The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANGSAPURI TITIWANGSA BANDAR BARU UDA, JOHOR BAHRU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by linda.awaris, 2022-01-27 04:44:05

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI SISA DOMESTIK

PANGSAPURI TITIWANGSA BANDAR BARU UDA, JOHOR BAHRU

PANGSAPURI TITIWANGSA
BANDAR BARU UDA, JOHOR
BAHRU, JOHOR

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

KAJIAN TENTANG SISA DOMESTIK DI
PANGSAPURI TITIWANGSA BANDAR
BARU UDA, JOHOR BAHRU,
81200 JOHOR

NAMA:MUHAMMAD SYAHIR AQIF BIN SAIFUL
TINGKATAN: 1 ABQARI
GURU PENILAI: CIKGU HANIFAH BINTI

JAMALUDDIN

PENGHARGAAN

• PENGHARGAAN saya ingin mengucapkan
ribuan Terima Kasih kepada Guru mata
pelajaran Geografi, iaitu Puan Hanifah
kerana telah memberi peluang kepada saya
dalam melakukan kajian ini

• Tidak lupa juga ucapan Terima Kasih kepada
ibu bapa dan rakan-rakan yang banyak
membantu memberi panduan dan
bekerjasama sepanjang penghasilan kertas
kerja ini.

• Seterusnya saya juga meletakkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada penduduk
Pangsapuri Titiwangsa, Kakitangan Pejabat
Pengurusan dan responden yang banyak
membantu dalam menyiapkan tugasan ini

PENDAHULUAN

• Saya memilih tempat tersebut sebagai kajian, kerana
ia merupakan tempat tinggal saya dan adalah lebih
mudah untuk saya menjalankan kajian di sini.

• Saya mendapati adanya sistem pemungutan sampah
berjadual di kawasan ini, namun pembuangan sampah
tertumpu pada tempat tertentu sahaja yang
membuatkan longgokan yang berlebihan.

• Perkara ini, membolehkan saya membuat
pemerhatian dan kajian yang lebih menyeluruh untuk
menyempurnakan tugasan saya.

• Masa yang diberikan bersesuaian untuk saya
menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna untuk
mengumpul data dan rumusan.

• Saya bersyukur dan bangga kerana kajian saya ini
boleh dijadikan panduan bagi mengatasi masalah sisa
domestik di tempat tinggal saya pada masa hadapan

• Saya memilih untuk menjalankan kajian sisa domestik
di Kawasan tempat tinggal saya iaitu di Pangsapuri
Titiwangsa, Bandar Baru Uda.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khusus kajian ini bertujuan:-

1) Mendefinasikan konsep sisa dosmetik
2) Mengenal pasti jenis-jenis sisa domestik
3) Mengenal pasti punca-punca pembuangan sisa

domestik
4) Mengkaji kesan-kesan sisa domestik
5) Menyenaraikan Langkah-langkah

mengurangkan kesan pembuangan sisa
domestik

KAWASAN KAJIAN

Kawasan Kajian ialah tempat tinggal saya, Pangsapuri
Titiwangsa, Bandar Baru Uda. Ia terletak di daerah Johor
Bahru di Negeri Johor Darul Takzim.

Jarak Kawasan ini dari Bandar Johor Bahru adalah 9.1km
atau pun 14 minit melalui pemanduan kereta.

Kawasan ini adalah ‘prime area’, berdekatan dengan Masjid,
sekolah, pejabat-pejabat kerajaan, bank,-bank, Plaza Angsana,
Kawasan Perindustrian dan dikelilingi oleh rumah-rumah
kedai dan juga Taman-Taman perumahan lain.

KAEDAH KAJIAN

❖PEMERHATIAN

✓Saya telah menjalankan pemerhatian selama seminggu
bermula 20hb sehingga 27hb Januari ketika waktu pagi,
tengahari dan petang.

✓Tujuan adalah untuk mengumpulkan maklumat dengan
lebih terperinci.

✓Melalui pemerhatian, adanya sistem pemungutan
sampah sebanyak 3 kali di Kawasan Kajian iaitu pada
hari Ahad, Selasa dan Khamis.

✓Namun permasaalahannya adalah berlaku longgokan
sampah yang keterlaluan di tempat-tempat pembuangan
sampah yang tertentu.

KAEDAH KAJIAN

❖RUJUKAN

✓Saya melayari internet untuk mendapatkan
maklumat tentang kawasan kajian. Selain itu, saya
juga telah merujuk kepada buku teks muka surat
144 hingga 152 untuk mendapatkan maklumat
tentang kajian sisa domestik.

❖TEMUBUAL

✓Saya telah menemu bual beberapa responden untuk
mendapatkan maklumat berkenaan sisa domestik di
Kawasan Pangsapuri Titiwangsa.

✓Malahan saya juga menemu bual kakitangan Pejabat

Pengurusan Pangsapuri Titiwangsa untuk

mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

✓Terdapat beberapa kesan sisa domestik dan langkah-
langkah bagaimana mengatasi sisa domestik yang
lebih bersistematik

HASIL KAJIAN

❖KONSEP KAJIAN

• Menurut Wikipedia, sisa domestik ialah bahan buangan
yang dibuang dari Kawasan perumahan seperti sisa
makanan, plastik, kertas dan bahan terpakai.

❖JENIS-JENIS SISA DOMESTIK

Berdasarkan pemerhatian saya dan hasil soal selidik
Bersama 10 orang responden di Pangsapuri Titiwangsa, sisa
domestik di Kawasan ini, dikelaskan kepada 2 jenis iaitu:-

i) Bahan Organik – bahan yang boleh diuraikan dan
dilupuskan yang dihasilkan dari haiwan atau tumbuhan
iaitu sisa makanan, sisa kebun dan kertas. Sisa makanan
dan kertas merupan sisa buangan yang sering ditemui
di kawasan ini.

ii) Bahan bukan Organik – bahan yang sukar diuraikan
dan dilupuskan dan dihasilkan dari sumber mineral.
Bahan yang biasa ditemui adalah plastik, besi buruk,
kaca dan perabot lama

PUNCA- PUNCA
PERLONGGOKKAN / PEMBUANGAN

SISA DOMESTIK

Para Responden memberi pendapat tentang berlakunya
punca perlonggokan/pembuangan sisa domestic adalah:-

I. Walaupun adanya sistem pemungutan berjadual,
namun kontraktor yang menguruskan pemungutan
tidak mengikut jadual yang ditetapkan

II. Berlakunya perlonggokan sisa domestik yang
keterlaluan di sesetengah pusat pembuangan kerana
tertumpu kepada pusat pembuangan yang mudah
untuk diakses dan berhampiran ‘exit route’
walaupun berjauhan dari blok penduduk

III. Amalan dan tabiat yang mengambil jalan mudah
dengan membuang perabot-perabot lama di tempat
pembuangan sampah di mana sukar untuk di
uruskan kontraktor pemungutan atas sebab ruang
untuk menyelenggarakan

CONTOH PERLONGGOKAN
SISA DOMESTIK

Berdasarkan gambar pertama di atas menunjukkan
adanya perlonggokan sisa domestik yang berlebihan
sehingga tidak dapat menampung tempat pembuangan
yang sedia ada. Manakala gambar ketiga menunjukkan
tabiat penduduk yang mengambil mudah membuang
perabot lama, tilam lama dan bahan buangan kayu/besi di
tempat pembuangan

CONTOH PUSAT
PEMBUANGAN SAMPAH YANG

TIDAK DIGUNAKAN
SEPENUHNYA

Berdasarkan gambar di atas menunjukkan pusat pembuangan
yang telah disediakan tetapi tidak dimanfaatkan oleh
penduduk disebabkan masaalah untuk ekses menggunakan
kenderaan dan berjauhan dari ‘exit route’
Berbanding dengan gambar yang sebelumnya menunjukkan
longgokan sisa domestik yang berlebihan di pusat
pembuangan kerana lebih mudah disebabkan berdekatan ‘exit
route’

KESAN-KESAN
PERLONGGOKAN/PEMBUANGAN

SISA DOMESTIK

❖ PENCEMARAN

Menurut Buku Teks Geografi Tingakatan 1, kesan
perlonggokkan/pembuangan sisa domestic yang diaalami
oleh penduduk di sini ialah Pencemaran.

Jenis pencemaran yang dialami termasuklah pencemaran
bau berlaku apabila timbunan sisa domestic berlonggok dan
tidak diurus dengan baik

❖WABAK PENYAKIT

Perlonggokan/pembuangan sisa domestic, secara langsung
boleh membawa kepada penularan wabak penyakit yang
disebabkan oleh tikus, lipas, lalat dan nyamuk aedes.

Kawasan Pangsapuri Titiwangsa telah digazettkan sebagai
zon merah bagi Kawasan denggi. Jika berlaku hujan memang
akan berlaku wabak denggi di kawasan ini. Ini
berkemunkinan disebabkan sikap ambil mudah penduduk
yang sering membuang perkakas/perabot di Kawasan
pembuanangan yang boleh menyebabkan berlakunya
takungan air bagi pembiakan nyamuk aedes

3 LANGKAH MENGURANGKAN
PEMBUANGAN SISA DOMESTIK SECARA

BIJAKSANA DI
PANGSAPURI TITIWANGSA

✓Amalan 3R iaitu kurangkan (REDUCE), Guna semula
(REUSE) dan Kitar semula (RECYCLE), dapat
mengurangkan kesan perlonggokan/pembuangan sisa
domestik. Masyarakat seharusnya dididik untuk
memahami konsep tersebut. Selain itu, Pihak Pengurusan
Pangsapuri Titiwangsa juga harus menyediakan ‘Bin’ Kitar
Semula di setiap Kawasan pembuagan di mana penduduk
secara tidak langsung boleh dididik ke arah konsep
tersebut.

✓Pihak Pengurusan boleh berkejasama dengan Pihak
Berkuasa Tempatan untuk Menguatkuasakan undang-
undang berkaitan sisa domestik dengan mengenakan
denda dan hukuman bagi memberi kesedaran kepada
penduduk.

✓Gotong royong iaitu amalan saling membantu atau
Kerjasama. Amalan ini merupakan amalan yang harus
dipupuk di kalangan penduduk/masyarakat

RUMUSAN KAJIAN

✓Pembangunan ekonomi merupakan indikator yang
positif dari segi aspek sosio ekonomi penduduk
tetapi ia perlulah seimbang dengan pemeliharaan
dan pemuliharaan alam semula jadi. Jika kepentigan
alam diabaikan, penduduk akan menghadapi masalah
pencemaran dan wabak penyakit.

✓Pangsapuri Titiwangsa merupakan kawasan di ‘Prime
area’ dan berhampiran dengan bandar Johor Bahru.
Masalah sisa domestik tidak harus dipandang remeh
dan semua pihak harus berganding bahu untuk
menyelesaikan masalah perlonggokan/pembuangan
sisa domestik. Persekitran yang bersih amat penting
bagi menjamin masyarakat yang sihat dan cergas.

RUJUKAN KAJIAN

❑ Hisham Azman Bin Rahim dan Muhammad Khairun
Fitri Bin Ahmad (2017). Geografi Tingkatan 1.
Kuala Lumpur – Penerbit Era Visi Sdn Bhd

❑ https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sisadomestik
❑ https://anyflip.com/dlkrh/voqb/basic
❑https://ms.Wikipedia.org/wiki/gotong_royong_di_Ma

laysia
❑https://www.scribd.com/document/425884210/Kerja-

Lapangan-Sisa-Domestik


Click to View FlipBook Version