The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najaa nadyrah, 2020-10-30 06:18:39

JIRAN E MAJALAH 1

JIRAN E MAJALAH 1

TH
COLLECTION

Edisi Pertama

JIRAN

Jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan
dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan
lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan
dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah
rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah
individu.

1

TH
COLLECTION

KELEBIHAN HIDUP
BERJIRAN

Mudah mendapat bantuan

Kita akan mudah mendapat bantuan jika kita menghadapi sesuatu
masalah. Seperti yang kita sedla maklum bahawa kehidupan kita
tidak dapat lari daripada perkara luar dugaan seperti kebakaran,
kemalangan atau kematian.

Semangat kejiranan yang terjalin

Semangat kejiranan akan mendorong jiran kita menjaga
keselamatan tempat tinggal kita. Jika jiran kita mendapati ada
orang yang tidak dikenali datang atau memasuki rumah kita
pada waktu kita tiada di rumah, jiran pasti akan menghubungi
kita.

Tolong- menolong

Kebaikan lain ialah jiran akan dapat membantu kita dalam
menjayakan majlis keramaian. Majlis keramaian yang kita adakan
kadangkala memerlukan bantuan jiran di sekeliling kita. Dengan
adanya bantuan jiran ini majlis tersebut menjadi ringan dan Berjaya
dilaksanakan.

2

TH
COLLECTION

Semangat yang terjalin juga membolehkan gejala negatif di tempat
tinggal kita dicegah. Jiran yang baik, pastinya dapat mendidik dan
menasihati anak mereka agar tidak melakukan perkara negatif
yang boleh mengganggu ketenteraman membuat bising dan perkara
berbahaya di kawasan kejiranan

Semangat perpaduan

Kelebihan berjiran membantu memupuk semangat
perpaduan dikalangan rakyat dalam Negara kita. Perpaduan
yang terjalin akan membolehkan rakyat hidup dalam keadaan
aman dan damai.

3

TH
COLLECTION

HAK HAK JIRAN

Jika ia meminta tolong kepadamu, engkau akan
menolongnya.

Jika ia meminta pinjaman, engkau akan
memberikan pinjaman kepadanya
Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan
memberikannya.

Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau
ucapkan tahniah kepadanya.

Jika ia ditimpa bahaya, engkau turut sedih
bersamanya.

Jika ia meninggal dunia, engkau turur
menghantar jenazahnya.

Jangan sesekali engkau meninggikan rumahmu
sehingga menyekat angin untuk sampai
kerumahnya kecuali dengan izinnya.

4

TH
COLLECTION

 Sentiasa mewujudkan suasana
kemesraan melalui usaha kenal-
mengenal dan hormat menghormati
antara satu sama lain. Antara caranya
dengan memulakan salam jika bertemu
dengan sesama Muslim atau ucapan
penghormatan yang baik jika bertemu
dengan bukan Muslim.

ADAB BERJIRAN YANG
PERLU DIAMALKAN SESAMA
JIRAN

 Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang
sedang mereka hadapi sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan,
kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan,pelajaran, , kewangan,
makan-minum, dan sebagainya.

 Tidak memandang rendah dan saling menghina sesama jiran, sebaliknya
hendaklah sentiasa hormat menghormati dan harga-
menghargai,termasuklah menghargai dan berterima kasih terhadap apa

jua pemberian,khidmat dan pertolongan yang diberikan.

5

TH
COLLECTION

Sentiasa menuturkan kata-kata Sentiasa merendahkan diri dan
yang baik dan menghormati berlemah-lembut dengan
mereka sebagai manusia.
mereka dan mengelak diri dari
Sentiasa bersedia memberikan bersikap takbur.
sebarang bentuk bantuan dan
Tidak menyakiti mereka
pertolongan yang diperlukan. samada melalui perkataan,

Menyayangi mereka seperti mana perbuatan atau sekadar
kita menyayangi diri kita sendiri. sangkaan buruk

6

TH
COLLECTION

Sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram,
sejahtera dan ceria dalam kehidupan berjiran. Faktor inilah juga
yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara

rukun-rukun kebahagiaan ialah ‘jiran yang baik’.

Sentiasa memelihara diri agar tidak melakukan sebarang
kesalahan dan kerosakan serta mencemar maruah dan
diri jiran, termasuklah terhadap isterinya,anak-anaknya,
harta bendanya dan lain-lain lagi.

Elakkan sikap terlalu suka mengambil tahu hal ehwal
peribadi dan keluarganya, kecuali setelah mereka sendiri

mengadu untuk mendapatkan bantuan kita untuk
menyelesaikannya.

Elakkan dari memerhatikan barangan atau apa sahaja
yang dibeli atau yang dibawa pulang ke rumahnya.

7

TH
COLLECTION

CIRI-CIRI
JIRAN

YANG BAIK

Kita wajib menolong jiran yang dalam
kesusahan walaupun mereka bukan agama

islam

Bertanggungjawab dan sentiasa prihatin
dengan jiran lain

Islam menyuruh kita memuliakan dan
menghormati jiran tetangga-hidup aman damai
jika wujud persefahaman dan kerjasama antara

jiran tetangga

8

TH
COLLECTION

AKTIVITI YANG BOLEH
DILAKUKAN SESAMA JIRAN

gotong royong

mengadakan aktiviti
hari keluarga

9

TH
COLLECTION

menikmati juadah sewaktu hari
perayaan, cth hari raya aidilfitri,

deepavali, hari raya cina

kunjung-mengunjung
dalam kalangan rakyat

melibatkan diri dalam aktiviti
sosial seperti persatuan atau

pertubuhan

10

TH
COLLECTION

HIKMAH MEJAGA
ADAB BERJIRAN

Keamanan dan Mewujudkan
keharmonian dapat suasana harmoni

dikekalkan Kehidupan
bermasyarakat
Melahirkan diberkati Allah SWT
masyarakat yang

penyayang

Mudah mendapat
pertolongan apabila berada

dalam kesusahan

11

TH
COLLECTION

AKIBAT

TIDAK

BERADA

DENGAN

JIRAN

Pelbagai perkara sering berlaku didalam kerukunan jiran tetangga. Selain dari sifat-
sifat baik yang ditonjolkan dalam pergaulan seharian yang melibatkan kejiranan,
terdapat juga segelintir masyarakat yang tidak tahu menghormati kejiranan serta
membuat kebaikan yang dapat mewujudkan keharmonian. Sifat paling ketara adalah

apabila tidak beradab dengan jiran.

Antara kesan apabila tidak beradab dengan

jiran adalah seperti berikut

 Tidak akan mendapat ketenangan hidup
 Berlaku perselisihan faham antara jiran

tetangga
 Merosakkan perpaduan dan

membangkitkan permusuhan dalam
kalangan masyarakat
 Terpinggir daripada masyarakat
 Sukar mendapat pertolongan ketika
kesusahan

12

TH
COLLECTION

Tidak akan mendapat ketenangan hidup

Apabila kita tidak beradab dengan jiran, kita tidak akan mendapat
ketenangan hidup apabila seringkali diselubungi rasa bersalah dan sering
mewujudkan perkara-perkara negatif di dalam minda hingga akhirnya
wujud pula masalah hati yang tidak tenang.

Berlaku perselisihan faham antara jiran tetangga

Perkara ini dilihat cenderung berlaku apabila diantara jiran, tiada komunikasi
yang baik malahan lebih membimbangkan apabila berlakunya fitnah dikalangan
masyarakat setempat yang melibatkan jiran tetangga. Adakalanya, permusuhan
itu tidak wujud dengan sendirinya tetapi berpunca dari perselisihan faham yang
tidak cuba dirungkaikan dengan pihak yang sepatutnya.

Terpinggir daripada masyarakat

Masyarakat tidak akan bergaul dengan jiran yang tidak
beradab dan tidak tahu menghormati hati dan perasaan jiran
tetangga. Selain itu, apabila tiadanya adab, maka kita akan
mengganggu ruang peribadi kejiranan kita.

13

TH
COLLECTION

Merosakkan perpaduan dan membangkitkan
permusuhan dalam kalangan masyarakat

Jiran yang tidak beradab akan lebih menjejaskan perpaduan dikalangan
masyarakat. Hal ini lebih mudah dilihat apabila tiadanya kerukukan diantara
jiran tetangga dan lebih buruk lagi apabila permusuhan dikalangan masyarakat
berpunca dari ketiadaan adab dari jiran tetangga yang berlainan agama. Perkara
yang melibatkan agama lebih mudah dibangkitkan menjadi permusuhan
dikalangan jiran tetangga.

Sukar mendapat pertolongan ketika
kesusahan

Jiran yang tidak beradab akan sukar mendapat pertolongan apabila
ditimpa kesusahan. Ini kerana, apabila kita tidak beradab, jiran-jiran tidak
akan mendekati dan tidak akan mengambil tahu hal ehwal kita.
Permasalahan ini berpunca dari sikap diri sendiri yang tidak tahu menjaga
adab baik melalui perbuatan mahupun tutur kata.

14

TH
COLLECTION

KESIMPULAN

Tuntasnya, jiran membawa erti orang-orang yang tinggal
berdekatan atau berhampiran dengan rumah kita. Semangar
kejiranan amat penting didalam kehidupan bermasyarakat. Ternyata
semangat yang kias pupus ini amat penting untuk terus diamalkan
kerana pelbagai kesan buruk yang akan terhasil jika masyarakat
masih belum sedar tentang kepentingan semangat kejiranan ini.
Pelbagai langkah dan anisiatif yang boleh dilaksanankan untuk

mewujudkan semual suasana yang positif ini.

Sekiranya pencegahan tidak dilaksanakan bagi membendung
gejala ini akan menyebabkan kepincangan dan kerosakan dalam
kalangan masyarakat kita terutamanya dan negara amnya. Ibarat

kata pepatah, ‘ Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya.’ Pepatah ini jelas mengajak seluruh masyarak bersama-

sama berusaha dan berganding bahu dalam memastikan
semangat kejirana tidak akan pupus dan terus diamalkan

sehingga masa hadapan.

15


Click to View FlipBook Version