https://www.permohonan.my/tema-maulidur-rasul-dan-tarikh-
sambutan/
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2021 DI MALAYSIA
Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang diadakan sempena hari
kelahiran baginda Rasulullah SAW, menurut pandangan sebahagian
ulamak seperti Imam al-Suyuti beliau menyatakan bahawa amalan
tersebut adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya, kerana
bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan Nabi
Muhammad SAW.
Berselawat adalah antara amalan yang digalakkan pada sambutan
Maulidur Rasul.
Menurut pandangan Syeikhul Islam Sayid Dahlan menyatakan bahawa
selawat dan berdiri kerana membesarkan Nabi adalah amalan baik lagi
mulia.
Sabda Baginda yang bermaksud: “Sesiapa yang berselawat ke atasku
sekali Allah S.W.T berselawat ke atasnya 10 kali”
(Riwayat Muslim dan Abu Daud)