1. Hanya murid yang sihat hadir ke sekolah
2. Murid yang mempunyai suhu MELEBIHI 37.5°C TIDAK
DIBENARKAN MASUK ke kawasan sekolah
3. Ketidakhadiran murid ke sekolah perlu dimaklumkan
kepada Guru Kelas melalui surat rasmi.
4. Murid perlu bersarapan sebelum hadir ke sekolah.
5. Murid yang berimuniti rendah DIWAJIBKAN memakai
pelitup muka (face mask)
6. Murid perlu dibekalkan dengan tisu basah (wet tissue)
dan pensanitasi tangan (hand sanitizer)
7. Murid perlu membawa alat tulis sendiri. TIDAK
DIBENARKAN BERKONGSI DENGAN KAWAN.
8. Murid digalakkan membawa bekalan makanan sendiri.
9. Murid yang menaiki basikal hendaklah berehat seketika
sebelum mengambil suhu
10.Murid dikehendaki hadir pada waktu yang ditetapkan
iaitu sebelum 7.15 pagi
1. Murid hanya rehat dan makan DI DALAM kelas sahaja.
(TIDAK DIBENARKAN KE KANTIN)
2. Pembelian makanan hanya melalui pesanan awal sahaja
(sehari sebelum / pre-order)
3. Urusan pembelian makanan akan dibuat oleh Guru Kelas
masing-masing mengikut menu yang disediakan pihak
kantin.
4. Makanan/minuman yang ditempah dari kantin akan
dihantar ke kelas.
5. Murid akan makan di meja masing-masing pada waktu
rehat.
6. Guru akan sentiasa ada bersama murid
di dalam kelas pada waktu rehat.
7. Murid membersihkan meja sendiri selepas
makan.
8. Murid membasuh tangan di luar kelas
secara bergilir.
1. Sila gantung tag di luar tandas sebelum masuk.
2. Jangan masuk ke tandas jika
tergantung 3 tag murid di luar tandas.
3. Sila basuh tangan sebelum keluar
dari tandas.
1. Ibu Bapa / Penjaga tidak dibenarkan berada dan
menunggu dalam kawasan sekolah KECUALI urusan
rasmi di pejabat.
2. Ibu Bapa / Penjaga tidak dibenarkan memberhentikan
kenderaan di sepanjang laluan PINTU UTAMA (pondok
pengawal)
3. Murid perlu sentiasa menjaga penjarakan fizikal
semasa menunggu kedatangan ibu bapa / penjaga atau
pengangkutan
4. Ibu Bapa / Penjaga perlu menjemput anak TEPAT PADA
WAKTUNYA demi keselamatan dan kesihatan anak-anak.
5. Ibu Bapa / Penjaga digalakkan menyediakan pelitup muka
untuk anak-anak bagi meminimumkan risiko jangkitan.
6. Perhimpunan Rasmi tidak dijalankan. Pengumuman akan
dibuat melalui pembesar suara dan hebahan di dalam kelas
oleh guru.
7. Murid-murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 & 6) digalakkan memakai
pakaian Pasukan Badan Beruniform
pada hari Ahad minggu ke-3 setiap bulan.
8. Jika anak bergejala atau kurang sihat selepas
balik dari sekolah, ibu bapa / penjaga diminta
segera memaklumkan kepada pihak sekolah.
9. Pihak sekolah berhak mengasingkan murid yang
bergejala / tidak sihat di Bilik Isolasi sementara
menunggu kehadiran ibu bapa / penjaga untuk dibawa
pulang. Pihak sekolah juga akan melaporkan kepada
Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Bukit Gambir Tangkak.