The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by netson90, 2022-06-02 12:50:38

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

KUMPULAN 3

Pandemik COVID-19 telah
menimbulkan pelbagai isu
termasuk proses pelaksanaan
pendidikan di seluruh dunia

termasuk Malaysia.
Huraikan secara terperinci

berkenaan isu tersebut.

KELAS:DAT2B
SEMESTER/SESI:
SEM2 SESI 1 2020/2021

PROGRAM:
DIPLOMA AKAUNTASI
NAMA PENSYARAH:
PUAN LEEZAWATI BINTI SERON

1

JANET AK
JONATHAN
20DAT21F1067

STEVE SHAGIE
ANAK DEO

20DAT21F1021

PIENG CHEW NA
20DAT21F1031

2

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu kumpulan kami ingin
mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnia dan rahmat-Nya kumpulan kami dapat
menyelesaikan tugasan projek E-book pada semester
2 kali ini. Kumpulan kami ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pensyarah yang mengajar kami
iaitu Puan Leezawati Binti Seron kerana sama-sama
membantu kami untuk menyiapkan tugasan E-book
ini.

Kami juga ingin berterima kasih kepada ibu
bapa kami yang telah menyokong kami dari pelbagai
aspek malah sering memberi dorongan kepada kami
untuk terus berusaha dalam setiap cabaran yang
kami hadapi. Kami berharap dorongan ini dapat
membakar semangat kami dalam menempuhi liku-
liku kehidupan.

Seterusnya, kumpulan kami ingin berterima
kasih kepada rakan seperjuangan yang sama-sama
membantu kami menyelesaikan tugasan projek E-
book ini.Kami juga ingin mengucapkan terima kasih
terutama yang terlibat dalam menyiapkan tugasan
ini.

Akhir sekali, kami berharap E-book ini dapat
menambah ilmu pengetahuan kepada semua yang
membaca E-book ini terutamanya kepada generasi
muda. Kami berharap E-book ini dapat menjadi
sumber rujukan kepada semua orang.

3

ISI KANDUNGAN

OBJEKTIF 5-6
PENGENALAN
7-10

FAKTOR CABARAN 11-13

14-17 KESAN CABARAN

CARA MENGATASI 18-20

21-23 CONTOH ISU CABARAN YANG
BERLAKU DI MALAYSIA
KESIMPULAN
24-25

26 AKTIVITI PENGUKUHAN

SUMBER RUJUKAN 27-28

4

5

1. Dapat mengetahui cabaran yang dilalui oleh
pihak kerajaan dalam merangka strategi
terutamanya sektor pendidikan semasa
pandemik Covid-19 melanda.

2. Dapat mengenalpasti kesan yang bakal dialami
dalam sektor pendidikan semasa pandemik
Covid-19 melanda.

3. Mengenalpasti cara untuk mengatasi masalah ini
untuk meneruskan pembelajaran semua pelajar
di Malaysia.

4. Dapat mengetahui isu semasa yang timbul
semasa pandamik Covid-19

6

7

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia,
penularan wabak Coronavirus terbaru yang ditemui
di China iaitu Novel Coronavirus 2019 (COVID-19)
di seluruh dunia boleh
menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Ianya
juga menyebabkan spectrum gejala daripada
selesema biasa kepada radang paru-paru
(pneumonia) yang teruk. Virus ini merebak melalui
titisan dari hidung atau mulut apabila seseorang
yang dijangkiti COVID-19 batuk atau bersin. Titisan
ini merentasi objek dan permukaan di
sekelilingnya. Orang lain akan mendapat jangkitan
COVID-19 dengan menyentuh objek atau
permukaan ini, kemudian menyentuh mata, hidung
atau mulutnya. Sesorang itu juga boleh dijangkiti
COVID-19 jika mereka berada dekat dengan pesakit
COVID-19 yang batuk atau bersin atau melepaskan
titisan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
mengkategorikan situasi penularan COVID-19
sebagai pandemik kerana ianya merupakan
penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi
manusia dan merentasi kawasan luas hingga
melepasi sempadan negara dan benua, malah ke
seluruh dunia.

8

Pandemik COVID-19 ini memberikan kesan yang
buruk terhadap kesihatan, pendidikan, ekonomi,
kewangan dan lain-lain sehingga mengakibatkan
beberapa negara termasuk Malaysia mengambil
langkah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP). Rakyat dinasihatkan untuk terus kekal di
rumah, bekerja dari rumah (Work From Home),
pergerakan di luar rumah dihadkan, memakai
pelitup hidung dan mulut, kerap cuci tangan,
menjaga penjarakan sosial dan sebagainya sebagai
langkah-langkah pencegahan pandemik ini.

Penutupan institusi pendidikan tinggi dan
sekolah disebabkan oleh pandemik COVID-19 ini
telah memberi kesan terhadap struktur
Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) iaitu daripada
kaedah PdP secara langsung di institusi kepada
PdP secara atas talian secara sepenuhnya.
Mesyuarat Khas Menteri-menteri mengenai
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 16 Mei
2020 telah meluluskan cadangan Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan pengendalian
aktiviti akademik di kampus Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) semasa dan pasca PKP.

9

KPT menerusi kenyataan media bertarikh 27 Mei
2020 memaklumkan bahawa semua aktiviti PdP
hendaklah dilaksanakan secara atas talian sehingga
31 Disember 2020. Semua aktiviti PdP secara
bersemuka adalah tidak dibenarkan kecuali
beberapa kategori pelajar yang berkeperluan untuk
pulang ke kampus secara berperingkat bagi
melaksanakan PdP dengan mematuhi sepenuhnya
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan
dan mengutamakan langkah keselamatan serta
penjarakan sosial.

Pelbagai aplikasi atau platform digital yang

bersesuaian boleh digunakan seperti Whatsapp,

Google Classroom, Zoom, Webex, YouTube dan

sebagainya untuk meneruskan aktiviti PdP meskipun

dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

yang diarahkan oleh kerajaan. Kaedah PdP secara

atas talian ini menuntut komitmen dan kerjasama

daripada semua pihak terutamanya dari segi

pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknologi

maklumat, penyediaan peranti digital dan akses

capaian internet yang berkualiti serta penyediaan

kaedah penilaian yang bersesuaian bagi mengukur

pencapaian pelajar. Justeru itu, semua pihak haruslah

mempersiapkan diri bagi menghadapi norma baharu

iaitu kaedah PdP secara atas talian secara

menyeluruh semasa tempoh PKP ini demi

kelangsungan proses PdP pelajar. 10

11

1. Ibu bapa tidak membenarkan anak-anak mereka
turun ke sekolah kerana takut terjadinya
penularan antara pelajar.

➢ Hal ini kerana ibu bapa masih takut dengan
penularan wabak Covid-19 terhadap anak-anak
mereka semasa di sekolah.

2. Jumlah pelajar yang dibenarkan ke sekolah adalah
terhad kerana mengikut penggiliran kelas.

➢ Hal ini disebabkan pihak sekolah harus mengikuti
SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian
Kesihatan Malaysia.

3. Kes dalam Negara yang semakin meningkat

➢ Peningkatan kes Covid-19 ini menyebabkan pihak
kerajaan terpaksa melakukan tindakan drastik
dengan menutup semua sekolah di negara kita
untuk mengelakkan penularan ini terus menular
dalam kalangan pelajar dan guru.

12

4. Kelas secara fizikal terbatas

➢Banyak sekolah dan institusi pendidikan lain
mengambil pendekatan mengadakan kelas secara
dalam talian untuk meneruskan sesi pembelajaran.

5. Berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan(PKP)
dalam Negara yang menghalang para guru
berada di daerah atau negeri lain untuk datang
mengajar di sekolah.

➢Akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan
banyak guru terkandas di kampung halaman
mereka kerana pembatasan perjalanan dari daerah
lain ke daerah lain.

13

KESAN CABARAN

14

1. Penutupan sekolah berpanjangan beri kesan
amat besar

➢ Krisis COVID-19 meninggalkan kesan teruk
terhadap pendidikan kanak-kanak, terutama di
negara miskin.Selain hilang peluang belajar,
penutupan sekolah akibat Covid-19 menjejaskan
taksiran pembelajaran. Lebih separuh negara
terpaksa menangguhkan peperiksaan penting
dan ada yang terus membatalkan peperiksaan.
Pembatalan 2 peperiksaan utama UPSR dan PT3
pada April 2020 yang melibatkan seramai lebih
450,000 calon UPSR dan kira-kira 440,000 calon
PT3, justeru jika kerajaan mendedahkan hampir
satu juta calon terbabit ke sekolah bagi
menduduki peperiksaan berkenaan, pastinya
mereka berdepan risiko Covid-19.

2. Dilema capaian internet

➢ Malaysia juga tidak terlepas daripada bencana
ini. Hampir 36 peratus atau 1.8 juta pelajar tiada
akses pembelajaran dalam talian dengan pelbagai
faktor.Angka mencecah dua juta ini adalah
generasi muda yang dipinggirkan dan dinafikan
hak mereka kepada pendidikan, apatah lagi
hendak berbicara mengenai pendidikan yang
berkualiti.

15

3. Norma baharu dalam sistem pengajaran dan
pembelajaran

➢ Susulan penularan pandemik yang menjejaskan
kira-kira 1.5 bilion pelajar dan keluarga di seluruh
dunia, kerajaan pelbagai negara memilih kaedah
pembelajaran jarak jauh untuk mengatasi cabaran
itu dengan memperkukuh sokongan pada guru
serta menilai semula dasar pentaksiran dan
peperiksaan.Antara kaedah bagi meneruskan
pendidikan pelajar termasuklah menerusi
platform dalam talian, televisyen, radio dan
pemberian bahan pendidikan untuk dibawa
pulang ke rumah, namun menurut laporan badan
dunia itu, keberkesanannya berbeza antara negara
berpendapatan tinggi, sederhana dan rendah.

16

4. Dari Aspek Kewangan

➢ Ramai pelajar yang merasa terbeban
apabila mereka terpaksa mengeluarkan duit
untuk membeli data internet bagi
membolehkan mereka menghadiri kelas
dalam talian,peperiksaan dalam talian dan
juga menghantar tugasan.Bagi
membolehkan pelajar mengikuti kelas
dalam talian, ia memerlukan talian internet
yang laju,cepat dan tiada gangguan dan
untuk mendapatkannya murah.Masalah
akan jadi lebih rumit apabila tempat tinggal
mereka itu tidak mempunyai capaian
internet. Mereka terpaksa pergi ke tempat
lain semata-mata mendapatkan line yang
bagus.

5. Banyak pelajar tidak dapat mengikuti kelas
secara dalam talian

➢ Hal ini disebabkan kekurangan kemudahan
di rumah seperti laptop dan kemudahan
internet sehingga terpaksa tidak mengikuti
kelas secara dalam talian.

17

CARA MENGATASI

18

1. Pihak kerajaan perlulah memberi sumbangan alat
komunikasi untuk pelajar yang kurang
berkemampuan

➢ Sumbangan ini dapat membantu keluarga yang
kurang berkemampuan membeli komputer riba
untuk kegunaan pembelajaran atas talian.

2. Pihak kerajaan hendaklah menyediakan satu
siaran televisyen khas untuk program pendidikan

➢ Dengan ini, pelajar-pelajar di Malaysia dapat
mengikuti pembelajaran tersebut.

3. Pihak sekolah atau institusi pendidikan yang lain
perlulah sanitasi setiap peralatan di yang
digunakan oleh pelajar.

➢ Untuk mengurangkan risiko penularan Covid-19 di
sekolah dan institusi pendidikan yang lain.

19

4. Para guru digalakkan untuk mengambil
suntikan vaksin Covid-19

➢ Dapat mengurangkan risiko virus itu daripada
menyerang sistem utama badan terutamanya
paru-paru.

5. Para guru hendaklah menyediakan nota
softcopy untuk memudahkan pelajar
mendapatkan matlumat dan lebih
memahami topik yang dipelajari.

➢ Cara ini dapat mengurangkan sentuhan
fizikal sekali gus mengelakkan penularan
virus covid-19 dengan meluas.

20

CONTOH ISU CABARAN
YANG BERLAKU DI
MALAYSIA

21

22

23

KESIMPULAN

24

Kesimpulannya, pandemik Covid-19
sememangnya memberi kesan yang
mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia
kerana mereka membiasakan diri mereka
melakukan aktiviti yang di luar norma
kebiasaan mereka. Kita semua tidak tahu
bilakah Covid-19 akan hilang, tetapi adalah
menjadi tanggungjawab semua pihak untuk
memastikan virus ini tidak terus tersebar.
Para pelajar terutamanya, perlu bijak
menguruskan masa agar pembelajaran
mereka tidak terganggu dan memanfaatkan
teknologi yang ada agar keputusan mereka
tidak merosot disebabkan pandemik ini.

25

AKTIVITI PENGUKUHAN

1. Bilakah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dilaksanakan?
2. Apakah kesan yang dihadapi oleh kerajaan
dalam menguruskan sektor pendidikan?
3. Berikan 5 contoh isu cabaran yang berlaku di
Malaysia.
4. Pada pendapat anda, berikan cara pihak
Kementerian Pendidikan mengatasi masalah isu ini?

26

27

Buku

Internet

1.
https://www.researchgate.net/publication/34288

6967_PANDEMIK_CORONAVIRUS_COVID-
19_PEMBELAJARAN_DAN_PENGAJARAN_SECARA_ATA
S_TALIAN_SUATU_KEPERLUAN_DI_MALAYSIA
2.

https://www.sinarharian.com.my/article/144533/
BERITA/Nasional/Cabaran-pendidikan-semasa-
pandemik-Covid-19
3.

https://www.scribd.com/document/488872894/K
esan-Covid-19-terhadap-pendidikan

28


Click to View FlipBook Version