The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arif ali, 2023-03-08 12:20:26

PUISI TRADISIONAL MELAYU

PANTUN, SYAIR DAN GURINDAM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (AMBILAN JUN 2022 SEMESTER 1) KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (BMMB1104) DISEDIAKAN OLEH NAMA PELAJAR MUHAMMAD ARIF BIN MOHD ALI ANGKA GILIRAN 2022192310150 NO KAD PENGENALAN 031009-01-0929 KUMPULAN/UNIT PPISMP B7 KOD/ NAMA KURSUS BMMB1104/ KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU NAMA PENSYARAH EN. BADRUL HISHAM BIN GHAZALI TARIKH HANTAR 8 MAC 2023 TARIKH TERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH


ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN HALAMAN 1.0 PENGENALAN 1 2.0 JENIS-JENIS PUISI TRADISIONAL 2.1 SYAIR 2.2 PANTUN 2.3 GURINDAM 2-10 3.0 KESIMPULAN 11 4.0 RUJUKAN 12


PENGHARGAAN Syukur kepada Allah S.W.T , dengan izin-Nya dapat saya melaksanakan tugasan projek ini dengan jayanya bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di Institusi Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada En. Badrul Ghazali selaku pengajar kursus Pengenalan Sistem Ejaan Jawi Dan Rumi dengan kod subjek BMMB1104 yang banyak memberikan saya ilmu pengetahuan serta bimbingan dan nasihat dalam melaksanakan tugas ini hingga selesai sepenuhnya. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan saya yang sama-sama berjuang dan ahli keluarga yang banyak memberikan sokongan dan bantuan dalam melaksanakan kerja kursus ini. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan kerja kursus ini hingga selesai. Semoga segala pertolongan yang dihulurkan dibalas oleh Allah S.W.T dengan lebih baik.


1 1.0 PENGENALAN Sebagai orang Melayu, kita sudah pasti akan didedahkan dengan kesusasteraan Melayu. Sastera adalah cerminan pemikiran yang dihasilkan oleh sesuatu bangsa, sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis (Nazri Atoh & et al., 2020). Orang Melayu kaya dengan amalan budaya warisan yang telah dilaksanakan sekian lama wujud dan diperturunkan nenek moyang dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Bidang kesusasteraan Melayu bersifat sastera, baik dalam bentuk tulisan atau lisan dan dalam bentuk cerita dan bukan cerita (Harun Mat Piah, 1986). Puisi Melayu tradisional telah lama wujud sejak dahulu lagi. Menurut Faezah Kassim (2018), orang Melayu dan puisi tradisional sememangnya tidak dapat dipisahkan sejak dahulu lagi. Puisi Melayu tradisional ini mempunyai 4 jenis iaitu syair, pantun, gurindam, dan seloka. Setiap jenis ini mempunyai ciri-ciri yang berlainan, cara dendang yang berbeza, dan sebagainya. Oleh sebab itu, tugasan kali ini akan mencipta puisi Melayu tradisional.


2 2.0 JENIS-JENIS PUISI MELAYU TRADISIONAL 2.1 SYAIR Syair juga merupakan sebahagian daripada puisi tradisional. Menurut Safa (disitasi oleh Nady Al-Adab, 2019), syair yang dinyanyikan mempunyai ciri-ciri penyair dengan perasaannya dan dari dalam dirinya ke dalam bentuk yang mudah dengan menggunakan ilmu kaedah penyair. Syair merupakan sejenis puisi yang berlagu. Syair berasal daripada perkataan “syir” yang membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik. Antara fungsi syair adalah dijadikan sebagai hiburan, digunakan dalam majlis - majlis perkahwinan, dijadikan nyanyian, menyampaikan pengajaran dan sebagainya.


3 Berikut merupakan hasil ciptaan syair bertemakan pengalaman hidup yang dicipta oleh penulis : Hidup ini penuh suka dan duka Tidak ku ketahui hujung pangkalnya Tetap terus berusaha dan berdoa Agar hidup terus bahagia Liku-liku hidup membuat diri semakin dewasa Membuat ku sedar waktu itu berharga Harus ku manfaatkan sebaik-baiknya Penuh dengan kebaikan dan cinta Kegagalan selalu hadir sebelum aku berjaya Tidak pernah aku menyerah dan berputus asa Percayalah bahawa Tuhan sentiasa ada Maka kau pasti kuat dan cekal menghadapinya Tetap syukur semua yang Maha Kuasa berikan Hidup ini penuh dengan pengorbanan Namun takdir sudah ditetapkan Tetaplah syukur nikmat kehidupan yang diberikan Usaha tidak mengenal jemu Menjalankan tugas selagi mampu Sentiasa belajar dahagakan ilmu Tugas sempurna kejayaan dipacu


4 Pemikiran berdasarkan syair bertemakan pengalaman hidup telah dihasilkan oleh penulis : Berdasarkan syair yang diciptakan oleh penulis, keseluruhan konteks di dalam syair tersebut mengisahkan tentang kehidupan penulis yang sentiasa dipenuhi cabaran dalam setiap perkara yang dilakukan. Pengalaman pahit dan manis yang dilalui oleh penulis menjadikan dirinya semakin dewasa dari segi pemikiran dan juga tindakan. Penulis khuatir jika dirinya membuatkan orang di sekeliling tidak selesa. Selain itu, penulis juga menasihatkan umum supaya sentiasa berusaha walaupun ada kalanya terasa penat. Hal ini kerana usaha yang di diiringi dengan doa pastikan akan memberikan kejayaan yang manis. Kesimpulan daripada syair di atas, kita perlulah sentiasa berusaha serta memperbaiki diri menjadi lebih baik agar kehidupan sentiasa bahagia walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.


5 2.2 PANTUN Menurut Fauzi Abdullah (2019), pantun menjadi kebanggaan masyarakat Melayu sejak dahulu lagi dan pantun dianggap sebagai karya agung kesusasteraan Melayu. Pantun ini dapat memperlihatkan mentaliti dan nilai-nilai masyarakat tradisional Malaysia. Antara fungsi-fungsi pantun ini adalah digunakan untuk hiburan atau sebagai bahan jenaka, sindiran, melepaskan rindu dan kasih sayang, dan sebagainya. Pantun juga digunakan dalam aktiviti sosial masyarakat seperti dalam aktiviti kesenian, keagamaan, dan kebudayaan. Perkataan-perkataan yang terdapat dalam pantun melambangkan cara pemikiran penutur yang luas. Antara pemikiran di dalam pantun adalah tentang kewujudan, ilmu pengetahuan, tingkah laku dan akhlak manusia dan sebagainya.


6 Berikut merupakan hasil ciptaan pantun bertemakan pendidikan yang dicipta oleh penulis : Kata manis ucap di bibir Tetaplah selalu amanah Semoga wabak cepat berakhir Hati ini sudah mula rindu sekolah Dayung sampan pergi ke hilir Mengail ikan guna joran Ilmu itu sentiasa mengalir Malu bertanya sesat jalan Nenek di kampung menternak angsa, Terbang angsa tercabut bulu, Guru itu pendidik bangsa, Memberi ilmu keutamaan selalu. Berjalan kaki hingga lelah Usai berjalan terasa kesal Masa rajin ke sekolah Di hari tua pasti tidak menyesal Baju dipakai berwarna biru Kerana ingin pergi ke bandar Dengarlah nasihat guru Supaya menjadi murid pintar


7 Pemikiran berdasarkan pantun yang telah dihasilkan oleh penulis : Berdasarkan pantun di atas, penulis menyatakan rasa rindunya akan suasana persekolahan seperti dahulu kala di mana penulis dapat menikmati masa belajar bersama rakan-rakan dan juga guru secara bersemuka, Hal ini kerana wabak Covid 19 yang melanda menyebabkan sekolah terpaksa ditutup dan perlu belajar secara dalam talian. Hal ini membuatkan penulis terasa bosan ketika belajar, Selain itu, di dalam belajar tidak perlu ada rasa malu. Sekiranya malu sudah pasti segala ketidakfahaman tidak menjumpai jalan penyelesaian . Apabila kita berguru dalam menimba ilmu, kita mestilah menghormati guru agar ilmu yang disampaikan mudah untuk difahami serta kekal di dalam kotak pemikiran. Kesimpulannya, pendidikan merupakan satu perkara yang sangat penting di dalam kehidupan kerana dengan pendidikan, kita dapat mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan yang sudah pasti berguna di masa hadapan.


8 2.3 GURINDAM Gurindam juga merupakan sebahagian daripada Puisi Tradisional Melayu selain daripada, pantun, syair, dan seloka. Gurindam biasanya terdiri daripada sebuah ayat majmuk yang dibahagikan kepada dua baris bersajak atau berirama. Gurindam terdiri daripada dua baris dan mengandungi ciri sebab dan akibat pada baris pertama dan kedua. Gurindam secara amnya bertujuan untuk menyatakan suatu nasihat atau kebenaran dengan cara pendek (Raja Haji Ali, 2022). Selainnya, gurindam ini juga digunakan untuk tujuan pendidikan dan hiburan, ia juga boleh dijadikan sebagai alat komunikasi antara ahli masyarakat, dan sebagainya.


9 Berikut merupakan hasil ciptaan gurindam bertemakan ilmu yang dibuat oleh penulis : Sifat pemalu itu perlu Tetapi dalam menimba ilmu jangan pernah malu Menuntut ilmu adalah kewajipan Kerana ilmu pelita kehidupan Tuntutlah ilmu sehingga mati Agar hidup sentiasa dihormati Belajarlah tanpa rasa puas Kerana ilmu itu sangat luas Jangan pernah lelah dalam menimba ilmu Kerana ilmu penuntun kehidupanmu


10 Pemikiran berdasarkan gurindam yang telah dihasilkan oleh penulis : Berdasarkan gurindam di atas, Ilmu sangat penting dalam kehidupan manusia, karena ilmu menggalakkan manusia untuk memahami dan memanfaatkan alam sekitar, meningkatkan kesejahteraan, dan memecahkan masalah yang ada di masyarakat. Ilmu juga mengajar manusia untuk mencapai kemajuan dalam berbagai bidang, seperti teknologi, kesihatan, dan pendidikan. Dalam Islam, ilmu juga sangat dihargai dan dianggap sebagai ibadah yang mulia. Nabi Muhammad SAW bersabda bahwa "Mencari ilmu adalah kewajipan bagi setiap Muslim", sehingga menunjukkan betapa pentingnya peran ilmu dalam kehidupan seorang Muslim. Kesimpulannya, ilmu adalah sangat penting dalam kehidupan kerana dengan ilmu dapat mengajar manusia untuk hidup dengan lebih bertamadun.


11 3.0 KESIMPULAN Dapat disimpulkan bahawa puisi tradisional ini mempunyai pelbagai jenis,ciri yang berbeza dan sebagainya. Puisi Melayu tradisional ini bukan sahaja mempunyai unsur linguistik yang indah dan puitis, namun perkara tersebut mempunyai banyak fungsi dan faedah yang memberi kebaikan kepada individu, masyarakat, mahupun negara. Oleh sebab itu, kita sebagai orang Melayu haruslah memelihara khazanah ini daripada hilang dek ditelan zaman dan Puisi Melayu tradisional ini perlulah didedahkan kepada generasi muda agar mereka dapat membawa khazanah ini ke masa hadapan. Semua pihak diharap agar dapat belajar dan mendedahkan diri mereka dengan Puisi Melayu tradisional ini agar dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang baharu dan menjadi manusia yang berpengetahuan luas.


12 4.0 RUJUKAN Unknown. (2015, May 27). Karya Agung Melayu: PEMIKIRAN DALAM PANTUN MELAYU. Karya Agung Melayu. http://kakikarya.blogspot.com/2015/05/pemikiran-dalam-pantun- melayu.html Atoh, N., Ramli, S., Arifin, Z., & Idris, Z. (2020). Konsep puisi tradisional antara kesusasteraan Arab dengan kesusasteraan Melayu. SIBAWAYH Arabic Language and Education, 1(1). http://ojs.upsi.edu.my/index.php/SIBAWAYH/article/view/3762 Liputan6.com. (2020, November 10). Syair adalah Puisi Lama, Pahami Ciri-ciri dan Contohnya. Liputan6.com. https://hot.liputan6.com/read/4404553/syair- adalah-puisi-lama-pahami-ciri-ciri-dan-contohnya Kassim, F., & Yaacob, N. H. (2018). Tradisi “Merantau” Masyarakat Melayu Berdasarkan Puisi Tradisional(Pantun): The Tradition of “Merantau” in the Malay Society based on Traditional Poetry (Pantun). Perspektif Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 10(3), 123–135. http://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/1799 Saliminasarudin. (n.d.). Hello: DEFINISI , CIRI DAN FUNGSI GURINDAM. Hello. http://salimieimy.blogspot.com/2012/06/definisi-ciri-dan-fungsi- gurindam.html


Click to View FlipBook Version