The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faizahrashid83, 2022-11-24 00:27:17

POKOK BUAH PALA

POKOK BUAH PALA

POKOK BUAH PALA – POTENSINYA

Nutmeg, atau lebih dikenali sebagai buah pala bagi penduduk tempatan, berasal dari kepulauan Maluku, jajahan
Indonesia. Buah Pala atau nama saintifiknya Myristica fragrans tergolong dalam genus Myristica dan merupakan
spesies yang terpenting dalam famili myristicaceae. Buah pala yang lebih terkenal sebagai rempah, perasa dan
ubat-ubatan ini dipercayai telah diperdagangkan bersama bunga cengkih ke Selatan India iaitu Sri Lanka dan
Malabar oleh pedagang Kepulauan Jawa.

Penjajahan kuasa besar seperti Belanda, Inggeris, Sepanyol, Perancis dan Portugis di kawasan Hindia Timur,
telah memperkenalkan dagangan hasilan buah pala ke Eropah sebagai bahan rempah yang penting di dunia.
Di Malaysia, buah pala mula diperkenalkan di Pulau Pinang sekitar awal tahun 1800.

Buah pala boleh ditanam menggunakan biji benih yang disemai dikotak
semaian. Mula tumbuh 4-6 minggu selepas semaian. Anak benih dipindahkan
ke polibeg apabila mencapai ketinggian 3 – 5 cm sebelum ditanam diladang
selepas anak benih mencapai ketinggian 30 cm atau berusia setahun. Densiti
penanaman adalah 125 pokok/hektar dan mula mengeluarkan hasil ditahun ke
5 – 6 dan berbuah
sepanjang tahun, namun pengeluaran puncak adalah di sekitar bulan Julai dan

Disember.

Pokok pala boleh mencapai ketinggian 4 – 15 meter dan bersifat monoecious atau unisex iaitu pokok hanya
mengeluarkan bunga jantan atau betina. Oleh itu penanaman setiap 10 batang pokok betina mestilah diselang
dengan satu batang pokok jantan. Angin laut dan tanah loam selain berkedudukan ketinggian melebihi 45 m
dari aras laut merupakan faktor penting kejayaan tanaman pokok pala selain mempunyai sistem teres dan
pengairan yang baik.

Semua bahagian buah pala mempunyai kegunaan tersendiri, biji dan aril atau mace dikeringkan dan digunakan
sebagai rempah bagi penyediaan berbagai jenis makanan terutamanya memberi perisa untuk pelbagai jenis sos
dan kicap. Manakala perikarpnya boleh diproses untuk dijadikan halwa, kandi dan jeruk pala yang terkenal di
Pulau Pinang. Selain dari itu jus buah pala semakin mendapat perhatian pengemarnya.

Minyak tepu yang dihasilkan dari biji dan aril buah pala boleh digunakan sebagai ubat minyak sapu untuk sakit
perut, lelah atau rheumatism. Minyaknya juga digunakan untuk pembuatan minyak wangi.

Buah pala ialah buah jenis ‘drup’ dan mempunyai bentuk yang berbeza diantara pokok yang berlainan. Ada
pokok yang menghasilkan buah berbentuk bulat dan ada juga yang menghasilkan buah berbentuk pir. Secara
purata berat buah pala ialah dalam lingkungan 80 - 90 g dan bergaris pusat lebih kurang 5.6 cm. Apabila buah
ini masak, perikapnya yang berwarna kuning dan mempunyai ketebalan 1.5 cm terbelah dua dan mendedahkan
biji yang berwarna perang keungguan serta berkilat. Biji ini diselaputi aril yang dipanggil ‘mace’ berwarna merah
terlekat pada pangkal biji.

Bekalan buah pala di Malaysia masih berkurangan disebabkan tidak ramai petani yang berminat menceburkan
diri dalam industri ini. Potensi tanaman ini sangat tinggi memandangkan bekalan bahan mentah ketika ini
terpaksa diimport dari negara-negara jiran seperti Indonesia. Kesedaran dan galakkan dalam penglibatan
tehadap industri ini perlu diperluaskan.

Komposisi zat makanan: Bagi setiap 100 g
Komposisi

Tenaga 470.0 calories

Kelembapan 14.0 g
Protein 7.4 g
Lemak 36.4 g
Karbohidrat 28.3 g
Kalsium 124.0 mg
Zat besi 4.6 mg

Sumber : Nutrient composition of Malaysian Foods. IMR, 1982

Pokok Pala tumbuh subur di lereng bukit di ketinggian melebihi 45
m di atas paras laut

Salah satu industri hiliran dari Buah Pala adalah
jeruk, minyak tepu dan jus

.

Buah pala ialah buah jenis ‘drup’ dan mempunyai bentuk yang
berbeza diantara pokok yang berlainan.

Buah pala berbuah sepanjang tahun, namun pengeluaran
puncak adalah disekitar bulan Julai dan Disember

Biji ini diselaputi aril yang dipanggil ‘mace’ berwarna merah
terlekat pada pangkal biji.

Buah pala ialah buah jenis ‘drup’ dan mempunyai bentuk
yang berbeza diantara pokok yang berlainan.
Salah seorang pengusaha tanaman pala di P. Pinang,

En. Ng Teck Fook


Click to View FlipBook Version