The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SAMBUTAN DEEPAVALI 2021 PAMERAN BERTEMA 2 PSS SMK KT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-50113078, 2021-11-03 23:13:12

SAMBUTAN DEEPAVALI 2021 PAMERAN BERTEMA 2 PSS SMK KT

SAMBUTAN DEEPAVALI 2021 PAMERAN BERTEMA 2 PSS SMK KT

Hari Deepavali

Bunga merupakan hiasan yang tidak dapat dipisahkan dari Divali seperti juga hiasan yang lain.
RUJUKAN : https://www.myilmupelita.com/2021/11/selamat-menyambut-hari-deepavali-tahun.html

Hari raya dari segi istilah bermaksud 'hari kebesaran'. Hari
perayaan lazimnya kini merujuk kepada hari yang ditentukan
suatu kerajaan atau kumpulan agama sebagai hari yang bermakna
kepada mereka. Hari-hari ini biasanya merupakan hari kelepasan am
di negara-negara yang menyambutnya.

Hari perayaan keagamaan Hindu :
* Hari Deepavali
* Hari Durga Puja
* Hari Thaiponggol
* Hari Thaipusam

Perayaan Deepavali (Tulisan Jawi: )‫ )ديڤاۏالي‬atau Diwali ialah
suatu perayaan dalam kalangan penganut agama
Hindu menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap
kuasa kejahatan, secara simboliknya ditujukan dalam erti cahaya
yang menerangi kegelapan. Maksud tersiratnya ialah menyemai
nilai-nilai positif dalam diri mereka untuk menjadi individu yang
lebih baik dengan mengatasi nilai-nilai negatif dalam diri
mereka untuk perkembangan rohani.

RUJUKAN : https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavali

Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh
kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di
seluruh Malaysia kerana terdapat kira-kira 1.5 juta penganut
Hindu yang kebanyakannya berasal dari India Selatan.
Malam sebelum hari Deepavali merupakan hari untuk
memperingati datuk,nenek dan moyang yang telah meninggal
dunia dengan upacara sembahyang kecil di rumah di kalangan
keluarga terdekat sahaja.

Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan mandi dengan
menyapu minyak bijan di atas kepala dan badan untuk
menyejukkan badan dan juga sebagai lambang penyucian
badan dan semangat.
Selepas upacara penyucian yang melambangkan
permulaan yang baru, penganut Hindu akan sembahyang
bersama keluarga di rumah serta mendapatkan restu ibu
bapa dan orang tua sebelu memakai pakaian baru dan
mengunjungi kuil.
Kemudian barulah mereka mula mengunjungi rumah
sanak-saudara dan rakan-rakan. Rumah terbuka juga
diadakan untuk rakyat jelata.

"Kolam" asalnya dibuat daripada tepung beras yang tidak
diwarnakan sebagai makanan untuk semut dan serangga lain kerana
agama Hindu percaya bahawa Tuhan atau Atman wujud di dalam
setiap ciptaan Tuhan.
Maka, aspek mendalam ialah "kolam" merupakan cara termudah
untuk memberi sedekah atau pun dilihat sebagai cara berkongsi
sumber alam dengan benda hidup yang lain.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan
bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat
daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan.

Hiasan "kolam" atau juga dikenali sebagai "Rangoli" ini bukan
sekadar hiasan sahaja, tetapi memiliki maksud sosial, kerohanian,
dan simbolik padanya. Ia merupakan lambang penyembahan
dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan
mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di
pintu masuk rumah mereka. [10], [11]
Melakar "Kolam" merupakan cara bagi wanita Tamil bagi berdoa
pada Lakshmi, dewi kekayaan, kecantikan dan tuah dan
merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu[

RUJUKAN : https://www.slideshare.net/juliexiao1232/perayaan-di-malaysia-41357199






Click to View FlipBook Version