CSFJ telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Keselamatan Dokumen Rahsia Rasmi Kerajaan dengan jayanya pada 7 hingga 8 Jun 2023 bertempat di Bilik Latihan Giat Bestari, Ibu Pejabat JKR Malaysia dan melibatkan 31 orang warga kerja CSFJ yang terdiri daripada pelbagai skim, bahagian dan gred telah menghadirinya. Umumnya, kursus ini adalah untuk memberi pengenalan dan pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan rahsia rasmi sama ada dari segi akta, prosedur dan situasi-situasi kes kerajaan yang perlu diketahui oleh warga CSFJ. Metodologi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan: Objektif Kursus ini adalah seperti berikut: Mendedahkan peserta kepada peraturan dalam Pengurusan Rahsia Kerajaan dan kawalan keselamatan Memberi kefahaman tentang peraturan dan prosedur dalam menguruskan Rekod-rekod Kerajaan, Keselamatan Fizikal dan Peribadi Menjelaskan kepada peserta mengenai keperluan dan kepentingan Pengurusan Rahsia Rasmi dan Keselamatan dalam perkhidmatan awam. Penceramah jemputan dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Wilayah, Persekutuan Kuala Lumpur. 08 | BULETIN CSFJ Kuiz Latih Amal 1 Kuliah 2 3 PENGURUSAN FERI
BENGKEL DESIGN THINKING Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik telah menganjurkan Bengkel Design Thinking bertempat di Bilik Latihan Giat Bestari, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 6 Jun 2023. Peserta bengkel difokuskan kepada 3 bahagian yang terlibat dengan Konvensyen Inovasi dan Kreatif (KIK) iaitu Bahagian Kejuruteraan Pemulihan Jalan, Bahagian Kejuruteraan Pemulihan Jambatan dan Bahagian Kejuruteraan Geoinformatik. Ceramah dan bimbingan telah diberikan oleh Dr. Azwan Ezzany bin Azmi, Ketua Bahagian Pemulihan Jambatan, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan. Beliau merupakan seorang Moderator Design Thinking yang di iktiraf oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia. KURSUS CHANGE MANAGEMENT CSFJ telah menganjurkan kursus dalaman bertajuk CHANGE MANAGEMENT untuk Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional Gred 41 hingga 54 yang berlangsung selama 3 hari bermula 14 hingga 16 Mac 2023. Kursus ini dianjurkan dengan kerjasama dan tenaga pengajar daripada Pusat Pengajian Pengurusan dan Kepimpinan, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara. Secara umumnya kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Profesional berhubung aspek pengurusan perubahan. Metodologi pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan dalam kursus ini berbentuk kuliah dan latih amal manakala penilaian yang dijalankan seperti penilaian tugasan, kuiz, pembentangan dan pemerhatian dalam kumpulan dimana pembelajaran berasaskan masalah (problem base learning). Diharapkan semua peserta yang hadir dapat menambah ilmu dan pengetahuan disamping lebih cakna dengan isu-isu yang sentiasa berkait rapat dengan hal pembangunan organisasi. 09 | BULETIN CSFJ
MESYUARAT WARGA CSFJ Kekerapan Mesyuarat Warga CSFJ diadakan 3 kali setahun sepertimana yang telah dirancang. 1 Mac 2023 - Mesyuarat Warga Cawangan Senggara Fasiliti Jalan Bil. 1/2023 telah diadakan bertempat di Bilik Latihan Giat Bestari, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ir. Anuar bin Ngah selaku Pengarah Cawangan dengan kehadiran warga CSFJ seramai 112 orang. 25 Mei 2023 - Bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid telah diadakan Mesyuarat Warga Cawangan Senggara Fasiliti Jalan Bil. 2/2023. Mesyuarat dimulakan seawal 9.00 pagi dan berakhir pada 4.30 petang yang dipengerusikan oleh Ir. Muhammad Harridzan bin Abdullah selaku Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan dengan kehadiran seramai 131 orang. 09 November 2023 - Bertempat di Mezzanine Kiri, Aras M, Blok G, KKR yang dipengerusikan oleh YBg. Ir. Haji Mohd Nasir bin Bontat, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan dengan kehadirab seramai 119 orang 10 | BULETIN CSFJ
MESYUARAT PENYELARASAN CAWANGAN SENGGARA FASILITI JALAN (CSFJ), JURUTERA AWAM PENGUASA JALAN (JAPJ) & SYARIKAT KONSESI PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN Unit Pengurusan Projek (PMO), BPKS akan mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ), Jurutera Awam Penguasa Jalan (JAPJ) & Syarikat Konsesi Penyenggaraan Jalan Persekutuan pada setiap sukuan. Mesyuarat ini merupakan platform bagi membincangkan hal-hal berkaitan status peruntukan, prestasi perbelanjaan, status perlaksanaan dan prestasi kerja-kerja ditapak serta mengenalpasti tindakan dan strategi penambahbaikan ke atas pelaksanaan kerja sedia ada. Selain itu, semasa Mesyuarat ini juga, disertakan slot bagi pembentangan dan sesi perkongsian berkaitan dengan teknologi baharu dalam bidang kejuruteraan penyenggaraan jalan. Mesyuarat ini juga merupakan platform penting bagi pemakluman terhadap arahan berkaitan yang melibatkan perlaksanaan kerja di bawah penyenggaraan jalan dan teknologi terkini kepada CSFJ, JAPJ Negeri dan Syarikat Konsesi. Seterusnya, Mesyuarat Penyelarasan Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ), Jurutera Awam Penguasa Jalan (JAPJ) & Syarikat Konsesi Penyenggaraan Jalan Persekutuan Bilangan 1 Tahun 2023 telah diadakan pada 10 Mei 2023 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Nilam 1, Blok G yang telah dipengerusikan oleh Ir. Muhammad Harridzan Bin Abdullah. Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 40 orang ahli yang merangkumi Jurutera Awam Penguasa Bahagian Jalan setiap negeri semenanjung Malaysia, wakil Konsesi, Ketua-Ketua Bahagian CSFJ dan unit PMO. Mesyuarat dimulakan dengan Pengerusi menekankan kompetensi dan pemahaman semua pihak terhadap kontrak Federal Road Maintenance (FRM) dan Standard Operation Procedure (SOP) perlu dipertingkatkan bagi memastikan kualiti kerja mencapai tahap yang baik. Disamping itu turut diselitkan 2 pembentangan iaitu Projek Rintis Peta Digital Asset Fasiliti Jalan Pulau Langkawi Dan Perancangan Pendigitalan CSFJ Menggunakan Platform GIS oleh Bahagian Kejuruteraan Geoinformatik (BKG) dan Slot Perkongsian Teknologi baharu dari Alpha Pinnacle Sdn. Bhd. 11 | BULETIN CSFJ
PRESTASI KEWANGAN DAN FIZIKAL BAGI KERJA PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN TAHUN 2023 Antara tugasan utama Unit Pengurusan Projek (PMO), BPKS adalah menyediakan, menyenggara dan mengemaskini laporan kewangan bagi KerjaKerja Penyenggaraan Jalan Persekutuan bagi Semenanjung Malaysia. 12 | BULETIN CSFJ Pecahan kepada peruntukan yang telah diterima adalah seperti berikut: Untuk tahun 2023, CSFJ telah menerima peruntukan sebanyak RM1,339,850,702.35. Sehingga 15 Disember 2023 sebanyak RM1,339,842,047.35 telah dibelanjankan iaitu bersamaan dengan 99.999%. Sepanjang tahun 2023, sebanyak 1781 buah kerja telah siap dilaksanakan melibatkan 1242 buah kerja dilakukan secara Arahan Kerja (Kerja yang dilaksanakan oleh Konsesi) dan 539 buah kerja dilakukan secara Secara Jabatan.
BPKS telah mengadakan Mesyuarat Bahagian Pengurusan Korporat & Strategik Bil. 1/2023 bertempat di Bilik Gerakan Tan Sri Mahfuz, JKR Negeri Perak pada 14 Januari 2023. Mesyuarat dipengerusi oleh YBhg. Ir. Haji Nik Soh bin Yaacoub, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Korporat & Strategik dihadiri oleh ketua-ketua unit dan kakitangan BPKS. Mesyuarat ini dilaksanakan untuk membincangkan isu pengurusan pentadbiran, kewangan, PMO, pengurusan aduan, pengurusan latihan dan kompetensi, pengurusan bencana dan keselamatan serta hal berbangkit. MESYUARAT BAHAGIAN PENGURUSAN KORPORAT DAN STRATEGIK BIL. 1/2023 13 | BULETIN CSFJ
BARU Kerja ubah suai dan naiktaraf Bilik Gerakan Bencana telah siap sepenuhnya pada 30 Oktober 2023 dengan tempoh siap kerja selama 12 minggu bertujuan untuk mewujudkan Bilik Gerakan Interaktif yang dapat membantu mengumpul dan menyebarkan maklumat bencana dengan lebih efisen Ubah suai 14 | BULETIN CSFJ
MESYUARAT PEMANTAUAN PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN BAGI ZON TENGAH-TIMUR CSFJ/JAPJ/KONSESI BIL.1 2023 Pada 17 Mei 2023, Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Zon Tengah-Timur telah mengadakan Mesyuarat Pemantauan Penyenggaraan Jalan Persekutuan Bil.1/2023 bertempat di Kuala Terengganu Drawbridge (Elysium Skybridge Level 3), Terengganu. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Jurutera Awam Penguasa Kanan Zon Tengah Timur dan dihadiri oleh Jurutera Awam Penguasa Bahagian Kejuruteraan Pemulihan Jambatan, Jurutera Awam Penguasa Jalan JKR Negeri, Wakil pihak Konsesi daripada Ibu pejabat dan negeri serta kakitangan daripada Bahagian Zon TengahTimur. Sesi mesyuarat yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk : Pembentangan Laporan Fizikal dan Kewangan bagi kelulusan kerja Berkala Pavemen (BP), kerja Berkala Bukan Pavemen (BBP), Jambatan Banjir, Fasa 1 dan 2. 1. Perbincangan berkaitan perkara-perkara berbangkit di peringkat Negeri dan Daerah. 2. Pembentangan Laporan Piagam Pelanggan dan Laporan Pencapaian Zero Potholes daripada pihak Konsesi. 3. 15 | BULETIN CSFJ
LAWATAN TEKNIKAL KE KILANG K2 BITUMEN SDN BHD (CRMB) DAN KILANG PEMBUATAN PAPAN TANDA KEMAKMURAN TEKNOLOGI SDN BHD DI IPOH, PERAK Pada 23 sehingga 24 Ogos 2023 Bahagian Senggara Fasilti Jalan Zon Tengah Timur telah menghadiri lawatan teknikal ke Kilang Crumb Rubber Modified Bitumen (CRMB) dan Kilang Papan Tanda Kemakmuran Teknologi Sdn Bhd. Lokasi lawatan ini bertempat di Lot 332577 (Plot 3), Tungzen Industrial Park, Kg Kepayang, Ipoh, Perak & 10, Persiaran Industrial Bercham, Kawasan Perindustrian Ringan Bercham, Ipoh, Perak. Antara tujuan program lawatan teknikal ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada kakitangan daripada BSFJ Tengah Timur, JKR Negeri Terengganu serta pihak konsesi tentang bagaimana pelaksanaan pemasangan papan tanda dibuat daripada proses reka bentuk, pemasangan serta penghantaran papan tanda ke tapak. Selain itu, lawatan ke kilang CRMB pula memberi pendedahan kepada semua peserta bagaimana proses pembuatan bancuhan CRMB di kilang pemprosesan sebelum kerja-kerja agihan dilaksanakan ke kuari bagi penyediaan bancuhan untuk kerja-kerja hamparan premix di tapak. Sesi Lawatan Teknikal Ke Kilang Pembuatan Papan Tanda Kemakmuran Teknologi Sdn. Bhd. Program Lawatan Teknikal dimulakan dengan sesi Penerangan berkaitan dengan pengenalan kepada industri yang berkaitan dengan pembinaan dan pemasangan papan tanda oleh syarikat Kemakmuran Teknologi Sdn. Bhd. Setelah itu semua peserta dibawa untuk sesi lawatan tapak dimulai dengan lawatan ke bahagian rekabentuk untuk melihat bagaimana reka bentuk sesuatu papan tanda dibuat. Bahagian ini akan menentukan saiz tulisan yang akan digunakan serta warna latar belakang papan tanda bergantung kepada saiz papan tanda dan jenis papan tanda yang akan dipasang di tapak. Seterusnya kerja-kerja pemotongan tulisan akan dilaksanakan menggunakan peralatan yang telah ditetapkan sebelum kerja pemotongan papan tanda serta penampalan reflective sheet dilakukan. Tempoh masa penghasilan sebuah papan tanda akan mengambil masa lebih kurang satu bulan bergantung pada saiz dan rekabentuk yang ditetapkan. Sesi Lawatan Teknikal Ke Kilang Crumb Rubber Modified Bitumen (CRMB) Pada hari kedua lawatan, peserta dibawa melawat kilang CRMB bagi melihat proses penghasilan Crumb Rubber Modified Bitumen. Penghasilan CRMB menggunakan bahan getah tayar yang dikitar semula daripada tayar-tayar terpakai yang mana sumber bahan mentah ini diambil daripada bahan dalam negara. Penggunaan tayar terpakai sebagai bahan utama dalam penghasilan CRMA merupakan satu inisiatif untuk menjamin kelestarian alam dengan menggunakan bahan kitar semula. Penggunaan tayar terpakai ini hanya melibatkan tayar daripada kenderaan komersial iaitu lori dan juga bas kerana kandungan getah yang tinggi berbanding tayar kereta yang mempunyai peratus(%) bahan sintetik yang banyak. 16 | BULETIN CSFJ
Pada 24 Ogos 2023, telah berlangsungnya program pelancaran Kempen MYJalan dan Setia Bakti Jalan Raya Timur Barat (FT4) yang bertempat di Hentian Tasik Banding. Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Zon Utara telah terlibat secara langsung sebagai Jawatankuasa Logistik. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia bersama-sama Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya. Pelancaran Kempen MYJalan adalah bertujuan untuk memperkenalkan Aplikasi MyJalan yang merupakan aplikasi untuk menyalurkan semua aduan berkaitan jalan raya seperti jalan rosak, jalan berlubang dan mengamalkan konsep No Wrong Door Policy. Program Setia Bakti Jalan Raya Timur Barat pula adalah program bersempena dengan bulan kemerdekaan, dimana Kementerian Kerja Raya dan JKR Malaysia melaksanakan program khas bagi mengenang jasa bakti pekerja – pekerja JKR yang telah terlibat dalam proses pembinaan JRTB sekitar tahun 1970 sehinggakan ada antara mereka yang menjadi korban serangan pengganas komunis. Program ini bertujuan untuk menanamkan perasaan cinta dan sayang pada tinggalan khazanah negara serta memupuk rasa tanggungjawab dalam menjaga aset negara. PELANCARAN KEMPEN MYJALAN DAN PROGRAM SETIA BAKTI JALAN RAYA TIMUR BARAT (JRTB) Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan iaitu seperti sesi melekatkan sticker Kempen MYJalan pada kenderaan Elektrik JKR yang telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Terdapat juga ruang pameran yang memaparkan sejarah dan latar belakang JRTB serta sesi berkenalan dengan bekas pekerja-pekerja JKR dan waris sebagai tanda menghargai jasa bakti mereka. Selain itu, video dan montaj berkenaan sejarah pembinaan JRTB turut ditayangkan semasa majlis . 17 | BULETIN CSFJ
RO1 : Menampal pothole Memastikan tampalan sementara pada potholes dengan menggunakan kaedah seperti cold mix dilaksanakan dalam tempoh 24 jam, manakala tampalan kekal pula dilaksanakan dalam tempoh 3 hari. RO2 : Meratakan Bahu Jalan Penyelenggaraan bahu jalan perlu dilaksanakan supaya permukaan bahu jalan berkeadaan rata, meminimum bahan terlerai, kekuatan tampalan menampung beban trafik cukup, dan kecuraman yang cukup bagi mengalirkan air ke longkang tepi jalan. RO3 : Memotong Rumput Penyelenggaraan kawasan berumput atau hijau merangkumi aktiviti memotong, membersih dan membuang sisa rumput yang dipotong, semak samun serta sampah, batu dan bahan lain yang boleh membahayakan pengguna jalan raya. AUDIT KERJA PENYENGGARAAN RUTIN JALAN PERSEKUTUAN DI NEGERI-NEGERI ZON UTARA Program Audit Kerja Penyenggaran Rutin adalah aktiviti yang wajib dilaksanakan pada setiap tahun oleh semua Bahagian Senggara Fasiliti Jalan mengikut zon masing – masing. Objektif utama audit ini dilaksanakan adalah untuk menilai sejauh mana aktiviti kerja yang dijalankan di tapak mematuhi prosedur kerja yang telah ditetapkan berdasar Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) JKR, SOP Senggara Jalan dan Kontrak Perjanjian Konsesi Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia. Pada tahun ini, setiap zon perlu melaksanakan program audit sekurang – kurangnya sebanyak 20% daripada panjang kesuluruhan jalan Persekutuan yang diselenggara pada tahun 2023. Audit ini juga adalah untuk memastikan kerja-kerja rutin dilaksanakan mengikut program tahunan dan bulanan yang telah disediakan oleh Syarikat konsesi dan dipersetujui oleh JKR Negeri dan JKR Daerah. Melalui audit ini, pematuhan kepada spesifikasi dalam setiap skop kerja rutin penyenggaraan jalan Persekutuan yang telah termaktub di dalam dokumen perjanjian konsesi akan disemak secara langsung ditapak. Berikut merupakan skop kerja penyenggaraan rutin yang dijalankan mengikut kitaran yang telah ditetapkan: RO4 : Mencuci Perabot Jalan Penghadang jalan termasuk delineator, papan tanda termasuk tiang, delineator post, kilometer post, penghadang konkrit dan lensa lampu isyarat dicuci dengan kekerapan 4 kali setahun bagi jalan protokol, 2 kali setahun bagi jalan primary dan sekunder. RO5 : Menyengenggara Jambatan dan Pembetung Pembersihan benda asing seperti sampah, kayu dan tumbuhan di kawasan dek jambatan, laluan air, scupper drains, water down pipes, weepholes dan culvert openings diselenggara dengan menggunakan tangan atau peralatan kecil. Pembersihan yang memerlukan jentera besar, bayaran hendaklah dibuat mengikut Schedule of Daywork for Labour and Plant and Machineries. RO7 : Mencuci Longkang Pembersihan longkang dan sump meliputi memungut, mengangkut dan membuang sampah, mendakan, kelodak, batu, tumbuhan, ranting, dahan, daun dan apa juga bahan yang boleh menghalang pengaliran air. Sepanjang audit dilaksanakan, pelbagai penemuan ketidakpatuhan telah ditemui. Berikut merupakan maklumat penemuan Audit Kerja Penyenggaraan Rutin Jalan Persekutuan Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Zon Utara: 18 | BULETIN CSFJ
MESYUARAT PENYELARASAN ZON SELATAN BIL.1/2023 CAWANGAN SENGGARA FASILITI JALAN (CSFJ) BERSAMA JURUTERA AWAM PENGUASA JALAN (JAPJ), JURUTERA DAERAH & SELIA SENGGARA SELATAN SDN. BHD (SSSSB) Pada 22 – 23 Jun 2023, Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Zon Selatan telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Zon Selatan Bil.1/2023 Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) Bersama Jurutera Awam Penguasa Jalan (JAPJ), Jurutera Daerah & Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd. (SSSSB) bertempat di Dewan Hj. Md Said, JKR Johor Bahru. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Jurutera Awam Penguasa Kanan Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Zon Selatan yang turut dihadiri oleh Jurutera Awam Penguasa Jalan JKR Negeri, Jurutera Daerah dan wakil pihak Konsesi daripada Ibu pejabat dan Negeri serta kakitangan daripada Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Zon Selatan. Sesi mesyuarat yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk : Pembentangan Laporan Prestasi Fizikal dan Kewangan kerja – kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan oleh JKR Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. 1. Pembentangan Prestasi Fizikal dan kerja – kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan oleh Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd. 2. Perbincangan isu – isu berkaitan Federal Road Maintenance (FRM) dan Performance Based Contract (PBC). 3. Pembentangan Sistem Pengurusan Fasiliti Bersepadu (MyInfra) oleh wakil Bahagian Pengurusan Aset Fasiliti, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan. 4. 19 | BULETIN CSFJ
Pada 12 – 14 September 2023, Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Zon Selatan telah menjalankan Program Auditan Penyenggaraan Rutin di Jalan – Jalan Persekutuan Daerah Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan bagi tahun 2023. Program Auditan Penyenggaraan Rutin ini adalah salah satu KPI Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Zon Selatan. Auditan yang berlangsung selama dua hari ini diketuai oleh Jurutera Awam Kanan Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Zon Selatan dan turut dihadiri oleh JKR Seremban dan Port Dickson serta wakil konsesi sebagai auditee program ini. Program Auditan Penyenggaraan Rutin Jalan Persekutuan ini adalah bertujuan untuk: - Memastikan kerja penyenggaraan rutin dijalankan mengikut kontrak dan program tahunan yang telah diluluskan serta yang telah dipersetujui oleh Syarikat Konsesi. 1. Memeriksa, mengenalpasti dan mencatat segala kerosakan yang terdapat pada permukaan jalan, bahu jalan, longkang, perabot jalan dan struktur-struktur yang terdapat di sepanjang jalan. 2. PROGRAM AUDITAN PENYENGGARAAN RUTIN JALAN PERSEKUTUAN NEGERI SEMBILAN TAHUN 2023 20 | BULETIN CSFJ
PEMBANGUNANPENGURUSANBERASASKAN RISIKOUNTUKBRIDGEMANAGEMENT SYSTEM(BMS) OLEH:BAHAGIANKEJURUTERAANPEMULIHANJAMBATAN Pendahuluan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) merupakan pengurus aset jambatan, jejambat, jejantas dan pembetung di Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia. Pada masa kini, terdapat kirakira 12,068 jambatan di jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Dengan keperluan pengangkutan semasa yang semakin meningkat, terdapat jambatan yang mulai menghadapi masalah struktur dan ketahanan. Untuk memastikan keselamatan dan kebolehkhidmatan aset jambatan ini, kerja pembaikan, pemuliharaan dan penggantian perlu dilaksanakandari semasake semasa. Masalah dan Cabaran bagi Pengurusan Jambatan di Malaysia Kajian Beban Gandar Kebangsaan Fasa I & Il (1986-1990) telah mengenal pasti bahawa daripada 2,386 jambatan persekutuan yang diperiksa di Semenanjung Malaysia, sekurang-kurangnya 500 jambatan dikategorikan sebagai kurang kapasiti (under capacity), dalam keadaan berbahaya atau tidak memuaskan. Ini membawa maksud satu daripada setiap lima jambatan dalam rangkaian laluan Persekutuanmemerlukan tindakanpenambahbaikan. Dengan kuantiti jambatan yang begitu besar, perhatian segera dan dana penyelenggaraan yang terhad; ditambah pula dengan maklumat yang terhad sesuatu jambatan, perancangan untuk menyelesaikan masalah jambatan kekal sebagai masalah pengurusan dan bukannya masalah teknikal. Ia memerlukan pendekatan yang lebih sistematik untuk menggantikan pendekatan ad hoc sediaada. Walau bagaimanapun, terdapat banyak isu berkaitan dengan sistem pengurusan pangkalan data jambatan sedia ada. Punca utama masalah pemerolehan dan percanggahan data jambatan adalah proses penyerahan data tidak dibuat selepas projek siap. Terdapat juga situasi apabila pemeriksaan tahunan dan penyerahan laporan Pemeriksaan Mandatori Tahunan Jambatan (PMTJ) tidak dibuat oleh JKR Daerah. Selain itu terjadi kesilapan dalam pengisian data maklumat jambatan dalam borang pemeriksaan kerosakan jambatan. Selain itu pemeriksa jambatan juga tidak mengumpul keseluruhan laporan data jambatan bagi setiap lokasi. Oleh itu, adalah penting untuk mengaplikasikan teknologi pengkomputeran untuk pembangunan sistem pengurusan pangkalan datajambatan secaraatas talian. Sistem prototaip kini telah dibangunkan menggunakan sistem pengurusan data. Ia dibangunkan secara dalaman oleh Cawangan Penyelenggaraan Fasiliti Jalan (CSFJ) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat,JKR.Sistemtersebuttelahdinamakan JKR BridgeManagementSystematau JKR-BMS. 21 | BULETIN CSFJ
Rajah 1 : Jenis-jenis pemeriksaan jambatan Pemeriksaan Jambatan dan Pengumpulan Data Aplikasi Berasaskan Risiko dalam Pengurusan Jambatan Elemen pertama aplikasi berasaskan risiko dalam penyelenggaraan jambatan diaplikasikan semasa pemeriksaan jambatan. JKR telah memulakan program Pemeriksaan Jambatan Mandatori Tahunan (PMTJ) sejak tahun 1995. Objektif utama program pemeriksaan ini adalah untuk mengumpul maklumat terkini keadaan jambatan dan menentukan keutamaan program penyelenggaraan jambatan. Maklumat yang telah dikumpul semasa pemeriksaan akan dipindahkan ke dalam sistem pengurusan jambatan. Pemeriksaan jambatan dikategorikan kepada empat jenis pemeriksaan jambatan yang berbeza berdasarkan tujuan, tanggungjawab dan kedalaman maklumat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Ia telah diklasifikasikan berdasarkan kategori ini untuk membantu dari segi saringan keadaan jambatanmengikuttahapkecacatan yangberbeza. Klafisikasi Keadaaan Jambatan Bagi menentukan keutamaan risiko, keadaan jambatan dikategorikan berdasarkan penarafan (rating) jambatan. Penarafan jambatan merupakan tahap pengukuran saintifik untuk menilai keadaan setiap komponen jambatan dalam bentuk skala pengelasan berdasarkan jenis kecacatan yang telah dikenalpasti. Ia bagi memastikan tahap kecacatan adalah dinilai berdasarkan komponendan untukmemastikanpenilaian jambatan yangdijalankan olehmana-manapemeriksaadalah konsistendanadil. Tahap kecacatan digunakan untuk menyediakan skop kerja pembaikan mengikut keutamaan tahap kecacatan dan peruntukan bajet. Ia juga mengurangkan kos pembaikan besar apabila kecacatan masih kecil dengan melakukan penyelenggaraan bagi pencegahan. Tahap penarafan setiap komponen berdasarkan rating 1 (paling baik) kepada rating 5 (paling teruk) akan membantu menilairisikobagi setiapkomponen jambatan. Sistem Pengurusan Jambatan Penggunaan BMS oleh JKR bermula pada tahun 1997 sebagai alat untukmenyimpan rekod data dan keadaan asetjambatandiJalan Persekutuan. Sistem Pengurusan Jambatan JKR (JKR-BMS) dalam talian adalah usaha berterusan JKR dalam mempertingkatkan keberkesanan pemantauan dan pengurusan aset jambatan di Laluan Persekutuan di Semenanjung Malaysia. Sistem yang mudah alih, lebih tepat dan mudah diakses dibangunkan untuk mengurangkan masalah organisasi data dan penyimpanan data daripada pemeriksaan jambatan untuk menambah baik organisasi data penyelenggaraan jambatan. JKR-BMS dalam talian telah dibangunkan pada tahun 2020 sebagai salah satu projek inisiatif kerjasama antara Bahagian Kejuruteraan Pemulihan Jambatan JKR Cawangan Penyelenggaraan Fasiliti Jalan dan Bahagian Teknologi Maklumat JKR Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat. Pelaksanaan inisiatif pembangunan sistem dalam talian adalah bertujuan untuk memastikan semua maklumat data inventori jambatan dapat dikumpulkan dalam bentuk sistem pangkalan data yang menggunakan teknologi terkini bagi memudahkan penyimpanan data secara menyeluruh dan memudahkan pengemaskinian data dari semasa ke semasa. Keadaan lokasi jambatan, rating jambatan dan atribut bagi setiap komponen jambatan juga direkodkan dalam sistem sebagai panduan dalam menentukan tahap keselamatan, ketahanan struktur jambatan dan tahap risiko yang berkaitandengan keadaan jambatan yangdilaporkan. 22 | BULETIN CSFJ
Tahap kecacatan digunakan untuk menyediakan skop kerja pembaikan mengikut keutamaan tahap kecacatan dan peruntukan bajet. Ia juga mengurangkan kos pembaikan besar apabila kecacatan masih kecil dengan melakukan penyelenggaraan bagi pencegahan. Tahap penarafan setiap komponen berdasarkan rating 1 (paling baik) kepada rating 5 (paling teruk) akan membantu menilairisikobagi setiapkomponen jambatan. Pengurusan berasaskan risiko dalam penyelenggaraan jambatan perlu dibangunkan dan digunakan secara praktikal dalam JKRBMS untuk mendapatkan senarai keutamaan jambatan untuk pembaikan mengikut beberapa rutin keutamaan. Modul asas dalam JKR-BMSyangdikaitkandenganaplikasipengurusan risikoadalah sepertiberikut: Output Modul Keutamaan ialah senarai keutamaan jambatan yang memerlukan pembaikan. Senarai akan disediakan dengan skop kerjapembaikan yangdisyorkanbesertaanggaran kos.Modul Keutamaanmenyediakan sokongan keputusandengan: Menentukan rankingkeutamaanprojek jambatanberdasarkanpenilaian TahapRangkaian (Network Level) Memutuskanpilihan kaedahpembaikan terbaikberdasarkanpenilaian TahapProjek (Project Level) Di peringkat Network Level, Model Keutamaan membantu pengurus jambatan untuk memutuskan mana-mana jambatan dalam rangkaian jalanrayauntukdiambiltindakan. Di Peringkat Project Level, ia membantu pengurus jambatan memutuskan tindakan yang perlu diambil untuk setiap projek yang dipilih. Selepas pemeriksaan jambatan secara terperinci, jurutera jambatan hendaklah menyediakan beberapa pilihan pembaikan yang boleh dilaksanakan berdasarkan tahap keterukan kemerosotan serta keadaan tapak. Pilihan pembaikan dengan kos minimum hendaklahdicadangkan. Pembangunan Pengurusan Berasaskan Risiko dalam JKR-BMS Modul Keutamaan (Prioritisation Module) Modul Ekonomi (Economic Module) Modul Keutamaan juga dikaitkan dengan Modul Ekonomi (Economic Module) yang kompleks bagi mengoptimumkan jumlah kos pengangkutan. Jumlah kos pengangkutan yang merangkumi kos agensi menguruskan jalan raya dan kos pengguna jalan raya perlu seimbang bagi memastikan operasi optimum untuk jaringan jalan. Hubungkait antara jumlah kos pengangkutan dengan piawaian pengurusan jambatan ditunjukkan dalamRajah 3. Lain-lain kos yang perlu dinilai dari segi risiko adalah kelewatan masa akibat gangguan lalu lintas, operasi kenderaan yang terjejas disebabkan keadaan jambatan dan kerja-kerja sementara untuk pengalihan dan perlindungan utiliti sediaada. Rajah 3. Piawaian Jalan Raya Optimum 23 | BULETIN CSFJ
Pilihan kaedah rawatan/pembaikan yang akan dijalankan dinilai berdasarkan penilaian risiko daripada tahap kerosakan jambatan. Pilihan rawatan asas yang dipertimbangkan untuk kos asas yang tersedia untuk penambahbaikan atau penyelenggaraan jambatan adalah sepertidibawah: DoNothing(Penyelenggaraan Rutin) Baikpulih Penggantian Prediction Module menyokong Prioritisation Module dengan meramal atau menganggarkan kesan setiap pilihan penambahbaikan dari segi kos dan penambahan jangka hayat perkhidmatan. Selain itu, Prediction Module juga meramalkan keperluan masa hadapan lebih awal untuk tujuan perancangan dan belanjawan yang betul termasuk keperluan untuk pembiayaan khas. Bagi melaksanakan anggaran kos konseptual, kuantiti dan kos unit kerja yang dicadangkan mesti ditentukan terlebih dahulu. Anggaran kuantiti kerja untuk satu atau lebih pilihan pembaikan hendaklah dibuat oleh jurutera jambatan semasa pemeriksaan terperinci. Kos unit standard diwujudkan dalam pangkalan data kos jambatan berdasarkan jadual kadar hargadidalamperjanjian konsesi. Model Kemerosotan (Deterioration Model) untuk pavemen jalan telah wujud. Walau bagaimanapun, (Deterioration Model) untuk komponen jambatan masih belum wujud. Terdapat juga keperluan untuk membangunkan lagi Deterioration Model struktur jambatan dengan masa menggunakan pangkalan data maklumat jambatan. Ia boleh meramalkan risiko kemerosotan jambatan, mengenal pasti keperluan kewangan masa depan berdasarkan baki hayatataupemeriksaan kesihatan jambatan. Modul Ramalan (Prediction Module) Modul Maklumat Jambatan (Bridge Information Module) Modul Maklumat Jambatan adalah teras kepada keseluruhan sistem pengurusan jambatan. Ia menyimpan data jambatan berguna yang diperlukan untuk menyokong Modul Pengutamaan dan Modul Ramalan. Ia juga menyimpan dan memanipulasi data untuk menyediakan maklumat jambatan asas kepada pengguna. Data jambatan itu disimpan dalam tiga format iaitu pangkalan pengkomputeran, Kad Inventori Jambatan (BIC) dan Lukisan As-Built. Modul Maklumat Jambatan ialah pangkalan data dinamik yang meningkatkan ketepatan dari semasa ke semasa. Pangkalan data maklumatjambatanbolehdikategorikan kepada: 1. Inventori jambatan –lokasi, jenis, saiz,dsb 2. Keadaan jambatan - keadaan fizikal,penilaian keadaan 3. Jambatan sejarah - sejarah kerja 4. Kos sejarah –maklumat kos Kesimpulan Cabaran utama mengurus aset ini adalah untuk mengurus belanjawan penyenggaraan yang sangat rendah. Atas kekangan tersebut terdapat keperluan untuk mempunyai sistem yang berperanan mengurus inventori jambatan dan membangunkan alat sokongan keputusan yang sesuai bagi pengurusanasetjambatanberdasarkanpengurusanberasaskan risiko. Terdapat keperluan untuk menambahbaik dan mempertingkatkan system sediaada JKR Bridge Management System (JKR-BMS) untuk mengenal pasti dan membangunkan modul lain termasuk Modul Keutamaan, Modul Ramalan dan Modul Kos dan Belanjawan untuk menyediakan sokongan keputusan bagi pengurusan jambatanmembuat keputusan. Pembangunan pengurusan berasaskan risiko dalam sistem JKR-BMS bertujuan membantu jurutera yang bertanggungjawab dalam penyelenggaraan jambatan dalam mengenal pasti serta menganalisis risiko jambatan dengan menyediakan kaedah dan alat yang mampu melaksanakan pengurusan risiko. Amalan penyelenggaraan dan pengurusan jambatan yang berkesan memerlukan penggunaan model pengurusan aset yang terkini dan sistematik untuk meminimumkan risiko. Dengan strategi pelaksanaan yang betul, kitabolehmemanjangkan jangkahayatasetjambatan. 24 | BULETIN CSFJ
SUMBANGAN CSFJ DALAM PENYELIDIKAN RENTAS SEMPADAN ASEAN DAN JEPUN BERKAITAN PENYENGGARAAN JAMBATAN Penyelidikan rentas sempadan berkaitan penyenggaraan jambatan ini telah diwujudkan atas inisiatif 17th ASEAN-Japan Senior Transport Officer Meeting yang diadakan pada bulan Julai 2019. Objektif utama penyelidikan ini adalah bagi merapatkan jurang penyenggaraan jambatan di sepanjang rangkaian Lebuhraya ASEAN (ASEAN Highway) berdasarkan amalan kejuruteraan terbaik. Mesyuarat pembukaan kumpulan pakar telah diadakan pada 18 Februari 2020 di Bangkok, Thailand diikuti dengan 5 siri mesyuarat secara atas talian yang diadakan antara tahun 2020 hingga 2022. Technical Meeting on Joint Research on Bridge Maintenance for ASEAN Cross-Border Corridors telah diadakan pada 14-15 Februari 2023 di Tokyo, Jepun bagi memuktamadkan penyelidikan rentas sempadan ASEAN dan Jepun berkaitan penyenggaraan jambatan. Rujukan teknikal yang memfokuskan kepada pengurusan jambatan di sepanjang rangkaian Lebuhraya ASEAN boleh dijadikan rujukan utama dalam pelaksanaan penyenggaraan jambatan di Malaysia. Draf akhir rujukan teknikal ini boleh dimuat turun oleh warga JKR di JPedia. Sesi bergambar kumpulan pakar penyenggaraan jambatan ASEAN dan Jepun yang terlibat dalam penyelidikan bersama rentas sempadan. Dr. Azwan yang mewakili Malaysia bagi menghadiri mesyuarat teknikal. Mesyuarat yang mengumpulkan kumpulan pakar penyenggaraan jambatan di kalangan negara anggota ASEAN dan Jepun ini telah dihadiri oleh YBrs. Dr. Azwan Ezzany bin Azmi, Jurutera Awam Penguasa, Bahagian Kejuruteraan Pemulihan Jambatan, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ). Mesyuarat teknikal ini telah memuktamadkan penemuan penyelidikan yang berjaya menghasilkan sebuah dokumen rujukan teknikal bertajuk Technical Reference for Bridge Maintenance in ASEAN CrossBorder Corridors. Rujukan teknikal mengandungi 285 halaman ini dibahagikan kepada 6 bab yang menerangkan tentang isu-isu penyenggaraan serta kaedah pembaikan jambatan berdasarkan pengalaman negara ASEAN dan Jepun. 25 | BULETIN CSFJ
Satu siri lawatan teknikal turut diadakan bersempena mesyuarat teknikal tersebut. Semasa sesi lawatan teknikal, kumpulan pakar telah dibawa melihat kerja-kerja penyenggaraan Rainbow Bridge, kerja-kerja menaiktaraf Metropolitan Expressway Route 1 Haneda Line Renewal Work Site (Higashi-Shinagawa and Samezu) dan kerjakerja menaiktaraf terminal bas Busta Shinjuku. Kumpulan pakar turut dibawa melawat pekan budaya di Asakusa bagi melihat aspek kebudayaan yang masih dipelihara. Penyelidikan bersama ini telah berjaya meningkatkan kerjasama di kalangan kumpulan pakar dan organisasi pengurusan penyenggaraan jambatan bagi memastikan penyenggaraan jambatan yang mapan di seluruh negara ASEAN khususnya di rangkaian Lebuhraya ASEAN yang semakin meningkat penggunaannya. Dr. Azwan bergambar kenangan bersama Rainbow Bridge selepas sesi lawatan teknikal Lawatan teknikal di projek menaiktaraf terminal bas Busta Shinjuku Lawatan teknikal di projek menaiktaraf Metropolitan Expressway Route 1 Haneda Line Renewal Work Site (Higashi-Shinagawa and Samezu) 26 | BULETIN CSFJ CSFJ amat berbangga dengan sumbangan besar yang dimainkan leh warganya dengan berkongsi pengalaman Malaysia kepada pihak lain dalam bidang kejuruteraan infrastruktur dan pengurusan aset. CSFJ berharap agar lebih banyak inisiatif penyelidikan rentas sempadan seperti ini dilaksanakan bagi menyumbang pengetahuan dan pengalaman warganya di samping meningkatkan pendedahan warganya kepada amalan kejuruteraan terkini.
PROGRAM AWARENESS PENGGUNAAN GIS SEBAGAI PLATFORM DIGITALISATION BAGI KERJA PENGURUSAN PENYELENGGARAAN JALAN Unit Geographical Information System (GIS) telah ditubuhkan pada tahun 1993 yang pada mulanya adalah salah satu unit daripada Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat. Pada tahun 2003 GIS telah di tempatkan di Cawangan Jalan dan seterusnya bermula pada tahun 2007 dan sehingga kini GIS adalah di tempatkan di Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) yang dikenali sebagai Bahagian Kejuruteraan Geoinformatik (BKG). Disepanjang 30 tahun usia Bahagian BKG di JKR Malaysia, terdapat beberapa aplikasi yang telah dibangunkan dan beberapa perkhidmatan ditawarkan kepada kakitangan JKR dari aspek penggunaan data-data GIS. Namun begitu liputan berhubung perkhidmatan GIS tidak meluas dalam JKR. Berikutan itu beberapa program dilaksanakan untuk memperkenal dan mempromosikan Sistem Maklumat Geografi (GIS) kepada semua warga JKR Malaysia secara amnya bagi memberi hebahan berkenaan fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh bahagian ini. Antara program yang telah berjaya dilaksanakan pada tahun 2023 adalah: i. Bicara Digital : Menggunakan Platform GIS yang diadakan secara atas talian (online) yang disampaikan oleh Ketua Bahagian BKG. Program ini telah dianjurkan oleh ECKM, Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu (CPAB) pada 17 Februari 2023 (Jumaat) yang dihadiri oleh 485 peserta; ii. Pendigitalan Pengurusan Aset Jalan Persekutuan Menggunakan Platform GIS. Program ini juga dianjurkan oleh Bahagian Perkhidmatan Pengurusan Aset (BPPA) CPAB yang diadakan secara fizikal pada 21 Julai 2023. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua peserta berhubung dengan perkhidmatan teknikal Peta Digital Jalan menggunakan platform GIS yang boleh memberi manfaat dalam pelaksanaan kerja seharian seperti merancang, merekabentuk, mengurus dan lain-lain kerja yang berkaitan dengan Jabatan. 27 | BULETIN CSFJ
Selain jabatan teknikal yang utama di Malaysia, JKR juga bertindak sebagai agensi tunjak (lead agency) bagi pengumpulan data-data GIS. Pengumpulan data GIS adalah dijalankan bersama dengan agensi-agensi kerajaan serta bersama pihak berkuasa tempatan. Antara program yang telah dijalankan pada tahun 2023 adalah: AKTIVITI MELAKSANAKAN FUNGSI JKR SEBAGAI LEAD AGENCY PENGUMPULAN DATA GIS TRANSPORTATION DARAT KEBANGSAAN i. Taklimat dan kerjasama bagi pengisian data spatial jalan selain jalan JKR (Road Editor) bersama JKR Negeri Sembilan yang telah diadakan pada 22 Mac 2023 di JKR Negeri Sembilan. Hasil daripada program ini data-data spatial jalan di Negeri Sembilan berjaya dikumpul bagi pengisian sistem terlibat. Daripada pelaksanaan libat urus ini 3610km data spatial jajaran jalan dapat dikumpulkan; ii. Mesyuarat Penyelarasan Data Geospatial Jalan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Bersama Jabatan Kerja Raya (JKR Malaysia), Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT)dan Pusat Geospatial Negara (PGN). Mesyuarat pelarasan data ini telah dijalankan pada 26 Jun 2023 dan bertempat di Wisma Asli, Presint 14, Putrajaya. Hasil daripada mesyuarat ini berjaya mengumpul data-data spatial bagi jalan-jalan PBT di Semenanjung Malaysia sebanyak 115km. 28 | BULETIN CSFJ
i.Program latihan serta hands-on diberikan kepada negeri-negeri yang didapati ada keperluan untuk diberikan latihan semula. Modul latihan ASaPP juga ditambahbaik dengan sesi penerangan, latihan cerapan data di tapak dan proses data yang telah dicerap. Bagi tahun 2023 dua (2) Negeri telah diberikan latihan semula sistem ASaPP iaitu Kelantan pada bulan Mac dan Perak pada Julai 2023; ii.Program integrasi antara sistem ASaPP dan Konsesi juga dilaksanakan pada tahun 2023. Terdapat dua () Konsesi telah berjaya mengintegrasi sistem iaitu Belati, THB dan Roadcare. Melalui integrasi kedua sistem kerja double handling dapat diatasi dan laporan potholes terus dapat dijana dan dicapai melalui kedua-dua sistem; Program Aplikasi Sistem Pemantauan Portholes (ASaPP) merupakan satu aplikasi yang dibangunkan oleh BKG bagi tujuan pelaporan penemuan dan kerja tampalan potholes di jalan persekutuan. Aplikasi ini dapat mengenalpasti lokasi / koordinat portholes serta maklumat pembaikan yang dijalankan oleh Konsesi bagi pemantauan pengurusan atasan JKR Malaysia. Sejak arahan penguatkuasaan penggunaan pada tahun 2021 adalah menjadi keperluan program-program menaiktaraf dilaksanakan mengikut keperluan semasa. Di antara aktiviti menaiktaraf sistem yang dilaksanakan pada tahun 2023 adalah sepertimana berikut: 29 | BULETIN CSFJ QR kod Video Sistem ASaPP iii.Video berkaitan sistem ASaPP adalah sepertimana pautan berikut : https://drive.google. com/file/d/18bvXMg BondgQ_lTWU7SuGC RIF_fO-agp/view? usp=drive_link . PROGRAM NAIKTARAF SISTEM ASaPP
PENGLIBATAN GIS DENGAN PUSAT GEOSPATIAL DATA NEGARA (PGN) Bahagian Kejuruteraan Geoinformatik (BKG), Cawangan Senggara Fasiliti Jalan juga aktif dalam kerjasama bersama Pusat Geospatial Negara bagi pembangunan GIS di peringkat nasional. JKR Malaysia telah dilantik sebagai pengerusi Agensi Tunjak bagi kategori Transportation dalam program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI). Lanjutan daripada itu, CSFJ telah mengambil tindakan yang proaktif dalam memanfaatkan platform MYGOS yang disediakan oleh Pusat Geospatial Negara (PGN) dengan menghasilkan peta digital dan juga Dashboard bagi tujuan pemantauan aset- aset jalan serta kerja-kerja penyelenggaraan jalan melalui program MyGDI ini. Hasil daripada itu, pihak CSFJ telah menerima sebuah Penghargaan Bagi Agensi Yang Berkolaborasi di Bawah Platform Malaysia Geospatial Online Service (MyGOS) yang disampaikan oleh YB Timbalan Menteri NRECC, Dato’ Sri Huang Tiong Sii dalam SIMPOSIUM MAKLUMAT GEOSPATIAL KEBANGSAAN (NGIS) KE-9. Simposium yang bertemakan “Revolusi Geospatial Dalam Cabaran Digital” telah diadakan di Putrajaya International Convention Center (PICC) anjuran Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan perubahan Iklim (NRECC) melalui Pusat Geospatial Negara (PGN) pada 17 dan 18 Oktober 2023 yang lalu. Semoga penghargaan yang diterima ini dapat mengukuhkan lagi kerjasama di antara JKR dan agensi-agensi lain dalam pembangunan GIS peringkat kebangsaan sekaligus merealisasikan misi kerajaan ke arah kecemerlangan pengurusan maklumat geospatial di peringkat nasional dengan lebih cemerlang lagi. 30 | BULETIN CSFJ
PENGLIBATAN DI PROGRAM SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MALAYSIA MADANI Sungguh meriah suasana di reruai Kementerian Kerja Raya (KKR) sepanjang Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia MADANI yang berlangsung di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula 8 hingga 10 Disember 2023 yang lalu. Antara perkara yang berada di reruai KKR yang turut disertai oleh agensi di bawahnya ialah : Kempen MyJalan; Replika sekolah daif, replika Jambatan Panel Keluli Bermodular (JPKB) dan Jalan Glow In The Dark Pendaftaran dan latihan kontraktor pembinaan Diskaun pembelian RFID kad TNG NFC Info Lebuhraya, kategori jalan, kerja-kerja penyelengaraan dan pelbagai maklumat berkaitan KKR dan Agensi. Kemeriahan di reruai KKR turut diserikan dengan kehadiran Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (Dasar dan Pembangunan), YBhg. Dato’ Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (Pengurusan), YBrs. En. Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, serta ramai lagi pengurusan tertinggi JKR dan pelbagai agensi. 31 | BULETIN CSFJ Bahagian Kejuruteraan Mekanikal (BKM) CSFJ turut menghantar wakil sebagai pempamer di reruai KKR dalam memberikan pendedahan kepada orang awam berkenaan JPKB dan kepentingan pemasangannya di kala kecemasan. Model JPKB yang digunakan, jumlah stok simpanan semasa, dan lokasi-lokasi pemasangan JPKB di seluruh Malaysia adalah antara pertanyaan yang kerap menjadi persoalan pengunjung. Mujurlah dengan mudah maklumat-maklumat tersebut dapat diakses kerana ada dimuatnaik di dalam sistem yang dibangunkan oleh Bahagian Kejuruteraan Geoinformatik. Secara kesimpulannya BKM bersyukur kerana ramai juga pengunjung yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan aset JPKB kerajaan ini. Kami akan berusaha lagi untuk meningkatkan populariti pemasangan JPKB ini supaya dapat sama-sama menaikkan nama JKR amnya dan juga CSFJ khasnya. Diharapkan program besar seperti ini dapat juga disertai oleh Bahagian-Bahagian lain di CSFJ dalam sama-sama menjadi agen kerajaan dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
KERJA-KERJA PEMASANGAN JAMBATAN PANEL KELULI BERMODULAR (JPKB) DI KG. SETULANG DAENG , PULAU GADONG, MELAKA PADA 14 -16 NOVEMBER 2023 Bahagian Kejuruteraan Mekanikal (BKM), CSFJ telah diarahkan oleh Pengarah CSFJ bagi membantu JKR Melaka dalam membincangkan serta menyelaraskan kerja-kerja pemasangan JPKB di Kg. Setulang Daeng, Pulau Gadong, Melaka pada 18 Oktober 2023. Hasil daripada perbincangan tersebut, satu kesepakatan telah di muktamadkan bahawa JPKB akan digunakan bagi menangani masalah Jambatan Runtuh yang berlaku di KG. Setulang Daeng. JPKB yang akan digunakan adalah model Mabey Compact 200 sepanjang 140kaki. JKR Melaka mempunyai JPKB model Mabey Compact 200 sepanjang 100kaki. Ujian Proba JKR Membuat pengukuran jarak sebenar jambatan sementara Maka, BKM telah menyelaraskan bersama JKR Daerah Petaling, Selangor bagi mendapatkan dan memohon sebanyak 40kaki baki kompenan JPKB bagi kegunaan pemasangan JPKB di Setulang Daeng. JKR Melaka akan membuat kerja-kerja penyediaan di tapak dan membuat pengukuran jarak sebenar jambatan sementara yang diperlukan serta membuat ujian proba JKR bagi mengetahui Keupayaan Galas Tanah di lokasi tersebut. Time Line Bagi Kerja-kerja Pemasangan JPKB 32 | BULETIN CSFJ
Sebelum memulakan kerja-kerja pemasangan. Penyediaaan peralatan dan jentera akan kenalpasti dan diselaraskan terlebih dahulu bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan, Berikut adalah keperluan-keperluan yang perlu ada ditapak sebelum kerja-kerja pemasangan dimulakan. Keperluan Peralatan:- 1.Kren 50 Tonne – untuk kerja-kerja pemasangan. Kren 20 Tonne – untuk kerja-kerja un-loading daripada low loader. 2. 3.Shovel/Backhoe – untuk kegunaan menolak jambatan. Forklift – untuk mengangkat kompenan-kompenan kecil(sekiranya ada). 4. Low loader - untuk kegunaan pengangkutan kompenankompenan jambatan di Stor Daerah/Negeri. 5. 6.Kayu Pelapik (1x2, 1x4, 6x6 ) – pelbagai saiz. 7.Concrete Slab - untuk kegunaan tapak bearing JPKB. 8.Compressor - untuk kerja-kerja mengunaakan air-gun. 9.Genset – untuk kegunaan pengcahayaan ditapak. Keperluan Pasukan Pemasang :- 1.Khemah petugas 2.Makan dan Minum 3.Tempat tinggal/penginapan 4.Tuntutan Lebih Masa (Overtime) Kerja-kerja pemasangan JPKB bermula pada 14hb November 2023 sehingga 16 November 2023. Bermula pada jam 8.00pagi sehingga jam 12tgh malam. Seramai 51orang petugas ditugaskan untuk pemasangan JPKB ini. CSFJ(1), JKR Petaling (7), JKR Temerloh(8), JKR Kuala Pilah(5) dan JKR Melaka (30). Jambatan telah siap untuk dibuka secara rasmi oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada 21 November 2023 kepada penduduk dan orang ramai. 33 | BULETIN CSFJ
Bahagian Kejuruteraan Elektrik (BKE) telah mengadakan lawatan teknikal ke Kilang SBC Lighting Sdn. Bhd beralamat di No. 15 Jalan SKI 4/KU7, Kawasan Industri Hi Tech, Sungai Kapar Indah, 42200 Kapar, Selangor Darul Ehsan pada 28 Februari 2023. Diketuai oleh Puan Nor Isdawati binti Ismail, Jurutera Elektrik Kanan, Bahagian Kejuruteraan Elektrik CSFJ dan empat belas (14) orang kakitangan yang mewakili setiap bahagian di Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ). Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan teknologi terkini pembuatan lampu jalan. SBC Lighting Sdn. Bhd merupakan ahli profil syarikat kepada SB Lighting Group. Antara jenama lampu LED yang dikeluarkan oleh SB Lighting Group ialah SB Veva, Sylvania, SB Twinkle, Volux dan Max LED. LAWATAN KE KILANG LAMPU LED DI SBC LIGHTING SDN. BHD Sesi lawatan ke ruang pameran lampu LED yang menggunakan sistem solar Sesi taklimat tentang lampu LED oleh pihak SBC Lighting Sdn. Bhd Sesi lawatan ke ruang pameran lampu LED yang menggunakan sistem solar 34 | BULETIN CSFJ
AUDIT KRITERIA PENERIMAAN BAHAGIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK Pelaksanaan Auditan Kriteria Penerimaan skop elektrik di tapak dijalankan bersama Wakil Pegawai Penguasa (WPP) Elektrik bagi memastikan kerja-kerja pembinaan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh JKR dan komponen-komponen elektrik berfungsi serta selamat sebelum diserahkan kepada CSFJ. Hasil daripada auditan yang dilaksanakan, segala penemuan dan butiran ketidakpatuhan direkodkan di dalam Laporan Ketidakpatuhan, Non-Compliance Report (NCR) untuk tindakan pembetulan pihak Auditee. Sebanyak dua ratus sepuluh (210) NCR telah dikeluarkan oleh BKE untuk keseluruhan program auditan yang telah dijalankan sehingga Ogos 2023. Bagi tahun 2023, Bahagian Kejuruteraan Elektrik (BKE), Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) telah melaksanakan sebanyak dua puluh empat (24) Audit Kriteria Penerimaan yang melibatkan projekprojek jalan siap dan jambatan melibatkan Zon Tengah / Timur, Zon Utara dan Zon Selatan. Diketuai oleh Ketua Pasukan Audit Dalaman (KPA) yang telah dilantik oleh Pengarah CSFJ, pengauditan ini dilaksanakan selepas projek siap secara praktikal di dalam tempoh tanggung kecacatan (Defect Liability Period). 35 | BULETIN CSFJ
Melalui Perjanjian Penswastaan (Perjanjian Konsesi) yang dimeterai antara Kerajaan dan Syarikat Konsesi, Kerajaan telah memberikan Kontrak Penswastaan Penyelenggaraan Jalan-Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia kepada Syarikat Konsesi untuk menjalankan dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan mengikut terma dan syarat seperti yang diterkandung dalam Perjanjian Penswastaan. Tertakluk kepada terma Perjanjian Penswastaan dan peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 133), kerajaan dengan ini memberikan kepada Syarikat Konsesi, hak dan kuasa untuk melaksanakan; Kerja-kerja Penyelenggaraan Rutin; Kerja-kerja Penyelenggaraan Berkala; Kerja-kerja Kecemasan; dan Semua aktiviti lain yang bersampingan dengan pelaksanaan Kerja-kerja yang dirujuk kepada Perjanjian Penswastaan. Zon Utara (Perlis, Kedah & Pulau Pinang) Nama Syarikat: THB Maintenance Sdn Bhd Skop Kerja: Kerja-kerja Penyenggaraan (Routine Maintenance Works, Periodic Maintenance Works, Emergency Works, Additional Works) Panjang Jalan: 1,543.00km Tempoh Konsesi: 17.08.2017-16.08.2027 PERJANJIAN PENSWASTAAN PENYELENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN SEMENANJUNG MALAYSIA PENGENALAN Semakan Kadar Harga Bagi Kerja-Kerja Rutin dan Jadual Kadar Harga Untuk Kontrak Penswastaan Penyenggaraan Jalan-Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia Syarikat Konsesi yang diberikan Kontrak dibahagikan mengikut zon seperti berikut: Zon Tengah Timur (Selangor,Pahang, Kelantan & Terengganu) Nama Syarikat: Roadcare (M) Sdn Bhd Skop Kerja: Kerja-kerja Penyenggaraan (Routine Maintenance Works, Periodic Maintenance Works, Emergency Works, Additional Works) Panjang Jalan: 7457.94km Tempoh Konsesi: 05.04.2018-16.02.2026 Zon Selatan (Johor, Negeri Sembilan & Melaka) Nama Syarikat: Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd Skop Kerja: Kerja-kerja Penyenggaraan (Routine Maintenance Works, Periodic Maintenance Works, Emergency Works, Additional Works) Panjang Jalan: 3,234.68km Tempoh Konsesi: 05.04.2018-16.02.2026 Zon Utara (Perak) Nama Syarikat: Belati Wangsa (M) Sdn Bhd Skop Kerja: Kerja-kerja Penyenggaraan (Routine Maintenance Works, Periodic Maintenance Works, Emergency Works, Additional Works) Panjang Jalan: 1,514.06km Tempoh Konsesi: 05.04.2018-16.02.2026 36 | BULETIN CSFJ
OUR GOALS THIS WEEK OUR STRATEGY Jadual Kadar Harga ‘Labour, Plant and Machineries’ Jadual Kadar Harga ‘Drainage, Pavement & Soulder, Road Furniture, Slope Repair & Stabilization and Structure’ Kadar Harga Kerja-Kerja Rutin KAEDAH SEMAKAN SEMULA KADAR HARGA Jadual Kadar Harga ‘Labour, Plant and Machineries’ Jadual Kadar Harga ‘Drainage, Pavement & Soulder, Road Furniture, Slope Repair & Stabilization and Structure’ Kadar Harga Kerja-Kerja Rutin PUNCA KUASA SEMAKAN SEMULA KADAR HARGA Berdasarkan Surat daripada Kementerian Kerja Raya Malaysia Ruj: KKR.600-25/14/3 Jld4 (3) bertarikh 26 Januari 2023; Perkara 2 - JKAS telah bersetuju untuk MEMBENARKAN Kementerian Kerja Raya melaksanakan semakan semula kadar harga yuran bagi kerja-kerja rutin serta jadual kadar harga kontrak seperti yang dinyatakan dalam klausa 3.5 syarat-syarat perjanjian. Pihak CSFJ diarahkan untuk membuat semakan dan menilai cadangan harga pindaan daripada syarikat konsesi dan seterusnya menyediakan laporan semakan kadar harga beserta anggaran jabatan bagi tujuan rundingan harga dalam tempoh satu(1) bulan dari tarikh surat. Perkara 3 - JKAS memutuskan bahawa semua perkara dasar semasa adalah kekal sepertimana dalam perjanjian induk serta perjanjian tambahan yang sedang berkuatkuasa. Berdasarkan Clause 1 : Defination and Interpretation “Review Date means the third (3rd) anniversary of the Effective Date” SKOP SEMAKAN SEMULA KADAR HARGA Beberapa siri mesyuarat dan bengkel Semakan Kadar Harga di peringkat Jabatan Kerja Raya, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) yang turut dihadiri oleh syarikat-syarikat konsesi telah dilaksanakan seperti butiran di bawah: Sumber rujukan bagi proses Semakan Semula Kadar Harga adalah seperti berikut: Portal Building Labour Cost Index (CIDB) Jadual Kadar Kerja Kejuruteraan Awam Dan Bangunan Tahun 2021 Sebutharga daripada ‘Construction Machinery Supplier’ Sebutharga daripada Kontraktor dan Pembekal PELAPORAN & CADANGAN SEMULA KADAR HARGA Cadangan kadar harga daripada Jawatankuasa Teknikal adalah berdasarkan beberapa siri semakan, bengkel serta mesyuarat dalam mendapatkan kadar harga yang munasabah setelah mengambilkira implikasi kewangan. Laporan Semakan Semula Kadar Harga telah dihantar ke Bahagian Pengurusan Fasiliti, Kementerian Kerja Raya pada 27 Mac 2023. RUNDINGAN KADAR HARGA DI PERINGKAT KEMENTERIAN KERJA RAYA Rundingan Kadar Harga bagi Kerja-Kerja Rutin dan Jadual Kadar Harga untuk Kontrak Penswastaan Penyenggaraan Jalan-Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia telah dijalankan pada 17 Julai 2023, dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya. 37 | BULETIN CSFJ
MESYUARAT BAHAGIAN PENGURUSAN ASET DAN FASILITI (BPAF) BIL 1 TAHUN 2023 SERTA TAKLIMAT PERKONGSIAN ILMU KEPADA JKR NEGERI PERLIS Mesyuarat Bahagian yang telah diadakan pada 30 Mei 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat JKR Negeri Perlis. Seramai 40 orang daripada Bahagian Pengurusan Aset dan Fasiliti (BPAF), CSFJ bersama peserta dari JKR Negeri Perlis telah menghadiri mesyuarat berkenaan dengan dimuliakan dengan ucapan Pengerusi, Ts. Tengku Mohd Hasrizal Bin Tengku Hashim (Jurutera Awam Kanan, BPAF). Mesyuarat ini berlangsung selama dua (2) hari yang dimuatkan dengan perkara berikut:- Perbentangan minit mesyuarat Membincangkan isu berhubung peruntukan TNT untuk setiap bahagian. Pembentangan laporan pencapaian bagi Unit Pewartaan, Unit Pembangunan Tepi Jalan dan Unit Aset Jalan. Taklimat perkongsian ilmu berkenaan Pengurusan Aset Tak Alih (PATA) dan Proses Kerja Penyerahan & Penerimaan Tanggungjawab Operasi & Penyenggaraan Aset oleh Unit Aset Jalan, BPAF dan Tatacara Permohonan Paparan Iklan di Jalan Persekutuan oleh Unit Pembangunan Tepi Jalan, BPAF kepada JKR Negeri Perlis. Sesi soal jawab sekiranya terdapat sebarang pertanyaan daripada pihak JKR Negeri Perlis berkenaan tatacara / prosedur di Jalan Persekutuan yang melibatkan bahagian ini. Bersama Pengarah JKR Perlis, Ir. Mohd Shahril Bin Mohd Said Taklimat perkongsian ilmu Pengurusan Aset Tak Alih (PATA) dan Proses Kerja Penyerahan & Penerimaan Tanggungjawab Operasi & Penyenggaraan Aset Taklimat perkongsian ilmu berkenaan Tatacara Permohonan Paparan Iklan 38 | BULETIN CSFJ
BENGKEL LATIHAN MYINFRA BERSAMA WAKIL JKR NEGERI Sistem Pengurusan Aset Bersepadu (MyInfra) telah dibangunkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) sebagai satu sistem Pengurusan Aset Tak Alih agar pengurusan fasiliti lebih efisen serta mengikut teknologi terkini dalam pengurusan aset Kerajaan. Sistem ini akan dibangunkan secara berfasa di mana Fasa 1 melibatkan Modul Pendaftaran dan fasa-fasa berikutnya akan melibatkan Modul Penilaian sehingga Modul Pelupusan berdasarkan Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (TPATA). Sistem MyInfra ini telah dilancarkan pada 4 Disember 2022. Satu bengkel latihan secara Hands On Penggunaan Sistem Pengurusan Fasilili Bersepadu (Mylnfra) telah diadakan pada 11 hingga 12 April 2023 di Dewan Serbaguna JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sunway Putra Tower. Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi Training of Trainers (ToT) kepada Pendaftar Rekod Aset (PRA), Penyelaras Daftar Aset (PDA), Pegawai Daftar dan Data Fasiliti (PDF), Pegawai lnspektorat Fasiliti (PIF), bagi mewakili Pegawai Operasi Fasiliti (POF) serta Pegawai Teknikal Fasiliti (PTF) dalam menggunakan Sistem Pengurusan Fasiliti Bersepadu (Mylnfra). Matlamat bengkel agar pada akhir kursus peserta mahir untuk menggunakan Sistem Mylnfra dan dapat melatih kepada penyelaras di Peringkat Negeri dan Daerah. Bengkel ini juga menyumbang kepada pencapaian pengukuran KPI bagi Pendaftaran Aset Tak Alih (Daftar Premis Aset – DPA) dalam Pelan Bisnes / KPI Pengarah CSFJ dan juga salah satu KPI KSU KKR dalam Pelan Strategik Pengurusan Aset (Operasi) – PSPA(O). QR Kod manual penggunaan Sistem MyInfra QR kod Slaid Pembentangan PATA 39 | BULETIN CSFJ
IR. HJ. NIK SOH BIN YAACOB Terima kasih . JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN (J54) BAHAGIAN PENGURUSAN KORPORAT DAN STRATEGIK JJAASSAAMMUU DDIIKKEENNAANNGG Terima kasih di atas segala jasa, ilmu & nasihat yang telah dicurahkan Ikhlas daripada: Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
P E N T A U L I A H A N S E B A G A I I R . SEKALUNG TAHNIAH IR. WAN DZAHAR BIN MOHAMMAD ZIN JURUTERA ELEKTRIK KANAN (J48) BAHAGIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK IR. MOHAMAD ADAM BIN MOHD YAZID JURUTERA AWAM KANAN (J48) BAHAGIAN SENGGARA FASILITI JALAN ZON SELATAN
SEKALUNG TAHNIAH TS. MOHD NAIM BIN IBRAHIM JURUTERA AWAM PENGUASA (J52) BAHAGIAN KEJURUTERAAN PEMULIHAN JALAN P E N T A U L I A H A N S E B A G A I T S . TS. TENGKU MOHD HASRIZAL BIN TENGKU HASHIM JURUTERA AWAM KANAN (J48) BAHAGIAN PENGURUSAN ASET DAN FASILITI
SEKALUNG TAHNIAH IR. TS. CHANDIRAMOHAN A/L RANJITHAN JURUTERA AWAM (J44) BAHAGIAN SENGGARA FASILITI JALAN ZON SELATAN P E N S I J I L A N K O M P E T E N S I T E K N I K A L S E N G G A R A F A S I L I T I J A L A N ( T A H A P 4 ) P E N S I J I L A N K O M P E T E N S I T E K N I K A L K E S E L A M A T A N J A L A N ( T A H A P 4 ) IR. TENGKU MOHAMAD SHAHRIL BIN TENGKU RAZMAN JURUTERA AWAM (J44) BAHAGIAN KEJURUTERAAN PEMULIHAN JAMBATAN
SEKALUNG TAHNIAH P E N S I J I L A N K O M P E T E N S I T E K N I K A L S E N G G A R A F A S I L I T I J A L A N ( T A H A P 3 ) LIM CHI CHON JURUTERA AWAM (J44) BAHAGIAN KEJURUTERAAN PEMULIHAN JAMBATAN SUZANA @ SAKINAH BINTI IBRAHIM JURUTERA AWAM KANAN (J48) BAHAGIAN KEJURUTERAAN PEMULIHAN JAMBATAN P E N S I J I L A N K O M P E T E N S I T E K N I K A L S E N G G A R A F A S I L I T I J A L A N ( T A H A P 3 ) P E N S I J I L A N K O M P E T E N S I T E K N I K A L S E N G G A R A F A S I L I T I J A L A N ( T A H A P 2 ) RAVEENDHRAN A/L MUNIANDY PENOLONG JURUTERA AWAM (JA29) BAHAGIAN KEJURUTERAAN PEMULIHAN JAMBATAN
SEKALUNG TAHNIAH DR. AZWAN EZZANY BIN AZMI JURUTERA AWAM PENGUASA (J52) BAHAGIAN KEJURUTERAAN PEMULIHAN JAMBATAN P E M B E N T A N G K E R T A S K A J I A N “ M A N A G I N G S A F E T Y A S P E C T S O F R U R A L R O A D S ” D I 2 7 T H W O R L D C O N G R E S S I N P R A G U E , C Z E C H R E P U B L I C P E M B E N T A N G P O S T E R “ A N A N A L Y S I S O N T H E E F F E C T O F G E O M E T R I C E L E M E N T S O N T R A F F I C A C C I D E N T A T C U R V E ” D I 2 7 T H W O R L D C O N G R E S S I N P R A G U E , C Z E C H R E P U B L I C IR. TS. HIDRAHASBEE BIN JAMIL JURUTERA AWAM (J44) BAHAGIAN KEJURUTERAAN PEMULIHAN JALAN
51 | BULETIN CSFJ PPEERRGGEERRAAKKAANN PPEEGGAAWWAAII KKEELLUUAARR CCAAWWAANNGGAANN SSEENNGGGGAARRAA FFAASSIILLIITTII JJAALLAANN
52 | BULETIN CSFJ PPEERRGGEERRAAKKAANN PPEEGGAAWWAAII MMAASSUUKK CCAAWWAANNGGAANN SSEENNGGGGAARRAA FFAASSIILLIITTII JJAALLAANN
53 | BULETIN CSFJ KKEENNAAIIKKAANN PPAANNGGKKAATT
54 | BULETIN CSFJ Pegawai Lantikan Baru KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL NUR IZZATI SYAZMIN BINTI AHMAD LAZIM Jurutera Awam (J41) Bahagian Pengurusan Korporat & Strategik AHMAD AMIR AKMAL BIN AHMAD SHAIFUDDIN Jurutera Awam (J41) Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Zon Selatan
55 | BULETIN CSFJ ANTUGERAH TOKOH ahniah! SESI 1/2023 PEGAWAI PENGURUSAN & PROFESIONAL Fatin Azwida Binti Ahmad Nadzri KAKITANGAN SOKONGAN Nooraidah Binti Rusmani Siti Sarah Binti Rejab Rohaida Binti Said