HARI KEMERDEKAAN
2020 - 2021
KEMERDEKAAN 2020
Pada tahun 2020,kerajaan telah
mengumumkan bahawa Hari
Kebangsaan akan disambut dan
diraikan dengan logo berbentuk
hati dengan tema Malaysia
Prihatin.
Tema Hari Kebangsaan tahun ini agak unik, malah sangat memberi makna
kerana ia berlaku tatkala negara masih lagi berhadapan dengan wabak
pandemik Covid-19.
Malaysia Prihatin Tema Hari Kebangsaaan
2020
Gabungan dua perkataan ini memberi gambaran bahawa seluruh rakyat
Malaysia sedang berganding-bahu memastikan wabak ini dapat dikekang
dan akhirnya nanti membebaskan Malaysia daripada ancaman Covid-19
yang masih tiada penawar khusus.
Logo Hari Kebangsaan Berbentuk Hati
Untuk sambutan kali ini, logo berbentuk hati menjadi pilihan dengan warna bendera
Jalur Gemilang menjadi latarnya, melambangkan keprihatinan kerajaan Malaysia
terhadap masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Pada logo, terdapat tujuh jalur merah putih yang membentuk hati, membawa maksud
terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan
keikhlasan dan kesungguhan.
Manakala warna biru tua disertakan sebagai memberi erti kesatuan hati rakyat Malaysia
yang berbilang kaum yang hidup dengan aman dan harmoni selama lebih daripada 60
tahun.
Fakta Hangat Kemerdekaan Tanah Melayu
Stigma bunga raya yang digabungkan bersama logo berbentuk hati itu pula
menzahirkan bahawa negara menuju kejayaan, manakala lima titik merah
adalah simbolik kepada lima kelopak bunga raya menggambarkan lima
prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan di negara ini.
Bulan sabit dan bintang pecah 14 pula menggambarkan Islam sebagai
agama Persekutuan dan perpaduan 13 negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Prihatin Sebagai Rakyat Malaysia
Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita menghargai nilai kemerdekaan yang
ada pada setiap sambutan Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia. Walaupun
kita berhadapan dengan pelbagai masalah seperti wabak pandemik Covid-
19 sekarang, kita perlu kekal bersatu dan bersama dengan kerajaan untuk
memastikan wabak ini tidak melemahkan kita.
Kita perlu bersama untuk menangani wabak selain terus kekal bersatu untuk
berhadapan dengan kesan wabak ini.
Pantun Hari Kebangsaan Kemerdekaan
Malaysia
Pergi ke kedai membeli buku, Alkohol dan arak bawa bencana,
Buku di beli untuk dibaca, Keluarga menjadi porak peranda,
Jalur Gemilang dikibar selalu, Berlalu sudah penjajahan negara,
Tanda merai kemerdekaan negara. Mimpi ngeri rakyat jelata.
Kalau ada sumur di ladang, Tumbuh subur pokok kelapa,
Boleh saya menumpang mandi, Dilanggar oleh si anak gajah,
Tak kan hilang jasa pejuang, Sejarah negara jangan dilupa,
Kemerdekaan disambut tanda merai. beratus tahun kita dijajah.
Anak kecil bermain guli, Berjalan-jalan dengan cik siti,
Bermain bersama anak cik Siti, Singgah sebentar di kedai baba,
Jalur Gemilang dikibar tinggi, Para pemimpin silih berganti,
Tanda mengenang jasa dan budi. Membina peradaban negara tercinta.
Terbang tinggi burung merpati, Pergi ke sekolah penuh semangat,
Hinggap sebentar di atas dahan, Menuntut ilmu untuk berjaya,
62 tahun kemerdekaan dirai, Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat,
Negara sejahtera penuh kenangan. Bersama kita menyambut merdeka
Awan tenang berseri hiasan,
Ditiup angin hingga ke Melaka,
Pahlawan dikenang menjadi warisan,
Menjadi ikutan rakyat merdeka.
Mengayuh basikal pergi ke pekan,
Membeli keperluan untuk keluarga,
Tinggalan moyang tunggak warisan,
Indah sentosa bumi merdeka.
Pergi ke hutan memburu rusa,
Landak pula jadi tawanan,
Budi ditabur pemimpin negara,
Kenang jasa tiap pengorbanan.
Menutup mata duduk bersila,
Ditegur oleh si anak tiri,
Semangat kita membara semula,
Musim merdeka datang lagi.
Kemerdekaan 2021
Setiap kali tibanya sambutan Hari Kemerdekaan Negara, perkara yang menjadi
tumpuan utama dalam kalangan rakyat Malaysia sudah pastilah mengenai logo dan
tema Hari Kebangsaan.
Setiap tahun, kerajaan akan menetapkan satu logo atau tema sesuai dengan suasana
dan keadaan negara.
Pada tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan yang ke-64 akan disambut dalam suasana
yang sederhana disebabkan negara masih berada dalam fasa Pelan Pemulihan Negara
(PPN)
Pemilihan tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini ialah Malaysia Prihatin.
Tema Hari Kebangsaan tahun ini kekal seperti tahun lalu dan ia akan disambut secara
sederhana.
Tema Hari Kebangsaan Malaysia Yang ke-64 (2021)
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah
mengumumkan tema dan logo yang dipilih pada tahun ini adalah ‘Malaysia Prihatin’
sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Tema ini kekal sebagaimana
sambutan hari kebangsaan bagi tahun lepas (2020).
Logo yang diperkenalkan pula adalah berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang
yang melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang
kaum.
Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, pemilihan warna dan logo sudah pasti
mengambil inspirasi daripada warna jalur gemilang iaitu Kuning, Merah, Biru dan putih
dalam rekabentuk logo.
Rasional pemilihan tema adalah selari dengan keadaan semasa negara yang
memerangi pandemik Covid-19.
Malaysia : Menggambarkan seluruh rakyat Malaysia turut sama memerangi Covid-19.
Prihatin: Inisiatif Kerajaan yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan
kelangsungan hidup rakyat Malaysia.
Rekabentuk hati yang digunakan pada logo juga merupakan kali yang keenam
digunakan selepas 1994, 1997, 2015, 2016 dan 2020.
Senarai Tema Sambutan Hari Kemerdekaan (Kebangsaan) Malaysia
Berikut merupakan senarai tema sambutan hari Kemerdekaan Malaysia yang lepas:
Tahun Tema
2020 Malaysia Prihatin
2019 Sayangi Malaysiaku Malaysia Bersih
2018 Sayangi Malaysiaku
2017 Negaraku Sehati Sejiwa
2016 Sehati Sejiwa
2015 Sehati Sejiwa
2014 Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
2013 Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
2012 1Malaysia. Janji Ditepati
2011 1Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
2010 1Malaysia Menjana Tranformasi
2009 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2007 Malaysiaku Gemilang
2006 Keranamu Malaysia
2005 Keranamu Malaysia
2004 Keranamu Malaysia
2003 Keranamu Malaysia
2002 Keranamu Malaysia
2001 Keranamu Malaysia
2000 Keranamu Malaysia
Logo Hari Kebangsaan Malaysia Yang ke-64 (2021)
Logo yang digunakan untuk sambutan hari
kebangsaan ke-64 pada tahun ini adalah berbentuk
hati. Ia merupakan kali yang keenam digunakan
selepas 1994, 1997, 2015, 2016 dan 2020
Warna yang digunakan pula adalah mengambil
inspirasi daripada warna jalur gemilang iaitu merah,
kuning, biru dan putih.
Pemilihan rekabentuk ini sesuai dengan suasana negara yang masih lagi
berhadapan dengan pandemik Covid-19. Rekabentuk ini juga
melambangkan keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap masyarakat
pelbagai kaum di negara ini.
Maksud Logo Hari Kebangsaan 2021 – Malaysia Prihatin (*sama seperti tahun lepas)
Maksud Logo Hari Kebangsaan 2021 – Malaysia
Prihatin (*sama seperti tahun lepas)
LOGO BERBENTUK HATI – Melambangkan keprihatinan Kerajaan Malaysia
terhadap masyarakat berbilang kaum.
WARNA BIRU TUA – Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum
hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
BULAN SABIT – Islam adalah agama bagi persekutuan.
BINTANG PECAH 14 – Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan
.
7 JALUR MERAH PUTIH BERBENTUK HATI – Terjalinnya keberanian dan
ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan
kesungguhan.
STIGMA BUNGA RAYA – Membawa negara menuju ke mercu kejayaan.
5 TITIK MERAH Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang
menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang
berbilang bangsa.
TAMAT