The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zulirfan Irfan, 2021-01-18 09:52:11

PENGURUAN HEM SKPK 2021

PENGURUAN HEM SKPK 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN
84800 BUKIT GAMBIR TANGKAK JOHOR

1

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN
84800 BUKIT GAMBIR TANGKAK JOHOR

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR

1.1 Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibubapa kedua kepada semua pelajar.
1.2 Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan pelajar dalam semua bentuk tindakan dan

keputusan yang dibuat
1.3 Semua guru perlu melayan semua pelajar dengan adil, saksama, bertimbang rasa dan kasih

sayang.

DASAR 2 : PENDAFTARAN MURID

2.1 Sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari pelbagai kaum tanpa sekatan.
2.2 Setiap maklumat pelajar akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran dan ke dalam

Sistem Maklumat Murid (SMM).
2.3 Setiap pelajar akan ditempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik.
2.4 Takwim pendaftaran murid :

2.4.1 Pendaftaran sepanjang bulan Mac – 1 hingga 31 Mac
2.4.2 Pemberitahuan kelulusan permohonan – hujung bulan Julai
2.4.3 Pengesahan pendaftaran Ibubapa – sepanjang bulan Ogos
2.4.4 Pendaftaran murid dan taklimat ibubapa – akhir Disember / awal Januari.

DASAR 3 : PELANTIKAN PENGAWAS

3.1 Diadakan pada penghujung tahun untuk tahun berikutnya.
3.2 Pemilihan oleh guru berdasarkan pemilihan oleh semua guru.
3.3 Penentuan Pengawas, Ketua dan Penolong Pengawas dibuat oleh Guru-guru Lembaga

Disiplin Sekolah.
3.4 Ibubapa diberitahu tentang pemilihan pada hujung tahun untuk persediaan pakaian murid.
3.5 Pengawas yang baru dilantik akan diberi tempoh perubahan selama sebulan.

DASAR 4 : PENGURUSAN DISIPLIN

4.1 Setiap murid mesti mempunyai Buku Peraturan Sekolah dan mematuhi peraturan yang
ditetapkan.

4.2 mempunyai Lembaga Disiplin yang terdiri daripada Guru Besar dan semua Guru Penolong
Kanan serta guru-guru yang menjadi AJK Disiplin.

4.3 Semua masalah disiplin direkod dan dilaporkan ke PPD.
4.4 Pelajar yang sering melanggar peraturan sekolah, akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin.
4.5 Ibubapa dipanggil hadir bagi membincangkan masalah disiplin anak yang serius atau berulang

melebihi 4 kali.
4.6 Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat Dan Bimbingan” dalam menangani

permasalahan disiplin pelajar.
4.7 Ibubapa atau penjaga kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah, perlu memaklumkan atau

menulis surat kepada pihak sekolah.
4.8 Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari berturut-turut dikira ponteng

sekolah.

2

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN
84800 BUKIT GAMBIR TANGKAK JOHOR

DASAR 5 : KEBAJIKAN

5.1 Pelajar-pelajar yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui

jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah.

5.2 Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan apa jua

bentuk bantuan kepada pelajar di sekolah ini.

5.3 Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi pelajar yang bermasalah demi menjaga

maruah pelajar tersebut.

5.4 Memastikan murid yang layak mendapat bantuan diberikan bantuan berikut :

RMT dan Susu - pendapatan kurang daripada RM580.00 atau purata RM140.00

KWAPM - murid yang tercicir dari persekolahan (pendapatan kurang daripada

RM930 atau perkapita RM230)

SPBT - Semua murid layak menerima mulai tahun 2008

Bantuan Khas OKU - bagi murid kurang upaya

5.5 Pemilihan berdasarkan maklumat SMM dan diputuskan oleh JK Kebajikan.

5.6 RMT dijalankan waktu rehat dan susu 1M diberi sebelum waktu balik.

5.7 Bekalan makanan RMT disediakan oleh Pengusaha Kantin bagi memastikan tahap kebersihan

dan mutu makanan mudah dipantau.

5.8 JK RMT memantau penyediaan makanan dan menyelia murid makan semasa waktu rehat.

DASAR 6 : KAUNSELING

6.1 Mendapat khidmat guru bimbingan yang dilantik oleh pihak sekolah.
6.2 Guru bimbingan bekerjasama dengan pihak pentadbir dan JK Disiplin bagi menjayakan

kursus, bengkel, ceramah dan mewujudkan perhubungan erat dengan Badan-badan luar yang
berkaitan.

DASAR 7 : KESELAMATAN

7.1 Keselamatan pelajar akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di
kawasan sekolah pada waktu persekolahan.

7.2 Ibubapa atau penjaga, yang ingin membawa pelajar keluar perlu menulis nama di dalam
BUKU Kebenaran Keluar yang terletak di pejabat.

7.3 Semua pelajar dilindungi dengan Skim Insurans Takaful Malaysia.
7.4 Alat pemadam api disediakan di tempat-tempat strategik.
7.5 Alat pemadam api diselia dan diganti 2 kali setahun.
7.6 latihan kebakaran dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
7.7 Kawalan keselamatan oleh pengawal keselamatan 24 jam sehari. 2 orang pengawal pada

waktu siang dan 2 orang pengawal pada waktu malam.

DASAR 8 : KESIHATAN

8.1 Sekolah akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui program-program

yang dirancang seperti :
 Pemeriksaan gigi dan mata sekali setahun
 Pemeriksaan kesihatan bagi Tahun 1 dan tahun 6
 Program RMT
 Pengajaran dan pembejaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan
 Ceramah dan Kempen.

3

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN
84800 BUKIT GAMBIR TANGKAK JOHOR

8.2 mendapatkan maklumat tahap kesihatan pelajar daripada ibubapa/ penjaga.
8.3 Penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tudak sihat semasa berada di sekolah.
8.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi penjaga

terlebih dahulu terhadap kes-kes yang kronik.
8.5 Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah kesihatan.
8.6 Mendapatkan khidmat bantuan semburan nyamuk dari agensi yang bertanggungjawab

sekurang-kurangnya sekali setahun.

DASAR 9 : KECERIAAN & KEBERSIHAN

9.1 Diwujudkan jadual tugas bagi setiap murid bagi memastikan kelas berada dalam keadaan
bersih dan sesuai untuk proses pembelajaran berlaku.

9.2 Terdapat pekerja membersihkan kawasan sekolah.
9.3 Mengadakan program keceriaan dan gotong royong sekurang-kurangnya sekali setahun.

DASAR 10 : DATA & REKOD

10.1 Semua kemasukan murid direkodkan dalam Buku Pendaftaran Murid.
10.2 Maklumat peribadi murid yang disediakan oleh ibubapa disimpan dalam Sistem Maklumat

Murid (SSM)
10.3 Buku Jadual Kedatangan Murid sentiasa disimpan di pejabat setelah dicatat kehadiran oleh

guru kelas selewat-lewatnya satu jam selepas loceng pertama.
10.4 Semakan Buku Kedatangan dibuat akhir bulan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
10.5 Semua data berkaitan disimpan dalam fail sebagai rujukan.

MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH PELAJAR

Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan

hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen murid-muridnya. Sehubungan dengan itu,

Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Sahsiah pelajar sekolah telah menetapkan beerapa matlamat yang

perlu dan hendak dicapai. Matlamat-matlamat tersebut ialah :

1. Memastikan pelajar sekolah ini mempunyai data maklumat peribadi yang lengkap dan

kemaskini.

2. Memastikan murid di sekolah ini sentiasa mematuhi peraturan sekolah.

3. Memastikan murid di sekolah ini mengamalkan “Budaya Hidup Sihat”.

4. Memastikan murid sekolah ini mendapat layanan yang adil dan seimbang dari guru-guru.

5. Memastikan pmurid sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral

seperti berikut :
 Ponteng sekolah
 Merokok
 Pergaduhan
 Kelakuan lucah
 Membuli
 Kurang ajar atau biadap
 Merosakkan harta benda sekolah/awam (VANDALISME)

6. Memastikan murid sekolah ini yang bermasalah ekonomi dan pembelajaran mendapat

bantuan dan pertolongan yang sewajarnya.

7. Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak

sekolah.

8. Memastikan pelajar sekolah ini sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga, dan harta benda

sekolah.

4

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN
84800 BUKIT GAMBIR TANGKAK JOHOR

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL
MURID & SAHSIAH PELAJAR

1. Sistem Pendaftaran pelajar
1.1 Sekolah melaksanakan Program Hari Pendaftaran murid Tahun 1.
1.2 Hari pendaftaran Murid dijalankan satu atau dua hari sebelum persekolahan sebenar.
1.3 Ibubapa atau penjaga murid menyerahkan borang maklumat.
1.4 Murid semasa hadir pada hari pendaftaran.
1.5 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari pendaftaran adalah seperti berikut :

a. Pendaftaran di kelas dengan menyerahkan borang maklumat murid yang telah
dilengkapkan.

b. Bayaran keperluan persekolahan.
c. Pengagihan buku teks.
d. Taklimat sistem pentadbiran sekolah kepada ibubapa atau penjaga.
1.6 Memasukkan data murid ke dalam buku rekod pendaftaran sekolah dan sitem maklumat
murid sebelum akhir bulan Januari.

2. Penguatkuasaan Peraturan Sekolah
2.1 Semua murid perlu memiliki Buku Peraturan Sekolah
2.2 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.
2.3 Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid Tahun 4 hingga Tahun 6.
2.4 Bilangan pengawas sekolah adalah 10% daripada bilangan keseluruhan murid pada tahun

semasa.
2.5 Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut :

a. Pencalonan oleh guru kelas.
b. Temuduga oleh jawatankuasa disiplin dan pengawas sekolah.
c. Kursus perlaksanaan tugas dan tanggungjawab
d. Tempoh percubaan sepanjang bulan Januari.
e. Majlis watikah pelantikan.
2.6 Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar peraturan.

3. Pelaksanaan program-program kesihatan.
3.1 Memastikan perlaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) menepati sasaran dan

matlamat perlaksanaannya seperti berikut :
a. Bilangan murid yang terlibat
b. Pemilihan murid yang tepat
c. Penyediaan menu yang berkhasiat.
3.2 Memastikan murid menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah seperti berikut :
a. Cukup masa untuk membeli makanan dan menjamu selera
b. Berinteraksi dengan kawan-kawan
c. Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya.
d. Mendapatkan maklumat atau bahan-bahan dari pusat sumber dan pusat akses.
3.3 Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti :
a. Pemeriksaan mata
b. Pemeriksaan gigi
c. Pemeriksaan kuku dan rambut
d. Pemeriksaan kesihatan dan kebersihan diri.

3.4 Memastikan pengurusan kantin dan persekitaran sentiasa bersih.
a. Pekerja kantin mendapat suntikan dari jabatan kesihatan.

5

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN
84800 BUKIT GAMBIR TANGKAK JOHOR

b. Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti.
c. Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri.
d. Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan.

3.5 Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan dan melalui aktiviti berikut :
a. Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
b. Gotong royong
c. Mengutip sampah dan masukkan ke tong sampah secara spontan bila
menjumpainya.
d. Tidak membuang sampah merata-rata.

4. Mempertingkatkan peranan guru-guru
4.1 Guru perlu sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua murid dalam sebarang

tindakan yang diambil.
4.2 Tindakan-tindakan guru adalah konsep “MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM”.
4.3 Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN.

5. Melaksanakan Sesi Kaunseling dan Motivasi
5.1 Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa diberi

kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut :
a. Sesi Kaunseling Individu
b. Sesi Kaunseling Kelompok
c. Lawatan khas guru kaunseling ke rumah
d. Kem Jati Diri

6. Pelaksanaan modul-modul dalam Program Sekolah Selamat:
6.1 Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti kebakaran melalui

LATIHAN KAWAD KECEMASAN.
6.2 Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pihak tertentu berkaitan perkara berikut :

a. Keselamatan jalan raya
b. Jenayah juvana
c. Pertolongan cemas
d. Penyalahgunaan dadah.

7. Penggalakkan penyertaan Aktiviti Luar :
7.1 Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah yang dianjurkan oleh pelbagai

pihak seperti :
a. Menyertai pertandingan mewarna dan melukis
b. Menyertai lawatan sambil belajar
c. Menyertai pertandingan kokurikulum akademik
d. Menyertai pertandingan sukan dan permainan
7.2 Murid-murid juga diasuh dan diberikan panduan bagaimana menguruskan masa dengan baik
dan berfaedah melalui aktiviti seperti :
a. Pembacaan di pusat sumber atau perpustakaan
b. Menghadiri kelas tambahan atau tuisyen
c. Program bersama keluarga.

6

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN
84800 BUKIT GAMBIR TANGKAK JOHOR

1.0 PELANTIKAN AJK UNIT HEM
 Rujuk dalam buku pengurusan dan Takwim sekolah tahun 2021

2.0 AGIHAN TUGASAN HEM
 Rujuk dalam buku pengurusan dan Takwim sekolah tahun 2021

3.0 ENROLMENT MURID SKPK 2021

BIL KELAS BIL MURID JUMLAH DALAM KELAS
1 PRASEKOLAH CEMERLANG 23
2 PRASEKOLAH GEMILANG 24 47
3 1 BIJAK 30
4 2 BESTARI 19 30
5 2 BIJAK 20
6 3 BIJAK 20 39
7 3 BESTARI 21
8 4 BIJAK 34 41
9 5 BIJAK 32
10 6 BESTARI 35 34
258 32
JUMLAH 35
258

4.0 PENGURUSAN KELAS
Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM)
4.1 Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan (Januari).
 Menandakan pada setiap hari persekolahan sebelum pukul 9.00 pagi di online APDM
 Murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah. Murid yang datang lewat dikira sebagai hadir.
 BJKM hendaklah ditandakan seperti simbol-simbol berikut:


4.2 MURID “BUKAN WARGA NEGARA” (MBWN)

Bagi murid “Bukan Warga Negara” (MBWN), Yuran Warga Asing sebanyak RM21.60 bagi sekolah

rendah setiap tahun wajib dibayar di Unit Akaun Jabatan Pelajaran terlebih dahulu sebelum didaftar

sebagai murid sekolah. Resit bayaran mesti ditunjukkan kepada PK HEM. Setiap MBWN juga

dikenakan bayaran tambahan mengikut arahan Pendaftar Sekolah.

Murid-murid Bukan Warganegara dikenakan fee mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil.4/2000
 RM120 bagi sekolah rendah
 RM240 bagi sekolah menengah

4.3 FAIL PERIBADI MURID
 Semua murid yang berdaftar di sekolah wajib mempunyai fail ini.
 Nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Kelas hendaklah ditulis pada helaian pertama fail.
 Setiap fail hendaklah dilekatkan gambar murid (ukuran passport).
Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, keputusan
 Peperiksaan Dalaman, slip keputusan peperiksaan awam yang berkaitan (UPSR, PMR, SPM) disimpan
 dalam fail ini. Buku Rekod Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan akan disimpan di Bilik
Kesihatan / Bilik Dokumentasi/ Bilik HEM.
Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan persekolahan atau
bertukar sekolah.
Semua fail perlu disimpan dalam ‘loker’ berlabel di bilik HEM atau bilik Bimbingan & Kaunseling atau
bilik Dokumentasi.

7

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN
84800 BUKIT GAMBIR TANGKAK JOHOR

 Semua surat yang berkaitan dengan murid seperti sijil sakit, surat ibu bapa /penjaga bagi
memaklumkan ketidakhadiran murid, salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung /
buang sekolah yang dikeluarkan disimpan dalam fail ini.

 Fail kelas akan disemak pada setiap akhir bulan oleh PK HEM. PK HEM akan menyediakan dokumen

penyemakan fail kelas (senarai semak).

4.4 PENDAFTARAN MURID BARU
 Guru Kelas menerima murid baru daripada PK HEM. (Status kewarganegaraan telah dikenal pasti oleh

PK HEM terlebih dahulu).
 PK HEM hendaklah memastikan Borang Maklumat Murid (Borang SMM)ndilengkapkan oleh ibu

bapa/penjaga pada masa itu juga. Jika murid membawa bersama SMM dari sekolah asal, sila pastikan

maklumat adalah lengkap dan terkini.
 Guru Kelas akan memasukkan data murid-murid baru. Bagi murid asal, guru-guru hanya

mengemaskini data SMM yang telah dibuat dan menyerahkan ‘hard copy’ kepada guru SMM / guru

data.
 Guru kelas hendaklah menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa /

bantuan dan melaporkan kepada Guru Biasiswa / Guru Kebajikan.
 Guru Kelas perlu selalu mengambil inisiatif mengenal pasti murid berkeperluan khas dan yang

memerlukan bantuan khas (anak yatim, murid miskin, oku dll), serta melaporkan kepada PK HEM

untuk tindakan lanjut.
 PK HEM perlu mendapatkan laporan Petaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan lain-lain berkaitan

kerja kursus dari sekolah terdahulu jika tidak dibawa bersama semasa mendaftar. Dokumen tersebut

hendaklah dimasukkan ke dalam fail murid dan satu salinan dokumen berkenaan hendaklah

diserahkan kepada guru mata pelajaran.

4.5 MURID KELUAR / BERTUKAR / BERPINDAH
 PK HEM perlu memastikan surat setuju terima diperolehi dari sekolah yang dipohon sebelum
mengeluarkan Borang Jadual Ketiga ( yang telah dilengkapi ) kecuali pertukaran antara negeri /
 wilayah dan surat perakuan ibubapa/penjaga. (Rujuk SPS)- masalah pertukaran ke luar negera – Rujuk
 SPS
 Guru Kelas perlu mencatatkan maklumat / butiran perpindahan dalam BJKM kelas.
 Bagi pertukaran keluar negara, PK HEM perlu memastikan semua buku teks telah dipulangkan dan
 senarai judul buku yang dipulangkan diserahkan kepada Guru SPBT untuk rekod dan tindakan lanjut.
Untuk pertukaran dalam Negara, PK HEM merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah baru
dan menyerahkan kepada Guru SPBT untuk rekod dan tindakan lanjut.
Semua fail yang berkaitan dengan murid perlu diserahkan kepada murid untuk rujukan pihak sekolah
baru kecuali fail sulit akan dihantar ke sekolah baru.
Sijil Berhenti Sekolah hanya diberikan kepada murid Tahun 6 dan murid yang berpindah ke sekolah
swasta.

5.0 PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS

Guru Kelas boleh melantik Jawatankuasa Kelas yang terdiri daripada:

Ketua Kelas Penolong Ketua Kelas Bendahari

AJK Kebersihan AJK Keceriaan AJK Keselamatan

Guru Kelas hendaklah menyelaras penyediaan perkara berikut:

 Carta Organisasi Kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas

 Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan Kelas

 Jadual Tugas Kebersihan - ditampal pada papan kenyataan kelas.
 Pelan kedudukan kelas - ditampal di atas meja Guru

 Inventori Kelas - ditampal pada pintu

8

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN
84800 BUKIT GAMBIR TANGKAK JOHOR

 Misi & Visi Sekolah, Maklumat Mata Pelajaran, Artikel Berinformasi & isu semasa hendaklah ditampal

pada papan kenyataan kelas.
 Alatan pembersihan seperti penyapu, pemadam papan hitam /papan putih, penyeduk sampah, bakul

sampah dan sebagainya hendaklah disediakan dan disimpan di tempat yang sesuai.
 Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran hendaklah dipamerkan.
 Sudut Bahan Bacaan hendaklah disediakan di tempat yang bersesuaian.
 Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan tulis (kiri/bawah) atau di tempat yang

mudah dilihat.
 Guru Kelas dengan dibantu oleh Ketua Kelas hendaklah memastikan semua kerusi dan meja

mencukupi dan telah diberi nombor siri. Perabot yang telah rosak hendaklah diganti dan dibawa

turun untuk disimpan di dalam stor peralatan sekolah.

6.0 Kebersihan kelas:
 AJK Kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan.
 Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan teratur
sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum keluar dari kelas berkenaan.
 AJK Kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampah di dalam laci meja murid dan bakul sampah
dibuang pada waktu akhir setiap hari.
 Sebelum meninggalkan kelas semua murid hendaklah memastikan kerusi dan meja dalam keadaan
kemas dan teratur.
 Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas dimatikan sebelum meninggalkan kelas.
 Ketua Kelas hendaklah memastikan pintu kelas ditutup.
 Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab ketua kelas
untuk melaporkan kepada guru kelas jika hilang atau rosak.
 Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
 Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan selamat
digunakan.
 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada pihak pentadbir.
 Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas.

7.0 DASAR PENGURUSAN DISIPLIN
Ponteng Sekolah
 Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa surat
daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.
 Guru Kelas hendaklah menandakan “0” dalam BJKM kelas (sila rujuk Nota 4.1 (c)
 Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut:

Tindakan Ponteng Berterusan Ponteng Berkala/ Tidak Berterusan
Amaran I 3 hari berturut-turut 10 hari
Amaran II 7 hari selepas surat Amaran I
Amaran III 7 hari selepas surat Amaran II 10 hari selepas Surat Amaran I
Buang Sekolah 14 hari selepas surat Amaran III 20 hari selepas Surat Amaran II
Jumlah Keseluruhan 20 hari selepas Surat Amaran III
31 hari
60 hari

 Guru Kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam borang Rekod Ponteng

Sekolah dan merekod hantaran surat kepada ibubapa/penjaga (dalam fail kelas).
 Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh:

 Amaran 1 Ditandatangani oleh GPKHEM

9

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN
84800 BUKIT GAMBIR TANGKAK JOHOR

 Amaran 2 Ditandatangani oleh GPKHEM
 Amaran 3 Ditandatangani oleh GPKHEM
 Buang Sekolah Ditandatangani oleh Guru Besar.
 Salinan 1 adalah untuk ibu bapa/penjaga, salinan 2 untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Salah Laku

dan salinan 3 untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru Kelas.
 Surat Buang Sekolah diisi dalam 4 salinan dan ditandatangani oleh Guru Besar.
 Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan Murid untuk surat-surat seperti berikut: AP: Amaran Pertama

AK: Amaran Kedua AT: Amaran Terakhir BS: Buang Sekolah
 Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut hendaklah

dipatuhi:
 Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga

masing-masing.
 Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga

masing-masing dan berjumpa dengan GPKHEM terlebih dahulu.
 Selepas Amaran 3, murid mestilah datang kesekolah bersama-sama ibu bapa/penjaga danberjumpa

dengan pengetua. Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Guru Besar berpuas hati dengan

jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui surat aku janji. Murid hanya boleh

dibenarkan bersekolah semula setelah membuat rayuan dan diluluskan oleh pihak JPN Johor.

7.1 Buku Kawalan Kelas (BKK)
 Semua Guru Kelas mesti memastikan kelas mereka mempunyai BKK setiap hari.
 BKK hendaklah sentiasa berada di dalam dan sekiranya guru lain menggunakan bilik lain maka
 peranan ketua Kelas membawa BKK sekali.
 Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa tersebut.
 Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas/ lambat masuk kelas/ ponteng
 kelas semasa gurumengajar.
Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan teratur sebelum
 menandatangani BKK.
 Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mesti diambil tindakan oleh guru berkenaan
 semasa waktunya. Hanya kes-kes berat sahaja perlu dicatatkan dalam BKK untuk tindakan Guru
 Disiplin pada keesokan harinya. Jika kes berat yang memerlukan tindakan segera, buat catatan dalam
BKK dan terus maklumkan kepada Guru Disiplin / GPK HEM.
Guru Disiplin (Penyelaras BKK) akan menyemak BKK setiap hari dan mengambil nama murid yang
bermasalah untuk tindakan selanjutnya pada keesokkannya.
Penyelaras BKK hendaklah menjaga BKK dengan baik dan sempurna mengikut susunan minggu dan
bulan dan diserahkan kepada GPKHEM pada setiap akhir semester 1 & 2.
Sekiranya BKK hilang , Ketua Kelas hendaklah melaporkan kepada Ketua Guru Disiplin sekolah dengan
segera.
Nama guru yang tidak hadir mengajar dalam BKK ,Guru Disiplin hendaklah melaporkan kepada PK
HEM atau Guru Besar.

7.2 Disiplin Murid
 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid mematuhi
semua peraturan sekolah setiap masa.
 Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu melakukan
kesalahan disiplin.
 Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat kepada Guru
Disiplin atau GPK HEM.
 Hukuman yang dikenakan mestilah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM serta
setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan

10

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN
84800 BUKIT GAMBIR TANGKAK JOHOR

menerima hukuman dengan rela hati.
 Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh menimbulkan

prasangka kepada murid.
 Semua guru perlu menjadi role model – contoh teladan yang baik kepada murid-murid.

7.3 Kawalan /Tanggungjawab Guru
 Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini diangap sebagai satu usaha bahawa guru
mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang individu.
 (Amalan BudayaPenyayang)
 Guru hendaklah memahami dan mengenali mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah
 disiplin dan memberikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama.
 Jangan memulakan proses Pembelajaran dan Pengajaran jika murid- murid tidak memberi tumpuan
 atau sedang bising dan bercakap sesama sendiri.
Jangan membiarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-murid lain
dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas.
Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas dan melaporkan
kepada pentadbir sekolah untuk mengambil tindakan lanjut.
Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang selalu tidak membuat kerja
rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kenal pasti sebab-sebabnya dan ambil tindakan yang
sewajarnya.

7.4 Dasar Umum Disiplin
 Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke sekolah pada setiap hari.
Peraturan sekolah perlu difahami dan dipatuhi.
 Setiap murid wajib memiliki buku nota dan wajib dibawa bersama sewaktu perhimpunan.
 Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan penerangan
tentang peraturan sekolah dan tindakan- tindakan disiplin yang dikuatkuasakan.
 Penerangan dan penjelasan mengenai peraturan disiplin sekolah juga disampaikan kepada murid-
murid dari semasa ke semasa.

7.5 Pemeriksaan Mengejut
 Pemeriksaan mengejut boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa berada di kelas
 atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir.
 Guru disiplin/guru bertugas bersama guru kelas atau guru mata pelajaran dengan bantuan pengawas
akan menjalankan pemeriksaan mengejut dengan disaksikan oleh murid berkenaan.
 Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru berkenaan
 dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang disimpan di dalam almari berkunci di bilik GPK
 HEM.
 Barang larangan akan disimpan di dalam bilik GPK HEM.
Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya oleh dituntut balik oleh ibu bapa/
penjaga murid selepas berjumpa dengan GPK HEM dan menandatangani surat perjanjian.
Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah diputuskan dalam
mesyuarat AJK Lembaga Disiplin & AJK PIBG.
Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid.

7.6 Kaedah Mengatasi Disiplin

Edarkan senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada:
 Semua guru
 bilik-bilik khas

Kes-kes disiplin kesalahan ringan semua guru perlu menanganinya secara berhemat dengan kadar

11

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN
84800 BUKIT GAMBIR TANGKAK JOHOR

segera sebelum ianya menjadi kes kesalahan disiplin yang lebih berat.

Guru mata pelajaran / guru kelas hendaklah:
 Merekod kesalahan murid di buku kawalan kelas
 Guru Disiplin akan mengumpulkan rekod kesalahan dan seterusnya membawa ke mesyuarat disiplin

mengikut keperluan.
 Sijil Sifar Ponteng - Kelas yang berjaya mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil setiap

bulan. Walaupun tidak hadir, ianya mesti bersebab.
 Murid yang mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil dan anugerah pada akhir tahun.

7.7 Pengurusan Perhimpunan
 Perhimpunan diadakan sekurang-kurangnya sekali seminggu (Ahad). Masa perhimpunan 30 minit
untuk sekolah rendah, kemudian dimasukkan dalam jadual waktu induk dan kelas.
 Perhimpunan akan diuruskan oleh penyelaras perhimpunan, guru bertugas dan pengawas sekolah.
 Semua guru dan murid wajib menghadiri perhimpunan kecuali tidak sihat atau sakit.

8.0 DASAR KEBAJIKAN MURID
 Semua bentuk bantuan dan kebajikan murid mesti merujuk kepada data Sistem Maklumat Murid
(SSDM) yang sentiasa dikemaskini.
 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
 Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang mencukupi selewat-lewatnya hari pertama
sesi baru persekolahan.
 Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks
 (Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) – 17Mac 2008).
 Guru Kelas mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut kemas dan ditulis
nama.
 Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh yang
ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya.
 Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima buku SPBT.

8.1 Khidmat Bimbingan dan Kaunseling

Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) mestilah memberikan tumpuan kepada empat fokus utama
 iaitu:

 Pembangunan sahsiah diri murid Peningkatan disiplin diri murid

 Pendidikan kerjaya murid Psikososial dan kesejahteraan mental murid

 Unit Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak murid.

Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang

berkenaan sahaja.

GBK boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada secara

individu atau kelompok.

GBK harus membimbing murid bermasalah.

GBK mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada murid yang telah diberi

surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah digantung / dibuang sekolah

dan diterima bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan selama enam bulan dan laporannya

dihantar kepada PK HEM setiap bulan.

Guru Disiplin mahupun Guru Kelas boleh merujuk kepada GBK tentang murid yang memerlukan

bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin.

GBK hanya boleh menjalankan tugas di luar sekolah dengan kadar 10% daripada hari persekolahan

setahun.

12

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN
84800 BUKIT GAMBIR TANGKAK JOHOR

8.2 Dasar Kebajikan Murid
 Guru Kelas hendaklah mengenalpasti maklumat berdasarkan SSDM:
 Bilangan anak yatim di dalam kelas
 Bilangan murid yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah
 Guru kelas hendaklah menguruskan hal-hal berkaitan bantuan yang boleh dipohon oleh murid-murid

berkenaan dan merekodkan murid yang berjaya menerima bantuan ke dalam SMM seperti:
 Kumpulan Wang Amanah Murid Miskin (KWAMP)
 Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP)
 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
 Program Susu 1Malaysia (P1SM)
 Bantuan Pakaian Seragam Derma Kebajikan
 Guru Kelas hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada di kalangan muridnya yang

mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya.
 Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan dan menyerahkan derma kepada murid berkenaan

sekiranya berlaku kematian / bencana seperti kematian saudara terdekat (ibubapa) atau diri sendiri.

9.0 DASAR KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
9.1 Rekod Kesihatan Murid
Guru Kelas mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan.
 Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperolehi sewaktu murid berada di sekolah rendah lagi. Ia akan
 dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah.
Jika Guru Kelas mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku tersebut, murid boleh
 mendapatkanya daripada PK HEM.
Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan apabila
 pemeriksaan kesihatan dibuat ataupun semasa suntikan imunisasi diberikan kepada murid oleh
pegawai kesihatan.
 Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan disertakan
bersama Fail Peribadi murid berkenaan.

9.2 Kad Pergigian Murid
 Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun.
 Guru Kelas mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid untuk
mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak / anak jagaannya.
 Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan pemeriksaan akan
dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan berkenaan.

9.3 Surat Rawatan Murid
 Murid boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah.
 Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar mana- mana Guru Penolong Kanan.
 Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-mana hospital
atau klinik kerajaan.

9.4 Murid Sakit
 Guru Kelas mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid kelasnya yang sakit atau kurang sihat
pada hari tersebut.
 Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, Guru Bertugas atau Guru Kelas boleh
menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan untuk menjemputnya di sekolah.
 Guru Bertugas atau Guru Kelas tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang sendiri ke rumah
walau pun rumahnya berhampiran dengan sekolah.
 Jika keadaan kesihatan murid serius atau berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, guru bertugas

13

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN
84800 BUKIT GAMBIR TANGKAK JOHOR

mestilah menghubungi ibu bapa / penjaga dan menghantar murid berkenaan ke klinik atau hospital

terdekat samada menggunakan kenderaan sendiri, kenderan sekolah atau menghubungi ambulan.
 Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku Laporan

Bertugas dan Buku Rekod Keluar Murid.

9.5 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah
 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri, kelas, tandas,
 kantin, bilik-bilik khas, bangunan dan kawasan sekolah.
 Guru Kelas mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya menjaga kebersihan dan
keceriaan kelas masing-masing.
 Guru Kelas bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka agar kelihatan
 kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan membantu dalam proses Pembelajaran
dan Pengajaran.
Guru kelas dibantu oleh Ketua Kelas bertanggungjawab mempastikan kelas dibersihkan setiap hari
iaitu 5 minit sebelum waktu pertama persekolahan.
Guru yang masuk mengajar masa pertama bertanggungjawab memastikan kelas dalam keadaan
bersih sebelum memulakan Pembelajaran dan Pengajaran.

9.6 Kantin Sekolah
 Guru Penyelaras Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha kantin mengamalkan
 kebersihan dalam penyediaan,penjualan dan menjaga seluruh kawasan kantin.
 Guru Penyelaras Kantin perlu membuat laporan harian kepada GPK HEM dengan menyemak Fail
 Pemeriksaan Kendiri
 Guru Penyelaras Kantin perlu membuat laporan kepada GPK HEM atau pentadbir lain jika berlakunya
 kes keracunan makanan di kantinsekolah.
 Pihak pentadbir sekolah perlu melaporkan kes keracunan makanan ke JPN Johor dengan kadar segera
sebaik sahaja menerima aduan daripada murid.
Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan murid supaya mengamalkan pemakanan seimbang
dan tidak menggalakkan murid membeli makanan daripada penjual di luar kawasan sekolah.
Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian hendaklah berada di kantin bersama-sama pengawas
bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat.
Murid tidak dibenarkan membeli makanan / minuman di luar waktu rehat kecuali dengan kebenaran
khas.

9.7 Kebersihan Kelas
 Murid mesti membersihkan kelas 5 minit sebelum waktu pertama bermula.
 Guru mata pelajaran hendaklah memeriksa kelas sebelum waktu pertama bermula dan untuk waktu
terakhir, 5 minit sebelum tamat persekolahan.
 Guru bertugas harian hendaklah membuat pemeriksaan setiap hari pada bila-bila masa sepanjang
minggu bertugas.

10.0 DASAR KESELAMATAN SEKOLAH
 Semua sekolah wajib melaksanakan Program 3K ( Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan ).
 Keselamatan murid sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah
dari jam 6.30 pagi hingga tamat sesi persekolahan.
 Sekolah perlu memastikan semua murid memiliki insuran perlindungan kemalangan dan digalakkan
membeli Skim Insuran Takaful.
 Setiap aktiviti yang dilaksanakan diluar kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran daripada pihak
sekolah / Jabatan Pelajaran dan ibubapa / penjaga murid. Penglibatan murid dalam mana-mana
aktiviti luar sekolah perlu diiringi oleh guru pada nisbah 10 orang murid dan seorang guru pengiring.

14

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN
84800 BUKIT GAMBIR TANGKAK JOHOR

Sekiranya terdapat seorang murid perempuan atau lebih dalam jumlah 10 orang murid berkenaan

maka guru pengiringnya hendaklah seorang guruperempuan.
 Aspek-aspek keselamatan dan kebajikan murid wajib diberi keutamaan oleh semua pihak terutama

semasa sebelum dan semasa selepas sesuatu program / aktiviti dilaksanakan.
 Penglibatan murid dalam sebarang aktiviti luar sekolah

10.1 Latihan Kecemasan Kebakaran
 Sekolah mesti memastikan bahawa latihan kebakaran (fire drill) dijalankan 2 kali setahun.
 Sekolah mesti memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi.
 Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas / bilik khas dengan segera, tetapi
secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Murid-murid khas atau OKU hendaklah dibantu
 keluar oleh guru mereka.
Guru-Guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain serta bekalan gas
 ditutup sebelum keluar.
Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) dibawa keluar dari pejabat oleh staf pejabat ke tempat
 berkumpul.
Guru kelas mestilah mengambil BJKM kelas masing-masing di tempat berkumpul dan mengira
bilangan murid dengan segera. Mana- mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada
Pentadbir dengan serta-merta.

10.2 Polisi Keselamatan Sekolah

Pihak sekolah perlu mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah iaitu :-
  Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah
 Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual
 Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum.

Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamalkan setiap masa

demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah (sila rujuk surat

pekeliling iktisas yang berkaitan)

10.3 Kenderaan Murid, Kakitangan dan Pelawat
 Guru, murid dan pelawat mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang telah dikhaskan
dan tidak mengganggu laluan masuk.
 Guru-guru dan murid diingatkan supaya berhati-hati memandu kenderaan mereka dalam kawasan
sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

10.4 Pondok Kawalan Keselamatan
 Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka mendapati tiada
 pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah.
Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana pelawat yang ingin berurusan dengan
 pihak sekolah mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat dan Mendapatkan Pas Pelawat terlebih
dahulu.
Khidmat Warden lalulintas bagi mengawal pergerakan murid keluar dan masuk .

15

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN
84800 BUKIT GAMBIR TANGKAK JOHOR

16

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN
84800 BUKIT GAMBIR TANGKAK JOHOR

JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN TANGKAK JOHOR

PENGERUSI : CIKGU MISLINAH BINTI MESRAL GURU BESAR

TIMBALAN PENGERUSI 1 : CIKGU SAPUAN BIN SATTAR GPK HEM

TIMBALAN PENGERUSI 2 : CIKGU ZULKARNAIN BIN MD SAID GPK 1

TIMBALAN PENGERUSI 3 : CIKGU SITI ZALEHA BINTI ISMAIL GPK KOKO

PENGURUSAN ORGANISASI

JAWATANKUASA DATA MURID

3.3.1 Membuat, mendokumen, menyebar luas dan menyemak semula ketetapan serta
3.3.5 membuat tindakan susulan dengan mematuhi arahan yang berkuat kuasa, mengikut
keperluan sekolah, secara menyeluruh dan jelas

Mengenal pasti jenis bantuan dan murid yang layak, merekodkan maklumat dan
memantau prestasi murid dengan mekanisme yang sesuai, mematuhi ketetapan, secara
menyeluruh dan berterusan

PENYELARAS : CIKGU MUSTAFA BIN OTHMAN GURU DATA/APDM

: CIKGU MUSTAFA BIN OTHMAN E-KEHADIRAN
CIKGU SULAIMAN BIN RAHMAT SSDM

CIKGU YUSMARINA BINTI MOHD YUSOF E-DAFTAR (M)
: CIKGU MAHANI BIN JAIS E-DAFTAR (R)

: PN. HAJAH SITI NOR MALAH BINTI MAAROF E-PMJ

: SEMUA GURU KELAS

PENGURUSAN PEMBANGUNAN SAHSIAH MURID

LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH

3.3.1 Membuat, mendokumen, menyebar luas dan menyemak semula ketetapan serta

membuat tindakan susulan dengan mematuhi arahan yang berkuat kuasa, mengikut

keperluan sekolah, secara menyeluruh dan jelas

3.3.2 Menyebar luas dan menguatkuasakan peraturan sekolah, menganalisis dan

memanfaatkan data disiplin serta merancang dan melaksanakan program pendidikan

disiplin dengan mekanisme yang sesuai, mematuhi arahan yang berkuat kuasa, secara

menyeluruh dan berterusan

PENYELARAS : CIKGU SULAIMAN BIN RAHMAT GURU DISIPLIN/PENGAWAS

AJK : CIKGU ISMAIL BIN MOHAMED GURU BIMBINGAN

: SEMUA GURU KELAS

LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH

3.3.1 Membuat, mendokumen, menyebar luas dan menyemak semula ketetapan serta
3.3.2 membuat tindakan susulan dengan mematuhi arahan yang berkuat kuasa, mengikut
keperluan sekolah, secara menyeluruh dan jelas
Menyebar luas dan menguatkuasakan peraturan sekolah, menganalisis dan
memanfaatkan data disiplin serta merancang dan melaksanakan program pendidikan
disiplin dengan mekanisme yang sesuai, mematuhi arahan yang berkuat kuasa, secara
menyeluruh dan berterusan

17

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN
84800 BUKIT GAMBIR TANGKAK JOHOR

PENYELARAS : CIKGU SULAIMAN BIN RAHMAT GURU DISIPLIN/PENGAWAS

AJK : CIKGU ISMAIL BIN MOHAMED GURU BIMBINGAN

: SEMUA GURU

UNIT BIMBINGAN

3.3.1 Membuat, mendokumen, menyebar luas dan menyemak semula ketetapan serta

membuat tindakan susulan dengan mematuhi arahan yang berkuat kuasa, mengikut

keperluan sekolah, secara menyeluruh dan jelas

3.3.6.1 Merancang dan melaksanakan sesi dan program bimbingan dan kaunseling dengan

mekanisme yang sesuai, mengikut arahan yang berkuat kuasa, keperluan dan secara

berterusan

3.3.6.2 Merancang dan melaksanakan pentaksiran, menganalisis data dan maklumat serta

mengambil tindakan susulan mengikut arahan yang berkuat kuasa, keperluan, secara

menyeluruh dan berterusan

PENYELARAS : CIKGU ISMAIL BIN MOHAMED GURU BIMBINGAN

AJK : CIKGU SULAIMAN BIN RAHMAT GURU PENGAWAS/DISPLIN

: SEMUA GURU KELAS

UNIT PPDA

3.3.1 Membuat, mendokumen, menyebar luas dan menyemak semula ketetapan serta
3.3.6.1 membuat tindakan susulan dengan mematuhi arahan yang berkuat kuasa, mengikut
keperluan sekolah, secara menyeluruh dan jelas

Merancang dan melaksanakan sesi dan program bimbingan dan kaunseling dengan
mekanisme yang sesuai, mengikut arahan yang berkuat kuasa, keperluan dan secara
berterusan

PENYELARAS : CIKGU RAHMAH BINTI KANDIR
AJK
: CIKGU ISMAL BIN MOHAMED GURU BIMBINGAN

CIKGU SULAIMAN BIN RAHMAT GURU PENGAWAS/DISPLIN

: SEMUA GURU KELAS

PENGURUSAN PEMBANGUNAN KESEJAHTERAAN MURID

JAWATANKUASA KESELAMATAN

3.3.3 Menyebar luas dan menguatkuasakan peraturan dan prosedur operasi standard
keselamatan, merancang dan melaksanakan program pencegahan dan kesedaran
keselamatan dengan mekanisme yang sesuai, mematuhi ketetapan, secara menyeluruh
dan berterusan

PENYELARAS : CIKGU NOR ZAKIAH BINTI ABDULLAH

PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (POLIS)

WAKIL PIBG

KETUA KAMPUNG

PENGUSAHA KANTIN

AJK : SEMUA GURU KELAS

18

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN
84800 BUKIT GAMBIR TANGKAK JOHOR

JAWATANKUASA KESIHATAN

3.3.4 Menyelaras pemeriksaan kesihatan, merancang dan melaksanakan program pencegahan dan
kesedaran kesihatan dan mewujudkan persekitaran yang bermaklumat dengan mekanisme
yang sesuai, mematuhi arahan yang berkuat kuasa, secara menyeluruh dan
berterusan

PENYELARAS : CIKGU ZAINAB BIN ISMAIL

AJK : SEMUA GURU KELAS

JAWATANKUASA KANTIN

3.3.1 Membuat, mendokumen, menyebar luas dan menyemak semula ketetapan serta
membuat tindakan susulan dengan mematuhi arahan yang berkuat kuasa, mengikut
keperluan sekolah, secara menyeluruh dan jelas

PENYELARAS : CIKGU NUR ATIQAH BINTI ABDULLAH

AJK : CIKGU HALIZAH BINTI KADRI

: CIKGU MUIZZAH BINTI MOHAMAD

: CIKGU MAISARAH BINTI AKHBAL

: PENGUSAHA KANTIN

BANTUAN DAN KEBAJIKAN

3.3.1 Membuat, mendokumen, menyebar luas dan menyemak semula ketetapan serta
3.3.5 membuat tindakan susulan dengan mematuhi arahan yang berkuat kuasa, mengikut
keperluan sekolah, secara menyeluruh dan jelas
Mengenal pasti jenis bantuan dan murid yang layak, merekodkan maklumat dan
memantau prestasi murid dengan mekanisme yang sesuai, mematuhi ketetapan, secara
menyeluruh dan berterusan

JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
PENYELARAS : CIKGU MUSTAFA BIN OTHMAN
AJK : SEMUA GURU KELAS
JAWATANKUASA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
PENYELARAS : CIKGU MUIZZAH BINTI MOHAMAD
AJK : CIKGU HALIZAH BINTI KADRI

CIKGU RUHANA BINTI WAKIS
: CIKGU HATIMAH BINTI ARIS
: SEMUA GURU KELAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN
JAWATANKUASA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BKAP1M)
PENYELARAS : CIKGU HALIZAH BINTI KADRI
AJK : PN. HAJAH SITI NOR MALAH BINTI MAAROF

: SEMUA GURU KELAS
JAWATANKUASA KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)
PENYELARAS : CIKGU MAHANI BINTI JAIS
AJK : PN. HAJAH SITI NOR MALAH BINTI MAAROF

: SEMUA GURU KELAS

19

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN
84800 BUKIT GAMBIR TANGKAK JOHOR
JAWATANKUASA BANTUAN LUAR / NGO/BENCANA
PENYELARAS : CIKGU SAHLAN BIN BUKIL
AJK : CIKGU ADLIN FARHANA BINTI BAHRUDIN
: SEMUA GURU

20


Click to View FlipBook Version