UNIT 6 REKREASI
DAN
KESENGGANGAN
PJPK TINGKATAN 1 KSSM PJ
OLEH CIKGU NORAZILA KHALID
SMK ULU TIRAM, JO
REKREASI
Rekreasi dilakukan bagi memenuhi masa
lapang dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti
terancang.
Tujuan rekreasi adalah untuk memperoleh
keseronokan, ketenangan minda dan
merehatkan badan tetapi bukan bertujuan
untuk pertandingan.
Aktiviti rekreasi boleh dilakukan di dalam
rumah dan di luar rumah.
Rekreasi boleh dilakukan bersama keluarga
dan rakan-rakan.
KESENGGANGAN
Kesenggangan dilakukan ketika kita
mempunyai masa terluang bagi melakukan
aktiviti yang menyeronokkan serta memberi
kepuasan.
Kesenggangan dilakukan mengikut keadaan,
kemudahan dan bilangan individu yang terlibat
ketika melakukan sesuatu aktiviti.
Bagi melaksanakan aktiviti kesenggangan ini,
individu bebas memilih aktiviti yang disukai
tanpa halangan.
KEM
MOTIVASI
MOTIVASI YANG
TINGGI DAN
SEMANGAT YANG
KUAT PERLU BAGI
MENCAPAI SESUATU
KEJAYAAN.
AKTIVITI SESI PAGI
Murid-murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan.
Setiap kumpulan akan melakukan aktiviti low
element course (kemahiran tali aras rendah)
iaitu spider-web, alligator swamp dan giant
finger.
Aktiviti seperti ini dapat membina motivasi
dan semangat juang yang tinggi serta
memupuk nilai tolong-menolong dalam
kumpulan.
SPIDER-WEB
SPIDER-WEB
Matlamat aktiviti ini adalah
untuk melepaskan semua ahli
kumpulan dari poin A ke poin
B tanpa menyentuh tali atau
halangan dalam jangka waktu
yang ditetapkan.
Semua ahli kumpulan perlu
melalui halangan berbentuk
sarang labah-labah.
SPIDER-WEB
sarang labah-labah, seluruh
anggota kumpulan itu perlu
kembali ke poin A untuk
memulakannya semula.
Lubang pada sarang labah-labah
yang telah dilalui perlu
ditandakan dan tidak boleh
digunakan semula.
Strategi perlu dirancang dan
dilaksanakan dengan teliti
ALATAN SPIDER-
WEB
Jalinan tali
berbentuk sarang
labah-labah.
Sepasang tiang
untuk memasang
sarang labah-labah.
Kad penanda.
ALLIGATOR
SWAMP
ALLIGATOR SWAMP
Matlamat aktiviti ini adalah untuk
membolehkan semua ahli pasukan
menyeberang dari poin A ke poin B
tanpa menyentuh paya yang
mengandungi buaya.
Pemain hanya boleh melalui zon
paya dengan menggunakan dua
keping papan sebagai jambatan.
ALLIGATOR SWAMP
Jika pemain terjatuh dari jambatan
dan masuk ke dalam paya seluruh
anggota kumpulan perlu kembali ke
poin A untuk memulakannya
semula.
Setiap pasukan perlu tampil dengan
strategi tentang cara untuk
membawa semua ahli pasukannya
menyeberang ke poin B dengan
selamat.
ALATAN ALLIGATOR SWAMP
Dua keping papan sebagai
jambatan.
Empat buah kon.
Tali.
GIANT FINGER
GIANT FINGER
Matlamat aktiviti ini adalah
untuk mengeluarkan cincin
gergasi dari tiang A dan
seterusnya menyarungkan
cincin gergasi tersebut ke tiang
B yang berketinggian 8 hingga
10 kaki.
Tiang berketinggian 8 hingga
10 kaki ini dikenali sebagai Jari
Gergasi (Giant Finger).
GIANT FINGER
Keupayaan mengalihkan cincin
gergasi dari tiang A ke tiang B
memerlukan kerjasama, kepantasan
dan kreativiti kumpulan.
Perancangan yang betul dan
penumpuan yang teliti perlu
dilaksanakan untuk memastikan
kejayaan.
Aspek keselamatan perlu
diutamakan.
ALATAN GIANT FINGER
Dua batang tiang
berukuran 8 hingga 10
kaki untuk satu pasukan.
Satu tiub tayar untuk satu
pasukan.
Topi keselamatan.
KEPENTINGAN REKREASI
DAN KESENGGANGAN
Pembentukan personaliti
Kepimpinan
Dinamika kumpulan
Meningkatkan
kecergasan
Sosialisasi
Pembangunan insan
PEMBENTUKAN
PERSONALITI
Menggalakkan
perkembangan nilai-
nilai hidup yang
positif dalam diri
murid.
KEPIMPINAN
MELATIH RASA
TANGGUNGJAWA
B DAN PRIHATIN
TERHADAP
KESELAMATAN
ORANG LAIN.
MENINGKATKAN
KECERGASAN
Aktiviti bercorak fizikal dan
mental adalah bertujuan
supaya murid dapat menilai
kepentingan kecergasan
terhadap nilai hidup sambil
berseronok.
SOSIALISASI
Memberi peluang kepada murid
untuk mengenali rakan-rakan
yang turut serta dalam aktiviti
berkenaan serta dapat
pengalaman baharu dan
berkongsi pendapat dengan
orang lain yang mempunyai
minat yang sama.
PEMBANGUNAN INSAN
Dapat melahirkan insan yang
bersedia untuk berhadapan
dengan risiko dalam kehidupan
peribadi dan kerjaya melalui
pembinaan emosi yang baik.
AKTIVITI SESI PETANG
Pada sesi petang, murid-murid
bermain permainan frisbee dan
sepak raga ratus.
Permainan ini boleh dimainkan
di dalam dewan (indoor)
ataupun di luar dewan (outdoor).
Permainan ini boleh dimainkan
bersama-sama murid lelaki dan
murid perempuan kerana
permainan ini adalah ‘‘non-
contact sport’’.
AKTIVITI SESI
PETANG
Frisbee
Sepak Raga Ratus
FRISBEE
FRISBEE
Pada peringkat permulaan,
frisbee dimainkan hanya
dengan menggunakan piring
pai yang kosong oleh para
pelajar kolej di New England.
Nama frisbee berasal dari
kilang roti yang membekalkan
pai iaitu The Frisbee
Company yang ditubuhkan
pada tahun 1871 oleh
William Russell Frisbee.
FRISBEE
Seterusnya pada tahun 1948,
Walter Frederick Morrison dan
Warren Franscioni mencipta
cakera frisbee dengan
menggunakan bahan plastik.
Cakera frisbee ciptaan mereka
berupaya terbang lebih jauh dan
tepat berbanding frisbee asal.
TEKNIK MELEMPAR
CAKERA DALAM
PERMAINAN FRISBEE
Lemparan
Hadapan
(Forehand)
Lemparan Kilas
(Backhand)
LEMPARAN HADAPAN
(FOREHAND)
Genggam cakera di antara ibu jari dan
jari telunjuk.
Ibu jari berada di bahagian luar cakera
manakala jari telunjuk dan jari tengah
berada di bahagian dalam cakera.
Berdiri tegak dengan kaki dibuka seluas
bahu.
Cakera dipegang pada paras bahu.
Tarik tangan yang memegang cakera ke
belakang dan kaki bertentangan melangkah
ke hadapan.
Ikut lajak semasa melempar cakera.
LEMPARAN KILAS
(BACKHAND)
Genggam cakera dengan
jari telunjuk berada di
sisi dalam dan ibu jari
berada di atas cakera
manakala jari yang lain
berada di bahagian dalam
cakera.
Kaki dibuka seluas bahu.
Kilas bahagian badan
dengan bahu yang
memegang cakera
menghadap ke arah
sasaran.
LEMPARAN KILAS
(BACKHAND)
Ayun tangan ke arah sasaran sambil
kaki melangkah ke hadapan (kaki
kanan tangan kanan melangkah ke
hadapan) semasa melempar cakera.
Sentap pergelangan tangan
semasa melepaskan cakera pada
sasaran untuk menghasilkan lebih
banyak daya putaran.
Lakukan seperti aksi menyentap
tuala.
TEKNIK MENANGKAP CAKERA
Terdapat dua teknik cakera iaitu dengan
menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua
belah tangan.
Koordinasi mata dan lengan adalah penting.
Mata perlu memandang ke arah cakera
semasa menangkap.
Pastikan tangan diekstensi ketika menangkap
cakera.
Serap daya dengan lengan difleksi rapat ke
dada bersama dengan cakera.
TEKNIK MENANGKAP CAKERA
Terdapat dua teknik cakera iaitu
dengan menggunakan sebelah tangan
atau kedua-dua belah tangan.
Koordinasi mata dan lengan adalah
penting.
Mata perlu memandang ke arah cakera
semasa menangkap.
Pastikan tangan diekstensi ketika
menangkap cakera.
Serap daya dengan lengan difleksi
rapat ke dada bersama dengan cakera.
TEKNIK MENANGKAP
CAKERA
Menangkap Cakera pada
Paras Pinggang
Menangkap Cakera pada
Paras Atas Kepala
MENANGKAP CAKERA
PADA PARAS PINGGANG
Boleh ditangkap dari arah
hadapan atau sisi, dengan
kedua-dua belah tangan
atau sebelah tangan ketika
cakera berada di paras
pinggang.
MENANGKAP
CAKERA PADA
PARAS
PINGGANG
MENANGKAP CAKERA PADA
PARAS ATAS KEPALA
Boleh ditangkap menggunakan
satu tangan dengan melompat
untuk mencapai cakera.
SEPAK RAGA RATUS
Permainan sepak raga wujud sejak 600
tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka, selain dimainkan oleh golongan
bangsawan, rakyat jelata juga menggemari
permainan ini.
SEPAK RAGA RATUS Sepak raga ratus merupakan sejenis permainan laman.
Pemain perlu melakukan hantaran kepada pemain lain tanpa terjatuh.
Permainan dilaksanakan dengan cara menimbang bola menggunakan
anggota badan seperti kaki, paha, lutut dan kepala.
Pasukan yang berjaya menimbang bola dengan kiraan paling banyak
dikira sebagai pemenang.
MENIMBANG BOLA
Mata berfokus pada bola.
Kawal bola dengan menggunakan
bahagian dalam kaki.
Kaki yang menyokong difleksikan
sedikit.
Pastikan bola berada di tengah
dan hampir dengan badan
semasa menimbang bola.
Kedua-dua tangan dibuka untuk
mengimbangkan badan.
PERATURAN
SEPAK RAGA
RATUS
GELANGGANG
Berbentuk bulat dan
mempunyai
diameter 6 m,
dikenali sebagai
bulatan 6 meter.
Pada tengah bulatan
tersebut terdapat
satu lagi bulatan
berdiameter 2 m.
Lebar semua garisan
tidak melebihi 4 cm.
BOLA RAGA
Berukur lilit antara 40
mm-45 mm.
Berat 160-190 g.
PEMAIN/
PERMAINAN
Terdiri daripada 6
orang pemain dan 2
orang pemain
gantian.
Gantian boleh
dilakukan sepanjang
masa dalam suatu
pusingan apabila bola
raga di luar
permainan.
PAKAIAN
Pakaian adalah baju
sukan bernombor
dari 1 hingga 8
(nombor 7 dan 8
dikhaskan untuk
pemain gantian) dan
berkasut getah.
MASA
SETIAP PUSINGAN IALAH 10 MINIT.
MATA
1 mata diberi kepada
setiap sepakan dan
sentuhan.
Mana-mana pasukan
yang memperoleh
mata paling tinggi hasil
daripada tiga pusingan
akan dikira menang.
MATA
Jika mata kemenangan
diperoleh sama, maka pasukan
yang jumlah masa
permainannya lebih lama akan
dikira sebagai pemenang.
Jika masih tidak dapat
ditentukan pemenang,
pasukan-pasukan berkenaan
akan berpeluang bermain
sekali lagi dengan masa 5 minit
setiap kumpulan.
PERKARA-PERKARA
MEMBATALKAN PERMAINAN
Tidak menyepak bola yang dilambung oleh
pemain pertama sewaktu memulakan
permainan.
Hantaran bola tidak melalui kawasan bulatan
2 m.
Menyentuh bola lebih dari 3 sentuhan
berturut-turut.
Sebarang anggota badan menyentuh lantai di
luar kawasan bulatan 6 m atau di dalam
kawasan bulatan 2 m.
Bola jatuh ke atas lantai.
Bola melurut pada mana-mana anggota
badan