ISI KANDUNGAN
PERKARA M/S
1 KATA ALU-ALUAN PENASIHAT 2
2 KATA ALU-ALUAN YDP 3
3 NOTIS MESYUARAT AGUNG KALI KE 32 4
4 ATURCARA MAJLIS 5
5 AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2023 6
6 JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-32 7
7 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KVSB KALI KE-32 9
8 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-32 10
9 LAPORAN AKTIVITI PIBG SEPANJANG TAHUN 2021 17
18
10 PENYATA PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN
BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2021 21
22
11 PERINCIAN KUTIPAN
12 LAPORAN JURUAUDIT BERKENAAN PENYATA KEWANGAN PIBG 23
24
KVSB BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021
13 CADANGAN DAN USUL 2022 26
14 LAPORAN USUL IBU BAPA/PENJAGA PADA MESYUARAT AGUNG
27
PIBG KALI KE-29 32
15 KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG SESI 2021/2023
16 LAPORAN PENCAPAIAN KVSB SEPANJANG TAHUN 2021
17 SEKALUNG BUDI
1
KATA ALU-ALUAN PENASIHAT PIBG
KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izin dan limpah
kurnia dan rahmat-Nya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang
untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG KVSB kali ke-32.
Kehadiran para ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya
kepada pihak kolej sebagai tanda sokongan dan komitmen dalam memajukan
dan membangunkan kolej ini. Pembangunan kolej ini bersandarkan
kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan dan
kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan
usaha, Kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk
memastikan anak-anak kita mampu mendepani gelombang perubahan yang
sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran.
Pihak kolej sentiasa bersedia bekerjasama dengan pihak PIBG dan
masyarakat setempat untuk meningkatkan lagi pencapaian kolej ini ke tahap
yang lebih membanggakan. Oleh itu, sokongan dan sumbangan PIBG dari segi
material mahu pun buah fikiran yang bernas merupakan nadi penggerak dalam
semua aktiviti kolej dan pembangunan prasarana kolej. Terima kasih kepada
semua pensyarah atas usaha gigih mereka dan penghargaan kepada AJK PIBG
Sesi 2021/2022 dan semua ibu bapa yang telah memberikan sokongan dalam
menyumbangkan tenaga dan buah fikiran dalam memajukan kolej. Semoga
komitmen yang ditunjukkan akan dapat mewujudkan Kerjasama yang
berterusan antara pihak kolej dan masyarakat.
Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan dan terima
kasih yang tidak terhingga kepada pihak PIBG, para pensyarah dan semua
pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kolej Vokasional
Sungai Buloh kali ke-32. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat
keredhaan Allah S.W.T. Sekian, “SEHATI KVSB DI HATI”.
“Bersama Membina Masa Hadapan”
Sekian, terima kasih.
............................................
(En. Ahmad bin Abd Razak)
Penasihat PIBG,
Kolej Vokasional Sungai Buloh
2
KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG
KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T dan salam sejahtera kepada junjungan
besar kita Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyusun
sepatah dua kata dalam buku program sempena Mesyuarat Agung PIBG Kolej Vokasional
Sungai Buloh kali ke-32.
Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang hadir dan sudi meluangkan masa menghadiri
mesyuarat Agung PIBG KVSB pada tahun ini. Kehadiran ini menunjukkan bahawa kita semua
sentiasa memberikan komitmen yang baik kepada barisan pentadbir dan para pensyarah di
kolej ini dalam meneruskan agenda pendidikan demi kecemerlangan anak-anak kita.
Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada barisan jawatankuasa
yang telah berjaya merancang dan melaksanakan mesyuarat agung PIBG pada hari ini.
Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada pelajar-pelajar kolej ini yang telah berjaya
dalam perjuangan menuntut ilmu yang tiada kesudahannya. Tidak ketinggalan juga kepada
barisan ahli jawatankuasa PIBG KVSB sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab
membawa hala tuju kolej untuk mencapai matlamat, visi dan misi kolej.
Seperti mana yang tuan-tuan sedia maklum, bidang pendidikan merupakan satu bidang
yang sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Peluang pendidikan harus
digunakan sepenuhnya bagi menguasai pelbagai ilmu dan kemahiran serta membina
personaliti yang cemerlang. Pendidikan adalah bidang yang dinamik serta penuh dengan
cabaran yang menuntut perancangan strategik yang teliti dan pragmatik, kos yang besar
serta jentera pelaksana yang cekap. Untuk menikmati kejayaan berterusan dalam
persekitaran globalisasi yang serba mencabar ini, kita perlu melengkapkan diri anak-anak
kita dengan pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran tinggi yang inovatif, memiliki jati diri
serta beretika secara berterusan dalam usaha untuk mempertingkat keupayaan generasi
muda menangani perubahan dan cabaran dengan cekap dan berkesan.
Oleh itu, demi mengejar kemajuan terutamanya dalam bidang pendidikan, semua yang
terlibat dalam bidang ini perlu merebut ruang dan peluang yang ada ini untuk meningkatkan
kecemerlangan profesion dan kualiti perkhidmatan masing-masing. Pengorbanan dan
pengertian yang tulus daripada seluruh warga kolej dan PIBG amatlah diharapkan untuk
memastikan modal insan yang berkualiti dapat dihasilkan.
Akhir kalam, marilah kita bersama-sama berganding bahu dan berdoa agar segala usaha
dan perancangan kita mendapat keredaan-Nya. Mudah-mudahan dengan sokongan padu
dan gandingan yang mantap daripada semua pihak, kejayaan demi kejayan dapat dicapai
oleh anak-anak dan Kolej Vokasional Sungai Buloh.
Sekian, terima kasih.
.............................. 3
(En. Khairul Annuar bin Jalaluddin)
Yang Dipertua PIBG,
Kolej Vokasional Sungai Buloh
Ruj.kami: PIBG/KVSB/07/01/002(32)
Tarikh: 13 Julai 2022
Kepada
Ibu bapa / penjaga pelajar
Melalui
Pengarah,
Kolej Vokasional Sungai Buloh,
Jalan Kuala Selangor, U20
40160 Shah Alam, Selangor.
YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH KALI KE-32 (TAHUN 2021)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk,
2. Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Dato’, Datin/ Tuan/ Puan dijemput untuk menghadiri
Mesyuarat Agung tersebut. Berikut adalah butirannya;-
Perkara : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-32
Tarikh : 29 Julai 2022(Jumaat)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Inovatif KVSB
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
3.1 Ucapan Penasihat PIBG
3.2 Ucapan YDP PIBG
3.3 Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31
3.4 Membentang aktiviti tahunan
3.5 Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2021
3.6 Perbahasan dan cadangan usul
3.7 Hal-hal lain
3.8 Ucapan penangguhan
4. Bersama surat ini disediakan QR CODE sebagai pengesahan kehadiran dan usul/cadangan
untuk dibincangkan dalam mesyuarat kali ini. Kehadiran YBhg. Dato’, Datin/ Tuan/ Puan amatlah
diharapkan bagi menjayakan Mesyuarat Agung kali ini.
5. Segala kerjasama dan tanggungjawab yang telah YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan tunaikan,
amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan Amanah,
................................................. IBUBAPA DIKEHENDAKI SCAN QR CODE SEBAGAI
(KHAIRUL ANNUAR BIN JALALUDDIN) PENGESAHAN KEHADIRAN & USUL/CADANGAN
Yang Dipertua PIBG
Kolej Vokasional Sungai Buloh SELEWATNYA 17 JULAI 2022 (AHAD)
4
ATURCARA MAJLIS
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-32
2.00 pm ● Pendaftaran ibu bapa/ Penjaga/ Pensyarah (QR Code)
2.30 pm ● Bacaan Doa
● Ucapan Penasihat PIBG KVSB
● Ucapan YDP PIBG KVSB & Pelancaran Infaq Makmal Autocad
● Ucapan Perasmian daripada Tn Hj Abd Jalil bin Md Noor
(TAC Industri Program Pemesinan Industri)
● Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-32
-
3.45 pm ● Pemberian Sijil Penghargaan Kepada AJK PIBG Sesi 2019/2021
● Cabutan Bertuah
4.30 pm ● Majlis Tamat
5
Ahli Jawatankuasa pibg KV Sungai BULOH
SESI 2021/2023
Penasihat : En. Ahmad bin Abd Razak
Yang DiPertua : En. Khairul Annuar bin Jalaluddin
Naib Yang DiPertua : Datuk Haji Mohamad Isa bin Ishak
Setiausaha : Pn. Nur Elyani Binti Azmi
Pen. Setiausaha : Pn. Atiqah Binti Aman
Bendahari : Pn. Evelline Anak Egoh
Pen. Bendahari : Cik Norfarrahdilah Binti Amir
Juru Audit Dalaman : Pn. Nurfatin Asma’ Binti Ahmad Saifuddin
Juru Audit Ibu Bapa : Pn. Mazlinda Binti Ahmat
AJK Ibu Bapa : 1. En. Mohamad Suffize bin Majid
2. En. Mohamad Zambri bin Dmiati
3. En. Basir bin Atan
4. Pn. Nurisme Tuty Lizawati bt. Genger
5. Pn. Che Rohani binti Ibrahim
6. Pn. Nur Baizura bt Sakura
AJK Pensyarah : 1. Ts Kamarudin bin Hamat
2. Cik Siti Musliha binti Ahmad Nipih
3. En. Mohd Sazali bin Abd. Hamid
4. Pn. Nurul Hasanah binti Md Desa
5. En. Mohd Firdaus bin Ab Rahman
6
Jawatankuasa KERJA MESYUARAT AGUNG pibg
KALI KE-32
Tarikh : 29 Julai 2022 (Jumaat)
Masa : 2.30 t/hari
Tempat : Dewan Inovatif, KVSB
Penyambut Tetamu Pengacara Majlis
En. Sharudin b Basri (K) Pn. Arni Syafinaz bt Ariffin (K)
En. Khairul Annuar b Jalaluddin (YDP PIBG) Pn. Nurul Ain bt Mohamed Fauzie
Datuk Hj. Muhammad Isa b Ishak (NYDP PIBG)
En. Mohamad Suffize bin Majid (AJK PIBG) Persiapan dewan, Meja AJK dan
En. Mohamad Zambri bin Dmiati (AJK PIBG) peralatan lain
(a) Sebelum
Bacaan Doa En. Mohd Sazali b Abd Hamid (K)
Encik Mat Rohimie bin Rudwan Dr. Janain b Burut
En. Azrul b Parhan
Kain Rentang En. Muhamad Hafiz b Zainol Ashari
En. Mohd Fazdhli b Zakaria (K) MPP
Maklum Balas Ibu Bapa dan Penjaga (b) Selepas
Cik Siti Musliha bt Ahmad Nipih (K) En. Ahmad Yusof b Mat Nuran (K)
Pn. Khairunnisa bt Mohamad Radzi En. Jefri b Kamar
Koordinator Kursus En. Mahbut b Yaacob
En. Mohd Nasir b Mohamammad
Kata Alu-aluan (Buku Program) MPP
Pn. Rafidah bt Sulaiman (YDP PIBG) (K)
Pn. Nur Ain Syamsina bt Ibrahim (Pengarah) Kawalan Disiplin
Tn. Hj Anuar b Zahari (K)
Buku Program/ Buku aturcara En. Noor Zulkhesham b Omar
Pn. Nur Elyani bt Azmi (K) Pn. Christiene A/P Marshal Lewis
Pn. Massuza bt Sufian
Pn. Evelline Anak Egoh Hiasan Pentas
Pn. Atiqah bt Aman Pn. Mastura bt Juraimi (K)
Pn. Munirah bt Abu Seman
Teks Ucapan Pn. Norasidah bt Ithnin
Pn. Nor Iedah bt Mohd Khalid (Pengarah) (K)
Pn. Sariwati bt Mokhtar (YDP PIBG) ICT/ Backdrop/ LCD/ Multimedia
Pn. Fatimah bt K. Mohamed (Perasmi) Pn. Norsidah bt Hashim (K)
Pn. Izawani bt Ibrahim
Pencatat Minit Pn. Nurun Naemah bt Habibollah
Cik Nurulfarah bt Azizan (K) Pn. Siti Solehah Nurr Azmi bt Ismail
Pn. Rose Atika bt Ahmad En. Muhammad Safardik b Mohd Sidik
En. Mohd Azizul b Dahali
7
Sijil dan penyampaian Pendaftaran Pensyarah dan Ibu Bapa
Pn. Nurul Hasanah bt Md Desa (K) Pn. Nurfatin Asma’ bt Ahmad Saifudin (K)
Pn. Nurhidayah bt Hamdan Pn. Yogeswary A/P Subramaniam
Pn. Rokiah bt Mohd Rashid
MPP Jamuan VIP dan AJK PIBG
Pn. Saliza bt Mohd Abd Wahab (K)
Papan Tanda Letak Kereta dan lalu Lintas Pn. Norizan bt Salleh
En. Mohd Firdaus bin Ab Rahman (K)
En. Ahmad Zaim b Mohamad Makanan/ minuman Ibu Bapa
Pelajar Pn. Zaiton bt Wahid (K)
Pengawal Keselamatan Pn. Raihanah bt Md Salleh
Pn. Rihanah bt Abidin
Cabutan Bertuah Pelajar
Pn. Mastura bt Tumin (K)
Pn. Qadratul Anis bt Faisol AJK Label
Pn. Siril Aishah bt Sajari Pn. Suzana bt Seman (K)
Pn. Aina Aqilah bt Jamarluddin
Belian : Cenderahati/ Cabutan Bertuah/ VIP/
AJK Fotografi VIP/ AJK PIBG
Cik Norfarrahdilah binti Amir (K) En. Aiman Muharram b Zulraidi (K)
Pn. Maimunahtun bt Shafii MPP
Pn. Nurul Nadiah bt Sarju
Pn. Evelline Anak Egoh P. A Sistem
1. En. Mohd Nazri b Salleh (K)
Gimik Infaq (Komputer Makmal Autocad) 2. En. Izzudin b Adna
Pn. Norlina bt Abdul Aziz (K)
Pn. Ummu Afiqah bt Mohd Hilmin
En. Asyraf b Zainudddin
Pn. Nur Diyana bt Mohammad Shukri
Pn. Siti Norlis bt Abd Razak
Pn. Afiqah bt Mohamat Saman
8
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-32
1. Ucapan Penasihat PIBG
2. Ucapan YDP PIBG
3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG
Kali ke-31
4. Membentang Aktiviti Tahunan 2021
5. Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan Berakhir
Pada 31 Disember 2021
6. Perbahasan usul dan cadangan
7. Hal-hal Lain
8. Ucapan Penangguhan
9
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA – GURU
KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH KALI KE – 31 SESI 2021/2023
TARIKH : 9 OKTOBER 2021 (SABTU)
11.00 PAGI
MASA : SECARA ATAS TALIAN MENGGUNAKAN APLIKASI WEBEX
265 ORANG
TEMPAT :
KEHADIRAN :
1.0 Ucapan Penasihat PIBG
1.1 En. Ahmad bin Abd Razak selaku Penasihat PIBG Kolej Vokasional
Sungai Buloh mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan pensyarah
ke Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kolej Vokasional Sungai Buloh kali
ke-31.
1.2 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada para pensyarah yang
telah melaksanakan PDPR sepanjang kolej ditutup disebabkan
pandemik dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada para ibu bapa yang turut memberikan komitmen yang
tinggi bagi memastikan anak-anak hadir PDPR.
1.3 Beliau juga mengharapakan PIBG dapat menjadi medium
perantaraan antara kolej dengan pihak ibu bapa. Ucapan terima
kasih kepada AJK pelaksana dalam menjayakan mesyuarat
secara atas talian.
1.4 Tayangan video berkaitan pencapaian pelajar KVSB sepanjang
tahun 2019 dan 2020.
Tindakan: Untuk makluman.
2.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG
2.1 YDP mengucapkan selamat datang kepada barisan pentadbir,
pensyarah dan ibu bapa yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG
Kali ke 31 secara atas talian.
2.2 YDP mengingatkan semua ibu bapa dan pensyarah yang hadir
mengisi kehadiran pada link kehadiran yang diberikan di ruangan
komen aplikasi Webex.
2.3 Beliau memaklumkan pada tahun ini akan berlaku pembubaran
AJK PIBG dan pemilihan AJK PIBG yang baru bagi sesi 2021/2023.
Tindakan: Untuk makluman.
3.0 Pembentangan Aktiviti Sepanjang Tahun 2020
3.1 Aktiviti PIBG sepanjang tahun 2020 dibentangkan oleh setiausaha
PIBG Pn. Nur Elyani Binti Azmi.
3.2 Setiausaha memaklumkan terdapat bulan yang tiada aktiviti
10
yang iaitu semasa PKP (April, Mei dan Ogos).
3.3 Setiausaha memohon warga dewan membaca laporan aktitiviti
di dalam buku program dan boleh bertanya jika terdapat
sebarang kekeliruan.
Tindakan: Untuk makluman.
4.0 Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan Tahun 2020.
4.1 Bendahari PIBG Pn. Massuza binti Sufian membentangkan
penyata kewangan bermula dari 1 Januari 2020 dan berakhir
pada 31 Disember 2020 iaitu berbaki RM9495.55.
Tindakan : Untuk makluman.
4.2 Pengesahan Penyata Kewangan;
Cadangan disahkan oleh : Pn. Noralisa
Disokong oleh : En. Syed Mohamad Sanusi
Tindakan: Untuk makluman.
5.0 Perbahasan Usul dan Cadangan.
5.1 YDP menjelaskan usul yang dicadangkan oleh pencadang yang
tidak
hadir ke mesyuarat agung tidak akan dibincangkan. Namun, usul
tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG Bil. 1
yang akan diadakan kemudian.
Tindakan: Untuk makluman.
5.2 Pn. Mazlinda binti Ahmad mencadangkan asrama perlu disusun
mengikut SOP dan aktiviti melibatkan orang ramai perlu
dielakkan.
Jawapan: TPSA memaklumkan aktiviti adalah terhad semasa
pandemik. Pihak asrama akan menyusun semula aktiviti untuk
pelajar mengikut SOP yang ditetapkan.
Tindakan: Untuk makluman.
5.3 Pn Noraini mencadangkan supaya pihak kolej menegaskan
pembelajaran pelajar:
Jawapan: TPA memaklumkan pihak kolej telah ambil tindakan.
Pelajar yang bermasalah di dalam pdp telah dipanggil untuk
intervensi
Tindakan: Untuk makluman.
5.4 En. Sazali bin Hussain mencadangkan membolehkan pelajar
berjumpa dengan ibu bapa terutama hujung minggu dengan
pematuhan SOP dan tempoh masa yang ditetapkan.
Jawapan: Tidak dibenarkan kerana tertakluk dengan arahan KPM
Tindakan: Untuk makluman.
11
5.5 Pn. Nur Isme Tuty mencadangkan memberi penekanan yang
lebih kepada penggunaan Bahasa Inggeris untuk pelajar.
Jawapan: TPA - Setiap tahun Jabatan Umum mengadakan
Minggu Bahasa Inggeris bagi memantapkan penguasaan
Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
Tindakan: Untuk makluman
5.6 E. Syed Mohd Ridad bin Syed Ahmad mencadangkan supaya
membaiki tandas pelajar.
Jawapan: Penasihat – Pihak pengurusan kolej akan ambil
tindakan.
Tindakan: Untuk makluman
5.7 Pn. Suhaili binti Shamsudin mencadangkan menambah plug di
asrama.
Jawapan: TPSA – Akan dilaksanakan menggunakan dana asrama
Tindakan: Untuk makluman
5.8 Pn. Nurjuliawati binti Ahmad mencadangkan :
i. Pelajar dan guru yang telah mengambil 2 dos vaksin untuk hadir
ke kelas secara fizika
Jawapan : Penasihat – Pihak kolej sedang mengambil
tindakan berkenaan isu ini. Pihak kolej telah menghantar
data vaksinasi bagi guru ke PPD.
ii. Membaiki masalah tekanan air rendah di asrama
Jawapan : Penasihat – Pihak kolej akan ambil tindakan
iii. Memperbaharui iron board di asrama
Jawapan : TPSA – Pihak kolej akan ambil tindakan
5.9 En. Norazamuddin bin Mohd Tamkin mencadangkan guru mata
pelajaran memaklumkan 5 atau 10 minit awal akan kelas pdpr
yang diadakan samada kelas ada atau pun tiada.
Jawapan: Koordinator telah mengingatkan pelajar sebelum kelas
pdpr bermula
Tindakan: Untuk makluman
5.10 En Mohd Hanizam bin Mohd Morsit mencadangkan :
i. Memperkasakan aktiviti kokurikulum
Jawapan : Penasihat – Semasa pandemik, aktiviti
kokurikulum sangat terhad dan tertakluk kepada arahan
KPM.
ii. Mengadakan kelas tambahan dan motivasi untuk
persediaan SPM
Jawapan : TPA – Pihak kolej akan ambil tindakan. Setiap
tahun, pensyarah akan mengadakan bengkel dan kelas
12
persediaan SPM untuk pelajar.
5.11 En. Muhamad Zamri bin Dimiati mencadangkan keceriaan
kawasan sekolah meliputi kebersihan dan kesihatan.
Jawapan: YDP – Dari masa ke semasa, keceriaan telah dibuat
seperti landskap di depan pejabat.
Tindakan: Untuk makluman
5.12 En. Zakaria bin Ya Ahmad mencadangkan mengadakan spot
check sebelum pelajar masuk dan keluar asrama.
Jawapan: TPSA - Unit Hal Ehwal Pelajar akan mengambil tindakan
Tindakan: Untuk makluman
6.0 Pembubaran AJK PIBG (Ibu bapa) & Lantikan AJK Baru Bagi Sesi
2021/2023.
6.1 YDP mengumumkan pembubaran AJK PIBG (Ibu Bapa) bagi sesi
2018/2021.
6.2 En. Sharuddin Bin Basri mencadangkan En. Khairul Annuar
mempengerusikan sementara mesyuarat dan disokong oleh Pn.
Nurain binti Sulaiman.
6.3 Bagi calon YDP PIBG, En. Salehudin bin Zakaria mencadangkan
En. Khairul Annuar bin Jalaluddin dan disokong oleh Encik Sheikh
Mohd. Tn Haji Adnan mencadangkan cadangan ditutup dan
disokong oleh Encik Hasnor.
6.4 Bagi calon NYDP, En. Samsudin mencadangkan Datuk Hj
Mohamad Isa bin Ishak. Tn Haji Adnan mencadangkan cadangan
ditutup dan disokong oleh Pn Tuty Lizawati.
6.5 Bagi pemilihan AJK PIBG yang baru, terdapat ibu bapa yang
secara sukarela untuk bertanding dalam pencalonan AJK PIBG
sesi 2021/2023.
6.6 Berikut merupakan pencalonan bagi AJK PIBG bagi sesi
2021/2023:
i. Pn. Mazlinda binti Ahmad
Pencadang: Pn. Evelline An Egoh
Penyokong: Pn. Siti Alawiah
ii. Pn. Rosniza binti Abd Rahim
Pencadang: Pn. Qadratul Anis
Penyokong: Cik Norfarrahdilah binti Amir
iii. Pn. Rosniza binti Abd Rahim
Pencadang: Pn. Qadratul Anis
Penyokong: Cik Norfarrahdilah binti Amir
iv. Pn. Noaralisa binti Hamzah
Pencadang: Pn. Eryanie binti Kaimi
Penyokong: Pn. Ruhaini Linda binti Jamil
v. Pn. Che Rohani binti Ibrahim
13
Pencadang: Pn. Kamariah binti Mohamad
Penyokong: Pn. Arni Syafinaz binti Ariffin
vi. Pn. Nurisme Tuty Lizawati binti Genger
Pencadang: Pn. Nor Hazwin Solehah binti Abd Halim
Penyokong: Pn. Azlina binti Asaari
vii. Pn. Fatum bin Che Aman
Pencadang: Pn. Siril Aishah binti Sajari
Penyokong: Pn. Nurfatin Asma binti Ahmad Saifuddin
viii. Pn. Nur Baizura binti Sakura
Pencadang: En. Muhammad Syafiq bin Mohamad Yusri
Penyokong: Pn. Atiqah binti Aman
ix. Pn. Siti Noornisah binti Jaafar
Pencadang: Pn. Fauziah binti Mohd Nawi
Penyokong: Pn. Wan Syafinaz binti Wan Mohd Sofian
x. En. Mohamad Zambri bint Dmiati
Pencadang: En. Hafiz bin Zainol Ashaari
Penyokong: En. Mahbut bin Yaacob
xi. En. Basir bin Atan
Pencadang: Pn. Nor Afifah binti Fahrul Radzi
Penyokong: Pn. Christiene A/P Marshal Lewis
xii. En. Mohamad Suffize bin Majid
Pencadang: En. Suhailee bin Supal
Penyokong: Pn. Izawany bin Ibrahim
Tindakan: Untuk makluman.
6.7 Pemilihan AJK PIBG bagi sesi 2021/2023 dijalankan melalui undian
Google Form bermula jam 12.20 t/hari sehingga 12.26 t/hari.
Paparan peratus semasa ahli mesyuarat mengundi di paparkan
pada skrin.
Tindakan: Untuk makluman.
6.8 Berikut merupakan senarai AJK PIBG (Ibu bapa) yang terpilih
melalui undian secara google form untuk sesi 2021/2023 :
Yang Dipertua : En. Khairul Annuar bin Jalaluddin
Naib Yang Dipertua : Datuk Hj Mohamad Isa bin Ishak
Juruaudit Dalaman : Pn. Mazlinda binti Ahmad
Ahli Jawatankuasa PIBG : En. Mohamad Suffize bin Majid
: En. Basir bin Atan
: En. Mohamad Zambri bin Dmiati
: Pn. Nur Baizura binti Sakura
: Pn. Nurisme Tuty Lizawati binti Genger
14
: Pn. Che Rohani binti Ibrahim
Tindakan: Untuk makluman.
6.9 En. Khairul Annuar mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG yang
baru dilantik untuk sesi 2021/2023 dan berharap semua AJK yang
terpilih dapat bekerjasama dalam satu pasukan membantu
menyumbangkan idea untuk pembangunan KVSB.
Tindakan: Untuk makluman.
7.0 Hal-hal lain.
7.1 En. Mohd Shihab memaklumkan pagar kolej di bahagian
belakang sudah uzur dan mohon pihak kolej mengambil
perhatian berkenaan masalah tersebut.
Tindakan: Untuk makluman.
7.2 En. Hairi mencadangkan supaya ejen BSN(bank online) dibuka di
kolej bagi memudahkan urusan pelajar mengeluarkan wang.
Tindakan: Untuk makluman.
7.3 En. Kamarul Azman bin Idrus memaklumkan pintu masuk utama
ke KVSB berbahaya kerana orang awam membawa kenderaan
sangat laju dan memohon supaya pihak kolej membuat aduan
kepada pihak berwajib.
Tindakan: Untuk makluman.
7.4 YDP memaklumkan aduan berkenaan masalah tersebut telah
dibuat pada tahun 2020 kepada JKR Petaling namun tiada
tindakan dari JKR. Pada 7 Oktober 2021, YDP juga telah
memaklumkan kepada wakil rakyat supaya JKR menyediakan
petak kuning di depan pintu masuk utama KVSB.
Tindakan: Untuk makluman.
7.5 YDP mencadangkan kutipan dan sumbangan PIBG bagi tahun
2021 adalah sebanyak Rm100.00 manakala kutipan lain
ditangguhkan disebabkan pandemik Covid 19.
Sumbangan PIBG : RM 100.00
Kecemerlangan Pelajar : -
Sumbangan ICT
Sumbangan Kursus Motivasi :-
Sumbangan Pusat Sumber :-
:-
JUMLAH = RM 100.00
Tindakan: Untuk makluman
15
7.6 Pihak ibu bapa/penjaga bersetuju dengan sebulat suara dengan
kutipan dan sumbangan PIBG sebanyak RM100.00.
Tindakan: Untuk makluman.
8.0 Ucapan Penangguhan
8.1 YDP mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua Ibu bapa
dan pensyarah dalam menjayakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG
KV Sg. Buloh kali ke-32.
Tindakan: Untuk makluman.
8.2 En. Ahmad bin Abd Razak selaku Pengarah KVSB mengucapkan
tahniah kepada AJK yang baru dan ucapan penghargaan dan
terima kasih kepada semua AJK lama kerana banyak membantu
pihak kolej dalam pembangunan dan kecemerlangan.
Tindakan: Untuk makluman.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.58 tengahari.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
................................................ .................................................
Nur Elyani Binti Azmi Encik Khairul Annuar bin Jalaluddin
Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG,
Kolej Vokasional Sungai Buloh Kolej Vokasional Sungai Buloh
Km 22, Jalan Kuala Selangor Km 22, Jalan Kuala Selangor
16
LAPORAN aktiviti PIBG
sepanjang tahun 2021
BULAN PERKARA
JANUARI
FEBRUARI Tiada
MAC
APRIL Sumbangan PIBG makan pelajar Penilaian Akhir (PA)
MEI Program Inovasi Bengkel Automatif
JUN Tiada
JULAI Tiada
OGOS Tiada
SEPTEMBER Tiada
OKTOBER Tiada
NOVEMBER Sumbang Bakti Sukarelawan Petugas Vaksinasi Jpn Gombak
DISEMBER Tiada
Bengkel Kecemerlangan Bahasa Melayu
Penilaian Akhir 1 SVM & 2 SVM
Sumbangan PIBG pembelian water tanker untuk asrama
Majlis Apresiasi Kolej
Pertandingan Inovasi Bengkel Pemesinan Industri
17
Penyata penerimaan dan pembayaran bagi
tahun berakhir pada 31 disember 2021
PENERIMAAN
BULAN BUTIR-BUTIR MASUK
Baki pada 1/1/2021 8495.55
JAN Sumbangan PIBG 2020 2,410.00
FEB Hibah 11.60
Sumbangan PIBG 2020
MAC Bantuan Zakat Pelajar (Pusat Zakat Selangor) 5,390.00
Hibah 1,081.00
Sumbangan PIBG 2020
Sumbangan PIBG 2021 9.96
6,560.00
APRIL Hibah
Sumbangan PIBG 2020 310.00
MEI Sumbangan PIBG 2021
JUN Hibah 14.08
JULAI Pemulangan wang pendahuluan pembelian mesin 1,090.00
OGOS bagi Program Pemesinan Industri 5,330.00
SEPTEMBER Hibah
OKTOBER Sumbangan PIBG 2021 27.40
Hibah
NOVEMBER Sumbangan PIBG 2021 9,960.00
Hibah 22.93
DISEMBER Sumbangan PIBG 2021
Hibah 410.00
Sumbangan PIBG 2021 32.98
Hibah
Sumbangan PIBG 2021 8,700.00
Refund Program Motivasi Ustaz Ebit Liew 38.12
Hibah
Sumbangan PIBG 2021 17,400.00
Bantuan Zakat Pelajar (Pusat Zakat Selangor) 40.82
Hibah
Sumbangan PIBG 2021 3,000.00
Sumbangan Bantuan Banjir dari orang awam 46.96
Hibah
15,510.00
Jumlah Keseluruhan Penerimaan 3,700.00
64.84
12,360.00
276.00
82.48
5,700.00
711.00
39.73
108,825.45
18
PERBELANJAAN
BULAN BUTIR-BUTIR MASUK
JANUARI Tiada -
FEBRUARI
Bayaran Coway Asrama Bulan Januari-Februari 1,056.00
MAC Sumbangan PIBG bagi bekalan makanan pelajar
semasa amali penilaian akhir (PA) 9,670.00
APRIL Charge Transaksi Bank 4.00
MEI
JUN Bayaran Coway Asrama Bulan Mac 528.00
JULAI Sumbangan PIBG untuk pelaksanaan aktiviti
OGOS kecemerlangan Pelajar Program Automatif 540.00
SEPTEMBER 2.00
Charge Transaksi Bank
OKTOBER Pembelian 5 unit Perlindungan Wifi (Penebat Petir) 1,885.00
NOVEMBER Bayaran Coway Asrama Bulan April dan Mei 1,056.00
Charge Transaksi Bank
DISEMBER Tiada 6.00
Tiada -
-
Bayaran Pengurusan WIFI Kolej Fasa 1
Charge Transaksi Bank 15,000.00
Pemulangan Sumbangan PIBG terlebih bayar (RM 310 4.00
x 2 orang pelajar)
Charge Transaksi Bank 620.00
Bayaran Coway Asrama Bulan Jun hingga September 4.00
Sumbangan PIBG bagi petugas-petugas Vaksinasi bagi
PPD Gombak 2,112.00
Charge Transaksi Bank
Tiada 500.00
4.00
Bengkel Bahasa Melayu Pelajar 2SVM -
Sumbangan PIBG pembelian Water Tank asrama
Puteri/Putera 550.00
Bayaran Coway asrama bulan Oktober hingga
Disember 2,230.00
Bayaran Bil Unifi Pelajar 1,584.00
Sumbangan PIBG bagi pelaksanaan Peperiksaan 2,844.75
Amali 2 SVM & 1 SVM
Charge Transaksi Bank 3,264.00
Bayaran Pengurusan Wifi Kolej Fasa 2 8.00
Pemulangan Sumbangan PIBG terlebih bayar (RM310x
6 orang) 34,562.60
Sumbangan PIBG bagi Pembelian Buku Rujukan Untuk
Kursus Etika di PSS 1,860.00
Sumbangan PIBG bagi Majlis Apresiasi Kolej
Pengurusan Mesyuarat Agung PIBG 2019/2020 270.00
Sumbangan PIBG bagi Pertandingan Inovasi 1,250.00
Pemesinan Industri
Charge Transaksi Bank 850.00
Jumlah Keseluruhan Penerimaan 880.00
22.00
83,166.35
19
Penerimaan 108,825.45
Perbelanjaan 83,166.35
BAKI DI PENYATA PADA 31/12/2021 25,659.10
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:
........................................... .................................................................... ......................................
(MASSUZA BINTI SUFIAN) (NURFATIN ASMA’ BINTI AHMAD SAIFUDDIN) (MAZLINDA BINTI AHMAT)
Bendahari PIBG, Juruaudit Dalaman, Juruaudit Ibu Bapa,
KVSB KVSB KVSB
20
PERINCIAN KUTIPAN
PERINCIAN WANG PIBG DAN PENETAPAN SUMBANGAN PIBG
Kutipan sumbangan PIBG pada tahun 2022 sebanyak RM 410.00 untuk satu
keluarga pelajar
BIL PERKARA 2020 2021 2022
1. SUMBANGAN PIBG RM 100.00 RM 100.00 RM 100.00
* SUMBANGAN KECEMERLANGAN RM 120.00 - RM 120.00
2.
PELAJAR
3. * SUMBANGAN ICT RM 90.00 - RM 90.00
4. * SUMBANGAN KURSUS MOTIVASI RM 90.00 - RM 90.00
5. * SUMBANGAN PUSAT SUMBER RM 10.00 - RM 10.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 410.00 RM 100.00 RM 410.00
*Akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-32 pada 29 Julai 2022.
Lain- lain sumbangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengikut
keperluan.
21
LAPORAN JURUAUDIT BERKENAAN PENYATA KEWANGAN
PIBG KVSB BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021
Kami telah memeriksa dan menjalankan audit ke atas rekod-rekod kewangan
Persatuan Ibu Bapa – Guru Kolej Vokasional Sungai Buloh. Rekod-rekod yang
telah disemak adalah meliputi tempoh antara 1 Januari 2021 hingga 31
Disember 2021.
Kuasa bagi menyemak dan mengaudit adalah seperti yang
diperuntukkan dalam kaedah G (i) Perlembagaan PIBG KVSB dan kaedah 10
(3), Bahagian iii, Akta Pendidikan 1996 - Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Persatuan Ibu Bapa - Guru) 1998. Semua kerja audit adalah berlandaskan
kepada piawaian audit yang digunakan di Malaysia.
Objektif audit ini adalah untuk memastikan bahawa segala penyata
kewangan dan rekod yang berkaitan telah disediakan mengikut amalan
biasa perakaunan di samping kepatuhan kepada Panduan Pengurusan PIBG
yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
Tempoh perakaunan yang dibentangkan di dalam penyata kewangan
kali ini adalah mematuhi kaedah F (iv) Perlembagaan PIBG KVSB yang telah
menetapkan bahawa tahun kewangan persatuan adalah dari 1 Januari
hingga 31 Disember setiap tahun.
Secara keseluruhan kami berpendapat rekod kewangan persatuan
yang diselia oleh bendahari adalah memuaskan.
Disemak oleh : Disahkan oleh :
......................................................................... ...........................................
(NURFATIN ASMA’ BINTI AHMAD SAIFUDDIN) (MAZLINDA BINTI AHMAT)
Juruaudit Dalaman, Juruaudit Ibu Bapa,
Kolej Vokasional Sungai Buloh, Kolej Vokasional Sungai Buloh,
47000 Sungai Buloh, Selangor 47000 Sungai Buloh, Selangor
22
CADANGAN DAN USUL 2022
BIL NAMA PENCADANG USUL / CADANGAN TINDAKAN
1. SITI HAJAR BINTI Hal Ehwal Pelajar
MOHD DAUD 1. Pengurangan sumbangan
2. ROSNIZA BT ABDUL PIBG.
RAHIM
2. Capaian WiFi.
3. AMERUDDIN
3. Meningkatkan attitudes
tenaga pengajar.
Asrama
Pelajar diploma, tinggal diluar utk
memberikan laluan kpd pelajar
baru.
Asrama
Mohon pemantauan terhadap
kualiti makanan yang disediakan
diasrama terhadap pengusaha
makanan. Ada kalanya makanan
yang disajikan agak berbau dan
hanyir yang boleh mengakibatkan
keracunan makanan kepada para
pelajar. Perkara ini perlu diambil
serius dan perlu ditangani oleh
pihak pengurusan.
Hal Ehwal Pelajar
Keselesaan murid di asrama dan
bengkel
4. ZAIRUL ASWADY BIN Asrama
ZAMRI Tandas tiada pintu
5. MAS AYU MEON Hal Ehwal Pelajar
Saya berharap pelajar-pelajar
6. AIMAN MUHARRAM boleh mengenakan pakaian selain
BIN ZULRAIDI dari baju melayu seperti kurta
apabila ke surau bersesuaian untuk
pelajar yang tidak mempunyai
baju melayu yang banyak.
Kokurikulum
Membina semula fasiliti sukan di
dalam KVSB seperti gelanggang
bersimen (bertutup) pelbagai
guna.
23
LAPORAN USUL IBU BAPA/PENJAGA PADA mesyuarat
AGUNG pibg KALI KE-31
Bil Pencadang Cadangan Tindakan
ASRAMA Telah dilaksanakan.
1 MAZLINDA BINTI Asrama perlu disusun
mengikut SOP dan aktiviti SELESAI
AHMAT melibatkan orang ramai
perlu dielakkan
2 NORAINI BINTI KURIKULUM TPA – Pihak kolej telah ambil
Tegaskan pembelajaran tindakan. Pelajar yang bermasalah
GHAZALI pelajar di dalam pdp telah dipanggil
untuk intervensi
SELESAI
3 SAZALI BIN HUSSAIN ASRAMA TPSA – Tidak dibenarkan kerana
iCadangan memboleh tertakluk dengan arahan KPM
kan pelajar asrama
berjumpa dengan SELESAI
ibubapa terutama di
hujung minggu dengan
Pematuhan SOP &
tempoh masa yang
ditetapkan.
4. NUR’ISME TUTY KURIKULUM Telah dilaksanakan.
Memberi penekanan yg SELESAI
LIZAWATI BT lebih pada penggunaan
bahasa inggeris utk
GENGER pelajar2 spt English day@
week dan aktiviti
berkaitan
5. SYED MOHD RIDAD ASRAMA TPSA- penyelenggaran sentiasa
dibuat setiap tahun di mana ianya
BIN SYED AHMAD Baiki tandas pelajar. dimasukkan di dalam laporan
penyelenggaraan bulan
Tandas pelajar aspura Disember.
ada yang tiada pintu, SELESAI
Telah dilaksanakan
ada yang tiada kunci
SELESAI
pintu.
6. SUHAILI BINTI ASRAMA
Menambah plug di
SHAMSUDIN asrama
7. NURJULIAWATI BINTI HAL EHWAL PELAJAR Telah dilaksanakan
SELESAI
AHMAD Cadangan pelajar dan
guru yang telah
24
mengambil 2 dos vaksin Telah dilaksanakan.
untuk hadir ke kelas SELESAI
secara fizikal
ASRAMA
i. Tekanan air di asrama
rendah
ii. Iron board
diperbaharui
8. NORAZAMUDDIN BIN KURIKULUM TPA – Koordinator telah
mengingatkan pelajar sebelum
MOHD TAMKIN Mohon guru mata
pelajaran memaklumkan kelas pdpr bermula
5 atau 10 minit awal akan
kelas pdpr yang SELESAI
diadakan samada kelas
ada atau pun tiada
9. MOHD HANIZAM BIN KOKURIKULUM Telah dilaksanakan
MOHD MORSIT Perkasakan aktiviti
kokurikulum
KURIKULUM TPA – Pensyarah telah
Kelas tambahan dan mengadakan bengkel dan kelas
motivasi untuk persediaan SPM untuk pelajar
persediaan SPM
SELESAI
10. MUHAMAD ZAMRI B. HAL EHWAL PELAJAR Telah dilaksanakan. Gotong
Keceriaan Kawasan royong sentiasa dilakukan di
DIMIATI Sekolah, kebersihan , peringkat kolej untuk kebersihan
kesihatan dan keceriaan sekolah.
11. ZAKARIA BIN YA ASRAMA SELESAI
Cadangkan buat spot Telah dilaksanakan
AHMAD check sebelum masuk
asrama dan keluar SELESAI
asrama.
25
KEHADIRAN mesyuarat ajk pibg sesi 2021/2023
2021 2022
29/12
BIL NAMA 25/5 22/7
1 En. Ahmad bin Abd Razak √
2 En. Khairul Annuar bin Jalaluddin √ √ X(M)
3 Datuk Haji Mohamad Isa bin Ishak √
4 Pn. Badariah binti Ahmad √ √√
5 Tn. Haji Rosli bin Shaffie √
6 En. Sharuddin bin Basri √ X X(M)
7 Pn. Nur Elyani Binti Azmi √
8 Pn. Atiqah Binti Amzn √ X(M)
9 Pn. Evelline Anak Egoh √
10 Cik Norfarrahdilah Binti Amir √ √ X(HAJI)
11 Pn. Nurfatin Asma’ Binti Ahmad Saifuddin √
12 Pn. Mazlinda Binti Ahmat √ √√
13 En. Mohamad Suffize bin Majid √
14 En. Mohamad Zambri bin Dmiati √ √√
15 En. Basir bin Atan √
16 Pn. Nurisme Tuty Lizawati bt. Genger √√
17 Pn. Che Rohani binti Ibrahim
18 Pn. Nur Baizura bt Sakura √√
19 Ts Kamarudin bin Hamat
20 Cik Siti Musliha binti Ahmad Nipih √√
21 En. Mohd Sazali bin Abd. Hamid
22 Pn. Nurul Hasanah binti Md Desa √ X (MC)
23 En. Mohd Firdaus bin Ab Rahman
XX
** M : Mesyuarat, K : Kursus, MC : Cuti Sakit
√√
√√
√X
√X
√√
√√
√√
√√
√√
√√
X (K) √
26
LAPORAN pencapaian aktiviti
kokurikulum sepanjang tahun 2021
SENARAI AKTIVITI PENCAPAIAN SUKAN DAN PERMAINAN KVSB 2021
NO AKTIVITI PERINGKAT PENCAPAIAN
1 SOFTBALL PERTANDINGAN KEMAHIRAN SOFBOL MSSD
MSSD GOMBAK 2021
ATAS TALIAN – 30/8/2021
Johan keseluruhan bagi kategori
bawah LELAKI 18 TAHUN dan
PEREMPUAN 18 TAHUN
PERTANDINGAN KEMAHIRAN SOFBOL MSSS
MSS SELANGOR 2021
ATAS TALIAN
17 Sept 2021 hingga 23 Sept 2021
Johan keseluruhan bagi kategori
bawah LELAKI 18 TAHUN dan
PEREMPUAN 18 TAHUN
PERTANDINGAN KEMAHIRAN SOFBOL MSSM
MSS MALAYSIA 2021
ATAS TALIAN
03 Oktober 2021 hingga 06 Oktober
2021
Keempat kategori P18 dan kelima
belas kategori L18.
27
SENARAI AKTIVITI PENCAPAIAN KELAB DAN PERSATUAN KVSB 2021
NO NAMA AKTIVITI PERINGKAT/
PENCAPAIAN
1 Kelab E-Sport Program Esport UNISEL PUBG CUP Kebangsaan
ATAS TALIAN - 29/04/2021 Penyertaan
PERTANDINGAN E-SPORT KOLEV Zon
VOKASIONAL / SM TEKNIK PERINGKAT Tempat Pertama
ZON SELANGOR/ WILAYAH & Ketiga
PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TAHUN
2021
ATAS TALIAN - 24/09/2021
2 Unit Bahasa PERTANDINGAN LAGU TRADISIONAL: Kebangsaan
PROGRAM SEMARAK SENI DAN Tempat Keempat
BAHASA MELAYU PERINGKAT
KEBANGSAAN
ATAS TALIAN - 3/8/2021
PERTANDINGAN BINTANG IRAMA Kebangsaan
MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH Penyertaan
PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN
2021 (NORMA BAHARU DALAM TALIAN)
ATAS TALIAN - 8/10/2021
PERTANDINGAN GURINDAM SEMARAK Kebangsaan
SENI BAHASA & BUDAYA MELAYU Naib Johan
PERINGKAT KEBANGSAAN 2021
ATAS TALIAN - 13/11/2021
PERTANDINGAN PUISI & LAGU SENI Kebangsaan
BAHASA & BUDAYA MELAYU PERINGKAT Ketiga
KEBANGSAAN 2021
ATAS TALIAN - 13/11/2021
PERTANDINGAN SYAIR SEMARAK SENI Kebangsaan
BAHASA DAN BUDAYA MELAYU Johan
ATAS TALIAN - 14/11/2021
28
SENARAI AKTIVITI PENCAPAIAN INOVASI 2021
NO NAMA AKTIVITI PERINGKAT/
1 UNIT SAINS PENCAPAIAN
INTERNATIONAL INVENTION Antarabangsa
INNOVATION COMPETITION IN
CANADA (ICAN2021) GOLD MEDAL
1/7/2021
Produk : Scipoly- Learning Science
Through Games
INTERNATIONAL ARSVOT MALAYSIA Antarabangsa
(IAM) 2021 SILVER MEDAL
ONLINE COMPETITION
10/04/2021
Produk : Scipoly- Learning Science
Through Games
2 TEKNOLOGI INTERNATIONAL ARSVOT MALAYSIA Antarabangsa
AUTOMOTIF (IAM) 2021 GOLD MEDAL
ONLINE COMPETITION
10/04/2021
Produk - Smart Power Window
3 TEKNOLOGI INTERNATIONAL ARSVOT MALAYSIA Antarabangsa
ELEKTRIK (IAM) 2021 GOLD MEDAL
ONLINE COMPETITION
10/04/2021
Produk - Smart Distribution Box
Darulaman International Innovation, Antarabangsa
Competition and Exhibition 2021 BRONZE AWARD
(DilCE’21)
7/6/2021
Produk - Smart Distribution Box
4 TEKNOLOGI PERTANDINGAN CABARAN DIGITAL Kebangsaan
ELEKTRONIK
AIRP - DRONE DJI TELLO COMPETITION TOP 10 ACHIEVER
09/06/2021
THE 10TH INTERNATIONAL INNOVATION, Antarabangsa
INVENTION AND DESIGN (INDES) GOLD AWARD
29
14/11/2021
Produk : Automatic Roller Rack 4.0
THE 10TH INTERNATIONAL INNOVATION, Antarabangsa
INVENTION AND DESIGN (INDES) GOLD AWARD
14/11/2021
Produk - Smart IOT Storage
5 TEKNOLOGI INTERNATIONAL ARSVOT MALAYSIA Antarabangsa
KIMPALAN (IAM) 2021 SILVER MEDAL
6 TEKNOLOGI ONLINE COMPETITION
PEMESINAN 10/04/2021
INDUSTRI
Produk – DC Smart ECM
PERTANDINGAN INTERNATIONAL Antarabangsa
VIRTUAL EXPO OF INNOVATION GOLD AWARD
PRODUCT & SYSTEM DESIGN (In VIDE
2021)
05/11/2021 hingga 08/11/2021
Produk – DC Smart ECM
PERTANDINGAN INTERNATIONAL Antarabangsa
VIRTUAL EXPO OF INNOVATION BRONZE AWARD
PRODUCT & SYSTEM DESIGN (In VIDE
2021)
05/11/2021 hingga 08/11/2021
Produk – Portable Rolling Bending
Machine
THE 10TH INTERNATIONAL INNOVATION, Antarabangsa
INVENTION AND DESIGN (INDES) GOLD AWARD
14/11/2021
Produk – Portable Lathe Chuck Cradle
PERTANDINGAN REKACIPTA & INOVASI Kebangsaan
KEBANGSAAN PRIN 2021 & HARI GOLD AWARD
MATEMATIK
07/09/2021 hingga 09/09/2021
Produk – Portable Lathe Chuck Cradle
30
7 TEKNOLOGI SISTEM PERTANDINGAN INOVASI Kebangsaan
KOMPUTER & PEMBANGUNAN APLIKASI MOBILE APPS
RANGKAIAN 2021 SILVER AWARD
Kategori Luar Talian (Offline)
01/03/2021 hingga 31/03/2021
Produk – Aplikasi PDPR MyKSKu
PERTANDINGAN INOVASI Kebangsaan
PEMBANGUNAN APLIKASI MOBILE APPS
2021 SILVER AWARD
Kategori Luar Talian (Offline)
01/03/2021 hingga 31/03/2021
Produk – Aplikasi Utask
TEKNOVASI 2021 - PERTANDINGAN Kebangsaan
TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENYERTAAN
PEMBELAJARAN ABAD KE 21
ATAS TALIAN - 07/05/2021
Produk – eLog OJT
31
SEKALUNG BUDI
Persatuan Ibu Bapa – Guru
Kolej Vokasional Sungai Buloh
Merakamkan Setinggi-Tinggi Penghargaan Dan
Jutaan Terima Kasih Kepada Semua Pensyarah
Dan Ibu Bapa Yang Terlibat Secara Langsung Dan
Tidak Langsung Atas Sumbangan Dan Kerjasama
Yang Diberikan Bagi Menjayakan Majlis Mesyuarat
Agung Pibg Kali Ke-32 Ini.
“Sehati Memacu Kecemerlangan KVSB”
32