The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulsyafiza96, 2022-05-08 02:10:49

PAK JAMAL DAN ITIK YANG HODOH

Pak Jamal dan Itik yang Hodoh

Pak Jamal
dan Itik
yang Hodoh

Nurul Syafiza Muhammad Surani

Di sebuah kampung, ada seorang tukang kebun bernama
Pak Jamal. Pak Jamal ialah orang kaya di kampung itu.

Pak Jamal juga ada seorang pembantu di kebunnya.
Pembantu Pak Jamal bernama Zaidi.

Zaidi seorang bujang yang rajin. Zaidi selalu mendengar
apa yang disuruh oleh Pak Jamal. Zaidi juga sudah
bekerja lama dengan Pak Jamal.

Selain ada kebun, Pak Jamal juga seorang yang suka
membela haiwan. Antara haiwan peliharaan Pak Jamal
ialah itik.

Itik Pak Jamal banyak. Pak Jamal amat sayang akan itik
peliharaannya.

Namun, Pak Jamal seorang yang sombong. Pak Jamal
tidak mesra dengan orang kampung. Pak Jamal juga tidak
mesra dengan pembantunya, Zaidi. Walaupun Zaidi sudah
bekerja lama dengan Pak Jamal, namun Pak Jamal tetap
bersikap sombong dan selalu menghina Zaidi.

Suatu pagi yang tenang, seekor itik Pak Jamal telah
bertelur. Apabila telur itu menetas, seekor daripada anak
itik itu mempunyai ciri yang lain. Anak itik itu bewarna
kelabu dan memiliki rupa yang hodoh. Pak Jamal sangat
terkejut.

“Kenapa hanya itik ini yang rupanya lain?” berkata-kata
Pak Jamal di dalam hati.
Pak Jamal beranggapan bahawa itik hodoh itu tidak akan
hidup lama. Lalu, Pak Jamal meminggirkan anak itik yang
hodoh itu.

Anak-anak itik yang lain hidup dengan sihat dan ceria. Pak
Jamal tidak menyayangi anak itik yang hodoh itu seperti
yang lain.

Sehingga anak itik itu besar Pak Jamal tetap tidak
menyayanginya.

Anak itik hodoh itu berasa amat sedih. Hidupnya tidak
indah seperti kawan-kawannya yang lain.

Pada suatu hari, semua tanaman di kebun Pak Jamal mati.
Akibat itu, Pak Jamal mengalami kerugian yang banyak.
Pak Jamal amat marah.

“Kenapa kau tidak buat kerja dengan betul Zaidi!” marah
Pak Jamal kepada Zaidi
“Maaf Pak Jamal, saya tidak perasan racun ini tertumpah”
kata Zaidi kepada Pak Jamal.

Racun itu telah menyebabkan semua tanaman Pak Jamal
mati. Pak Jamal memarahi Zaidi kerana leka dengan
tugasnya. Pak Jamal juga menghina Zaidi.

Disebabkan itu, Zaidi tidak dibayar gaji oleh Pak Jamal.
Zaidi berasa tidak puas hati dan berdendam dengan Pak
Jamal.

Zaidi merancang untuk merompak rumah Pak Jamal dan
mencuri semua hartanya.

“Aku akan ceroboh rumah dia dan curi semua hartanya”
kata Zaidi dalam hati.

Zaidi meneruskan niatnya.

Satu malam Zaidi telah merompak rumah Pak Jamal.
Semua harta Pak Jamal telah dicuri oleh Zaidi.

Keesokan paginya,

“Ya Allah, apa sudah jadi dengan rumahku ini!” cemas Pak
Jamal ketika itu.
Pak Jamal menyedari rumahnya bersepah. Pak Jamal mula
sedar bahawa wang dan hartanya semua hilang. Pak
Jamal amat sedih kerana rumahnya telah dirompak.

"Siapa yang telah mencuri semua wang dan hartaku”
menangis sendiri Pak Jamal.

Sejak itu juga, Pak Jamal mula hidup susah.
Pak Jamal berasa amat malang. Tanamannya mati dan
sekarang rumahnya dirompak pula.

Pak Jamal tiada wang untuk meneruskan kehidupannya.

Tiada orang kampung yang ingin membantu Pak Jamal. Ini
kerana Pak Jamal amat sombong dengan orang kampung
sebelum ini.

Pak Jamal berasa amat sedih kerana tiada yang ingin
menolongnya.

Peristiwa itu telah dilihat oleh itik yang hodoh itu.
Walaupun dia hanya seekor itik, namun dia mempunyai
ciri-ciri luar biasa daripada itik yang lain.

Itik hodoh itu sentiasa memerhatikan tuannya. Dia
memahami bahawa tuannya sedang bersedih.

Dia juga memahami bahawa tuannya sedang ditimpa
malang. Itik yang hodoh itu amat kasihan terhadap nasib
tuannya.

“Ya Tuhan, aku paham akan perasaan tuanku. Aku kasihan
terhadap nasib malangnya. Kau berikanlah nikmat
kepadanya” berdoa itik hodoh itu kepada Tuhan.

Itik yang hodoh itu berharap agar dia dapat membantu
tuannya. Walaupun dia sedar dirinya tidak disayangi
seperti yang lain.

Dengan takdir Tuhan, satu hari itik hodoh itu bertelur.
Namun, telur yang keluar bukanlah telur biasa tetapi telur
emas. Pak Jamal sangat terkejut apabila mengetahui hal
itu.

Telur emas tersebut diberikan kepada Pak Jamal. Telur
emas itu telah membantu Pak Jamal untuk mengusahakan
kebunnya semula.

Pak Jamal amat menyesal akan sikapnya terhadap itik
yang hodoh itu.

Selama ini, Pak Jamal menganggap itik hodoh itu tiada
guna. Namun, itik hodoh itu lah yang membantunya ketika
ditimpa masalah.

Sejak daripada itu, Pak Jamal mula menyayangi itik hodoh
itu. Pak Jamal tidak lagi meminggirkannya.

Pak Jamal mula sedar bahawa itik hodoh itu memiliki
keunikan yang luar biasa.

Pak Jamal juga mula sedar akan sikap buruknya terhadap
Zaidi dan orang kampung.

Pak Jamal mula berubah. Dia tidak lagi bersikap sombong
dengan orang kampung.

Pak Jamal mula beramah mesra dengan orang
kampungnya. Dia juga mula membantu orang kampung
yang susah.

Orang kampung amat suka dengan perubahan sikap Pak
Jamal. Mereka mula bertegur sapa dengan Pak Jamal
ketika berjumpa dengannya.

Zaidi juga telah insaf akan perbuatan buruknya terhadap
Pak Jamal.

Zaidi telah mengaku terhadap Pak Jamal bahawa dia
yang telah merompak rumah Pak Jamal. Dia amat
menyesal dengan sikapnya yang berdendam itu.

Zaidi memulangkan semua harta Pak Jamal yang telah dia
ambil. Zaidi berharap Pak Jamal sudi mengambilnya
bekerja semula.

Dia berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

Pak Jamal memaafkan Zaidi.

Pak Jamal juga telah sedar akan layanan buruknya
terhadap Zaidi. Pak Jamal mengambil Zaidi untuk bekerja
dengannya semula.

Pak Jamal tidak melayan Zaidi seperti dahulu. Zaidi amat
gembira dengan keputusan Pak Jamal.

Zaidi mula bekerja dengan penuh amanah dan jujur.
Pak Jamal juga mula bersikap adil terhadap Zaidi.
Sejak itu, kehidupan Pak Jamal semakin bahagia. Pak
Jamal sedar bahawa sikap angkuh dan sombongnya itu
telah membawa banyak kerugian kepadanya.

Nilai Murni:
Janganlah kita bersikap sombong dengan orang
sekeliling dan sentiasalah berbuat kebaikan sesama
manusia dan haiwan.

Pak Jamal merupakan pekebun
yang kaya dan suka membela itik di
kampung itu. Namun, Pak Jamal
memiliki sifat sombong dan angkuh
terhadap orang sekelilingnya.
Selain itu, Pak Jamal juga memiliki
seekor itik yang hodoh. Itik hodoh
itu bernasib malang kerana rupanya
yang unik dari yang lain. Satu hari,
Pak Jamal ditimpa malang dan
jatuh miskin. Namun, itik hodoh
itulah pembawa rezeki kepada
Pak Jamal.

Nurul Syafiza Muhammad Surani


Click to View FlipBook Version