1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU [SK]
KERJA KURSUS
BMMB1104: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
TAJUK
TUGASAN 1 (Individu): PENGHASILAN PRODUK – (30%)
NAMA PELAJAR : LESSIE ETAU ANAK ABU
ANGKA GILIRAN : 2021022310013
NO. KAD PENGENALAN : 030521131856
KUMPULAN / UNIT : PPRBMM2-1
KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1104: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN
NAMA PENSYARAH MELAYU
TARIKH HANTAR : PUAN SELINA BINTI AHMAD
PENGAKUAN PELAJAR : 21 MAC 2022
MENERIMA MAKLUM :
BALAS DARIPADA
PENSYARAH
2
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
SOALAN TUGASAN 3
1.0 PENGENALAN 4
2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU 5-6
3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU 7-8
4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI PANTUN-PANTUN 9
MELAYU
4.1 RANGKAP PERTAMA
4.2 RANGKAP KEDUA
4.3 RANGKAP KETIGA
5.0 RUMUSAN 10
RUJUKAN 11
3
SOALAN TUGASAN
TUGASAN 1 (Individu): Penghasilan Produk- ( 30%)
Masyarakat Melayu kaya dengan karya-karya tradisional yang penuh dengan manifestasi
pemikiran berkaitan kehidupan. Setiap jenis karya yang dicipta sarat dengan maklumat dan
isian sama ada bersifat keintelektualan mahupun kerohanian.
Berdasarkan pernyataan di atas huraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu dalam
kehidupan masyarakat Melayu tradisional dan seterusnya bincangkan manifestasi pantun-
pantun Melayu berikut:
Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Hasilkan perbincangan tugasan di atas hendaklah disediakan dalam bentuk e-Book.
4
1.0 PENGENALAN
Umum diketahui bahawa kesusasteraan merupakan hasil daripada karya dan ciptaan
seni yang diperoleh dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, kesusasteraan juga dapat
ditakrifkan sebagai penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan melalui tulisan dan
pembacaan mahupun lisan dan juga pendengaran ( Harun Mat Piah et. al, 2006). Sastera
juga dapat dikatakan sebagai seni bahasa. Hal ini demikian kerana sastera ialah ungkapan
yang spontan daripada perasaan yang mendalam serta sastera juga merupakan ekspresi
fikiran melalui medium bahasa. Akhir sekali, kesusasteraan merupakan salah satu manifestasi
daripada gerak jiwa manusia yang wujud dalam pernyataan bahasa. Antara contoh
kesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan ialah novel, cerpen, drama, sajak, prosa
tradisional atau puisi tradisional yang merupakan karya asal berbentuk tulisan dalam bahasa
Melayu serta berunsur keindahan dan kehalusan.
5
2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
Kesusasteraan Melayu merupakan bentuk ciptaan senni yang ingin disampaikan
dalam bentuk bahasa. Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit iaitu
susastera yang membawa maksud huruf atau buku indah. Makna umum bagi sastera pula
ialah bahasa iaitu bukan bahasa basahan yang digunakan dalam setiap kitab. Selain itu,
menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2017) kesusasteraan didefinisikan sebagai seni yang
menggambarkan keindahan dengan bahasa seperti karya-karya yang tergolong dalam seni
sastera. Menurut Arba’ ie et. al (2008) sastera ditanda dengan beberapa unsur khusus yang
mampu membentuk tamadun dan peradaban sesuatu masyarakat selain memperlihatkan
sikap dan pandangan pengarangnya.Kesusasteraan dalam bahasa Melayu sama maknanya
dengan literature dalam bahasa Inggeris iaitu berasal dari perkataan litera yang bermaksud
huruf atau abjad.
Terdapat beberapa ciri-ciri kesusasteraan Melayu iaitu keindahan yang merupakan
kesatuan unsur yang dapat membentuk suatu susunan atau dapat dikatakn sebagai struktur
sehingga menjadi suatu yang utuh. Hal ini demikian kerana dapat menunjukkan bahawa hasil
karya tersebut indah jika terdapat unsur-unsur keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan
yang berfokus atau berpusat pada penekanan sesuatu unsur yang terkandung dalamnya.
Selain itu, ciri yang dapat mencerminkan pengalaman iaitu merujuk kepada tindak balas yang
utuh dari jiwa manusia yang digambarkan dengan teliti. Perkara ini dikatakan utuh kerana
telah merujuk kepada kegiatan fikiran dan kegiatan perasaan dan juga imaginasi. Mohamad
Mokhtar Hassan (2005) berpendapat bahawa teks atau karya sastera merupakan rakaman
imaginasi pengarang.
Di samping itu, ciri pengalaman seni yang merupakan nilai karya sastera terletak pada
perkara yang disampaikan dan pada cara serta bentuk penyampaian. Hal ini demikian kerana
dapat memberikan kepuasan kepada pembaca bagi menyelami dan memahami isi hati
penkarya melalui gagasan dan juga fikiran tetapi pengalaman serta nilai dalam seninya dapat
mengagumkan para pembaca. Akhir sekali, ciri bagi karya seni. Terdapat tiga perkara yang
membezakan karya sastera dengan karya yang bukan sastera iaitu sifat fiksyen, nilai-nilai
estetik dan juga nilai-nilai bahasa yang khusus. Dalam hal ini, fiksyen ialah karya sastera yang
dihasilkan melalui imaginasi penkarya berdasarkan pengalaman atau tindak balas terhadap
alam realiti.
6
Kesimpulannya, dapat diangganp sebagai sebuah ungkapan peribadi dalam manusia
yang berupa pengalaman, pemikiran, perasaan, idea, semangat dan keyakinan terhadapa
suatu bentuk gambaran yang konkrit hingga membangkitkan keperibadian melalui pengantar
bahasa. Walau bagaimanapun, deskripsi ini telah mencakupi semua bentuk sastera
termasuklah yang berkualiti atau tidak berkualiti.
7
3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
Terdapat pelbagai fungsi kesusasteraan Melayu iaitu sebagai alat pendidikan. Antara
pengalaman setiap pengarang diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka
yang merangkumi pelbagai bidang ilmu. Menurut Muhammad Haji Salleh (2000) beliau
berpandangan bahawa fungsi kesusasteraan pramoden ternyata lebih besar berbanding
dengan fungsinya pada zaman moden agak menipis. Walau bagaimanapun, sudah terang
lagi bersuluh bahawa kesusasteraan mampu menjadi bahan dalam pendidikan untuk
masyarakat.
Selain itu, kesusasteraan berfungsi sebagai pemberi kepuasan yang estetik. Dalam
hal ini cerita penulis akan merasa tenteram dan juga damai kerana mampu menghasilkan
sesuatu cerita yang dapat menyentuh perasaannya dan juga pembaca. Bagi para pembaca
pula, dengan membaca hasil karya pengarang yang dapat mempamerkan keindahan, mereka
dapat merasakan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dalam diri.
Di samping itu, kesusasteraan Melayu juga berfungsi sebagai memberi pengajaran.
Dalam hal ini, para sasterawan dapat memberi pengajaran melalui hasil karya kesusateraan
mereka yang banyak menyingkap pelbagai tentang nilai-nilai murni dalam kehidupan.
Misalnya, Seloka Pak Pandir dan juga Pantun Nasihat. Hal ini demikian kerana setiap karya
ini banyak menjadi rujukan atau suri teladan untuk masyarakat dalam menjalani kehidupan
harian mereka.
Akhir sekali, kesusasteraan Melayu turut berfungsi bagi memberi hiburan. Dalam hal
ini, kesusasteraan dapat digunakan untuk mengisi masa lapang dan dapat dijadikan hobi bagi
individu yang meminati karya sastera. Setiap karya sastera seperti Seloka Pak Pandir bukan
sahaja memberi pengajaran tetapi juga menyeronokkan untuk dibaca. Malahan pada zaman
dahulu, cerita-cerita rakyat seperti ini akan diceritakan oleh orang tua pada waktu-waktu
lapang bagi menghilangkan rasa bosan masing-masing dan juga anak muda.
8
Konkluksinya, fungsi kesusasteraan Melayu dapat mewujudkan pemikiran yang
bijaksana yang sentiasa memimpin manusia untuk mencapai kemajuan yang sesuai untuk
kesempurnaan hidup.
9
4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI PANTUN-PANTUN MELAYU
Akal budi mencerminkan perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang manusia yang
mendokong kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta keindahan (Norazimah Zakaria et. al;
2017). Dalam hal ini, perbuatan, pemikiran serta sikap seseorang ini dapat diterjemahkan
dalam pelbagai bentuk contohnya dalam kesusasteraan Melayu. Misalnya, pantun, syair,
seloka, gurindam dan sebagainya. Terdapat kesusasteraan Melayu yang mempunyai
pelbagai kekayaan seni sastera Melayu yang tradisi iaitu pantun. Hal ini demikian kerana
penggunaan pantun sangat menonjol dalam kalangan masyarakat Melayu pada zaman
dahulu.
4.1 RANGKAP PERTAMA
Rangkap pertama pantun telah membawa maksud bahawa seseornag yang
telah berjaya dalam hidup itu misalnya berjaya dari segi kewangan, pendidikan dan
pekerjaan jangan bersikap meninggi diri dalam menjalani kehidupan. Maksud
peribahasa yang terdapat dalam rangkap ini iaitu “baik dibawa resmi padi, semakin
berisi semakin tunduk” ialah jika seseorang itu telah berjaya, maka dirinya hendaklah
bersikap tidak sombong.
4.2 RANGKAP KEDUA
Rangkap kedua pula bermaksud seseorang individu itu akan dilihat baik
sekiranya mengamalkan nilai budi bahasa yang tinggi. Perkara seperti ini dapat dilihat
dan dapat dibaca melalui baris dalam rangkap pantun ini iaitu “ tinggi bangsa kerana
bahasa”. Dalam hal ini, seseorang individu itu akan disanjung tinggi oleh masyarakat
dalam kehidupan seharian.
4.3 RANGKAP KETIGA
Maksud rangkap ketiga pantun ini ialah jika seseorang guru itu tidak melakukan
tanggungjawabnya sebagai seorang guru dengan tidak bersungguh-sungguh dengan
tidak menggunakan kemahiran yang sedia ada atau telah diajar kepadanya maka, sesi
pembelajaran di dalam kelas biasanya tidak akan membuahkan hasil yang lumayan
dan perkara seperti ini dapat memberikan kesan negatif terhadap pendidikan negara.
10
5.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, kesusasteraan Melayu dapat dirumuskan bahawa kesusasteraan
dapat dirujuk sebagai hasil karya yang mempunyai mesej dan pemikiran tertentu. Hal ini
demikian kerana sesebuah hasil karya tersebut merupakan pancaran dari kehidupan
masyarakat. Jadi, karya sastera dapat dikategorikan mengikut genre. Setiap karya
mempunyai mesej dan fungsi yang tersendiri iaitu untuk mendidik dan membina keperibadian
masyarakatnya. Oleh itu, setiap bahagian dalam unsur dan fungsi di dalamnya mempunyai
makna dalam teks karya selain berfungsi dalam kehidupan masyarakat.
(1067 patah perkataan)
11
RUJUKAN
Arba’ie Sujud. 2008. Sastera Melayu Suatu Pengantar . Kuala Lumpur : Tinta Press
Sdn Bhd.
Harun Mat Piah et al. 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional . Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2017). Dewan Bahasa dan Pustaka. https://prpm.dbp.go.my
Nanidefran. (2022). Konsep dan Fungsi Kesusasteraan Melayu. https://www.scribd.com
Mohamad Mokhtar Hassan. (2005). Teori Konseptual Kata Kunci. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Haji Salleh. (2000). Puitika Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Norazimah Zakaria et. al. (2017). Akal Budi dan Cerminan Jati Diri Melayu dalam Pantun.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.