The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku bergambar SMAWP 83-87 mengandungi gambar-gambar kelas dan aktiviti sekolah tahun 1983-1987 dan aktiviti alumni 83-87.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-60371925, 2021-10-21 04:07:59

SMAWP 83-87 DALAM KENANGAN

Buku bergambar SMAWP 83-87 mengandungi gambar-gambar kelas dan aktiviti sekolah tahun 1983-1987 dan aktiviti alumni 83-87.

Keywords: SMAWP

Luahan rasa
pengubat rindu

Dongak ke Langit

“Ku dongak ke langit, aku tunduk ke bumi, di hadapan bersatu.” Suara Amy Seach memecah kesunyian malam.

Kalau tidak silap, lagu ni dari album pertama kumpulan Seach sewaktu aku masih di tingkatan empat. Tiba-tiba aku terpukul
dengan beberapa persoalan. Macam mana aku boleh terlibat dengan rock kapak? Adakah haluan hidup aku akan berbeza
sekiranya aku ‘cikang’ dahulu?

Aku tersenyum sendiri. Lampu dari kereta hadapan menghilangkan lamunan aku sebentar. Aku terlihat papan tanda, Kuala
Lumpur 222 km. Aku baru melepasi bandar Gua Musang lebih kurang 30 minit sebentar tadi

“Masih jauh lagi”’ detik hatiku.
“Hati kita kini, bagai langit dan bumi.” Amy Search menamatkan lagunya.

Tiba-tiba nama Norjay terus terus melantun ke benakku. Aku terus menyalahkan Roy dan Man Bai yang menjadi pelopor
“rock” di sekolahku. Kalau bukan kerana mereka berdua yang memperkenalkan imej “rock”, pasti aku sudah lebih
mengenali Norjay pada masa itu.

Norjay merupakan warisan wanita melayu terakhir yang aku pernah kenal ketika itu. Gadis kecil molek yang berkulit hitam
manis itu memang menarik hatiku. Dia memiliki senyuman yang manis dan berlesung pipit di pipi. Pakaiannya yang
sederhana dan gaya jalannya yang sopan, memang sungguh memikat. Dia tidak seperti gadis-gadis lain yang suka berkain
senteng dan jalan terhenjut-henjut mengikut trend ketika itu.

Setiap hari aku mencari peluang memandang wajahnya. Sekiranya dia tidak kelihatan di kantin sekolah, aku akan menanti
kelas prep petang atau malam hanya untuk melihat wajahnya. Terubat rasa rindu yang menyesakkan dada. Kata orang
dulu-dulu kalau tidak dapat melihat dia, dapat melihat bumbung rumahnya pun, jadilah.

Pada suatu pagi Ahad, aku sedang mengulangkaji di kelas kerana aku akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia pada tahun itu. Sebenarnya tiadalah hendak mengulangkaji sangat pun, cuma Norjay selalu meluangkan masa di
kelas pada waktu-waktu begini. Tiba-tiba perut ku terasa lapar lalu aku bergegas ke kantin sekolah.

Saat aku melangkahkan kaki ke dalam bangunan kantin, aku terlihat Norjay sedang berada di kaunter bayaran. Keadaan
kantin kosong ketika itu. Hanya aku, dia dan abang kantin sahaja. Kaki ku kejang ketika itu. Berat rasanya untuk aku terus
melangkah. Masa seakan terhenti. Degup jantungku semakin deras. Abang kantin tu mengatakan sesuatu kepada Norjay
dan dia tersenyum. Luruh jantungku melihat senyuman itu.

Rasa cemburu melihat abang kantin itu berjaya membuat Norjay tersenyum. Mesti perkara ni dah selalu
berlaku.

“Abang kantin cuba mengurat Norjay dan aku mesti melakukan sesuatu” kata hatiku.

Aku sangat terdesak ketika itu. Ada pesaing yang muncul tiba-tiba. Aku menilai suasana ketika itu, kantin tidak
ada orang, Norjay pula bersendirian dan abang kantin dah mula menyucuk jarumnya. Berdasarkan ruang dan
peluang, mungkin ini masa yang paling sesuai untuk aku bertindak.

Aku menunggu sehingga urusan di kaunter kantin selesai dan Norjay mula bergerak ke arah pintu kantin di
mana aku berada. Peluh sejuk mula membasahi dahiku. Aku akan melakukan perkara yang tidak pernah aku
lakukan sebelum ini. Aku pasakkan kaki aku ke bumi. Aku bulatkan tekad. Aku buang segala pemikiran negatif.
Aku pandang keliling, masih belum ada orang lain. Norjay semakin hampir kearah aku. Dia kini memandang
aku. Debaran dadaku semakin hebat.

“Assalamualaikum” kataku agak terketar dari anak tekak.
“Waalaikumsalam.” Jawabnya dengan perlahan. Dia berhenti berhampiran aku.
“Nak tanya sedikit boleh?” tanyaku lagi. Debaran dadaku semakin kencang.
“Ehhhmm.” Jawabnya sambil menganggukkan kepala.
“Saya nak berkenalan boleh?” Tanyaku sopan.

Berubah riak wajahnya. Sekali lagi dia melontarkan senyuman. Aku hampir terjelepuk ke tanah ketika melihat
senyuman itu. Norjay berlalu sambil menundukkan wajahnya menghala ke pintu kantin. Mungkin dia
menyangka yang aku hanya bercanda.

“Nak kejar atau tidak?’ Hatiku bertanya

Tak kan aku nak kejar. Aku rock! Nanti kalau Garung atau On Choi nampak, mampus aku jadi bahan sampai
habis peperiksaan SPM. Aku biarkan dia berlalu menuju haluannya dan aku berjalan menuju arah kaunter
kantin.

“Lu punya awek ke?” Sapa abang kantin.

“Saja jer kacau, tak kan gua main awek. Gua rock bro. Tak main cintan-cintan ni.” Aku menjawab dengan ego
rock aku sambil menunjukkan tangan aku yang diikat dengan saputangan “key” dan ku tunjukkan simbol “Dio”.

Keluar dari kantin, mataku mencari-cari bayang Norjay sekiranya dia ada singgah di mana-mana walaupun
aku tahu pencarian aku pasti hampa kerana Norjay bukan jenis yang akan lepak di tepi-tepi kelas.

Masuk ke kelas, aku menghantukkan kepala ke meja. Aku telah melepaskan satu peluang keemasan untuk
mendekati Norjay. Aku tegakkan muka aku dan memandang papan hitam yang kososng. Kemudian aku
tersenyum menyedapkan hati. Sekurang-kurangnya aku telah memulakan langkah pertama dan Norjay
tidak menunjukkan penentangan terhadap maksud ku.

“Lu apasal lak senyum sorang-sorang?” Sapa Rahman yang berdiri di depan pintu kelas.
“Ehhh… tak de apa-apa. Aku teringat adik-adik aku kat rumah.” Cepat aku berdalih.

Nasib baik Rahman tidak terus menyoal aku. Dia bergerak ke tempat duduknya dan mula mencari buku di
dalam laci. Melihat Rahman yang tidak banyak soal, aku merasa lega.

Sekarang aku sudah memulakan langkah pertama. Semuanya nampak positif. Macam mana hendak
teruskan langkah seterusnya. Penat kepala aku memikirkan nya. Aku bersandar dan menutup rapat
mataku mencari ilham.

“Woiii… bangun! Bangun! Dah waktu makan ni!” Rahman mengejutkan aku.

Aku tertidur rupanya. Aku menggosok-gosokkan mata dan membetulkan rambutku. Kemudian aku bangun
mengikuti jejak Rahman menuju ke dewan makan. Strategi seterusnya masih buntu. Sambil berjalan
mengikuti Rahman ke dewan makan, otakku ligat berfikir perkara yang harus aku lakukan seterusnya.

Hari Sabtu minggu tu adalah merupakan hari keluar untuk pelajar lelaki. Sebaik sahaja selesai pemeriksaan
asrama aku terus mencapai kasutku dan bergerak dengan pantas untuk keluar. Sambil berjalan laju
menuju pintu pagar sekolah, sempat aku menjeling ke asrama puteri sambil memikirkan yang mana satu
agaknya bilik Norjay. Apa yang sedang dibuatnya sekarang.

Selesai menulis nama di buku keluar asrama, aku segera melintas jalan menuju ke perhentian bas. Aku
melihat Dyno, Garung dan On Choi dah sedia berada di sana.

“Cisss… cepat sungguh mereka ni bertindak” bentak hatiku. Aku sangka aku dah bergerak sepantas
mungkin, rupanya mereka lagi pantas.

“Bro, jom gi Pot Black” ajak On Choi.

“Gua nak balik rumah jap lah. Nak tengok adik-adik.” Pantas dan sopan aku menolak pelawaan
mereka.

“Lu bermalam ke?” Tanya Garung.
“Tak de lah. Gua nak balik kejap jer.” Jelasku.

Semasa di dalam bas kami merapu seperti biasa. Aku merasa lega kerana tiada lagi soalan-soalan
yang mungkin menyebabkan aku tersalah jawab.

Setibanya di Terminal Bas Seremban aku terus mengucapkan selamat bermain snuker kepada
sahabat-sahabatku dan terus menaiki bas SKS menuju ke Kuala Lumpur. Setiba di Pudu Raya aku
bergegas berjalan kaki ke Pasar Seni.

Aku kini mundar-mandir di Pasar Seni. Sudah tiga kali aku tawaf. Setelah pasti benda yang hendak
aku beli itu, aku menghampiri abang yang menjual di gerai itu.

“Bro, rantai tangan ni berapa harga?” Tanyaku sambal menunjukkan rantai tangan kesukaanku.
“Yang ni RM10 tapi kalau lu nak, gua bagi RM8.” Sahut abang tu.
“Nak engrave nama berapa?” Soalku.
“Biasanya satu huruf gua ambil RM0.50. Tapi sebab lu nak bagi awek, gua ambil RM10, lu tulis jer apa
lu nak.”Abang tu membuat tawaran.

Aku diam sejenak. Tawaran tu akan membuatkan aku jimat RM1 dan rantai tangan tu akan
menyebabkan aku berpuasa satu minggu. Macam mana pula dia tahu aku nak bagi awek?

“Oklah bro, gua ambil rantai tangan ni.” Tegasku.

“Lu nak engrave apa? Nah lu tulis atas kertas ni.” Tanyanya sambal menghulurkan kertas dan pen.
Aku mengambil pen tersebut dan menulis perkataan “KEJORA”. Abang tu melihat sambal menaikkan
ibu jarinya kepadaku. Selesai membayar aku menaiki bas pulang menuju ke sekolah. Kemudian baru
aku terfikir, macam mana aku nak beri rantai tangan tersebut kepada Norjay. Sekali lagi aku
hantukkan kepalaku ke tingkap bas yang sedang bergerak itu.

Kini telah sebulan aku simpan rantai tangan itu. Aku masih buntu macam mana hendak aku beri
pada Norjay tanpa saksi dan kawan-kawan yang akan mengutuk aku sampai bila-bila. Alangkah
baiknya sekiranya aku menjadi “cikang”. Buat rambut macam ombak sikit lepas

tu bebas bersosial dengan pelajar perempuan. Menjadi “Mat Rock” ada ego dan etika yang aku kena
pegang. Kena jadi macho dan tak boleh ada taman dalam hati.

Malam itu ketika sesi ulangkaji, Mie menyelongkar meja seorang pelajar perempuan dan membaca sajak
yang ditulisnya. Terdetik hatiku mungkin inilah caranya.

Keesokan harinya, aku pergi ke kelas 4H berpura-pura untuk berjumpa dengan seorang pelajar junior
sambil menjeling kedudukan Norjay. Sempat Norjay memandangku dan tersenyum. Esoknya aku ulangi
perbuatan yang sama dan aku dihadiahkan juga senyuman yang sama. Ketika itu aku sangat pasti tempat
duduk Norjay dan pasti juga senyuman mengalu-alukan aku ke hatinya.

Hari Sabtu malam minggu ketika minum malam, aku menyelinap ke sekolah yang sudah gelap ketika itu.
Berbekalkan lampu suluh aku masuk ke kelas 4H menjalankan operasi meletak rantai tangan bersama
sekeping kad. Aku tuliskan atas kad itu:

“Istimewa buat Mu
-Saya yang ingin berkenalan-“

Selepas operasi malam itu, setiap kali bertembung dengan Norjay, seperti biasa dia akan tersenyum dan
menundukkan pandangannya serta cepat-cepat ingin berlalu. Macamlah aku ini jin yang menakutkan. Dan
setiap kali itulah pandangan aku fokus ke tangannya untuk melihat sekiranya niatku bersahut.

Satu bulan yang seterusnya amat mengecewakan. Nyata Norjay tidak pernah memakai rantai tangan
tersebut. Aku juga melihat ke dalam laci dikelasku sekiranya ada kad atau nota dari Norjay, namun
semuanya hampa. Aku mula sedar diri. Nasib baik tiada seorang pun yang tahu rahsiaku. Kalau tidak
malunya aku. Kini tinggal sebulan lagi sebelum penggal sekolah berakhir. Bermakna selepas satu bulan ini,
aku tidak akan berjumpa Norjay buat selama-lamanya.

Sebulan itu jugalah aku mula mengelak setiap kali ternampak Norjay. Aku tidak tahu nak letak muka aku di
mana. Susah hidup sebagai jejaka perasan dan syok sendiri ni.
Sebulan yang menyiksakan itu berlalu dengan amat perlahan. Aku hanya menanti hari-hari akhir agar aku
tidak perlu bertembung dengan Norjay lagi. Agar aku boleh mengulangkaji dan menduduki peperiksaan
SPM dengan aman dan tenteram.

Hari terakhir tiba. Hari ini semua pelajar akan pulang ke kampung halaman masing-masing setelah
berakhir penggal persekolahan tahun 1987. Hanya pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 atas yang akan
terus berada di sekolah untuk menduduki peperiksaan SPM dan STPM.

Selesai mengerjakan solat Jumaat pada hari itu aku ke kelas utuk membawa pulang buku-buku aku ke asrama kerana aku pasti
selepas ini tiada siapa yang akan ke kelas untuk mengulangkaji. Aku memeriksa buku-buku aku dan mula menyusun ke dalam
kotak. Sesekali aku menyelak buku kerja untuk melihat sejauh mana aku sudah mengulangkaji. Sedang aku asyik melihat buku-
bukuku, tetiba terdengar ketukan di pintu kelas. Siapa pula yang ketuk-ketuk pintu ni. Teringat pula cerita-cerita hantu yang tidak
berkepala yang sering mengunjungi sekolah-sekolah berasrama.

“Assalamualaikum.” Sudah, hantu ni bagi salam pula, detik hatiku.
Aku berjalan kearah pintu dan mengintai dari celah tingkap. Ada orang rupanya, tapi apasal pula main bagi-bagi salam ni. Masuk
jer lah.

“Waalaikumsalam.” Jawabku sambil membuka pintu.

Aku tergamam melihat Norjay menghulurkan sekeping kad bersampul merah kepadaku. Kad tersebut ku sambut dengan kedua
tanganku. Kali pertama aku menatap wajah Norjay secara berdepan. Dia tersenyum seperti biasa tapi kali ini matanya menatap
mataku. Aku terpukau dengan senyuman yang berlesung pipit itu. Tangannya yang memegang sampul merah itu terkalung rantai
tangan yang pernah aku berikan dahulu. Pada waktu itu, aku merasakan seolah-olah berada dalam satu mimpi yang sangat
indah dan aku tidak mahu bangun. Biarlah aku terus tidur dibuai mimpi ini.

“Norjay nak bagi abang kad ini.” Kata Norjay memecah kebisuan.
“Ohh … terima kasih.” Jawabku.

Masih tidak percaya apa yang sedang berlaku. Masa seakan terhenti. Seronok di panggil abang oleh gadis idamanku. Aku masih
agak terkejut dan lidahku kelu. Tidak tahu apa yang hendak aku ucapkan seterusnya.

“Maaf bang, saya tak boleh lama. Mak dengan abah tengah tunggu dekat kereta.” Norjay memberitahuku.
“Tak nak kenalkan abang pada mak dan abah?” Tanyaku yang melihat Norjay mengejar masa.
“Ahhh?” Norjay tidak keruan mendengar permintaan aku.
“Tak de lah, abang main-main je.” Pantas aku menghilangkan kerisauan Norjay.
“Saya pergi dulu ye. Good luck untuk SPM.” Kata Norjay sambil menghadiahkan sebuah lagi senyuman.

Aku mengangguk dan membalas senyumannya. Kemudian aku melihat dia berlalu pergi. Dia berjalan kearah blok pejabat guru
dan sebelum menghilang di sebalik blok itu,

sempat dia melambai ke arah aku. Aku balas lambaiannya. Setelah dia menghilang, cepat-cepat aku
membuka sampul merah tersebut. Harum sungguh baunya. Ku baca tulisan yang terdapat pada kad
itu;

“Sambutlah tanganku kawan aku sedang tenggelam.
-Kejoramu-“

Di sebelah tepi kanan kad tersebut terdapat alamat dan nombor telefon rumahnya. Aku gembira
seumpama Eddie Lawson baru memenangi Grand Prix Motosikal. Tiba-tiba aku dipukul sedar. Aku
melihat sekeliling. Keadaan sekolah kosong. Aku menghela nafas lega kerana tiada saksi yang
melihat.

Aku terus kembali kepada kerjaku memasukkan buku di dalam kotak. Sedang aku membelek buku-
buku tersebut, jatuh satu nota. Aku mengutip nota tersebut dan membacanya;

“03269448 – CALL ME SOMEDAY
-Pat Benatar-
“Alamak, ada secret admirer pulak.” Detik hatiku.
“Rupa-rupanya aku ni lelaki idaman Malaya.” Hatiku mula berbunga.

Sambil mengemas buku, aku berfikir jalan mana yang akan aku ambil selepas ini. Mengejar gadis
yang aku idamkan selama ini atau biarkan dikejar oleh gadis yang mengidamkan aku.
Tiba-tiba lampu isyarat minyak kereta aku menyala. Aku tersenyum memikirkan kisah-kisah saat ku
dongak ke langit. Aku memusingkan kereta aku ke kiri masuk ke stesyen minyak sebelum
meneruskan perjalananku ke Kuala Lumpur. Kini kedengaran Awie pula yang menyanyikan lagu
Sejati.

Tajuk : KU DONGAK KE LANGIT
Karya : AINUL SYAMIL (SMAWP 83-87)

Cerpen ini adalah karya terakhir arwah sahabat kita Mohd Azam bin
Mohd Isa. Semoga diampunkan dosa-dosa arwah dan ditempatkan

dalam kalangan orang-orang beriman.

Buat sahabat syurga

Hampir empat dekad nan lalu Jauh kita mengembara Terima kasih tuhan
Di mata mu Di laluan waktu Kerana menemukan
Kulihat bunga-bunga Di garis usia Kami semula
Mekar berkembang Seakan terlupa aku Kerana silaturrahim ini
Menemani hari-hariku Pohon rendang itu Tidak akan pernah pudar
Dengan tenang, tulus, yang pernah kita berteduh dahulu.
Tersendiri Irena Rahmad
Pun begitu
Sahabat-sahabat syurgaku Yg Maha Pengasih itu Kuala Terengganu
Di bumi SMAWiP kita bersua masih memelihara silaturrahim ini
Dari serata Malaya Di alam maya 3.10.2021
Wajah-wajah naif riang kita kembali bertemu
Menadah ilmu dari sang guru Walau jasad jauh terpisah
Dengan satu visi kejayaan Mengutip kembali bait-bait kasih
sebuah persahabatan
Setengah dekad berlalu Yang pernah hilang
Berbekalkan ilmu, iman, amal
Terpisah jua kita Menitip sayang
Bertebaran di haluan sendiri lewat skrin di hujung jemari
Memburu cita Kulihat kembali
Membina jatidiri Bunga-bunga yg masih membugar
dan masa depan Seperti waktu dulu
Di matamu
Sahabat-sahabat syurgaku

KITA.... ANDAI DAPAT MULA-MULA
KUUNDURKAN MASA SEMUANYA KAKU
INGIN AKU DUDUK MEMBATU
KEMBALI KE SANA TERSIPU-SIPU MALU
MENJADI ANAK-ANAK REMAJA KAMU... KAMU
HIDUP RIANG GEMBIRA AKU... AKU
BERSAMA RAKAN-RAKAN SEUSIA BELUM KENAL BELUM TAHU
BERGELAR PENGHUNI ASRAMA LIDAH JADI KELU
DIAM MEMBISU
BILIK KITA
TIDAK SELUAS MANA LAMA-LAMA SEMAKIN BIASA
BERLANTAI KAYU BERTANYA KHABAR
BERNAKO KACA BERTUKAR CERITA
MEREPUT SINI SANA KE SINI KE SANA BERSAMA-SAMA
HANYA MENUNGGU MASA DULU SEORANG KINI BERDUA
KADANG BERTIGA
KATILNYA BERDUA-DUA KADANG BERLIMA
CUKUP TILAM BANTALNYA RAKAN SEBILIK CEPAT MESRA
CUMA YANG DI BAWAH
SELALU MENJADI MANGSA RUTIN ASRAMA
TEMPAT KENGKAWAN TIDAK SERUPA DI RUMAH
DUDUK MELEPAK SERBA SERBI KENA BERUBAH
PAKAT BERGELAK TIKA AYAM BARU BERKOKOK
KULIT KUACI HABIS SELERAK. DAUN PINTU SUDAH DIKETUK
"BANGUN...!!! BANGUN...!!!"
KITA DATANG DARI MERATA " SUBUH...!!! SUBUH...!!!"
SEKECIL-KECIL DESA BUNYI KATIL BERKERIUK-RIUK
HINGGA SEBESAR-BESAR KOTA SEMUA BANGUN TERBATUK-BATUK
SELURUH NEGERI CAPAI BALDI DI TEPI GEROBOK
SELURUH NEGARA SELIPAR DI KAKI LANTAS DISAUK.
DARI PERLIS KE SABAH SANA
LATAR KELUARGA BERBEZA-BEZA LAMA MENUNGGU DI BILIK MANDI
NAMUN HABIS BERSABUN NAK GOSOK GIGI
DI KEDIAMAN INI BILIK SEBELAH DAH BERTUKAR GANTI
KITA SERUPA YANG AKU INI
TAK GERAK-GERAK LAGI

KITA BERSIAP PERGI JEMAAH KINI SEMUANYA TELAH BERLALU
SOLAT DI MASJID HANYA TINGGAL KENANGAN SAYU
TAK BOLEH DI BILIK ASRAMA KITA YANG DULU DI SITU
ANDAI PETUGAS TANGKAP KINI MEROBOH SATU PERSATU
PENAT NAK MENJAWAB
DULU KITA ASALNYA MERATA
BALIK MASJID KE DEWAN MAKAN DARI DESA DAN JUGA KOTA
RAMAI-RAMAI KITA SARAPAN KINI KITA KEMBALI MELATA
KITA TEGUK KOPI SECAWAN MEMBAWA DIRI SERATA-RATA
HABIS LICIN BIHUN SEPINGGAN
SESEKALI DAPAT BERTEMU SEMULA
BERSIAP KE SEKOLAH SEMUA KENANGAN NAK DICERITA
TAK BOLEH LAMA-LAMA MAKLUMLAH...
NANTI LAMBAT LIMA TAHUN KITA BERSAMA
KENA TULIS NAMA BANYAK KISAH SUKA DUKANYA
CEPAT... !!! CEPAT...!!!
LOCENG DAH BERBUNYI...!!! JALINAN UKHWAH YANG KITA BINA
JANGAN HILANG BEGITU SAHAJA
SEKOLAH KITA TAK SERUPA ORANG DALAM HATI BIARKAN BERTAKHTA
SERBA SERBI KITA KURANG SEMOGA KEKAL SELAMA-LAMA
TAK ADA DEWAN
TAK ADA PADANG PADA KENGKAWAN
CUMA ADA TANAH SEKANGKANG YANG TELAH PERGI
NAMA KALIAN TERPAHAT DI HATI
TAPI KITA SEMUA HEBAT KAMI BERDOA SEHARI-HARI
PUNYA TEKAD PUNYA BAKAT SEMOGA SEMUA DIRAHMATI ILAHI
KITA JADI JUARA DEBAT
SEMUA PIALA KITA DAPAT ANDAI DAPAT KUUNDURKAN MASA
INGIN AKU KEMBALI KE SANA...

MAT ARIP

kota bharu 2.10.21

Dan masa pun terus
berputar...

persahNuatbauamh
t.ua..nn. tetap

Dusun Eco Resort Pahang...2010

Bukit Merah...2011

Raya di Bangi...

Nilai Springs.... 2015

Pantai Merdeka...2017

Pantai Merdeka...2017

Kuala Sg. Baru Melaka...2016

Seksyen 13 Shah Alam.....2019

Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah,
Kuala Kangsar....2018

Night Run Cyberjaya

jauh tapi dekat..

Makan Malam IKMAL....2019

Eco Murai Resort....2020

Aktiviti kempiskan perut n sebaliknya

Menyantuni sahabat.....

Kebun durian Awie, Taiping.... 2019

Rezeki dikongsi....Alam Budiman VS Kubang Badak

Berkongsi pengalaman..

Waktu susah
dan senang....





walau siapa pun kita sekarang...
sahabat tetap sahabat.....

Abdul Muen Abdul Razak Ahmad Iskandar Zulkarnain

Ahmad Kamal Ahmad Shazali Ahmad Nizam Ahmad Wafi

Aiman Arafat Azbir

Aziz Azridza Basir

Dzulkifli Eidey Elnemeiri Fauzi

Hasani Hassanain Haikal Hasri

Hazranshah Ismanazir Jamaludin

Khairul Khairul Mazmi Mahadi

Mohd Firdaus Mohd Kamal Azizi Mohd Khalil

Mohd Norrasyid Mohidin Mohd Rozi

Mohd Shahrul Mohd Soffi Mohd Yunus

Mohd Yusman Mustaffa Munawir

Nazarudin Nasrun Adil Nazmi

Nor Azizan Raja Ahmad Alkonee Rashdan

Rosdi Samsul Shamran

Suhaimi Yusof Wan Fakhrizan

Zaini Zalillya

Wan Zamakhshari

Zawawi Zubir Zulkifli

Adib Muliani Adzwati Amirah Kausar

Asmahwatii Azlina Azida Azizan

Ezanee Fara Iza Farah Niza

Haliza Hasmanira Irham Hameeda

Ismayuni Khoiriyah Marhainizlin Mas Azila

Mornini Muhaida Nazira

Nani Safinas Nidzra Norazlin

Nor Azlin Noraishah Noreita

Norhaliza Norimah Norizan

Nor Azila Nor Asimah Norfadhilah

Norzainah Norzakiah Nurulhuda Nurulkhair

Nursyamiza Paizah Razana

Rohana Rohati Rosmawati
Roslinah
Rodziah Rozita Rosliza

Rozaiah Rugayah

Roziaton Ruzian Sharina

Siti Arfah Siti Shahirah Wan Fauziah Wardiatul Fathi

Zaleha Zarina O Zarina M

sehingga tiba saat
pulang....



Belasungkawa

Harolizam bin Abu Hashim



Ozi Shahril bin Othman



Roslina bt Baghawi



Mohd Hanif bin Helmi



Mohd Hisyam Hafidz bin Jamaluddin



Zuraidi bin Talib



Suradi bin Mokhtar



Abdul Rahman bin Eusof



Sulaiman bin Zakaria



Mohd Azam bin Isa



Nor Azimah bt Ahmad Baharom

KITA YANG LALAI

Putaran waktu pantas berlalu
Dunia dikejar tak kira waktu
Selaut bahagia disangka kekal
Gunung harta terus dikejar
Amal ibadah terus ditinggal.

Uban memutih disalut inai
Skru perketat gigi yang tanggal
PRP rawat lutut longgar
Impian palsu terus dikejar
Cinta dunia semakin tebal

Ya Tuhan, kirimkan daku
Seorang sahabat menjadi asbab
Kampung akhirat jadi matlamat
Kenal syariat dan hakikat
Menjadi hamba yang taat.

Bentt Yusoff

Subang 10.10.21

Persatuan Alumni SMAWP 83-87

14014021216654

PCY Smart Design


Click to View FlipBook Version