SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOBIAR,
06700 PENDANG,KEDAH DARUL AMAN.
Tel : 04 – 7849439
Fax : 04 – 7849439
Email :[email protected]
“KEDAH AMAN MAKMUR : BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI”
Ruj. Kami: SMKTB : 40/001/26 ( )
Tarikh : 29 Jun 2021
…………………………………..
Tuan/Puan,
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID KALI 2/2021
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Tuan/Puan adalah dijemput hadir ke mesyuarat tersebut seperti
ketetapan berikut:
Tarikh : 01 Julai 2021 ( Khamis )
Masa : 3.00 petang
Tempat : Kediaman Masing-masing (Melalui aplikasi Google Meet)
Pautan : https://meet.google.com/lookup/gywywaqb4i?authuser=0&hs=179
3. Agenda 3.1 Aluan pengerusi
3.2 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3.3 Perkara Berbangkit
3.4 Laporan Perlaksanaan Aktiviti Setiap JK HEM 2021
3.5 SKPMg2
3.6 Hal-hal lain
4. Kerjasama dan komitmen tuan/puan didahului ucapan setinggi-tinggi penghargaan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
_________________________
(SHAHRIZA BINTI DAUD)
Setiausaha Hal Ehwal Murid
SMK Tobiar
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOBIAR,
06700 PENDANG,
KEDAH DARUL AMAN.
MINIT MESYURAT JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID ( HEM ) BIL 1/2020
TARIKH : 21 januari 2021
HARI : Rabu
MASA : 2.00 Petang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat, SMK Tobiar
KEHADIRAN :
1. Pn. Sharipah Bt Md Isa (Pengetua)
2. Pn Faridah binti Derani (Penolong Kanan Pentadbiran )
3. En. Zubaidi bin Ibrahim ( Penolong Kanan HEM )
4. En. Shaharim bin Jaafar (Penolong Kanan Kokurikulum)
5. Pn.Hjh Hashimah binti Abdul Manan (Guru Kanan Bahasa)
6. Pn Sharipah binti Yaakob (Guru KananTeknikdanVokasional)
7. En. Saiful Azli bin Majid ( GK Sains dan Matematik )
8. Pn. Shahriza binti Daud (Kaunselor)
9. Tn Hj Asharil Suhardi bin Abdullah (Guru Data)
10. Pn Wan Shuhadah W. Abdul Rahim
11. Pn.Hjh. Sunarti bt. Muhamad Fahuzi
12. En. Fadzil bin Omar
13. En. Abdul Rahman bin Ahmad 31. En. Noor Zaman bin Nayan
14. En. Ahmad Zaki bin Haron 32. Pn. Rosnita binti Md Yusoff
15. Pn. Salwa Asmari bt Abu Hassan 33. Pn. Haryati binti Badaruddin
16. Pn. Norma binti Mat 34. En. Mohd Faiz bin Mohammad
17. Pn. Haniza binti Lutpi 35. Pn. Hariza binti Hamzah
18. Pn. Norsuhaila binti Hanafi 36. Pn. Roshimah binti Bakar
19. Pn. Ruhaidah binti Omar 37. Pn. Zanita binti Ghazali
20. Pn. Maheran binti Che Far 38. Pn. Hj. Rosly bin husin
21. Pn. Hjh. Munawarah bt Rofiee
22. Pn. Sarina binti Hashim Guru Tidak Hadir Bersebab:
23. Pn. Sopiah binti Ismail
24. Pn. Rose Izamrin binti Awi
25. Pn. Rohiza binti Mahamud 1. En.Mohd Asri bin Daud (Guru
26. Pn. Norzaila binti Md Isa KananKemanusiaan) - MC
27. Pn Siti Zamira binti Zakaria
28. Pn. Hezrin binti Abdullah 2. Pn. Najwa binti Ishak- MC
29. Pn. Nazhoriah binti Md Isa
30. Pn. Zahratulain binti Bakhori
AGENDA 1.0 - PERUTUSAN YANG BERBAHAGIA PENGERUSI
1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah.Tn.Pengetua selaku pengerusi
mesyuarat merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua guru.
2. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir semasa cuti
persekolahan bagi membantu pihak sekolah menyiapkan pelbagai tugasan.
3. Seterusnya beliau juga turut menyampaikan ucapan penghargaan dan tahniah daripada Dr.
Zainal Abidin dan Pn.Norhayati binti Saad SISC+ atas komitmen semua guru melaksanakan
tugas dan tanggungjawab sepanjang pelaksanaan PKPB/PKP,harapan mereka agar perkara
ini dapat dilaksanakan berterusan.
AGENDA 2.0 - Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu.
1. Setiausaha membentang minit mesyuarat yang lalu.
2. Pn. Suhaila binti Hanafi mencadangkan minit mesyuarat kali kedua disahkan dan disokong
oleh Pn. Sopiah binti Ismail.
AGENDA III - Perkara-perkara Berbangkit.
Tiada perkara berbangkit.
AGENDA IV- Isu-Isu Semasa di Bawah JK HEM
3. Pengerusi menyatakan pembukaan sekolah untuk pelajar SPM 2020 berjalan lancar dan mendapt
pujian daripada wakil JPN Kedah. Makluman juga senarai nama dan maklumat pelajar SPM 2020 sudah
tiada dalam system APDM dan kehadiran mereka akan disediakan secara manual.
4. Pengerusi memohon jasa baik setiap jawatankuasa bersedia untuk persiapan pembukaan sekolah pada
untuk semua pelajar 22 januari tahun 2021. Perlantikan guru kelas. Sila rujuk buku panduan
pengurusan sekolah tahun 2021. Mohon semua akur dengan JK HEM yang diberikan. ( rujuk manual
pengurusan sekolah ).
5. Sebarang kesulitan boleh bincang dengan pentadbir sekolah.
6. Proses saringan suhu dan kehadiran pelajar bagi tahun 2021 adalah sama di tempat meletak kenderaan
pelajar seperti tahun 2021. Guru bertugas perlu menghubungi waris jika pelajar di kelas masing-masing
tidak hadir.
7. Pengerusi menerangkan bidang tugas setiap jawatankuasa di bawah HEM. ( rujuk lampiran yang
diedarkan)
AGENDA V – Hal-hal Lain
8. Pn. Pengetua menjelaskan bahawa kaunselor perlu mengingatkan pelajar melalui pengumuman iaitu 3
kali sehari. Peranan semua warga sekolah supaya memastikan pelajar mematuhi sop norma baru yang
telah ditetapkan.
9. Pegerusi juga memaklumkan dan mengingatkan agar pengisian dilaksanakan mengikut Jawatankuasa
masing-masing.
10. Akhir sekali pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli mesyuarat.
Mesyuarat diakhiri dengan surah Al ‘Asr dan ditangguhkan pada jam 3.30 petang
Disediakan oleh Disemak oleh
SHAHRIZA BT DAUD ( ZUBAIDI BIN IBRAHIM )
Setiausaha HEM 2021 Penolong Kanan HEM, SMK Tobiar,