The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vincent100103, 2022-07-12 09:38:01

demo

demo

Anyflip kelab
pengguna
sekolah

INTRODUCTION – Kelab pengguna sekolah (kps)

Kelab Pengguna Sekolah (KPS) ; merupakan
salah satu pendekatan pendidikan
kepenggunaan yang digunakan oleh KPDNKK
dengan kerjasama Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) dalam usaha meningkatkan
kesedaran kepenggunaan khususnya di
peringkat sekolah.

KPS merupakan entiti kumpulan yang
berstruktur, berperlembagaan, berperaturan
dan berkepimpinan yang dianggotai oleh
murid-murid sekolah yang mempunyai minat
dan kecenderungan yang sama serta
bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-
membantu dan berkongsi sumber dalam
melaksanakan aktiviti dan mencapai matlamat
yang telah ditetapkan dan dipersetujui
bersama.

Tujuan utama PENUBUHAN KPS

Meningkatkan pengetahuan dan
kesedaran di kalangan generasi

muda mengenai hak dan
tanggungjawab mereka sebagai

pengguna seterusnya
mempengaruhi corak penggunaan,
pemikiran, gaya hidup dan tindakan

mereka berkaitan aspek-aspek
kepenggunaan.

Objektif penubuhan kps

1. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepenggunaan di kalangan pelajar.

2. Menggalakkan pelaksanaan program/aktiviti kepenggunaan di peringkat sekolah

3. Mengukuhkan jaringan kerjasama di kalangan pelajar.

4. Membentuk generasi muda yang rasional dalam membuat keputusan pembelian
barangan/perkhidmatan dengan mengambil kira faktor harga, kualiti, keselamatan,
penggunaan sumber, ekologi dan keadaan ekonomi semasa.

5. Mewujudkan kumpulan pengguna generasi baru yang bermaklumat, bijak dan
bertanggungjawab.

KEAHLIAN KPS
» Terbuka kepada semua
pelajar-pelajar sekolah yang

berminat menyertainya.
» Ahli wajib menghormati,

mendukung dan mematuhi
perlembagaan dan peraturan kelab

disepanjang masa dalam semua
keadaan.

» Ahli wajib menjaga dan
mempertahankan nama baik, maruah

dan identiti kelab dan sekolah.
KPS mestilah dibimbing oleh Guru

Penasihat KPS.

Program dan aktiviti kps

Program dan Aktiviti
1. Cabaran Interaktif Pengguna.
Program ini telah dijalankan pada 21 Mac 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan Setiawangsa.
Ia dalah merupakan program tahunan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM).

Objektif program ini adalah untuk:
-Mendidik, menyebar luas dan meningkatkan kesedaran kepenggunaan dalam kalangan pelajar
melalui
pendekatan baharu yang bersepadu.
- Memantapkan pelaksanaan program atau aktiviti kepenggunaan dengan fokus utama
berkaitan kepenggunaan iaitu pengurusan kewangan berhemat, pemakanan sihat dan
pemeliharaan alam sekitar.
- Mengembangkan daya kreativiti, inovasi dan potensi diri pelajar khususnya dalam aspek-
aspek berkaitan kepenggunaan.
- Mengukuhkan jaringan kerjasama antara komuniti Kelab Pengguna Sekolah di seluruh negara.
- Membentuk generasi pengguna yang bermaklumat, bijak dan bertanggungjawab.

1. LAWATAN

Lawatan.
Aktiviti ini telah dijalankan pada 11 Mac 2012. Terdapat seramai 10 orang yang terlibat di dalam lawatan
ini. Pelajar-pelajar tersebut telah diagihkan kepada dua kumpulan iaitu 5 orang telah membuat lawatan
ke bengkel membuat kek dan 5 orang lagi membuat lawatan ke bengkel mee kuning.
Bengkel Membuat Kek.
- Aktiviti ini telah dijalankan di Kampung Relong, Kuala Lipis.
- Aktiviti ini dijalankan kerana kecenderungan minat ahli kelab untuk mempelajari cara-cara membuat
kek. Selain itu, aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai
cara-cara pembungkusan dan pemasaran makanan tersebut.

CREDITS: This presentation template was created by
Slidesgo, including icons by Flaticon, and infographics
& images by Freepik.

2. Sudut Pengguna

Sudut pengguna Kelab Pengguna SMKPT terletak di
kawasan kantin sekolah. Lokasi tersebut dipilih kerana
lokasi ini menjadi tumpuan pelajar ketika waktu rehat.
Dengan adanya sudut pengguna ini, pelajar bukan
sahaja dapat membeli makanan tetapi mereka juga
akan mendapat pelbagai informasi yang berguna. Hal
ini secara tidak lansung akan dapat meningkatkan
pengetahuan pelajar mengenai aspek kepenggunaan.
Sudut pengguna ini telah diwujudkan dengan
bantuan daripada para pelajar dan guru-guru.

3. Bijak Pengguna

Aktiviti ini telah dijalankan pada 15/6/2012 iaitu di Pasaraya Aktif dan
pekan sehari di Kuala Lipis. Tujuan aktiviti ini adalah untuk meninjau
harga barangan semasa. Terdapat seramai 13 orang yang terlibat
dengan aktiviti ini. Nama pelajar-pelajar yang terlibat ialah Abdul Muin,
Badrul Huzaini, Hazizul Akhmal, Irmawati, Karmi Athifah, Muhammad
Izzat, Nurul Afini Roslin, Nurul Fahana, Nurul Hayati, Syasya Elysa,
Norfatihah, Syamimie Elyani dan Norhayati. Melalui aktiviti ini, pelajar
dapat membuat perbandingan harga semasa barangan. Selain itu,
pelajar dapat mengenalpasti perbezaan harga di antara harga
barangan di pasaraya dan di pekan sehari.
Pasaraya.
- Meninjau harga barangan di pasaraya aktif di Kuala Lipis. Pelajar
mencatatkan harga barangan bagi
membuat perbandingan harga barangan di pasaraya dan pekan
sehari. Di antara harga barangan yang dipantau oleh pelajar ialah
termasuk barangan elektrik, makanan, minuman, barangan basah
dan barangan keperluan harian.

Peranan kelab pengguna kepada

komuniti setempat

• Memberi peluang kepada ahli-ahli kelab memaklumkan tentang aktiviti yang
sedang dirancang dan telahpun dilaksanakan serta pencapaian kelab kepada rakan
pelajar yang bukan ahli kelab,guru-guru serta masyarakat setempat

• Menyediakan saluran kepada ahli-ahli kelab untuk menyampaikan pandangan dan
pengetahuan mereka tentang hak-hak sebagai pengguna kepada masyarakat
setempat dan secara tidak langsung memupuk minat dan memberi kesedaran
kepada orang ramai tentang pentingnya hak sebagai pengguna

• Mewujudkan semangat kerjasama dan menjalinkan kemesraan di kalangan ahli
kelab dan masyarakat

• Pemangkin menyemarakkan penerapan ilmu-ilmu kepenggunaan kepada
masyarakat

• Memberi khidmat nasihat dan maklumat terkini kapada masyarakat setempat


Click to View FlipBook Version