The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tanesh kumaran, 2021-08-06 04:35:36

CONGKAK

CONGKAK

CONGKAK

• Congkak ialah sejenis permainan tradisional
Hindu yang sering dimainkan oleh Burbank.
Selalunya, ia menggunakan papan kayu
berlubang atau lubang di atas tanah dan
kebiasaannya buah congkak menggunakan
biji getah atau guli.

Latar belakang

• Congkak dipercayai berasal dari dunia Afrika atau Arab. Bagaimanapun, bukti tertua yang
dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai
kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh
semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.

• Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui
pedagang-pedagang Arab.

• Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini
merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.] Nama "congkak" dipercayai berasal
dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang
Melayu, keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak.

• Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai
ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari.
Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, manakala di Filipina, sungka.

• Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan
congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan
dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh
dunia.

• Congkak begitu terkenal dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai
laman sesawang di internet. Dalam laman-laman sesawang ini disenaraikan pelbagai
maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga
permainan congkak dalam talian.

Asas permainan

• Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan
mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.

• Papan congkak berbentuk bangau menyudu.

• Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak
berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang
sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali
sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebarnya 18
cm."Congkak" (dalam bahasa B. Inggeris). ThinkQuest Library. Dicapai pada 18 April 2008.

• Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan permainan,
biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan
kosong.

• Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah
congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah
masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan
dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang
seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu, setiap
pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan
sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam
lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam
giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Permainan ini akan diulang sehingga salah seorang
pemain tidak cukup buah bagi mengisi walau satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila
kedua-dua pemain sudah bosan.

Peraturan permainan

Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:

• Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak
mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan
pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

• Gerakan diteruskan sehingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan ke dalam kampung kosong di kawasan
sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu
boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam
kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.

• Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam
rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana
kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja
dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

• Jika tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada di pihaknya, maka giliran untuk
menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.

• Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung
yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua,
ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

• Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang ialah yang mempunyai buah congkak
terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak
dikira kalah

Perbezaan peraturan

• Walaupun permainan congkak
kelihatan sama dengan
permainan lain yang
berasaskan lubang dan buah
seperti Manchala dan Sungka,
terdapat beberapa kelainan
dari segi peraturan.

• Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan ketika mana
permainan congkak bermula serentak antara kedua-dua pemain.
Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak
mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang
bergerak secara melawan arah jam.

Cara membuat congkak

• Congkak selalunya diperbuat daripada kayu hutan seperti merbau,
keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang
dibuat daripada kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut
kemampuan si tukang pembuat congkak.

• Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut
kepanjangan papan congkak yang bergantung kepada lubang rumah
yang dihasilkan kelak.

• Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian
sahaja yang diperlukan dalam pembuatan congkak.

• Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang
tidak terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang
kayu tersebut.

• Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang
ditebuk dalam dua baris dan dinamakan ‘kampung’ yang mempunyai
jumlah bilangan tertentu.

• Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai
‘rumah’.

• Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut.
Butiran ini penting supaya tidak menggelikan jari-jemari pemain
sewaktu bermain.

• Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan
seperti bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya.

• Congkak juga dihasilkan
daripada logam ataupun tanah di kawasan
pedalaman. Tempurung kelapa digunakan
supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

• Congkak zaman moden kebanyakannya
diperbuat daripada plastik keras atau kayu
mampat, dan dengan pelbagai jenis rekaan.
Congkak juga diubah suai menjadi mudah alih
, dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana-
mana sahaja.

• Buah congkak yang dipakai selalunya ialah
biji guli, buah saga, biji plastik, batu kecil,
dan biji getah. Namun demikian, buah congkak
tidak mempunyai bentuk yang tetap; apa-apa
sahaja yang agak bulat dan sesuai boleh
digunakan.

TAMAT


Click to View FlipBook Version