PUISI
MODEN
1
pelangi langit
cahaya
awan
pokok
Lembah/ gunung
dataran
matahari
2
Definisi Sajak
SN Muhammad Haji Salleh (1988)
Satu puisi moden yang lebih bebas pengucapannya,
tidak terikat atau menyalin bentuk tradisional serta
membawa pandangan hidup manusia moden.
Shamsudin Othman (2000)
Satu karangan berangkap yang bebas dari ikatan
bentuk puisi tradisional dengan gaya (stail) yang
lebih terbuka, kabur, bersimbolisme dan membawa
pemikiran sejagat.
3
TEKNIK MENGHASILKAN
SAJAK
1. TEKNIK PELUKISAN ALAM
2. TEKNIK INTIPATI TEKS
4
TEKNIK PELUKISAN ALAM
• Mencari idea/ ilham dengan membuat
lakaran-lakaran (sketch)
ATAU
• Merenung dan menghayati gambar yang
sesuai
• Memindahkan idea tersebut ke dalam bentuk
kata-kata dan perasaan
5
PEMILIHAN KATA [DIKSI]
– Merujuk KAMUS untuk mencari kelainan kata
nama/ kata kerja/ kata adjektif/ gelaran.
– Contoh:
Pokok-pokok – pepohon/ cemara
burung – camar
pelangi - bianglala
6
Melakar idea tentang laut
7
Burung/ Pelangi/
camar bianglala
Ikan/ matahari
gelama gunung
Ketam Pokok/
pohon/
cemara
8
MENCIPTA KATA-KATA [DIKSI]
– Mencipta baris kata-kata yang terhasil
daripada gambar.
– Keaslian metafora (M) dan personifikasi (P)
sehingga membentuk;
• Frasa; (M) – pohon asmara / (P) – kata
matahari
• Baris; pohon asmara di hujung laut
• Rangkap
• Kesatuan idea (cerita)
9
MEMBINA RANGKAP SAJAK
• Aturan rangkap sajak bergantung
kepada
– Keupayaan membina cerita/ wacana
– Kepadatan idea (KESATUAN)
– Kelancaran pemikiran (difahami)
Contoh;
“Wahai pohon asmara yang sepi di hujung laut
mengapa diam meski desir sering berbisik?”
kata matahari saat resah didamba duka
…………..
10
SEBUAH SAJAK LENGKAP
Sajak yang lengkap perlu memiliki;
i. adunan SATU CERITA
ii. kata-kata terbaik (kuasai gaya bahasa)
iii. cerita bersifat sejagat (pengalaman yang
dapat dirasai bersama-sama)
iv. Harmoni
11
TEKNIK INTIPATI TEKS
• Cara ini memerlukan seseorang memilih
teks bacaan yang menguja perasaannya.
Terkesan daripada pembacaan,
seseorang itu, mengungkapkan kemudian
memindahkan idea tersebut ke dalam
bentuk puisi.
• Cara ini lebih dikenali dengan istilah
DEDIKASI.
12
PROSES PENGHASILAN
• Membaca teks (sebuah cerita)
• Menyunting (memotong dan menyaring)
inti pati cerita
• Menyusun inti pati- inti pati menjadi cerita
berangkap
• Mengubah inti pati kepada diksi sajak
• Susun kombinasi diksi ke dalam bentuk
baris sehingga membentuk rangkap
13
Contoh Penghasilan
• Pada bulan julai dua tahun lalu, saya
bersama-sama dua orang teman telah
menghabiskan cuti di Turki. Di sana saya
dapat menikmati keindahan alam, bermain
salji, dan menikmati udara segar selat
Bourparus.
14
Mencari inti pati teks
• Pada bulan julai dua tahun lalu, saya bersama-
sama dua orang teman telah menghabiskan cuti
di Turki. Di sana saya dapat menikmati
keindahan alam, bermain salji, dan menikmati
udara segar selat Bourparus.
15
Inti pati idea
• julai dua tahun lalu,
• dua orang teman
• cuti di Turki
• keindahan alam, bermain salji, dan menikmati
udara segar selat Bourparus.
16
Mengubah inti pati kepada diksi
sajak
HASIL GUBAHAN DIKSI
Julai yang manis
kau menikmati semahunya
tanah Turki dan Selat Bourparus
dingin salji menggigit nikmat
sedang aku masih tertegun
mentafsir mimpi yang tak terbayangkan
17
SAJAK LENGKAP 18
Julai Yang Manis
Saat menikmati semahunya
tanah Turki dan selat Bourparus
aku tertegun digigit dingin salji
sedang kau masih mentafsir mimpi
yang tak terbayangkan.
Shamsudin Othman
Madrasah Sham al-Johori.
(Dewan Sastera. Julai 2006)