PASUKAN KADET
BERSATU MALAYSIA
(PKBM)
MAKLUMAT DIRI
NAMA : MUHAMMAD IZZHAR BIN ISKANDAR
NO K/P : 050323-01-0015
TARIKH LAHIR : 23 MAC 2005
SEKOLAH : SMK TUN HABAB
ALAMAT SEKOLAH : JALAN TAJUL, TAMAN SRI
LANANG, 81900, KOTA TINGGI, JOHOR
SENARAI NAMA GURU
PENASIHAT
• ENCIK MOHD EZAQ BIN MOHAMMED ZIN (K)
• PUAN JUNAINAH BINTI MOHD AMIN (P)
• ENCIK ROHAIMI BIN ABD WAHID
• PUAN SURIANI BINTI SURIBOT
• PUAN NUR LINA BINTI MOHD SHAPRI
• PUAN ZURIYATI BINTI BIDIM
• ENCIK HARISSON RIZAL BIN VALSALAN@ROSLAN
• ENCIK MOHD THALHAH BIN MAT NOH
LOGO PKBM
PASUKAN KADET
BERSATU MALAYSIA
Pasukan Kadet Bersatu Malaysia atau dengan nama
singkatannya PKBM merupakan salah satu unit
badan beruniform yang ditawarkan kepada para
pelajar sekolah menengah di Malaysia. Program ini
dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(kini Kementerian Pelajaran Malaysia) dengan
kerjasama Kementerian Pertahanan Malaysia. Para
pelajar yang terlibat di dalam program ini akan diajar
latihan asas ketenteraan seperti kawad kaki,
merempuh halangan dan teknik-teknik asas
penggunaan dan pengendalian senjata api (biasanya
menggunakan raifal Colt M-16A2).
SEJARAH RINGKAS PKBM
Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM), dahulunya dikenali sebagai Pasukan
Kadet Tenteratelah ditubuhkan disekolah-sekolah sejak tahun 1923 lagi.
Penubuhannya bertujuan melatih sebahagian guru dan pelajar-pelajar yang
berminat dalam ilmu ketenteraan. Antara sekolah yang mula mewujudkan
Pasukan Kadet Tentera Ialah Sekolah Penang Free, Pulau Pinang Victoria
Institution, Kuala Lumpur dan Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Penubuhan
ini tertakluk di bawah undang-undang Negeri Selat.
Pasukan Kadet Tentera ini digabungkan dengan Unit-Unit Sukarelawan Tentera
Darat untuk tujuan latihan. Lazimnya Pegawai Memerintah Unit Sukarela ini
menganggap latihan Pasukan Kadet Tentera ini adalah sebagai asas untuk
melatih pengambilan anggota baru tentera, Pegawai Tidak Tauliah (PTT) dan
Pegawai. Aktiviti Pasukan Kadet Tentera ini telah terhenti apabila Perang Dunia
Kedua meletus dari tahun 1942 hingga 1945.
Selepas perang tamat, pada tahun 1946 Pasukan Kadet Tentera telah
dihidupkan semula secara tidak rasmi atas persetujuan Pemerintah
Tentera British dan Pasukan Sukarelawan Tentera Darat.
Pada tahun 1952, satu Undang-Undang Angkatan Kadet
Persekutuan Tanah Melayu telah diistiharkan. Dengan pengistiharan
Undang-Undang Angkatan Kadet Persekutuan Tanah Melayu (No 46
tahun 1952) pengesahan Kadet Tentera di sekolah-sekolah telah
diiktiraf dengan rasminya. Seterusnya pada tahun 1954, satu lagi
pengistiharan Undang-Undang Angkatan Kadet Persekutuan Tanah
Melayu iaitu L/N/335 tahun 1954.
Angkatan Kadet Persekutuan Tanah Melayu telah menempuh satu
lagi perkembangan pada tahun 1967 di mana satu lagi Undang-
Undang berkaitan Pasukan Kadet telah diluluskan iaitu Akta Pasukan
Kadet Bersatu Malaysia 1967 (No 68 tahun 1967). Dengan itu
tertubuhlah dengan rasminya Pasukan Kadet Bersatu Malaysia
(PKBM).
PERLEMBAGAAN PKBM
• MATLAMAT PASUKAN
Melengkapkan diri pelajar dengan kemahiran asas ketenteraan
bagi menghadapi cabaran hidup mendatang
• OBJEKTIF PASUKAN
1. Melahirkan generasi warganegara yang berdisiplin, cergas
dalam aktiviti kemasyarakatan, berguna kepada bangsa dan
negara serta agama dan mempunyai semangat kepimpinan yang
tinggi.
2. Menguruskan diri kearah berdikari, berdisiplin dan memupuk
budaya kepimpinan yang bersistematik
3. Memupuk dan mengembangkan elemen kesedaran tentang
melindungi negara daripada ancaman musuh
4. Memupuk dan menrapkan elemen-elemen ketenteraan asas
kepada setiap ahli pasukan
LAGU GAGAH SETIA
TENTERA
Gagah dan setia
DARAT Tabah dan Perkasa
Itulah cogan kata
Tentera Darat Malaysia
Gempur-gempur wira
Maju-maju mara
Rela berkorban jiwa
Untuk negara dan bangsa
Hutan rimba lembah desa
Memburu musuh durjana
Tidak gentar mara bahaya
Pantang undur tetap mara
Gempur wira bergelora
Semangat untuk perwira
Jasad mungkin gugur di rimba
Kami tetap gagah setia
Gempur-gempur wira
Maju-maju mara
Rela berkorban jiwa
Untuk negara dan bangsa
KAWAD KAKI
KAWAD SENJATA
PAKAIAN SERAGAM
PKBM