The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hanidahanida21, 2021-10-12 09:08:34

group 1 batu seremban (1)

group 1 batu seremban (1)

MPU 24011 SUKAN (PERMAINAN
TRADISIONAL) :
BATU SEREMBAN

PENSYARAH: PUAN LATIFAH BINTI
HUSAIN

AHLI KUMPULAN :

• NURUL HUSNA BT KASMURI
• ATIQAH NADHIRAH BT ABDUL MUEN
• TUAN NUR AIN SYAFIKAH BINTI TUAN

AHMAD

• NUR ADELINA BINTI AHMAD SHUHARDI
• NUR HANIDA BT ZAKARIA

• NUR SYUHADA BINTI AHMAD SABRI

1.3.4.BATU SEREMBAN

Batu seramban juga dikenali sebagai batu
selambut atau serembat. Permainan ini
gemar dimainkan oleh kanak-kanak
perempuan. Alat yang dijadikan batu
Seremban ialah seperti guli kaca, biji
getah, ketulan batu kerikil serderhana
besar atau ketulan-ketulan objek lain
yang berbentuk bulat digunakan
permainan ini. Objek –objek ini dikenali
sebagai buah. Batu Seremban juga
dimainkan waktu lapang

1.3.5 MENJELASKAN PERSYARATAN (RUKUN) SETIAP
PERMAINAN TRADISIONAL

● Batu Seremban kebiasaan nya dimainkan oleh kanak-kanak secara individu ataupun secara
berkumpulan iaitu seramai 2 hingga 5 orang. Permainan ini menggunakan beberapa biji
buah , guli kaca, biji getah, anak batu kerikil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat
biasa digunakan, lazimnya sebanyak lima biji. Selain itu, karung kain yang dijahit dan diisi
dengan biji saga, pasir dan sebagainya juga digunakan. Permainan ini sering dimainkan pada
waktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah, di taman atau di mana-mana sahaja yang
terdapat permukaan yang rata dan bersih. Para pemain akan duduk di atas lantai, dan
bermain mengikut giliran. Pemain akan mula menimbang batu-batu tersebut setelah
menyelesaikan kesemua peringkat permainan. Ini adalah bertujuan untuk mendapatkan
mata bagi setiap pemain. Terdapat dua kaedah dalam menimbang buah diperingkat ini.Cara
pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan
biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara
mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat
disambutnya.Pemain juga boleh meneruskan permainan semula dari buah satu sehingga
tamat sekiranya pemain itu dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan
memperoleh mata.

Permainan akan berpindah kepada pihak lawan jika:

● - Pemain tidak dapat menyambut buah yang dilambung
● - Ketika memungut buah di lantai, tersentuh buah lain atau buah-buah yang

terhimpit bergerak.
● - Pemain terlupa tahap dia berada ketika menyambung semula permainan.
● - Melakukan perkara yang di luar permainan, pemain akan dibuang

gelanggang.Pemain tidak dibenarkan bercakap, memberi atau menerima
sebarang isyarat daripada rakan.

1.3.6 PERATURAN DALAM PERMAINAN BATU
SEREMBAN

● Pemain tidak boleh menyentuh buah yang tidak diambil. Sekiranya terkena tangan,dikira batal dan giliran

bermain ditukar.

● Dalam langkah menjentik buah, sekiranya 2 biji buah yang ditinggalkan pihak lawan terlalu dekat pemain

perlu menggunakan jari untuk memintas antara buah tersebut. Jika terkena jari, maka permainan batal.

● Sekiranya bermain secara berkumpulan atau berdua, giliran diberikan kepada kumpulan lain sekiranya

pemain pertama batal dan gagal meneruskan permainan.

● Permain yang mendapat giliran kembali perlu memulakan permainan dengan menyambung langkah yang

gagal dilakukan sebelum ini. Ahli kumpulan juga perlu berbuat demikian.

● Sekiranya pemain gagal mengingat langkah terakhir yang gagal dilakukan, mata yang dikumpul akan

kembali ke angka kosong.

● Pemenang dikira berdasarkan jumlah mata yang dikumpul pada akhir pusingan.

1.3.7 MENERANGKAN PENENTUAN KEMENANGAN

▪ Pemain yang memungut mata terbanyak.
▪ Pihak lawan dibuang gelanggang.
▪ Jika seri, buat tiga (3) kali buah timbang.
▪ Jika seri lagi tambah tiga (3) kali lagi buah timbang , jika masih seri jalankan

undian.

1.3.8 DENDAAN

q Pemain tidak dapat menyambut buah yang dilambung dan tersentuh buah lain atau tersentuh
buah-buah yang terhimpit apabila ingin dipungut.

q Denda : giliran akan dipindahkan kepada pihak lawan.
q Pemain terlupa tahap dia berada ketika menyambung semula permainan.
q Denda : pihak lawan mendapat giliran pemain.
q Pemain dibuang gelanggang jika melakukan perkara yang di luar permainan.
q Denda

: Pemain tidak dibenarkan bercakap, memberi atau menerima sebarang isyarat daripada rakan.
q Pemain tidak dapat menyambut ibu atau semasa mengutip buah yang

lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pe
main tidak dapatwalau sebiji buah.
q Denda : pemain dikira mati (permainan ditamatkan)
dan permainan diserahkan kepada pihak lawan.

1.3.9 MEMPRAKTIK TEKNIK-TEKNIK ASAS SETIAP
PERMAINAN TRADISIONAL

TEKNIK 1

• Pemain mengumpulkan semua batu-batu itu di dalam genggaman yang kemas.
• Batu-batu diserakkan ke lantai.
• Pemain memilih sebiji batu untuk dilambung.
• Sebaik sahaja batu dilambung, sebelum batu-batu itu jatuh, pemain akan

memungut batu yang lain dan dilambung batu-batu dengan pantas.
• Pemain akan meletakkan ke tepi batu yang telah dipungut dan

meneruskan permainan mengutip sebiji demi sebiji batu yang tinggal
tiga biji seperti cara yang sama pada awal permainan.

TEKNIK 2

● Cara permainan ini hampir sama dengan teknik 1.
● Perbezaanya apabila pemain memungut dua biji batu sekali gus.

TEKNIK 3

• Pemain akan mengutip sebiji batu lalu melambung batu-batu itu.
• Pada masa yang sama pemain akan mengutip tiga biji batu yang berbaki sewaktu

melambung kali kedua.

TEKNIK 4

● Pemain dikehendaki mengutip keempat-empat biji batu sekali gus.

1.3.10. Strategi-strategi permainan
01 02

Batu satu Batu kedua

● Kesemua buah hendaklah ● Cara buah dua dimainkan seperti
diselerakkan,dimana kedudukan buah satu.
semua buah tidak menyentuh antara
satu sama lain. ● Hanya dua biji buah harus dikutip
dengan masa yang sama.
● Sebijik buah akan dijadikan ibu, dan
ibu harus dilambungkan ke udara. ● Ini bermakna , ibu akan
dilambungkan sebanyak dua kali
● Dalam masa yang sama ,sebijik buah sahaja.
di atas lantai harus dikutip.

● Proses ini akan berterusan sehingga
semua buah di atas lantai sudah di
kutip.

Batu tiga Batu lima

• Buah tiga ada Batu empat • Buah lima akan dimainkan seperti
sedikit empat.
perbezaan. • Buah ibu akan
dilambungkan ke udara. • Permain harus melambungkan
• Pada lambungan buah ibu ke udara dan mengutip
pertama, hanya • Pada masa yang sama, keempat-empat biji buah diatas
satu biji buah pemain harus mengutip lantai dengan serentak.
akan di kutip. kesemua empat biji buah
yang berada di lantai • Selepas itu, buah ibu harus
• Lambungan dengan serentak dilambungkan ke udara pada masa
yang kedua yang sama, empat biji buah yang
pula, tiga biji ada di dalam tangan pemian harus
buah akan diletakkan di atas lantai supaya
dikutip dengan hanya buah ibu sahaja yang akan
serentak disambut

Batu enam Batu tujuh

• Pada peringkat yang keenam, pemain • Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.
akan mendapat sedikit perbezaan. • Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus

• Pada peringkat ini, pemain akan dilambungkan dengan serentak.
mendapat bahawa dua biji buah akan • Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan di
menjadi ibu.
kutip.
• Apabila sebijik daripadanya dilambung • Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua
ke atas udara, sebijik lagi buah ibu
harus ditukar dengan buah yang lain belah tangan.
yang terdapat di atas lantai seingga • Satu di tangan kiri ,dan lagi satu di tangan kanan.
selesai. • Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir

juga akan di sambut.
• Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir

juga akan di sambut..

Batu lapan timbang

• Campakkan kelima-lima batu di • Selepas seorang pemain sudah Berjaya
atas lantai. menyelesaikan batu lapan dan dia haruslah
timbang untuk mendapat mata.
• Ahli yang lain pilih satu batu
untuk dilambungkan ke atas. • Kelima-lima batu Seremban dilambungkan di
atas tapak tangan.
• Pemainan itu harus ambil batu
ini tanpa menggerakkan batu • Semua batu Seremban dilambungkan ke atas
yang lain. sambil tangan diterbalikkan

• Permain itu harus • Batu Seremban yang telah jatuh ke lantai
melambungkan batu itu dan tidak boleh dikutip semula.
mengutip batu –batu yang lain
dengan sekali gus. • Tangkap batu Seremban yang ada di tangan.
Batu yang dapat ditangkap=1 mata jika batu
terjatuh maka=0 mata
Selepas menimbang pemain ulangi semuanya
dan bermula dengan batu satu.


Click to View FlipBook Version