The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Saudah Onong, 2023-06-09 12:20:17

RBT Tingkatan 2 Bab 1 Topik 1.1

Topik 1.1 Pengenalpastian Masalah

Keywords: pengenalpastian masalah

RBT TINGKATAN 2


BAB 1


TOPIK 1.1 PENGENALPASTIAN MASALAH


1.1.1 Membezakan masalah bukan inventif dan masalah inventif. DI AKHIR PEMBELAJARAN, MURID AKAN DAPAT: 1.1.2 Menerangkan proses penyelesaian masalah bukan inventif dan masalah inventif. OBJEKTIF


Definisi Masalah bukan inventif merupakan masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan dilakukan. MASALAH BUKAN INVENTIF


Contoh Masalah Pisau tumpul. Penyelesaiannya adalah dengan mengasah pisau tersebut sehingga tajam. Setelah penyelesaian dibuat, tidak timbul masalah kesan sampingan atau apa-apa masalah yang baru wujud akibat daripada kerja-kerja penambahbaikan tadi. MASALAH BUKAN INVENTIF


Definisi Masalah inventif merupakan masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan dilakukan. MASALAH INVENTIF


Contoh Masalah Meja tidak dapat menampung berat beban kerana kaki meja tidak kukuh. Kaki meja telah digantikan dengan kaki besi sebagai penambahbaikan. Namun, kesan sampingan wujud iaitu meja menjadi lebih berat dan memerlukan lebih ramai tenaga pekerja untuk mengalihkannya. MASALAH INVENTIF


MASALAH INVENTIF


Proses penyelesaian masalah biasa yang dialami dalam kehidupan seharian. PROSES PENYELESAIAN MASALAH BUKAN INVENTIF


CARTA ALIR BAGI PROSES PENYELESAIAN MASALAH BUKAN INVENTIF


Proses penyelesaian masalah inventif berbeza dari penyelesaian masalah biasa. PROSES PENYELESAIAN MASALAH INVENTIF


PROSES PENYELESAIAN MASALAH INVENTIF


FASA-FASA PENYELESAIAN MASALAH INVENTIF


Fasa pertama ialah menganalisis punca masalah yang dihadapi oleh produk. Contoh produk ialah meja. Analisis dilakukan dengan menjelaskan fungsi setiap bahagian sebuah meja. FASA-FASA PENYELESAIAN MASALAH INVENTIF


Fasa kedua ialah memodelkan masalah dengan menggunakan konsep percanggahan fizikal. Dalam contoh ini, meja perlu berat (bahagian kaki meja ditukar kepada besi) untuk menjadi lebih kuat bagi menampung beban, dan perlu ringan untuk mudah dialihkan. Percanggahan fizikal dalam kes ini ialah meja perlu berat dan ringan. FASA-FASA PENYELESAIAN MASALAH INVENTIF


Dalam fasa ketiga, murid diperkenalkan dengan dua kaedah penyelesaian, iaitu kaedah pemisahan ruang dan kaedah pemisahan masa. Murid hanya perlu memilih salah satu kaedah pemisahan ini untuk menyelesaikan masalah inventif. Pemilihan jenis pemisahan dilakukan dengan berpandukan jadual di sebelah. FASA-FASA PENYELESAIAN MASALAH INVENTIF


FASA-FASA PENYELESAIAN MASALAH INVENTIF


Setelah percanggahan fizikal dikenal pasti, iaitu meja perlu berat dan ringan, maka soalan yang perlu ditanyakan ialah “Adakah meja perlu berat untuk menampung beban dan ringan (untuk mudah dialihkan) pada masa yang sama?” Jawapannya adalah tidak, kerana meja digunakan untuk menampung beban dan dialihkan pada masa yang berlainan, maka kaedah pemisahan masa dipilih (fasa keempat). FASA-FASA PENYELESAIAN MASALAH INVENTIF


Fasa keempat memilih model penyelesaian spesifik (menggunakan prinsip inventif iaitu pemisahan ruang atau pemisahan masa). FASA-FASA PENYELESAIAN MASALAH INVENTIF


M ASA LA H B U KA N I N V E N T I F M ASA LA H I N V E N T I F


THANK YOU


Click to View FlipBook Version