302
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
PSVK 3023
PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK-KANAK
PENSYARAH KURSUS: EN. KAMARUDIN BIN YUSOF
JABATAN SAINS SOSIAL
PERKEMBANGAN
KREATIVITI KANAK-
KANAK
PSVK 3023
NAMA : SUHANYA A/P M KANESAN
ANGKA GILIRAN: 2020122340066
KUMPULAN: I PISMP BAHASA MELAYU 3
UNIT ELEKTIF TERAS: PENDIDIKAN SENI VISUAL
AMBILAN: PISMP AMBILAN JUN 2020
NAMA KURSUS: EN.KAMARUDDIN BIN YUSOF
TARIKH HANTAR: 22 OKTOBER 2020
INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS
Nama : SUHANYA A/P M KANESAN Angka Giliran: 2020122340066
Nama Kursus: PERKEMBANGAN
Pensyarah:EN KAMARUDIN BIN YUSOF KREATIVITI KANAK-KANAK
Tarikh Hantar : 22 OKTOBER 2020
Tarikh Terima : 28 SEPTEMBER 2020
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar : Suhanya Tarikh : 22/10/2020
Perincian Maklum Balas Kerja Kursus
Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan: Kekuatan:
Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:
Pengesahan Pelajar Tarikh : 22 OKTOBER 2020
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)
Tandatangan Pelajar
TUGASAN 1
PORTFOLIO HASIL LUKISAN KANAK-KANAK
Tugasan 1: Portfolio (40 markah)
Secara individu, anda dikehendaki;
1.Menyediakan portfolio hasil seni – lukisan kanak-kanak mengikut peringkat perkembangan
Lukisan kanak-kanak menurut Herbert Read, Viktor Lowenfeld dan Laura H. Chapman.
2. Menganalisis teori perkembangan kreativiti terhadap lukisan kanak-kanak berdasarkan
faktor-faktor yang mempengaruhi hasil karya mereka.
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1. Profail diri 3
2. Tajuk Tugasan 5
3. Pengenalan 7
4. Teori Perkembangan Kreativiti Kanak-Kanak 8-9
5. Tokoh-tokoh Pendidik dan Pengkaji Lukisan Kanak-kanak 10-11
6. Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak 12-17
5. Hasil Lukisan Kanak-kanak 20-32
6. Rumusan Hasil karya dengan faktor-faktor yang merangsang dan 20-32
mempengaruhi kanak-kanak semasa menghasilkan lukisan.
34
7. Rujukan 35
8. Lampiran 1
1.0 Pengenalan
◦ Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi
peluang kepada murid memupuk minat,
memperkembang keperibadian, memberi
kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai
keseniandan alam sekitar serta kaitannya
dengan mata pelajaran lain.
◦ Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan
yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif
menerusi pemupukan asas seni visual.
❑Teori Humanis
❑Teori Psiko-analitik
❑Teori Gestalt
❑Teori Perkembangan
❑Teori Kognitif
Teori Psiko-Analitik
•Teori Psiko-Analitik diperkenalkan oleh Sigmund Freud.
• Pendekatan teori ini berdasarkan kepercayaan bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh proses
psikologi yang tidak sedar.
•Terapi psiko-analitik merangkumi teori perkembangan personaliti, falsafah sifat manusia(nature) dan
kaedah psikoterapi yang memfokus kepada faktor-faktor di luar kesedaran (unconscious) yang
mempengaruhi tingkah laku.
•Dalam konteks kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa interpretasi mereka terhadap
seni visual dan hasil karya mereka boleh mewujudkan perasaan dan emosi.
•Sehubungan dengan itu, penggunaan seni visual dalam rawatan mental dan emosi adalah sangat
penting bagi kanak-kanak. Ia dikenali sebagai kaedah psikoterapi.
Teori Perkembangan.
Santoock (2008), mentakrifkan
perkembangan sebagai
perkembangan sebagai perubahan
dalam corak biologi, kognitif dan
sosioekonomi yang bermula dari
peringkat percambahan hingga ke
akhir hayat.
Dalam bidang seni visual, Viktor Lowanfield dan Brittain
telah memperkenalkan teori perkembangan lukisan
kanak-kanak pada tahun 1982. Teori perkembangan
lukisan kanak-kanak yang diperkenalkan oleh Viktor
Lowanfield dan Brittain merangkumi enam peringkat
iaitu peringkat scribbling, peringkat preshematic,
peringkat schematic, peringkat drawning realism,
peringkat pseudonaturalistic dan peringkat adolescent
art. Perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak
boleh dikait rapat dengan aktiviti seni.
TEORI PERKEMBANGAN
Menurut Kamus Dewan, perkembangan didefiniskan sebagai aspek perubahan yang dihadapi
oleh seseorang individu. Santoock (2008), mentakrifkan perkembangan sebagai perkembangan
sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioekonomi yang bermula dari peringkat
percambahan hingga ke akhir hayat. Dalam bidang seni visual, Viktor Lowanfield dan Brittain
telah memperkenalkan teori perkembangan lukisan kanak-kanak pada tahun 1982. Teori
perkembangan lukisan kanak-kanak yang diperkenalkan oleh Viktor Lowanfield dan Brittain
merangkumi enam peringkat iaitu peringkat scribbling, peringkat preshematic, peringkat
schematic, peringkat drawning realism, peringkat pseudonaturalistic dan peringkat adolescent
art. Perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak boleh dikait rapat dengan aktiviti seni. Hal ini
kerana, aktiviti lukisan dapat membantu perkembangan individu kanak-kanak. Dalam pada itu,
perkembangan lukisan kanak-kanak berlaku secara teratur dan progresif bersamaan dengan
peringkat-peringkat kematangan. Model tokoh yang diperkenalkan ialah Viktor Lowanfield,
Herbert Read dan Laura H.Chapman.
Tokoh-tokoh
Pendidik dan
Pengkaji Lukisan
Kanak-kanak
Pelopor Teori Pekembangan Kanak-
kanak
VIKTOR LOWANFIELD HERBERT READ LAURA H.CHAPMAN
Viktor Lowanfield
•Viktor Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap
kanak-kanak dilahirkan kreatif
•Penyataan ini dibuktikan dengan hakikat sifat
semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka &
penuh dengan perasaan ingin tahu. Kanak-kanak
dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik
& berkembang mengikut fitrah semula jadi dalam
proses tumbesaran mereka
•Kebolehan dan minat kanak-kanak dapat dilihat
sejak kecil lagi dengan melalui hasil karya seni
visual terutamanya lukisan atau contengan yang
berfungsi sebagai alat komunikasi serta refleksi
pemikiran.
•Viktor Lowenfeld (1982), telah memperkenalkan teori perkembangan lukisan kanak-kanak
yang mengikuti peringkat-peringkat perkembagan fizikal, mental, sosial, intelek & estetik
kanak-kanak .
•Teori perkembangan lukisan kanak-kanak merangkumi peringkat umur dari 2 hingga 17 &
terbahagi kepada 6 tahap utama iaitu:
1. Peringkat contengan (2-4 tahun)
2. Peringkat pra-skematik (4-7 tahun)
3. Peringkat skematik (7-9 tahun)
4. Peringkat awal realism (9-12 tahun)
5. Peringkat penaakulan (12-14 tahun)
6. Peringkat remaja (14-17 tahun)
Herbert Read
◦ •Teori perkembangan lukisan kanak-kanak Herbert Read lebih kurang sama
dengan teori Sir Cyril Burt.
◦ •Teori lukisan beliau merangkumi 7 peringkat.
(A) Peringkat contengan (scribble 2-5 tahun)
(B) Peringkat garis (line, 4 tahun)
(C) Peringkat Simbolisme tersirat (descriptive symbolism, 5-6 tahun)
(D)Peringkat realisme tersirat (descriptive realism, 7-8 tahun)
(E) Peringkat realisme tersurat (visual realism ,9-19 tahun)
(F) Peringkat penindasan (repression, 11-14 tahun)
(G) Peringkat kebangkitan perasaan artisitik (artistic revival, 15 tahun)
Laura H.Chapman
• Teori yang diperkenalkan oleh Laura H. Chapman dalam
perkembangan kanak-kanak, terbahagi kepada tiga peringkat
iaitu peringkat manipulatif (2-5 tahun), peringkat membuat
simbol (6-9 tahun) dan peringkat pra-remaja (10-13 tahun).
• Menurutnya, faktor luaran seperti keluarga, persekitaran,
sosiobudaya, tempat tinggal, sekolah dan rakan sebaya pasti
akan memberi impak kepada perkembangan lukisan kanak-
kanak
I. Peringkat manipulatif (2-5 tahun)
◦ Contengan garisan tidak terkawal
◦ Contengan garisan terkawal
◦ Contengan rupa terkawal
◦ Contengan rupa
II. Peringkat membuat symbol (6-9 tahun)
-Peringkat simbolisme pertama (6-7 tahun)
-Peringkat simbolisme kedua (7-8 tahun)
- Peringkat simbolisme ketiga (8-9 tahun)
III. Peringkat Pra-remaja
FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI
LUKISAN KANAK-KANAK
Daya Persekitaran Rupa dan
imaginasi bentuk
Garisan, Media
warna
CONTOH HASIL SENI LUKISAN
KANAK-KANAK MENGIKUT
PERINGKAT PERKEMBANGAN
KANSK-KANAK
MENURUT VIKTOR LOWANFIELD, HERBERT READ, LAURA H.CHAPMAN.
PERINGKAT CONTENGAN ATAU SCRRIBBLING (2-5 TAHUN)
NAMA : HARISH RHAJ
UMUR : 2 TAHUN SEMASA MELUKIS HASIL KARYA INI
RUMUSAN HASIL KARYA (1)
Hasil lukisan (1) merupakan suatu lukisan peringkat Scribbling atau contengan
menurut. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan menghasilkan contengan secara
rawak tanpa kawalan. Pada peringkat ini, kanak-kanak menconteng disebabkan
pergerakan badan serta membangunkan koordinasi otot motor tangan. Menurut
tokoh-tokoh pengkaji teori perkembangan kreativiti hasil karya pada tahap ini
bersifat tidak realistik dan banyak menggunakan garisan untuk membentuk imej
lukisan. Faktor-faktor yang mempengaruhi hasil karya (1) ialah tidak mempunyai
objektif tertentu dan hanya bergantung kepada kepuasaan estetik mereka. Menurut
Viktor Lowanfield, Herbert Read dan Laura H.Chapman, kanak-kanak pada peringkat
ini akan menghasilkan pelbagai jenis garisan yang berulang-ulang. Hal ini kerana,
kawalan maskular kanak-kanak pada peringkat ini sangat lemah dan contengan
tersebut hanya sebagai suatu catatan kinestatik. Tujuan pengahsilan contengan
tersebutan adalah untuk keseronokkan diri sendiri.
PERINGKAT PRA-SKEMATIK ATAU PRESCHEMATIC (4-7 TAHUN)
NAMA : HARISH RHAJ
UMUR: 4 TAHUN
RUMUSAN LUKISAN (2)
Lukisan (2) merupakan hasil lukisan kanak-kanak pada peringkat Pra-Skematik ialah peringkat
dimana berlaku peningakat contengan kepada bulatan atau percubaan untuk melukis sesuatu
objek. Menurut Viktor Lowanfield, percubaan ini berlaku melalui penggunaan garisan. Apabila
melihat pada lukisan tersebut dapat dilihat bahawa lukisan imej pada peringkat ini berlainan
saiz. Apabila melihat pendapat Herbert Read peringkat ini dikateogrikan sebagai peringkat
penghasilan symbol dan kanak-kanak akan terpengaruh dengan keadaan persekitaran mereka.
Tambahan pula, pada peringkat ini lukisan yang dihasilkan mengikut skema atau konsep
tertentu. Justeru itu, faktor-faktor yang mempengaruhi lukisan kanak-kanak pada peringkat ini
ialah persekitaran dan daya imaginasi. Dalam pada itu, kanak-kanak pada peringkat ini, kanak-
kanak dipengaruhi oleh persekitaran mereka dan menterjemahkan apa mereka melihat dalam
bentuk lukisan. Herbert Read pula, menyatakan bahawa contengan kanak-kanak pada
peringkat ini terdiri daripada contengan bermakna, contengan tidak bermakna, contengan
meniru dan contengan sebahagian mengikut perkembangan kanak-kanak. Berdasarkan teori
Laura H.Chapman lukisan contengan merupakan suatu peringkat manipulatif yang terdiri
daripada contengan terkawal dan contengan tidak terkawal.
PERINGKAT SCHEMATIC (5-7 TAHUN)
NAMA : VAARSHAN RHAJ
UMUR : 5 TAHUN
TAJUK : RUMAH SAYA
RUMUSAN LUKISAN (3)
Menurut Viktor Lowanfield pada peringkat ini, tanda-tanda contengan mula hilang
dan bentuk-bentuk yang dihasilkan seperti rumah, pokok, matahari (Rujuk lukisan
3). Pada peringkat ini, seseorang kanak-kanak akan melukis berdasarkan daya
imaginasi mereka dan mengikut pemandangan di persekitaran mereka. Dalam pada
itu, lukisan pada peringkat ini tidak semestinya logik dan mempunyai makna
tertentu. Viktor Lowanfield juga menyatakan bahawa lukisan objek pada peringkat
skematik adalah berskala besar dimana ¾ ruang kertas lukisan dipenuhi sseperti
lukisan (3). Lukisan pada peringkat ini juga lebih berfokus kepada penghasilan imej
objek. Pada peringkat ini, penggunaan simbol dalam lukisan sangat berleluasa.
Menurut Viktor Lowanfield, simbol-simbol yang mereka lukis merupakan lambangan
apa yang mereka melihat melalui persekitaran mereka. Lukisan pada peringkat ini
ialah permulaan bagi pemahaman konsep perspektif dimana kanak-kanak melukis
gambar manusia atau objek-objek seperti rumah, kereta dan sebagainya.
PERINGKAT DAWNING REALISM /PENAAKULAN (7-9 TAHUN)
NAMA : ARISANA
UMUR: 8 TAHUN
TAJUK: BUAH EPAL
RUMUSAN LUKISAN (4)
Pada peringkat Dawning Realism, kanak-kanak akan melukis dengan mengekalkan
konsep dan skema tertentu dan berlaku perubahan secara realistik. Perubahan
pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti.
Contohnya, imej lukisan pada peringkat ini mula mengecil dari segi saiz dan mereka
mula menunjukkan sifat kritikal dalam hasil karya lukisan mereka. Kanak-kanak pada
peringkat ini akan menitikberatkan kualiti lukisan dan juga membandingkan hasil
karya mereka dengan rakan sebaya. Menurut teori perkembangan Herbert Read
lukisan ini merupakan suatu lukisan pada peringat Peringkat Realisme Tersirat (7-
9), dimana kanak-kanak akan berminat dengan sesuatu yang bersifat hiasan.
Mereka akan memasukkan unsur-unsur yang menarik dalam hasil lukisan mereka
sebagai hiasan. Apabila melihat, Laura H.Chapman pula, peringkat membuat simbol
(6-9 tahun), pada peringkat ini kanak-kanak menumpukan kepada imej yang konkrit
berbanding imej yang mereka lihat.
PERINGKAT PSEUDONATURALISTIC (10-12 TAHUN)
NAMA : KAVIPRIYA
UMUR : 10 TAHUN
TAJUK: PEKEBUN
RUMUSAN LUKISAN (4)
◦ Menurut Viktor Lowanfield dan Brittain, pada peringkat ini kanak-kanak
mula peka dengan konsep kedudukan dan saiz imej dan mereka akan
menitikberatkan lukisan menerusi imaginasi atau peniruan. Hasil lukisan
pada peringkat ini, jarang dikongsikan bersama rakan sebaya. Hal ini
kerana, mereka akan berasa malu jika hasil karya mereka tidak menarik.
Menurut Herbert Read pula, peringkat ini merupakan peringkat penindasa.
Pada peringkat ini, kanak-kanak akan menghasilkan lukisan yang
berkualiti tetapi belum mahir lagi dan kecewa kerana lukisan yang
dihasilkan tidak seperti yang diharapkan.
PERINGKAT ADOLESCENT ART IN HIGH SCHOOL (14-19 TAHUN)
NAMA: VAASINEI
UMUR: 15 TAHUN
TAJUK: PEMANASAN GLOBAL
RUMUSAN
Peringkat ini, kanak-kanak telah menguasai proses penghasilan karya seni dan penciptaan
objek. Kematangan kanak-kanak dapat dilihat dengan karya lukisan dengan pemilihan
bahan yang sesuai dan warna yang konkrit. Pada peringkat, kanak-kanak mula membuat
kritikan diri, idealistic dan matang. Hasil lukisan pada peringkat ini lebih bersifat
individualistik dan penciptaan objek baharu. Dalam peringkat ini, kanak-kanak atau remaja
akan menggunakan lukisan sebagai medium untuk meluahkan perasaan, emosi mereka.
Laura H.Chapman menyatakan bahawa lukisan pada peringkat pra-remaja merupakan
peringkat transisi kanak-kanak zaman remaja. Pada peringkat ini, remaja akan melukis
figura dengan saiz yang betul dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. Pelukis
karya tersebut, telah menggunakan kaedah perspektif bagi membezakan saiz imej dengan
konsep ruang. Faktor-faktor yang mempengaruhi lukisan remaja pada peringkat ini ialah,
Kesimpulan
Menurut Viktor Lowanfiield akttiviti seni dapat disesuaikan menikut perkembangan kreatif dan mental.
Dalam pada itu, aktiviti penghasilan lukisan mempunyai banyak faedah kepada seseorang kanak-kanak.
Tambahan pula, aktiviti lukisan dapat membantu kanak-kanak memperkembangkan :
❑Aspek Kognitif
❑Aspek Emosi
❑Aspek Kreativiti
❑Aspek Sosial
Sebagai guru Pendidikan Seni Visual, mereka seharusnya mengambil inisiatif untuk
memperkembangkan bakat kanak-kanak dalam aktiviti lukisan kerana mempunyai banyak faedah
kepada perkembangan kreaviti mereka.
Rujukan.
https://www.slideshare.net/ShanShanHon/pra-3106-perkembangan-kreativiti-kanakkanak
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/download/9629/6792/
https://www.researchgate.net/publication/280444657_KREATIVITI_DAN_KEMAHIRAN_KANAK-
KANAK_DALAM_MEREKA_BENTUK_PERMAINAN_DIGITAL_BAGI_TUJUAN_PEMBELAJARAN
https://www.slideshare.net/malBGN38/kajian-dan-analisis-lukisan-kanak-kanak
https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Ffdokumen.site%2Fdocument%2Finterpretasi-lukisan-
kanak-kanak.
Lampiran 1.