Jika tidak cukup korum selepas ½ jam daripada waktu ditetapkan, Mesyuarat
hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa
(tidak lebih daripada 30 hari ). Dalam mesyuarat yang ditangguhkan, jika kuorum
masih tidak cukup selepas ½ jam daripada waktu yang ditetapkan, mesyuarat
boleh dijalankan tetapi tidak berkuasa meminda perlembagaan dan membuat
keputusan yang melibatkan semua ahli.
a) Menerima Minit Mesyuarat Agung yang lepas.
b) Menerima laporan aktiviti jawatankuasa.
c) Menerima laporan Bendahari dan Penyata kira-kira yang diaudit.
d) Memilih ahli jawatankuasa dan melantik juruaudit.
e) Membentang dan membahaskan usul @ usul pindaan jika ada
f) Mengurus lain-lain perkara
Perlu megemukakan kepada Pendaftar dalam masa 60 hari selepas
mesyuarat agung :-
• Pindaan Perlembagaan
• Penyata Tahunan yang mengandungi
• Senarai AJK Terkini
• Alamat terkini
• Penyata Kewangan yang telah di audit
• Dan apa maklumat yang dikehandaki oleh pendaftar dari masa ke
semasa
* Jika tiada mesyuarat Agung – maklumat perlu di hantar dalam masa 60
hari berakhirnya tahun kewangan pertubuhan.*
❖ Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa
❖ Atas permintaan beramai-ramai oleh tidak daripada 1/5 dari
❖ Jumlah ahli yang berhak mengundi dan menerangkan tujuan korum
Mesyuarat Agung Khas adalah sama seperti Mesyuarat Agung Tahunan
❖ Jika korum tidak mencukupi selepas waktu yang ditetapkan, mesyuarat
hendaklah dibatalkan dan tidak boleh diadakan dalam masa 6 bulan dari
tarikh ini dengan tujuan yang sama.
❖ Membincangkan perkara yang tertentu sahaja.
a) Dijalankan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.
b) Notis mesyuarat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat.
Korum sekurang-kurangnya ½ dari jumlah ahli jawatankuasa.
AGENDA
a) Menerima dan mengesahkan permohonan keahlian.
b) Menerima penyata kira-kira bagi tempoh 3 bulan yang kebelakangan.
c) Membuat keputusan perbelanjaan mengikut had yang dibenarkan
dalam perlembagaan.
d) Membincangkan lain-lain perkara mustahak.
BAHAGIAN 5
PINDAAN PERLEMBAGAAN
Sesuatu pertubuhan berdaftar boleh meminda undang-undang tubuhnya di dalam
keadaan berikut:
✓ Penukaran nama pertubuhan/cawangan pertubuhan (dengan syarat penukaran ini tidak
mengubah corak dan jenis pertubuhan daripada bentuk asalnya).
✓ Penukaran alamat tempat urusan atau alamat pos pertubuhan/cawangan pertubuhan
✓ Pindaan ke atas mana-mana peruntukan atau sebahagian atau keseluruhan daripada
peruntukan di dalam undang-undang pertubuhan, tetapi dengan syarat pindaan itu
tidak mengubah corak dan jenis pertubuhan daripada bentuk asalnya.
✓ Pendaftaran undang-undang baru pertubuhan bagi menggantikan undang-undang yang
telah berdaftar.
✓ Kebenaran menggunakan bendera, simbol, lambang, lencana atau lain-lain tanda
pertubuhan di bawah Seksyen 50 Akta Pertubuhan 1966.
▪ Setiap pindaan undang-undang tubuh sepertimana telah dinyatakan
hendaklah diluluskan mengikut peruntukan mengenai pindaan undang-
undang di dalam undang-undang tubuh pertubuhan.
▪ Setiap permohonan pindaan undang-undang tubuh hendaklah
dikemukakan kepada Penolong Pendaftar Pertubuhan Negeri (Pengarah
Negeri) SECARA ONLINE MELALUI SISTEM eROSES dalam tempoh 60
hari dari tarikh keputusan untuk meminda undang-undang tubuh.
Seksyen 11 (1) Akta Pertubuhan 1966
Tiada sesuatu Pertubuhan berdaftar boleh mengubah nama, tempat urusan atau
meminda mana – mana aturan pertubuhan dengan tidak terlebih dahulu mendapat
kebenaran Pendaftar Pertubuhan.
Pastikan:
❖ Dibentang dalam mesyuarat agung tahunan atau khas;
❖ Tentukan usul tersebut diluluskan;
❖ Korum mencukupi; dan
❖ Fasal – fasal lain yang terlibat juga perlu dipinda
❖ Permohonan melalui sistem eroses
❖ Fi proses RM 10.00
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Negeri Johor
JABATAN PENDAFTARAN JABATAN PENDAFTARAN 07-2371200 https://www.eroses.gov.my
PERTUBUHAN MALAYSIA PERTUBUHAN MALAYSIA
(JPPM) NEGERI JOHOR