E K Z E M A M A W A R S H A Z N I B E A U T Y O L E H Kenali Apa Itu Ekzema
Ekzema atau dikenali juga sebagai dermatitis atopik, ialah satu jenis penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, gatal, merah, dan kadang-kadang berbentuk bintik-bintik atau lepuh (keadaan kulit menggelembung dan berair) yang muncul di lapisan luar kulit. Penyakit ini biasanya bersifat kronik, bermakna ia boleh berterusan atau kambuh dari masa ke semasa. Ekzema adalah gangguan kulit yang berkaitan dengan alahan dan faktor genetik. Orang yang mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit alahan atau gangguan kulit seperti eczema, asma, atau rinitis alergi lebih mungkin untuk mengalaminya. Ekzema ini apa? Slide
Slide Gejala umum ekzema termasuk kulit kering dan gatal, pembengkakan, kemerahan, dan kadang-kadang terdapat lepuh atau bintik berair pada kulit. Ia boleh terjadi di manamana bahagian badan dan boleh menjadi lebih teruk ketika kulit terdedah kepada alahan, iritasi, atau cuaca yang ekstrem. Kesan ekzema pada bayi.
Faktor Genetik Gangguan Imunologi Kekeringan Kulit Faktor Persekitaran Disregulasi Imun Kulit Ekzema merupakan penyakit kulit kompleks yang melibatkan kombinasi faktor genetik, imunologi, dan lingkungan. Terdapat beberapa faktor yang dapat menyebabkan perkembangan ekzema: 1. 2. 3. 4. 5. Slide Punca terjadinya Ekzema Kesan lepuh (cecair timbul)
1. Faktor Genetik Risiko mendapat ekzema adalah lebih tinggi jika terdapat sejarah keluarga alahan atau gangguan kulit seperti dermatitis atopik, asma, atau rinitis alergi. Gen tertentu boleh mempengaruhi cara kulit berinteraksi dengan alam sekitar dan terdedah kepada tindak balas alahan dan keradangan. 2. Gangguan Imunologi Ekzema adalah penyakit yang berkaitan dengan gangguan imunologi, di mana sistem imun badan bertindak balas secara berlebihan terhadap bahan alahan atau faktor pencetus. Ini menyebabkan keradangan kulit dan gejala seperti kemerahan, gatal-gatal, dan bengkak. Slide
3. Kekeringan Kulit Individu yang mempunyai ekzema selalunya mempunyai kulit kering yang menyebabkan kehilangan lembapan dan penghalang semulajadi kulit. Ini menjadikan kulit lebih mudah terdedah kepada kerengsaan dan tindak balas alahan. 4. Faktor Persekitaran Keadaan persekitaran seperti cuaca melampau, pendedahan kepada bahan kimia atau perengsa, dan udara kering boleh memburukkan lagi gejala ekzema. Pendedahan kepada bahan seperti debunga, bulu haiwan peliharaan, atau makanan tertentu juga boleh mencetuskan tindak balas ekzema. Slide
Slide 5. Disregulasi Imun Kulit Kulit yang terkena ekzema cenderung mengalami gangguan pada fungsi penghalang kulit dan perubahan dalam komposisi mikrob kulit. Ini boleh mempengaruhi cara kulit bertindak balas terhadap faktor luaran dan menjejaskan keupayaannya untuk mengekalkan kelembapan dan melindungi dirinya daripada jangkitan. Kulit kering.
Terdapat tiga jenis Ekzema (Dermatitis) iaitu Dermatitis Atopik, Dermatitis Kontak dan Dermatitis Dishidrotik. Ekzema Atopik Ekzema Atopik adalah ekzema yang paling kerap terjadi. Biasanya terjadi di awal usia kanak-kanak dan bertukar jadi tahap lebih ringan atau hilang sepenuhnya menginjak umur dewasa. ‘Atopik’maksudnya alergi, sebab itulah Ekzema Atopik adalah sebahagian daripada apa yang doktor sebut sebagai Atopic Triad. Triad bermaksud 3, dan 2 lagi kondisi lain di dalam rangkaian ini merujuk kepada asma dan demam. Kebanyakan mereka yang menghidap jenis Ekzema Atopik ni ada gejala seperti kulit gatal, kulit kering, kulit merekah dan sakit. Jenis-jenis Ekzema Slide
Selain itu, akan ada ruam timbul dibahagian lipatan siku atau lutut. Ekzema Atopik juga membuatkan kulit menjadi lebih cerah, lebih gelap atau tebal di kawasan ruam yang muncul. Untuk bayi pula, berkemungkinan terjadi ruam pada kulit kepala atau dibahagian pipi. Puncanya ialah pelindung kulit semula jadi anda menjadi lemah, kemudian mengurangkan perlindungan daripada alergen dan perengsa. Ia berkemungkinan berlaku atas faktor genetik, kulit kering, masalah sistem imun dan kawasan persekitaran seperti debu atau bulu haiwan. Slide
Ekzema Kontak Ekzema Kontak ini terjadi apabila kulit bertukar menjadi kemerahan jika menyentuh bahan tertentu. Ada 2 jenis Ekzema Kontak iaitu alahan dan perengsa. 'Allergic Contact' adalah tindak balas sistem imun tubuh terhadap perengsa seperti lateks atau logam, sedangkan irritant contact ekzema berlaku apabila bahan kimia atau faktor lain merengsakan kulit anda. Antara gejala Ekzema Kontak seperti kulit gatal yang berubah menjadi merah seakan terbakar. Selain itu, lepuh berisi cecair boleh terbentuk dan berpotensi pecah, lama kelamaan kulit akan menjadi lebih tebal dan bersisik. Punca Ekzema Kontak terjadi adalah disebabkan oleh bahan pencuci, peluntur, barang kemas, lateks, sabun, minyak wangi atau asap tembakau. Slide
Ekzema Dishidrotik Untuk jenis Ekzema Dishidrotik ini juga dipanggil Pompholyx, disebabkan lepuh kecil terbentuk di tangan dan kaki. Ia juga lebih banyak menimpa golongan wanita berbanding lelaki. Antara gejala-gejala ekzema ini ialah lepuh terasa gatal atau menyakitkan. Lepuh berisi cecair dijari kaki dan tangan, telapak tangan dan telapak kaki. Kulit menjadi bersisik, menggelupas dan merekah. Punca-punca terjadinya ekzema jenis ini seperti alahan, tangan dan kaki lembap, tekanan atau stress, dan pendedahan kepada barang tertentu seperti nikel, cobalt atau chromium salt. Slide
Cara-cara mengatasi Ekzema Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah ekzema sepeti menjaga kelembapan kulit, hindari pencetus, penggunaan produk kulit yang bersesuaian, penggunaan krim, gaya hidup, pengurangan stress, pakaian yang sesuai dan mendapatkan rawatan doktor. Untuk menjaga kelembapan kulit, anda boleh gunakan pelembap secara berkala untuk mengekalkan kelembapan kulit setiap masa dan pastikan produk yang sesuai untuk kulit sensitif. Anda juga kena mengenalpasti punca-punca terjadi ekzema seperti pemakanan atau alahan lain dan mengelakkan daripada punca ini. Slide
Penggunaan produk juga harus diberi perhatian. Gunakan sabun lembut dan produk pembersih yang sesuai untuk kulit sensitif atau ekzema. Elakkan daripada menggaru walaupun kulit terasa gatal. Kerana ia akan memburukkan keadaan kulit dan menyebabkan luka. Anda juga kena tahu, stress juga akan membuatkan ekzema akan jadi lebih buruk. Jadi anda perlu mengurangkan stress bagi mengurangkan gejala ekzema. Akhir sekali, jika gejala ini terlalu teruk atau tidak terkawal, anda harus berjumpa dengan doktor atau doktor pakar bagi rawatan yang lebih terperinci. Slide
Produk Yang Terbukti Membantu Ramai Pesakit Kulit Sebelum Selepas Sebelum Selepas Metro - 2021
"Tidak ada satu pun harta yang bernilai jika kita kehilangan kesihatan." MAWAR SHAZNI BEAUTY
@mawarshaznibeauty