BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
1.1.1 Kata Alu-aluan PGB
Salam bahagia, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan restu dan hidayah-Nya, saya diberi kesempatan
untuk menukilkan sepatah dua kata di dalam Buku Pengurusan Sekolah Sesi 2022 ini. Terlebih dahulu, ucapan
setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih saya tujukan kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan Sekolah
2021 yang telah bertungkus lumus bekerja menyiapkan buku ini.
Buku Pengurusan Sekolah adalah satu dokumentasi terpenting sebagai indikator pengurusan tadbir urus
sekolah yang cekap, dinamik dan efisien. Ianya adalah sebagai landasan rujukan dan garis panduan kepada guru-
guru dan staf untuk melaksanakan tugas dengan lebih terarah dan berkesan.
Saya juga ingin mengucapkan selamat datang ke sesi persekolahan baharu tahun 2021. Terima kasih juga
diucapkan kepada warga guru dan staf kerana telah berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan
cemerlang untuk sesi persekolahan pada tahun 2021 yang lalu. Saya menaruh sepenuh keyakinan bahawa dengan
adanya perancangan yang sempurna dan komitmen yang tinggi daripada semua pendidik dan warga sekolah,
pastinya segala usaha murni yang kita lakukan akan dapat menghasilkan kecemerlangan dan kejayaan kepada
semua murid dan warga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mahathma Gandhi Kalasalai (SJKTMGKTS25)
sepanjang tahun 2022.
Sebagai ketua organisasi sekolah, saya mengharapkan pada tahun 2022 ini, warga guru SJKTMGKTS25
akan dapat bersama menggembleng seluruh tenaga dalam melaksanakan apa jua program dan aktiviti yang
telah dirancang agar segalanya dapat dijalankan dengan sempurna, berkesan dan berjaya. Saya juga
mengharapkan agar kita dapat membudayakan semangat kerjasama dan muafakat padu, bermotivasi tinggi dan
berdedikasi, kerja sepasukan dan budaya kerja berprestasi tinggi dalam apa jua tugasan dan tanggungjawab yang
telah diamanahkan agar kejayaaan yang cemerlang dapat direalisasikan secara kolektif dan holistik.
Sekian. Terima kasih.
“SJKTMGK Memacu Transformasi Kemenjadian Murid”
MUTHUSELVAN A/L TANIMALLAI
Guru Besar,
SJKT MAHATHMA GANDHI KALASALAI TS25, SUNGAI SIPUT
1.1.2 Maklumat Sekolah
Logo Sekolah
PROFIL SEKOLAH
Nama sekolah : SJKT MAHATHMA GANDHI KALASALAI
Kod sekolah
Alamat sekolah : ABD4110
Koordinat
No. Tel / Faks :JALAN Besar Kuala Kangsar 31100 SUNGAI SIPUT(U) PERAK
e-mel
JPN : 101.076391 Longitude 4.818527 Latitude
PPD
Parlimen : 05-5981460
Dewan Undangan Negeri
Jenis sekolah : [email protected]
Peringkat
Jenis murid : PERAK
Sesi :KUALA KANGSAR
: P026 SUNGAI SIPUT
: N.22 JALONG
: SJKT
: Tahun 1 - Tahun 6
: Lelaki sahaja ( )
: Perempuan sahaja ( )
: Lelaki dan Perempuan ( )
: Pagi sahaja
Lokasi : Bandar
Gred :A
Jenis bantuan : BANTUAN KERAJAAN
Sumber bekalan elektrik : TNB
Sumber bekalan air : Lembaga Air Perak
Lembaga Pengelola Sekolah : Tiada
Bilangan guru : 33
Bilangan Anggota Kumpulan : 2
Pelaksana (AKP)
Bilangan kelas : 16
Bilangan murid : 430 ( Anggaran)
1.1.3 Sejarah Sekolah
Sebelum perang dunia yang ke-2 sebilangan kecil orang-orang India bekerja di Keretapi Tanah
Melayu,Jabatan Kerjaya dan Majlis Bandaran tinggal di Sungai Siput (U). Pada masa itu orang-orang India
tempatan telah berusaha menubuhkan sebuah sekolah Tamil. Seorang India yang bernama Encik Nesamani
telah menubuhkan sebuah Sekolah Tamil Methodist.
Selepas perang dunia ke-2, pada tahun 1946, seorang India keturunan Sri Lanka bernama
Encik Shanmuganathan telah membuka sebuah sekolah lagi dalam kawasan tokong Sri Subramaniam dengan
50 orang murid. Sekolah tersebut diberi nama “Shanmuganantha Vithyasalai”. Pada tahun 1949 sekolah ini
mendapat bantuan daripada pihak kerajaan. Encik Poniah telah dilantik bertugas sebagai Guru Besar.
Pada tahun 1951 seorang yang datang dari “Pertubuhan Gandhi Sewa’’ bernama
R.P.Ramasamy telah membuat keputusan untuk membina sebuah sekolah yang dapat menampung seramai
150 orang murid. Y.B Mendiang Tun Dr.V.T Sambanthan bekas Menteri Kabinet Malaysia adalah seorang ahli
Jawatankuasa Pembinaan Sekolah baharu.
Dua orang hartawan terkenal di Sungai Siput (u), Encik A.M.S Periasamy Pillai dan Encik V.M
Sundaram JMN.JP. Telah mendermakan tapak tanah seluas 2.8 ekar untuk sekolah baru di atas kenangan
bapa masing-masing:
Mendiang A.M Suppiah Pillai dan Mendiang Veerasamy Pillai Kemudian Encik A.M.S Periasamy Pillai
dan En. V.M Sundram JMN. JP telah menyumbangkan wang masing-masing sebanyak RM 25,000.00 seorang
untuk memulakan pembinaan bangunan. Kemudian jawatankuasa pembinaan sekolah telah mengutip derma
dari guru-guru, kerani-kerani ladang, orang-orang awam dan pekerja-pekerja ladang kawasan Sungai Siput.
Ramai orang yang menderma untuk menjayakan usaha yang mulia ini.
Maka dengan derma itu sebuah bangunan baru yang mengandungi enam buah kelas, sebuah dewan
telah dirancang untuk dibina. Pada 12 Jun 1952, seorang yang terkenal dari India bernama Encik
Suddhanantha Barathiar telah meletak batu asas bagi bangunan tersebut lalu mencipta lagu sekolah yang
masih digunakan. Beliau menamakan sekolah ini “ Mahathma Gandhi Kalasalai’’
Di tengah-tengah dewan pula terdapat tugu Mahathma Gandhi. Setelah pembukaan rasmi sekolah
Mahathma Gandhi Kalasalai, sekolah-sekolah Tamil kecil dari Ladang Heawood, Ladang Veerasamy, Ladang
Jalong Tinggi, Ladang Kamuning dan Sekolah Tamil Shanmuganantha Vidyasalai telah ditutup dan
dicantumkan dengan sekolah ini.
Pada 14 Ogos 1954 bangunan ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,
pada ketika itu, Puan Vijayaletchumi Pandit. Beliau adalah adik kepada Perdana Menteri pertama India “
Pandit Jawaharlal Nehru”Selepas ini, bangunan kedua dengan 9 buah bilik darjah telah dicadangkan untuk
menampung peningkatan murid-murid. Pada peringkat pertama 5 buah bilik darjah sahaja telah dibina.
Perbelanjaan bagi 5 buah bilik ditanggung seperti berikut :
a) Sebuah bilik oleh keluarga Encik Veerasamy
b) Sebuah bilik oleh keluarga Encik A.M.Suppiah Pillai
c) Sebuah bilik oleh Encik N.Y.S.Arumugam Pillai
d) Dua buah bilik oleh orang ramai
Batu asas bagi bangunan ini telah diletakkan oleh Y.B. Menteri Pelajaran Malaysia Encik Khir Johari
pada 22 Januari 1958.
Oleh kerana murid-murid meningkat ramai, maka 4 buah bilik darjah lagi pada bangunan kedua telah
disambung. Peringkat ini telah diletakkan batu asas oleh seorang ulama “ Thavathiru Sithiramuthu Adigal”
pada tahun 1960.
Sebuah kantin baru dibina dan perasmian kantin ini telah disempurnakan oleh YB Dato Seri Dr.S.Samy
Vellu, Menteri Kerja Raya Malaysia, pada 2 April 1983.
Sebuah bangunan baru 3 tingkat dibina yang mana satu batu asasnya telah diletakkan pada tahun 16
Jun 1991. Bangunan tersebut telah disiapkan pada tahun 1993. Pada tahun yang sama semua murid sekolah
ini mula belajar di bangunan baru.
1.1.4 Lencana Sekolah
1.1.5 Lagu Sekolah
காந்தி கலாசாலல பண்
1.1.6 Pelan Bangunan Sekolah
1.1.7 Pelan Kebakaran Sekolah
1.2
1.2.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
1.2.2 Visi, Misi dan Matlamat
1.3 Takwim Persekolahan
1.3.1 Takwim Kementerian Pendidikan Malaysia
1.3.2 Cuti Perayaan
1.4 Senarai Guru / Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)
1.4.1 Senarai Nama Guru Tahun Semasa
SJKT MAHATHMA GANDHI KALASALAI
SENARAI NAMA GURU MENGIKUT OPSYEN TAHUN 2022/2023
BIL NAMA GURU IKHTISAS OPSYEN 1 OPSYEN 2
1 MUTHUSELVAN A/ TANIMALLAI SIJIL PERGURUAN UMUM
2 MALATHY A/P DARAMALINGAM DIPLOMA PERGURUAN PENGAJIAN TAMIL KEMAHIRAN HIDUP
3 AZIZAH BEGAM BINTI MUHAMAD ISMAIL SIJIL PERGURUAN UMUM
4 THINAGHARAN A/L SIBA MAYUM DIPLOMA PERGURUAN PENGAJIAN TAMIL SAINS
5 DHARMAWATHY CHANDRA A/P SUNDRA SAGRAH DIPLOMA PERGURUAN PENGAJIAN TAMIL MATEMATIK / KT
6 DHIVYA PRABA A/P SUGUMARAN IJAZAH PERGURUAN PEMULIHAN PENGAJIAN TAMIL
7 EMAMALINI NYANASEKHARAN SIJIL PERGURUAN PENGAJIAN TAMIL KAJIAN TEMPATAN
8 GANESH A/L KANDASAMY DIPLOMA PERGURUAN PENGAJIAN TAMIL KEMAHIRAN HIDUP
9 GUNASUNDERI A/P SUBRAMANIAM IJAZAH PERGURUAN PENGAJIAN TAMIL RBT
DIPLOMA PERGURUAN PENGAJIAN TAMIL PENGAJIAN TAMIL
10 HEMAVATHY A/P MURUGGIAH DIPLOMA PERGURUAN PENGAJIAN TAMIL MATEMATIK
11 KALIDAS A/L BALAKRISHNAN DIPLOMA PERGURUAN PENGAJIAN TAMIL SAINS
12 KRISHNAVENI A/P MUNIANDY IJAZAH PERGURUAN PENGAJIAN TAMIL SAINS
13 LOGANATHAN A/L MANIAN SIJIL PERGURUAN PENGAJIAN INGGERIS TIADA
14 MAHALETCHUMI DURGADEVI A/P V.KRISHNAN DIPLOMA PERGURUAN PENGAJIAN TAMIL MATEMATIK
15 MARIAMMAL A/P A MUNIANDY DIPLOMA PERGURUAN PENGAJIAN TAMIL MATEMATIK
16 NANTHINI A/P SUPERAMANIAM DIPLOMA PERGURUAN PENDIDIKAN ISLAM BAHASA ARAB
17 NURUL HUSNA BT HASAN IJAZAH PERGURUAN PENGAJIAN MELAYU PENDIDIKAN SENI
18 NURUL SYAZANA BINTI AHMAD FAUZI DIPLOMA PERGURUAN PENGAJIAN TAMIL KAJIAN TEMPATAN
19 PEREKASH A/L JAYARAMAN IJAZAH PERGURUAN SAINS PENGAJIAN TAMIL
20 PREMA @ RUKUMANI A/P SIVAGANDHI DIPLOMA PERGURUAN PENGAJIAN TAMIL MATEMATIK
21 PRIYATARISINI A/P MANOKARAM IJAZAH PERGURUAN PENGAJIAN TAMIL MATEMATIK
22 PULOMINA A/P JOSEPH DIPLOMA PERGURUAN PENGAJIAN TAMIL PEND. SENI
23 PUVANESWARI A/P SAMY DIPLOMA PERGURUAN KEMAHIRAN HIDUP PEND MORAL
24 SANGEETHA A/P MAHDEVAN IJAZAH PERGURUAN MATEMATIK PENGAJIAN TAMIL
25 SHEELA KAVITHA BT ABDULLAH IJAZAH PERGURUAN PENGAJIAN TAMIL MATEMATIK
26 SISILIYA A/P JOSEPH SIJIL PERGURUAN PENGAJIAN TAMIL PENGAJIAN INGGERIS
27 SIVA LAKCHMI A/P GURUGULOO DIPLOMA PERGURUAN PENGAJIAN TAMIL MATEMATIK
28 SUMITHRA A/ VIJAYAKUMAR DIPLOMA PERGURUAN PENGAJIAN TAMIL SEJ/MATEMATIK/PJ
29 SYALINI A/P MANOHARAN DIPLOMA PERGURUAN PENGAJIAN TAMIL SAINS
30 THURGA DEVI SEKARAN DIPLOMA PERGURUAN BIMB. & KAUNSELING TIADA
31 UMADEVI A/P SUGUMARAN SIJIL PERGURUAN PENGAJIAN TAMIL TIADA
32 UMASELVI A/P PERIASAMY DIPLOMA PERGURUAN PENGAJIAN TAMIL MATEMATIK
33 YOGESWARI A/P KRISHNASAMY
1.4.2 Senarai Nama AKP Tahun Semasa Jawatan
Bil Nama Pembantu Tadbir(P/O) N19
1 Pn.Noraidah binti Sulaiman
2 Mohd Farid bin Abdul Hamid Pembantu Operasi N11
(kup)
1.4.3 Rumusan / Statistik Perjawatan
Guru Lelaki Analisis Guru Jumlah
Perempuan 6
Luar Norma 2 4 27
23 33
Dalam Norma 4 27
Jumlah 6
(sila tambah ruang mengikut keperluan)
Analisis Guru Mengikut Opsyen
Bil Opsyen Jumlah
1 Umum 2
2 Pengajian Tamil 23
3 Pemulihan 1
4 Pendidikan Islam 1
5 Pendidikan Inggeris 1
6 Kemahiran Hidup 1
7 Sains 1
8 Pengajian Melayu 1
9 Matematik 1
10 Bimbingan dan Kaunseling 1
Jumlah 33
(sila tambah ruang mengikut keperluan
Analisis Statistik Kumpulan Perkhidmatan
* B = Bumi * C = Cina * I = India * LL = Lain-lain
Kumpulan Perkhidmatan
Pengurusan Pengurusan dan Kumpulan Lain-Lain
Tertinggi Profesional Pelaksana
B C I LL B C I LL B C I LL B C I LL
4 2 27 2
Nota :
• Pengurusan Tertinggi : PGB, PK, GKMP
• Pengurusan dan Profesional : Guru Penolong
• Kumpulan Pelaksana : AKP
PANDUAN AM
1. Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat
dalam Perintah Am Kerajaan
2. Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh
mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan.
3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai
satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.
4. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
Perkhidmatan Cemerlang.
5. Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.
6. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam
menjalankan tugas.
7. Bertanggunjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid dan harta benda sekolah
ketika berada di sekolah.
8. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
menjalankan tugas.
KEDATANGAN
1. Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.
2. Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu belajar dan
menandatangani Buku Kehadiran SEMASA sampai dan sewaktu balik sekolah.
3. Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan
dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin
supaya jadual waktu ganti dapat disediakan.
4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan
kecemasan.
5. Guru diwajibkan datang untuk menjayakan aktiviti kokurikulum, bengkel, mesyuarat dan
pelbagai program akademik di luar masa yang ditetapkan.
KELUAR WAKTU MENGAJAR
1. Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.
2. Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu belajar dan
menandatangani Buku Kehadiran SEMASA sampai dan sewaktu balik sekolah.
3. Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan
sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin supaya
jadual waktu ganti dapat disediakan.
4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan
kecemasan.
5. Guru diwajibkan datang untuk menjayakan aktiviti kokurikulum, bengkel, mesyuarat dan pelbagai
program akademik di luar masa yang ditetapkan.
CUTI
1. Cuti Rehat / Cuti Penggal – mengikut surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP)
0046.SJ/(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah
untuk menggantikan cuti rehat. TETAPI guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak
melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian
daripada tugas mengajar.
2. Cuti Sakit – Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-
turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
3. Cuti Tanpa Gaji – boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. Kelayakan
cuti tanpa gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan dan tidak melebihi 180 hari.
4. Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun diluluskan oleh Pengarah Pelajaran
Negeri. Cuti melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
5. Cuti Rehat Khas – cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan
dan upacara agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun.
PEMAKAIAN GURU
1. Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.
2. Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu belajar dan
menandatangani Buku Kehadiran SEMASA sampai dan sewaktu balik sekolah.
3. Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan
sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin supaya
jadual waktu ganti dapat disediakan.
4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan
kecemasan.
5. Guru diwajibkan datang untuk menjayakan aktiviti kokurikulum, bengkel, mesyuarat dan pelbagai
program akademik di luar masa yang ditetapkan.
SENARAI TUGAS GURU
1. Semua guru yang mengajar akan diberikan dan disediakan Senarai Tugas sebagai panduan
untuk mempertingkatkan prestasi pengajaran guru dan pembelajaran murid. Seterusnya
menyediakan khidmat Bantu secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan Negara tercapai.
PERHUBUNGAN SESAMA GURU
1. Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesama
guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata serta mewujudkan perasaan kekitaan.
2. Guru TIDAK dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan, fahaman, pendapat,
kepercayaan kepada guru, pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.
3. Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial,
ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.
BILIK GURU
1. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggunjawab SEMUA guru. Ini
termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.
2. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah
dianggap sebagai ‘non teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah
menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran sahaja.
3. Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggunjawab memastikan suasana
yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.
PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
1. Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan
dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar.
2. Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Guru
Panitia, Penolong Kanan, atau Guru Besar.
JADUAL WAKTU
1. Guru Kelas hendaklah menyediakan SATU salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas
sendiri.
2. Guru TIDAK dibenarkan mengubah atau meminda jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran Guru Besar dan Penolong Kanan.
TUGAS-TUGAS
1. Semua guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan tugas-
tugas khas dan penglibatan dalam pelbagai AJK sekolah. Mereka mesti melaksanakan tugas-
tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
2. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau arahan, misalnya menghadiri
mesyuarat, pergi ke pejabat pelajaran atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan
sendiri. Guru yang diamanahkan / ditugaskan TIDAK boleh mengarahkan guru lain
melaksanakannya tanpa kebenaran dan pengetahuan Guru Besar.
E-RPH DALAM CIDS
1. Semua guru perlu menyediakan e-RPH dalam CIDS. Semua butiran dalam CIDS hendaklah
disimpan dengan teliti, kemas dan lengkap.
2. Penyediaan E-RPH ini hendaklah dihantar kepada Guru Besar hari ISNIN (jam 08.00 pagi)
untuk disemak dan ditandatangani digital oleh Guru Besar/Penolong Kanan.
3. Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar hendaklah disediakan dengan lengkap
untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu dan harian sebelum dihantar kepada Guru Besar
untuk penyemakan.
KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
1. Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta
benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau
tidak hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.
2. Ketua Panitia/Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai
penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel, pusat sumber atau
perpustakaan.
APDM- SISTEM MAKLUMAT MURID
1. Guru kelas mengemaskini maklumat peribadi murid mengikut dokumen sokongan yang
sah dan terkini diberikan oleh ibubapa dan penjaga. Semua maklumat adik beradik perlu
selaras untuk mengambil data bantuan kerajaan mengikut PGN 2019.
2. Pengemaskinian e-kehadiran harian perlu diselesaikan sebelum pukul 9.00 pagi setiap
hari bersekolah. Kehadiran PDPR dikemaskini juga mengikut jadual penggiliran.
Kehadiran PDPR juga dikemaskini untuk murid yang belajar di rumah atas kebimbangan
covid-19 dengan dokumen sokongan dari ibubapa dan penjaga.
3. Setiap hujung bulan mencetak dan menghanrat e-kehadiran kepada guru data. Membuat
intervensi kehadiran dang menghubungi unit didiplin, Bimbingan dan kaunseling serta
Pihak pentadbiran.
4. Pengemaskinian segala maklumat berkaitan vaksin dan bantuan perlu dikemaskini dari
masa ke semasa mengikut arahan dari KPM.
5. Maklumat status covid 19 perlu dikemaskini dalam APDM HEM dari masa kesamasa
untuk semua warga sekolah.
SURAT-MENYURAT
1. Semua surat rasmi hendaklah dikirim melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak
berkenaan.
2. Surat yang diterima oleh sekolah akan diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan. Guru
berkenaan hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap surat-surat tersebut.
PELAWAT
1. Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar/Penolong Kanan terlebih dahulu.
Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan
kebenaran Guru Besar atau wakilnya.
AKTIVITI KO-KURIKULUM
1. Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah
dijalankan dengan cekap dan teratur seperti yang telah dirancangkan.
MESYUARAT GURU
1. Setiap Hari Khamis merupakan Mesyuarat Guru, Kedatangan semua guru ke mesyuarat adalah
diwajibkan.
2. Guru juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan atau Ketua Panitia.
TANDA NAMA
1. Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah
atau di luar sekolah.
BUKU STOK /INVENTORI
1. Buku stok / Inventori akan digunakan dan semua guru dikehendaki merekod alat-alat dan
inventori yang dibekal atau diberikan untuk kegunaan P&P.
2. Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.
3. Guru hendaklah bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan
kembali dengan segera serta berkeadaan baik.
4. Jika rosak hendaklah dilapor dengan serta merta.
5. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Guru Besar / Penolong Kanan.
MENGHUKUM DAN MENDENDA MURID
1. Semua guru harus mengambil sikap dan tindakan berhati-hati apabila menghukum atau
mendenda murid supaya tidak bertentangan dengan etika profesion perguruan.
2. Menghukum/mendenda murid dalam bentuk fizikal atau mental seperti merotan atau memukul
dengan benda keras, menghantuk kepala murid, menarik atau mencubit cuping telinga, melontar
dengan penggosok, mencubit sehingga lebam, biru atau berdarah, berdiri di bawah panas
matahari, berlari keliling padang dan perbuatan lain yang boleh menjejaskan kesihatan mental
dan fizikal murid adalah DILARANG.
3. Guru harus mengelak, perbuatan memaki hamun, mengejek, memperkecil keupayaan dan
kebolehan murid semasa proses P&P dijalankan.
LARANGAN MEROKOK
1. Kawasan sekolah telah diwartakan sebagai ‘Kawasan Larangan Merokok’.
2. Semua guru, staf, ibu bapa dan pelawat hendaklah mematuhi arahan tersebut pada setiap masa
semasa berada di kawasan sekolah.
ARAHAN DAN PEKELILING
1. Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah DIBACA
dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
2. Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam
fail khas.
3. Pekeliling-pekeliling dari Kementerian, Jabatan atau PPG/PPDK hendaklah dibaca difahami dan
ditandatangani.
PIBG DAN MAJLIS SEKOLAH
1. Semua guru secara automatik menjadi ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah.
2. Jumlah sumbangan (jika ada) adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat dan perlu dibayar
oleh guru.
3. Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.
JADUAL GANTI
1. Jika terdapat guru tidak hadir kerana Cuti Sakit, GURU perlu mencari ganti dengan sendiri
dengan rakan guru yang lain.
2. Jika terdapat guru tidak hadir kerana berkursus atau sebab-sebab lain yang tidak dapat
dielakkan maka Jadual Guru Pengganti akan diatur oleh Penolong Kanan 1/JK Jadual Waktu.
3. Guru yang tidak mengajar (non teaching period) akan diminta untuk melaksanakan tugas
sebagai guru pengganti.
4. Guru pengganti diminta untuk mengajar dan membimbing murid-murid di dalam kelas tersebut.
KEBERSIHAN
1. Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah, Jadual giliran bertugas pelajar
hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan
dengan rapi dan disimpan dengan selamat.
2. Guru Kanan/Guru Sumber dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas seperti bilik
kaunseling, bengkel serta makmal bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.
3. Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab SEMUA guru, staf dan pelajar.
Sumber Rujukan:
Buku Panduan Tugas Staf Sekolah Rendah.